Wednesday, December 2, 2009

High School Musical 3 in BM di Disney Channel!

Don't forget, High School Musical 3 premieres di Disney Channel (ASTRO Channel 615) Sabtu ini, 5 Disember 7.30 pm! Tonton filem ini dalam Bahasa Malaysia dengan sumbangan suara Dafi, Mila, Marsha dan Nana. Ayuh jatuh cinta dengan kegilaan remaja ini.

Cirque Du Freak: The Vampire’s Assistant

Tarikh Tayangan: 31 Disember 2009
Pengarah: Paul Wietz
Pelakon: Salma Hayek, Josh Hutcherson, Willem Dafoe, Ken Watanabe, John C. Reilly.
Genre: Fantasi

SEORANG budak lelaki, Darren Shan bertemu lelaki misteri ketika menonton sebuah persembahan pelik. Selepas beberapa ketika, Darren meninggalkan kehidupan normalnya untuk bersama Cirque Du Freak dan menjadi seorang puntianak.

Julie And Julia

Tarikh Tayangan: 24 Disember 2009
Pengarah: Nora Ephron
Pelakon: Meryl Streep, Amy Adams, Jane Lynch, Stanley Tucci.
Genre: Komedi

JULIE Powell (Amy Adams), seorang kakitangan kerajaan telah membuat keputusan untuk mahir memasak dalam tempoh setahun seperti di dalam buku masak klasik milik tukang masak lagenda Julia Child (Meryl Streep), "Mastering the Art of French Cooking”.

Alvin And The Chipmunks 2: The Squeakuel

Tarikh Tayangan: 24 Disember 2009
Pengarah: Betty Thomas
Pelakon: Jason Lee, Jesse McCartney, Justin Long, Matthew Gray Gubler.

Genre: Animasi

BABAK kedua dari filem blokbuster yang pernah ditayangkan pada 2007, kali ini menyaksikan "Alvin The Chipmunks" bersatu semula dengan teman wanitanya, Chipettes, dan bersama ke sekolah buat kali pertama.

Sherlock Holmes

Tarikh Tayangan: 24 Disember 2009
Pengarah: Guy Ritchie
Pelakon: Robert Downey Jr., Jude Law, Rachel McAdams, Mark Strong, Kelly Reilly.
Genre: Aksi

DETEKTIF Sherlock Holmes (Downey Jr.) dan pasangan setianya, Watson (Law) berpadu tenaga menyelesaikan kejadian misteri di England.

Avatar

Tarikh Tayangan: 17 Disember 2009
Pengarah: James Cameron
Pelakon: Sam Worthington, Sigourney Weaver, Michelle Rodriguez, Stephen Lang.
Genre: Sains Fiksyen

BERKISAR tentang perjalanan sebuah revolusi dan pembalasan dendam. Seorang bekas marin yang tidak rela mengkhianati dan mengeksploitasi planet yang eksotik serta kaya dengan sumber bio-diversitinya dan akhirnya tetap mendorongnya untuk berjuang demi meneruskan kehidupan.

Santau

Tarikh Tayangan: 10 Disember
Pengarah: Azhari Mohd Zain
Pelakon: Esma Daniel, Putri Mardiana, Riezman Khuzaimi
Genre: Seram

HALIM bertuah memiliki seorang isteri bernama Nina dan seorang cahaya mata perempuan bernama Tuti. Apatah lagi dikurniakan kekayaan hasil titik peluh dari perniagaannya. Namun, kebahagiaan itu tidak lama apabila Nina kemudiannya berubah menjadi pendiam, malas dan panas baran. Halim tidak mempercayai cerita Nina dan Tuti mengenai wujudnya makhluk halus dan benda ghaib. Namun sebenarnya keluarga Halim telah menerima santau kerana perasaan dengki dengan kebahagiaan dan kejayaan Halim.

