Sunday, August 30, 2009

Ngeri Dalam The Final Destination

Tarikh Tayangan: 3 September 2009
Pengarah: David R. Ellis
Pelakon: Shantel VanSanten, Bobby Campo, Hayley Webb, Nick Zano, Krista Allen, Andy Fiscella, Mykelti Williamson, Richard T. Jones
Genre: Ngeri

KISAH bermula apabila suatu hari seorang remaja secara tiba-tiba dapat melihat detik-detik ngeri kematian orang lain yang berada bersamanya ketika menonton lumba kereta di stadiumsebelum ia benar-benar berlaku. Bermula dari tragedi itu, dia bersama teman wanitanya berusaha untuk mengubah kematian mereka.







Wednesday, August 26, 2009

Album Kompilasi Patriotik 1 Malaysia

Artis: Various Artist
Album: 1 Malaysia
Edaran: Warner Music
Lagu: Satu (Tan sri Dato' SM Salim & Zainal Abidin), Mulanya Di Sini ( Freedom), Senja Di Kuala Lumpur ( Broery), Basikal Tua ( Dato' Sudirman) dan banyak lagi.

MERDEKA! Merdeka! Merdeka! Sempena perayaan Hari Kebangsaan ke-52 tahun ini, Warner Music Malaysia dengan kerjasama EMI Music mempersembahkan sebuah projek yang buat julung kalinya ditampilkan di dalam persada muzik tanahair.

1 MALAYSIA, sebuah album kompilasi khas yang menampilkan 37 buah lagu-lagu patriotik, tradisi serta nuansa budaya Malaysia yang unik serta menghiburkan. Album khas ini sesuai untuk semua golongan usia, bangsa mahupun darjat, kerana yang penting adalah kandungan lagu-lagu yang dipilih dapat menyemarakkan lagi semangat 1 Malaysia di kalangan rakyat Malaysia khususnya.

1 MALAYSIA menampilkan lagu-lagu yang terdiri dari pelbagai genre, antaranya termasuklah meniup semangat perjuangan (Satu, Lancang Kuning, Bahtera Merdeka, 31 Ogos); memupuk semangat cintakan tanahir dan perpaduan (Saya Anak Malaysia, Warisan, Sireh Pinang, Standing in the Eyes of the World); menyemai bibit motivasi (Mulanya Di Sini, Bahang dari Utara, Gemilang,); menghargai panorama Malaysia (Tasik Perdana, Malaysia Indah, Oo La La Tropika); menikmati khazanah warisan (Kain Songket, Kain Pelikat, Nasi Dagang); mempamerkan pelbagai suku bahasa dan budaya (Akar, Apo Nak Dikato, Ayam Den Lapeh); memberi penghargaan kepada tokoh dan negarawan (Legenda dan Bapak) serta banyak lagi.

Buat julung kalinya, lagu-lagu “Ayam Den Lapeh” dan “Bahtera Laju” (kedua-duanya dendangan Anita Sarawak) ditampilkan di dalam cakera padat. Lagu-lagu yang terkandung di dalam album ini dipilih berlatarkan pelbagai zaman, bagi menunjukkan perkembangan muzik tanahir, dan rasa cintakan tanahir sentiasa mekar dari semasa ke semasa tanpa hentinya.

1 MALAYSIA ditujukan khas buat pemimpin-pemimpin Negara dan teristimewanya seluruh rakyat Malaysia tidak kira di mana juga mereka berada. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Antara lagu-lagu yang terkandung di dalam album ini adalah, Satu (Tan sri Dato' SM Salim & Zainal Abidin), Mulanya Di Sini ( Freedom), Senja Di Kuala Lumpur ( Broery), Basikal Tua ( Dato' Sudirman) dan banyak lagi.

Sunday, August 23, 2009

Jom Berbuka Dengan TV9!

RAMADHAN yang dinanti kini menjelang tiba. Bersempena dengan bulan Al-Mubarak kali ini, TV9 akan menyiarkan sebuah program baru untuk tontonan penonton setia TV9. ‘Jom Berbuka’ merupakan sebuah program baru di TV9 sempena menyambut bulan Ramadan bermula 22 Ogos 2009. Program Jom Berbuka turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa selebriti seperti Upin & Ipin, Shafiq (Chopp!), Rizal (Dunia Baru) dan ramai lagi.