Bandslam

Tarikh Tayangan: 10 Disember 2009
Pengarah: Todd Graff
Pelakon: Vanessa Hudgens, Alyson Michalka, Gaelan Connell, Lisa Kudrow
Genre: Muzikal

WILL Burton (Gaelan Connell), seorang remaja pelik yang sering dibuli begitu terkejut apabila Charlotte Banks ( Alyson Michalka) , yang popular sebagai penulis lagu dan ketua sorak telah memintanya untuk menguruskankumpulan muzik rock yang ditubuhkannya. Peluang tersebut di sambut Will yang seterusnya merubah hidup Will apabila bertemu Sam ( Vanessa Hudgens).

Couple Retreat

Tarikh Tayangan: 10 Disember 2009
Pengarah: Peter Billingsley
Pelakon: Kristen Bell, Kristin Davis, Jason Bateman, Malin Akerman, Vince Vaughn.
Genre: Komedi

MENGISAHKAN empat pasangan yang memutuskan untuk bercuti di sebuah pulau peranginan tropika. Kisah ini berlegar bagaimana ketika sepasang suami isteri sedang berusaha memulihkan perkahwinan mereka, pasangan lain pula gagal untuk menyedari bahawa sesi terapi yang ada di resort itu bukanlah opsyen terbaik untuk mereka.

Zombieland

Tarikh Tayangan: 10 Disember 2009
Pengarah: Ruben Fleischer
Pelakon: Emma Stone, Jesse Eisenberg, Woody Harrelson.
Genre: Seram

FILEM yang dilakonkan oleh Jesse Eisenberg sebagai Columbus yang terpaksa bersatu tenaga dengan Tallahassee (Woody Harrelson), seorang pembunuh zombi demi menamatkan fenomena zombie yang menjadi malapetaka buruk. Misi tersebut menemukan mereka dengan dua kanak-kanak perempuan Wichita (Emma Stone) dan Little Rock (Abigail Breslin) malah turut memberi mereka pengajaran terbaik tentang nilai persahabatan dan pengorbanan.

The Princess And The Frog

Tarikh Tayangan: 10 Disember 2009
Pengarah: Rob Edwards, Ron Clements
Pelakon: Anika Noni Rose, Bruno Campos, Jenifer Lewis, Keith David, Oprah Winfrey
Genre: Animasi

SEORANG putera bernama Naveen (Bruno Campos) dari Maldonia telah bertukar menjadi seekor katak angkara Dr. Facilier (Keith David), seorang pengamal magik voodoo yang kejam. Putera katak itu kemudiannya meminta Tiana, seorang pelayan wanita menciumnya dengan harapan dapat menamatkan sumpahan tersebut. Namun, malangnya Tiana pula bertukar menjadi katak. Mereka akhirnya mengembara mencari ahli sihir budiman, Mama Odie, (Jenifer Lewis) untuk membantu mematikan sumpahan itu dan tanpa di sangka perasaan romantis mula mekar di hati mereka.

Love Happens

Tarikh Tayangan: 3 Disember 2009
Pengarah: Brandon Camp
Pelakon: Aaron Eckhart, Jennifer Aniston, Martin Sheen
Genre: Romantik Komedi

DUDA, Dr Burke Ryan (Aaron Eckhart) sentiasa menyarankan masyarakat agar menerima setiap masalah dengan terbuka. Dia bertemu secara kebetulan dengan Eloise Chandler (Jennifer Aniston) yang patah hati dengan lelaki. Adakah cinta akan hadir dalam diri dua individu berlainan latar belakang ini?

Monday, November 23, 2009

Istimewa Aidiladha: Taubat Nasuha

HASIL perkahwinan Syamizi dan Laila mereka dikurniakan 3 cahayamata iaitu Aimin 11 tahun, Aiman 8 tahun dan Amirul 4 tahun. Laila kini sedang mengandung anak keempat dan usia kandungannya 4 bulan. Ketiga-tiga anak Syamizi begitu nakal pada pandangan Syamizi. Ini kerana Syamizi merupakan seorang ayah yang panas baran akibat tuntutan dan didikan hidup dari arwah ayahnya yang merupakan seorang tentera. Dari itu, cara dia menegur dan mendidik anak-anaknya sama seperti arwah ayahnya yang garang dan bengis serta berdisiplin. Pantang sahaja silap sedikit, anak mesti dirotan atau sepakan singgah di muka anak itu.

Laila sudah puas mengingatkan dan menasihatkan suaminya, namun tidak diendahkan oleh Syamizi, malah ada kalanya Laila turut menjadi sasaran baran Syamizi. Bagi anak-anak pula setiap kali kemunculan ayahnya di rumah membuatkan mereka sedikit gementar, namun ia tidak menghalang mereka bergurau senda dan bermain bersama. Keriuhan sebegini menjadi satu gangguan kepada Syamizi. Kesabaran Laila cukup tinggi memandangkan sebagai seorang isteri, dia sedar syurga itu di telapak kaki suami. Namun, segala-galanya berubah apabila satu tragedi menimpa keluarga itu. Apakah yang berlaku? Saksikannya Istimewa Aidiladha ini di TV3 pada 27 November, jam 10.05 malam dengan bintang handalan seperti Sheila Rusly, Fauzi Nawawi, Dato’ Jalaluddin Hassan, Sheila Mambo, Naim Daniel, Haikal Raihan, Aliff Ikqmal

PELAKON Tari Tirana Temui Peminat

CITARASA penonton yang mahukan kepelbagaian genre drama khususnya remaja, mencetuskan idea untuk menerbitkan Tari Tirana di slot Lestary. Untuk julung kalinya, TV3 memperkenalkan siri yang berlandaskan tarian sebagai penceritaan sesuatu drama, di mana pelakon seperti Wan Sharmila, Shahz Jazle, Ammar Alfian Aziz, Nadia Aquila Bajuri bukan sahaja terpaksa mempamerkan bakat berlakon tetapi juga kebolehan menari.

Sambutan jumlah penonton yang memberansangkan setiap minggu telah mendorong pihak TV3 untuk mengadakan satu sesi ramah mesra bersama para pelakon Tari Tirana, bertempat di e@curve Mutiara Damansara bermula dari jam 3.00 petang hingga 6.00 petang. Sesi ini memberi peluang kepada penonton-penonton setia menemui bintang Tari Tirana dan beramah mesra sambil bergambar dengan pelakon kesayangan mereka.

Selain itu, pelbagai aktiviti riadah telah dijalankan untuk seisi keluarga, antaranya termasuklah:
i) menyaksikan persembahan nyanyian oleh Naizle, Sabhe dan Nadia Aquila,
ii) persembahan tarian dari pelakon-pelakon Tari Tirana sendiri,
iii) klinik tarian yang dikendalikan oleh para pelakon bagi mereka yang ingin menari seperti pelakon-pelakon Tari Tirana,
iv) tidak dilupakan satu sesi tarian bersama pereka tari Ali,
v) sesi soal jawab bersama pengunjung,
vi) persembahan sesi trivia bersama MyTV3 sambil mendaftarkan diri sebagai ahil dan sebagainya.

Tari Tirana mengisahkan perjalanan kehidupan seorang gadis remaja yang menghadapi kemelut keluarga di mana minat untuk menari mendapat tentangan dari keluarga beliau, di samping itu konflik percintaan remaja yang tidak kesampaian dan cinta dari bekas teman lelaki juga musuh ketat beliau melibatkan banyak hati bakal dikecewakan!