Krew Jom Berbuka akan menjelajah dan melawat ke 13 buah lokasi yang berbeza pada setiap episod. Antara lokasi Jom Berbuka ini ialah di Rumah Perlindungan AIDS, Hospital KL (Wad Pedeatrik), TLDM Kota Kinabalu (Sabah), Kampung Air di Pulau Gaya (Sabah), Rumah Orang Kurang Upaya, Masjid India, Rumah Anak Yatim Pinggir TTDI, Klang (bersiaran langsung dari Apa Khabar Orang Kampung), Penjara Sg. Buloh, Masjid Cina Muslim Pertama di Malaysia, Istana Kelantan, Pelantar Minyak di Kerteh Terengganu, dan kemuncaknya adalah berbuka puasa bersama Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak.

Jom Berbuka dapat berkongsi bersama penonton untuk melihat lebih dekat bagaimana mereka (di lokasi terpilih) berbuka puasa. Pada masa yang sama memberi keinsafan kepada diri sendiri terutaamnya apabila dapat berbuka puasa bersama-sama mereka yang kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim, orang kurang upaya serta berbuka di sebalik dinding sel di Penjara Sungai Buloh. Pada masa yang sama, merasai berbuka bersama sahabat-sahabat di pelantar minyak di Kertah Terengganu. Tidak ketinggalan juga berpeluang berbuka puasa bersama pemimpin negara YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak serta bebebrapa kerabat di Raja.

Program selama setengah jam ini dihoskan oleh Farrah Adeeba dan akan menemui penonton TV9 sepanjang bulan Ramadan setiap hari Jumaat hingga Ahad, jam 7.00 petang mulai 22 Ogos ini.

Menangi Barangan Edisi Terhad Orphan!

ORPHAN bermula apabila satu pasangan suami isteri telah mengambil seorang anak angkat perempuan yang comel selepas kehilangan anak kandung mereka. Namun, tanpa pengetahuan kedua pasangan ini, di sebalik kemanisan sifat kanak-kanak perempuan itu, sebenarnya tersembunyi satu kuasa jahat yang amat dahsyat.




Sertai Kuiz Orphan

Senarai nama pemenang Kuiz Harry Potter

Kisah HARRY POTTER AND THE HALF-BLOOD PRINCE ternyata langsung tidak menghampakan. Paling mengujakan sudah pasti aksi seram dan pertembungan kuasa baik menentang kuasa jahat, kemunculan suasana romantik di sekolah ahli sihir Hogwarts dan jangkaan kematian watak utamanya, Dumbeldore. Magis yang tragik itu walau bagaimanapun, turut dicipta peminat-peminat budak sihir, Harry Potter yang turut berjaya memenangi kuiz Harry Potter. Tahniah Esseonline ucapkan!






Senarai Pemenang Kuiz Harry Potter And The Half Blood Prince


Utama
Norianti Komari, Puchong

Pertama
Azizan Jamaluddin, Balakong
Norhanis Abdul Razak, Desa Petaling

Kedua
Mohd Sahlan Mohd Hanifah, Ampang

Ketiga
Sebastian A/K Renang, Wangsa Maju

Keempat
Nur Atiqah Ismail, Shah Alam

Sagu Hati
Nurazira Hamizan, Subang Jaya
Adam Kamaruddin, Gombak
Wan Nurul Syafika Zainuddin, Ampang
Fandi Jamil, Rawang
Izzura Ismail, Melawati
Zainal Abidin Jemaat, Shah Alam
Irda Norhajar Amin, Cheras
Muhammad Alif Jamil, Kota Damansara
Nadia Azizan, Batu Caves
Hazwan Kamal, Bukit Jalil

Thursday, August 20, 2009

Resipi Istana Di TV9

RESIPI Istana, sebuah program televisyen terbitan Primeworks Studios, yang julung-julung kali mengetengahkan kerabat di raja serta mereka yang rapat dengan pihak istana untuk berkongsi resipi tradisisional turun temurun beserta keunikan masakan istana dan gaya hidup golongan di raja.