Tirana yang digambarkan sebagai gadis lincah, cantik dan bijak bakal membawa penonton menyoroti warna-warni kehidupannya menerusi siri Tari Tirana di slot Lestary yang disiarkan sejak 25 Ogos 2009, setiap Selasa pada jam 9.00 malam, hanya di TV3. Drama bersiri 26 episod ini dibintangi oleh pemenang gadis Pantene Anugerah Skrin 2008, Wan Sharmila (Tirana), Shaz Jazle (Ash), Ammar Alfian Aziz (Neo), Nadia Aquila Bajuri (Chika) dan dibantu oleh Noryati Taib (Makcik Isabella), Faizul Hafiz Hashim (Ijam), Ruzana Ibrahim (Cik Yasmin), Zaibo (Hj Mohsen) dan Zefrul Nordin (Tajuddin). Turut membintangi siri ini adalah Nadzirah Nadzri (Liza), Becky Lee (Ciara), Sharnaaz Ahmad (Ali) dan Mohammad Ali (Ali G).

Drama ini hasil garapan sutradara muda, Shahrulezad Mohamedin yang pernah menghasilkan drama-drama hebat di TV3 antaranya Sindarella, Emil Emilda, Kerana Cintaku Saerah dan Seputeh Qaseh Ramadan. Tari Tirana yang diterbitkan oleh Radius One Production ini menjalani penggambaran di lokasi-lokasi terpilih di sekitar Kuala Lumpur dan Singapura.

Saturday, November 21, 2009

Kenali Wajah Baru Finalis Top 6

DEBARAN mula terasa! Setelah berbulan pencarian muka baru 8TV Quickie dilakukan, akhirnya wajah-wajah bakal pengacara baru 8TV Quickie disenarai pendek.
Kini, muka baru Top 6 menjengah ruang udara stesen 8TV dan mereka bertarung untuk mendapat tempat ke peringkat seterusnya.

The 8TV Quickie, merupakan sebuah program bual bicara selama 15 minit yang membentangkan isu-isu, berita-berita terbaru dan terkini serta gosip-gosip hangat. Setalah lima tahun bersiaran, kini The 8TV Quickie mengorak langkah setapak lagi dengan menerbitkan program mini realiti untuk mencari muka baru untuk diketengahkan sebagai hosnya melalui program yang dipanggil 8TV Quickie Search.

Beberapa sesi uji bakat bergerak telah pun dijalankan pada bulan Oktober lalu. Pasukan Quickie telah mengadakan sesi ujibakat bergerak ini ke beberapa kampus utama di sekitar Kuala Lumpur. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan yang mana peserta yang hadir bukan sahaja di kalangan warga kampus malah orang luar turut menyertainya.

Melalui 6 siri ujibakat yang diadakan, 6 orang peserta berbakat telah disenarai pendek untuk pergi ke peringkat Top 6 yang mana 3 peserta lelaki dan 3 peserta perempuan tealah dikenal pasti. Peserta-peserta Top 6 ini akan melalui beberapa proses latihan dan diberikan tugasan untuk dinilai sebelum diumumkan sebagai wajah baru 8TV Quickie.

Enam (6) peserta yang dipilih adalah Viknesh Chandra @ Vix (26 tahun), Jamie Roscom @ Jamie (24 tahun), Megan Tan Yue Mei @ Megan (21 tahun), Naqib Shamsuri @ Naqib (23 tahun), Samantha Ong Eu Min @ Sam (18 tahun) dan Mohamed Shakir Bin Iqbal Basheer @ Shakir (26 tahun).

Sebagai persediaan awal, peserta-peserta Top 6 akan mengikuti beberapa kelas yang disediakan untuk memperbaiki komunikasi dan memperbaiki imej masing-masing sebelum tugasan sebenar diberikan dan diadili. Kelas kemahiran ini di bimbing oleh beberapa selebriti popular tempatan.

.

Selepas sesi bimbingan ini, tibalah masa untuk Top 6 atau bakal hos baru anda ini menyerlahkan bakat sebenar mereka melalui beberapa siri ujian yang akan dijalankan. Ujian yang diberi merangkumi cabaran dan tugas yang dipertanggungjawabkan yang akan berlaku selama 6 minggu. Ini termasuk cabaran mengacara 8TV Quickie bersama hos utama secara langsung dan juga melaporkan situasi yang berlaku di majlis yang sedang berlangsung.

“Tahniah kepada semua peserta Top 6! Kerja keras dan usaha anda selama ini akhirnya berbaloi. Bagaimanapun, pengembaraan anda baru bermula. Anda harus membuktikan diri anda calon yang sesuai untuk menyertai pasukan 8TV Quickie,” kata Cik Lam Swee Kim, Pengurus Besar di 8TV.

“Di dalam pertandingan pencarian ini, pelbagai cabaran harus anda lalui. Hanya dengan mempunyai keazaman yang kuat sahaja anda mampu menangani semua tugas yang digalas dengan baik kerana setiap minggu peserta dikehendaki belajar benda yang baru seperti kemahiran pengacaraan yang betul dan tahu akan apa yang perlu untuk menjadi sebahagian dari keluarga 8TV Quickie.” tambah Kim.

The 8TV Quickie Search tidak hanya memberi peluang kepada peserta-peserta baru berbakat untuk menyerlahkan bakat di kaca TV malah memberi peluang kepada anda sebagai penonton dirumah untuk memilih siapa di antara peserta Top 6 yang ingin anda lihat mengacara 8TV Quickie di masa depan!

Penonton mula berpeluang melihat latar belakang dan aksi Top 6 serta mengundi peserta kegemaran anda bermula 11 November 2009 menerusi stesen hip 8TV dan juga laman web utama 8TV. Dua pemenang akan dipilih sebagai pemenang dan kemenangan mereka akan ditentukan melalui 50% undian dari juri dan 50% undian dari laman web dan SMS.

Undian bermula pada 11 November 2009 dan ditutup pada 8 Januari 2010 jam 9.30malam.

Untuk membuat undian melalui SMS, apa yang anda perlu buat adalah dengan menaip QS nama peserta dan hantar ke nombor 33399 melalui telefon genggam anda seperti berikut:
Jamie : QSJamie ke 33399
Megan : QSMegan ke 33399
Samantha : QSSam ke 33399
Naqib : QSNaqib ke 33399
Shakir : QSShakir ke 33399
Viknesh : QSVix ke 33399

Selain dari undian menerusi SMS, anda juga boleh mengundi melalui laman web utama dengan melayari laman sesawang
www.8tv.com.my/quickie dan bukan setakat itu sahaja, anada juga berpeluang mengenali peserta dengan lebih dekat kerana apa jua maklumat dan gambar mereka boleh didapati di sana.

Pemenang-pemenang 8TV Quickie Search akan diumumkan pada 8 Januari 2010 bersempena ulangtahun 8TV yang ke-6.

Dua pemenang utama iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan yang dipilih bakal memenangi hadiah bernilai RM8,000 dari Nike dan Estee Launder. Empat peserta lagi akan menerima wang saguhati bernilai RM500.00. Mereka juga bakal menggapai impian menjadi salah pengacara 8TV.

Jadi apa tunggu lagi. Jangan lupa menyaksikan aksi peserta Top 6 dan jangan lupa untuk mengundi peserta kegemaran anda! Jangan ketinggalan untuk menyaksikan kemunculan peserta Top 6 di 8TV Quickie bermula 16 November 2009 dan jadilah juri. Anda berhak menilai dan memilih!

Friday, November 20, 2009

Senarai Nama Pemenang Kuiz Filem 2012

BERDEKAD lamanya, ramai yang mengandaikan dunia akan musnah apabila kalendar Mayan tamat sebaik saja menjelang 21 Disember 2012. Menerusi 2012 anda akan melihat betapa dahsyatnya impak yang melanda bumi apabila hari tersebut menjelang dengan teknik CGI yang sememangnya amat menarik dan cemerlang. Ia mengisahkan Jackson Curtis (John Cusack) berusaha untuk menyelamatkan keluarganya dan orang sekelilingnya daripada malapetaka yang diramalkan oleh kaum kuno Mayan.Filem ini diarahkan oleh Roland Emmerich dan ditulis bersama Harald Kloser."2012" dilakonkan oleh John Cusack, Amanda Peet, Chiwetel Ejiofor and Danny Glover.