Program 13 episod ini dihoskan bakat baru, Nurul Khusna Uma, finalis program realiti Gadis Melayu musim pertama. Istimewanya, dalam kesibukan kerabat di raja memenuhi pelbagai kegiatan harian, program Resipi Istana berjaya mendapat kerjasama sepenuhnya daripada beberapa kerabat di raja seperti Sultanah Kedah, DYMM Sultanah Hajjah Haminah Haji Hamidun, YAM Raja Puan Muda Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, adinda Sultan Johor, YAM Tunku Tun Maimunah Sultan Ismail dan anakanda Sultan Kelantan, YAM Tengku Amalin Aishah Putri Sultan Ismail Petra.



Hos yang turut menjayakan rancangan Resipi Istana, Nurul Khusna Uma

Selain menyaksikan kepakaran kerabat di raja memasak, Resipi Istana turut memaparkan keindahan istana seperti Istana Anak Bukit, Alor Star, Kedah, Istana Raja Di Hilir dan Istana Riswin, Ipoh, Perak, Istana Kenangan Indah, Kangar, Perlis, dan Istana Bukit Gedung, Johor.

Sepanjang penggambaran yang dilakukan sejak Jun tahun ini, krew produksi mengutip pelbagai kenangan manis dan pengalaman yang cukup berharga. Perasaan risau dan bangga saling bercampur-baur. Namun, segalanya terhakis. Anggapan masyarakat bahawa golongan istana sombong dan sukar didekati, tidak benar sama sekali.
YAM Tengku Amalin Aishah Putri Sultan Ismail Petra di Istana Kandis, Bachok

Bak pepatah, tidak kenal, maka tidak cinta, biar pun terikat dengan protokol istana, namun sikap prihatin dan keterbukaan mereka membuatkan krew produksi cukup selesa. Antara pengalaman dan momen paling menarik, ketika krew produksi membuat rakaman bersama YAM Raja Puan Mahkota Perak, Raja Nazhatul Shima yang lebih mesra dipanggil Tengku Dotti di Istana Riswin, Ipoh, Perak.

Keramahan dan sikapnya yang sporting melayani kami sepanjang dua hari rakaman, tidak dapat dilupakan. Sambil memasak masakan kegemaran keluarga seperti Daging Gulung, Gulai Tempoyak Udang dan Mi Kuah, loghat Perak pekatnya, membuatkan krew tidak kering gusi. Namun, apa yang pasti, Tengku Dotti bukan sekadar puteri raja beliau juga pakar memasak.

Begitu juga ketika krew produksi membuat rakaman di Kota Bharu, Kelantan bersama anakanda Sultan Kelantan, YAM Tengku Amalin Aishah Putri Sultan Ismail Petra. Berperwatakan manja dan lemah-lembut, kejelitaan Tengku Amalin diwarisi daripada bondanya, DYMM Tengku Anis Almarhum Tengku Abdul Hamid.
Bergelar majistret termuda di negeri Kelantan, ketokohan Tengku Amalin bukan sahaja di mahkamah tetapi beliau juga tidak kekok di dapur. Krew produksi juga cukup terharu apabila diberikan layanan mesra malah krew diraikan pada majlis hidangan panggang di Istana Kandis, Bachok, bersama kekandanya, Tengku Muhammad Fakhry Petra dan kerabat di raja Kelantan yang lain.

Namun, paling mengujakan ketika krew melakukan penggambaran di Istana Raja Di Hilir bersama YAM Raja Puan Muda Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah. Kesudian baginda berkongsi resipi kegemaran kerabat di raja Perak selain menyelaraskan ruang santap yang cukup berseni, pasti membuat penonton terpukau. Malah, keindahan hiasan warisan Perak seperti tekat dan labu sayong dipersembahkan dengan cukup teliti.
Tengku Datin Shireen Tengku Suleiman di Istana Kenangan Indah, Perlis

Resipi Istana ini diterajui oleh penerbit eksekutif Ezzah Aziz Fawzy, penerbit Khairol Bariah Kamaruddin, wartawan Emmy Zalfarina Adenan dan Sulastri Mohd Juki serta pembantu penerbitan Amaani Ahmad. Jangan lupa saksikan Resipi Istana setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, bermula Sabtu bermula 22 Ogos 2009, jam 12.30 petang.