Berikut adalah senarai nama pemenang-pemenang filem 2012


Jam Tangan Edisi Terhad 2012
Suhaili Abdullah, Shah Alam
Khushairi Awaluddin, Putra Jaya
Adam Abdullah, Sri Damansara


Waterproof Pouch Edisi Terhad 2012
Hidhir Muhamad, Gombak
Ogymariani Mohd Yusof, Damansara Damai
Zabil Yahya, Rawang


Lenticular Notebook Edisi Terhad 2012
Alina Zaireen Ismail, Puncak Alam
Munawir Asnawi, Kajang
Farhana Ishak, Banting


Solar Power Keychain Edisi Terhad 2012

Farihad Musa, Balakong
Mohd Hanif Mohd Hashim, Selayang
Zuhani Mokhtar, Batu 3

Compass Keychain Edisi Terhad 2012

Zarina Zainon, Kampung Pandan
Abdul Rahman Fahmi, Batu Caves
Fitri Abdul Aziz, Lembah Beringin

Senarai Nama Pemenang Filem Jennifer's Body

FILEM ini merupakan hasil garapan hebat pemenang oskar untuk filem Juno. Jennifer's Body mengisahkan Jennifer, penuntut sekolah tinggi yang terletak di sebuah pekan kecil bertukar menjadi seorang pembunuh apabila dirasuk oleh kuasa syaitan yang sangat kejam.




Berikut adalah senarai nama pemenang bagi kuiz filem Jennifer’s Body

Payung Jennifer’s Body
Ahmad Firdaus Abdul Halim, Keramat
Siti Azira Azit, Lembah Jaya

T’ Shirt Jennifer’s Body
Mohd Hazim Hamid, Nilai
Noor Suzila Amir, Puchong Perdana

Poster Jennifer’s Body
Wan Nurul Syafika Zainudin, Ampang
Khairul Ilham Ismail, Sungai Choh
Johan Suhaimi, Subang Jaya
Zaharah Abdul Razak, Cheras Baru
Mohd Hafiz Dahlan, Klang

Cerekarama Aidiladha: Korban Kasih Marlisa

MARLISA merupakan ribuan wanita moden yang telah berjaya mencipta kejayaan tersendiri di dalam kerjayanya. Atas kredibiliti yang dimilikinya, ayahnya Datuk Ibrahim tidak teragak-agak menyerahkan tanggungjawab sebagai Pengurus Besar di Excellent Holdings Sdn. Bhd. yang menguruskan syarikat pembinaan. Atas kesibukan itulah Marlisa masih belum berkahwin. Antara strategi syarikatnya adalah melatih eksekutif muda yag dinamik dan mempunyai potensi untuk berjaya.

Antara eksekutif muda itu termasuklah Adam Rais antara mereka yang mempunyai potensi untuk membantu kejayaan Matrix Holdings. Adam merupakan seorang anak kampung yang mengkagumi kegigihan Marlisa. Dia begitu berani mendekati Marlisa untuk belajar sesuatu yang boleh meningkatkan prestasinya. Hubungan mereka semakin rapat walaupun Marlisa cuba menindakkan perasaannya pada Adam. Adam akhirnya berani meluahkan rasa cintanya pada Marlisa. Marlisa terkejut dan mengingatkan jarak usia mereka yang terlalu ketara.

Dalam pada itu, Sapiah, Ibu Adam merancang menjodohkannya dengan gadis kampungnya bernama Nuraina. Dia langsung tidak mengetahui Adam sedang bercinta dengan Marlisa. Sapiah menerima kepulangan Adam dengan Marlisa dengan tenang walaupun dia tidak menyenangi hubungan itu apatah lagi untuk merestui perkahwinan mereka. Sapiah cuba melayan Marlisa dengan baik. Nuraina tidak sedikit pun cemburu malah menganggapnya secocok walaupun berbeza usia. Nuraina mudah mesra dengan Marlisa dan menganggpnya sebagai kakak.

Namun, Sapiah tiada pilihan lain selain mahu Marlisa meninggalkan Adam dan mahu dia mengahwini Nuraina. Adam terpaksa berkahwin dengan Nuraina walaupun dia masih menyintai Marlisa. Apakah yang terjadi kepada mereka bertiga? Saksikan kesudahannya 28 Nov ini jam 10.05 malam. Antara pelakon yang membintangi drama ini adalah Umie Aida, Awal Ashari, Tizz Zakiah, Arash Mohd, Fadhilah Mansor, Dato' Rahim Razali, Aida Radzwill, Kismah Johar.

Wednesday, November 18, 2009

Gig ke-3 di Johor Bahru

SIAPAKAH yang akan kekal ke Top 6 nanti? Pastikan anda menjadi saksi utama pusingan penyingkiran di Johor Bahru Sabtu ini, 21 November 2009 bermula jam 12.30 tengahari.

Gig kedua Twisties Bingit yang berlangsung di New World Park, Pulau Pinang minggu lepas telah menyaksikan kumpulan Rockie Ocean tersingkir. Setelah 2 minggu berturut-turut berada di dua tangga terbawah, perjuangan Rockie Ocean akhirnya tersungkur di bumi Pulau Pinang. Purata kritikkan yang diterima dari pihak juri mengatakan Rockie Ocean tidak menyerlah dan persembahan juga amat mengecewakan. Imej yang diketengahkan oleh Rockie Ocean juga tdiak sesuai apatah lagi tema minggu kedua adalah mengenai imej dan mereka telah diberi wang saku RM500 untuk menukar imej lama kepada imej baru namun tiada perubahan ketara yang dilihat.

Orang ramai telah mula berkumpul sejak jam 1.00 tengahari lagi untuk memberi sokongan kepada band-band kesayangan mereka beraksi secara LIVE!


Lapan band berentap di New World Park, Pulau Pinang untuk mencari band terhebat Malaysia. Band-band yang bertanding ialah The Musicians, DIGITAL, Rockie Ocean, Avidity, No Misery, Rocket Planet, MESS Symphony dan Floor 88.


Rata-rata persembahan minggu kedua mereka ternyata berjaya memukau ratusan peminat yang hadir. Seperti diminggu pertama, sekali lagi kumpulan Rocket Planet dan Digital memukau hati juri dengan persembahan mantap mereka. Rocket Planet berjaya membawa pembaharuan kepada imej mereka.


”Kamu Rocket Planet memang gempak. Dengan imej baru dan persembahan yang baik hari ini, menjadikan kamu seperti kumpulan yang telah lama bertapak dalam industri hiburan. Kamu memang `the best’ lah...jumpa kamu di peringkat akhir” komen Edrie Hashim selaku juri tetap Twisties Bingit.


Pemain drum kumpulan The Musicians juga diiktiraf oleh pihak juri sebagai pemain drum terbaik petang itu. Kumpulan Avidity yang membawa imej rock kapak melalui lagu `Kasihnya Laila’ dari kumpulan Jinbara juga berjaya menarik hati juri.


”Saya suka dengan persembahan kamu. Walaupun kamu berbeza dengan yang lain dengan menampilkan imej dan lagu rock kapak, tapi kamu berjaya!”, komen Jay-Jay yang turut memeriahkan Twisties Bingit sebagai juri jemputan.


Pada penghujung program setiap program, sebuah kumpulan yang mendapat markah paling rendah dari juri akan diundi keluar. Untuk mengetahui siapakah kumpulan yang bakal tersingkir minggu hadapan, jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke City Spot Cafe, City Plaza Johor Bahru munggu depan untuk Gig ke-3 Twisties Bingit .


Selain itu, Gig kedua Twisties Bingit turut dihangatkan dengan kehadiran band popular Pesawat yang tampil membuat persembahan. Kumpulan Pesawat menghiburkan peminat dengan menyanyikan lagu-lagu popular dari album mereka.