Saturday, August 15, 2009

Jom Sertai Kuiz The Ugly Truth!

HEIGL, seorang penerbit rancangan pagi yang romantik dan mencabar terpaksa berdepan dengan kerenah Butler, seorang wartawan cauvinistik dan pelbagai siri ujian semata-mata untuk membuktikan kebenaran teori perhubungan yang di pegangnya sekaligus membantu dia mencari cinta sejati. Walaupun membawa kepada klimaks yang tidak dijangka!







Jom Sertai Kuiz The Ugly Truth!



Sunday, August 9, 2009

Unik, Kreatif, Mengujakan...

CETUSAN idea terkadang bisa menyerlahkan identiti dan keunikan tersendiri. Adakalanya ia mampu menjadi inspirasi segar dalam menghasilkan rekaan berkualiti biar pun hakikatnya ia cuma berasal dari sumber terbuang. Lihat saja kreativiti pereka aksesori Yoav Kotik ini, berinspirasi daripada isu krisis kemelesetan ekonomi yang melanda dunia hari ini, ia juga antara alternatif pencinta alam untuk bergaya. Hmm...tentu kamu teruja dengan keunikan serapan ideanya yang mengagumkan!




Ekspresi mewah... asalnya hanya tudung botol





Uniknya....


Elegan....


















Saturday, August 8, 2009

Menang Barangan Edisi Terhad I Love You Beth Cooper

I Love You Beth Cooper mengisahkan seorang pelajar bijak tetapi lurus bendul telah meluahkan perasaan cintanya terhadap Beth Cooper, gadis jelita paling hangat dan popular di kolej kala berucap di hadapan khalayak ramai. Pelbagai kejutan berlaku di dalam hidupnya selepas itu. Paling mengejutkan, Beth telah muncul di depan pintu rumahnya pada satu malam dan menawarkan malam paling menarik untuknya. Saksikan kesudahan filem ini di pawagam berdekatan kamu ya!

Sertai Kuiz I Love You Beth Cooper



Menangi Pas & Barangan Edisi Terhad District!

TIGA dekad lalu, pertama kali makhluk asing berhubung dengan bumi. Waktu itu, manusia hanya menunggu serangan atau sekatan besar-besaran ke atas kemajuan teknologi. Membina petempatan sementara di District 9, Afrika Selatan, gerombolan makhluk asing itu merupakan pelarian yang terselamat dari bumi asal mereka. Bagi manusia pula, kesabaran mereka terhadap makhluk asing semakin hilang. Syarikat antarabangsa Multi-National United (MNU) yang bertanggungjawab mengawal pelarian-pelarian ini tidak lagi berminat untuk menjaga kebajikan mereka – mereka akan menerima keuntungan besar jika berjaya mencipta sehebat teknologi persenjataan makhluk asing. Namun, setakat ini mereka gagal; pengaktifan senjata itu memerlukan DNA makhluk asing. Ketegangan semakin memuncak apabila MNU berkuat kuasa. Sementara itu, penemuan Wikus van der Merwe (Sharlto Copley) kepada virus misteri yang mengubah DNAnya telah membuatkan dia begitu cepat menjadi buruan paling berharga, apabila dia menjadi kunci kepada rahsia penerokaan teknologi persenjataan makhluk asing. Dalam pelarian tersebut hanya satu daerah yang selamat untuknya bersembunyi: District 9.

Jom Sertai Kuiz District



Sinar Impian Taufik Batisah Untuk Suria Hatiku

Artis: Taufik Batisah
Album: Suria Hatiku
Edaran:
Lagu: Album ini mengandungi 10 buah lagu menarik antaranya Gadis Itu, Suria Hatiku, Nafasku, Petua, Kau Dan Dia, Hey, Tiada Dua dan Khayalan. Dengarkan juga duet bersama Hady Miza menerusi lagu Kepadanya.

Thursday, August 6, 2009

Vengeance

Tarikh Tayangan: 27 Ogos 2009
Pengarah: Johnnie To
Pelakon: Johnny Hallyday, Anthony Wong, Simon Yam, Lam Ka Tung, Lam Suet.
Genre: Aksi


COSTELLO, lakonan Johnny Hallyday muncul di Hong Kong demi mencari pembunuh anak perempuan dan ahli keluarganya yang di bunuh. Bekerja sebagai seorang Chef Perancis namun tiada siapa tahu dia adalah seorang pembunuh professional. Dia yang mengalami masalah Amnesia, telah mengupah tiga orang pembunuh professional untuk membantu misinya membalas dendam.













Imagine That

Tarikh Tayangan: 27 Ogos 2009
Pengarah: Karey Kirkpatrick
Pelakon: Eddie Murphy, Yara Shahidi, Thomas Haden Church.
Genre: Komedi



EDDIE Murphy sebagai seorang Eksekutif Kewangan bernama Evan yang lebih memberi tumpuan kepada Blacberry miliknya berbanding anak perempuannya yang berusia 7 tahun, Olivia. Namun, selepas kerjayanya semakin menurun, dia telah mengalami krisis kurang keyakinan diri. Saksikan bagaimana Evan akhirnya dapat menyelesaikan masalah hidupnya itu berdasarkan khayalan anaknya sendiri.






Up

Tarikh Tayangan: 20 Ogos 2009
Pengarah: Bob Peterson, Pete Docter
Pelakon: Christopher Plummer, Edward Asner, Jordan Nagai.
Genre: Animasi Komedi



FILEM komedi animasi UP berkisar tentang seorang penjual belon berusia 78 tahun bernama Carl Fredricksen yang telah menempuhi pengalaman hebat menerusi pengembaraannya merentasi dunia luar. Sering memasang angan-angan untuk menikmati perjalanan hebat merentasi dunia magis yang tersembunyi, akhirnya impian tersebut menjadi nyata apabila dia di bawa beribu-ribu belonnya. Nikmati pelbagai pengalamannya yang melucukan bersama Russell, seorang kanak-kanak berusia 8 tahun yang menjadi temannya sepanjang pengembaraan itu.






The Orphan

Tarikh Tayangan: 20 Ogos 2009
Pengarah: John Ballard
Pelakon: Peter Sarsgaard, Vera Farmiga.
Genre: Seram

ORPHAN bermula apabila satu pasangan suami isteri telah mengambil seorang anak angkat perempuan yang comel selepas kehilangan anak kandung mereka. Namun, tanpa pengetahuan kedua pasangan ini, di sebalik kemanisan sifat kanak-kanak perempuan itu, sebenarnya tersembunyi satu kuasa jahat yang amat dahsyat.




Wednesday, August 5, 2009

I Love You Beth Cooper

Tarikh Tayangan: 20 Ogos 2009
Pengarah: Chris Columbus
Pelakon: Hayden Panettiere, Paul Rust, Jack T. Carpenter, Lauren London.

Genre: Romantik Komedi

I Love You Beth Cooper mengisahkan seorang pelajar bijak tetapi lurus bendul telah meluahkan perasaan cintanya terhadap Beth Cooper, gadis jelita paling hangat dan popular di kolej kala berucap di hadapan khalayak ramai. Pelbagai kejutan berlaku di dalam hidupnya selepas itu. Paling mengejutkan, Beth telah muncul di depan pintu rumahnya pada satu malam dan menawarkan malam paling menarik untuknya. Saksikan kesudahan filem ini di pawagam berdekatan kamu ya!







Dance Flick

Tarikh Tayangan: 20 Ogos 2009
Pengarah: Damien Wayans
Pelakon: Brennan Hillard, Chelsea Makela, Marlon Wayans

Genre: Komedi

MENGISAHKAN seorang gadis berasal dari kampung akhirnya menjadi seorang penari popular selepas berpindah ke kota. Saksikan pelbagai pengalaman yang terpaksa ditempuhinya demi meraih impian.