Hadiah berjumlah RM100,000 ditawarkan kepada pemenang-pemenang di Twisties Bingit . Hanya sebuah kumpulan akan dinobatkan sebagai Juara Twisties Bingit yang bakal membawa pulang hadiah bernilai RM80,000 termasuk kontrak rakaman bersama dengan syarikat rakaman Monkey Bone. Naib juara pula akan membawa pulang hadiah bernilai RM10,000 sementara tempat ketiga pula akan menerima hadiah bernilai RM6,000. Tempat ke-4 dan ke-5 pula masing-masing akan membawa pulang RM2, 000 sebagai hadiah saguhati.


Twisties Bingit ditaja sepenuhnya oleh Twisties. Juri-juri yang bakal menilai persembahan peserta nyata bukan calang-calang orang kerana kesemua mereka merupakan nama-nama besar dalam industri muzik Malaysia. Edrie Hashim (pemain gitar, komposer dan penerbit) merupakan salah seorang juri untuk program ini selain dari Edris Adrian (Pengurus Label, Monkey Bone). Beberapa juri jemputan juga akan turut dijemput untuk memeriahkan program ini. Pada minngu ke-3, Hattan sekali lagi dipilih untuk memanaskan kerusi juri jemputan.


Personaliti TV dan bekas pemain dram kumpulan indie terkenal OAG iaitu Qi Razali (popular dengan program “Destinasi Bajet” dan “Field Trip to USA”) telah diberi tanggungjawab sebagai pengacara untuk program Twisties Bingit ini. Program ini akan disiarkan setiap Jumaat jam 9.30 malam bermula 11 Disember 2009 hanya di saluran hip 8TV. Untuk mendapatkan info-info terkini anda boleh melayari laman sesawang http://www.hotfm.com.my/ atau http://www.twisties.com.my/


Anda juga boleh menonton siaran 8TV menerusi saluran 708 di Astro. Anda kini dapat menonon program kegemaran anda melalui telefon bimbit dengan melayari ke mobile.8tv.com.my. Selamat menonton!

Musim Terbaru (musim 4) - Criminal Minds

PERHATIAN buat peminat-peminat drama bersiri penyiasatan! Musim ke-4 drama penyiasatan jenayah popular US Criminal Minds bakal kembali menjengah ruang televisyen anda bermula 23 November 2009 ini dengan menjanjikan lebih banyak tumpuan kepada episod-episod pembunuhan yang lebih misteri dan sukar dirungkai. Peminat-peminat drama ini boleh menikmati aksi-aksi hebat pelakon-pelakon handalan drama siri ini pada setiap hari Isnin jam 10.30malam, hanya di stesen hip 8TV.

Criminal Minds merupakan sebuah drama Amerika yang berkonsepkan jenayah dan dihasilkan oleh The Mark Gordon Company bersekutu dengan ABC Studios dan Rangkaian Televisyen CBS Paramount.

Criminal Minds musim ke-4 ini sekali lagi berkisar di sekeliling sekumpulan elit FBI - Unit Analisis Kelakuan atau lebih dikenali sebagai unit BAU yang mempunyai kepakaran menganalisis pemikiran penjenayah-penjenayah yang paling kejam di negara mereka dengan memfokuskan akan tindakkan yang akan dilakukan oleh penjenayah tersebut sebelum mereka bertindak sekali lagi.

Keprihatinan dan kesabaran pihak BAU memerangi jenayah ini dapat dilihat di dalam salah satu episod yang bakal ditayangkan yang mana sebuah kereta SUV yang membawa anggota unit BAU di bandar New York telah dibom oleh pihak pengganas. Ketidak jangkaan perilaku penjenayah yang telah mengebom pasukan unit BAU ini membuatkan Pusat Ibu Pejabat BAU menghantar kumpulan pakarnya menyiasat akan kejadian tersebut. Siasatan terhadap gerak laku pengganas dilakukan dengan sangat terperinci dan penonton ikut sama dapat merasa debaran adegan yang mungkin akan di lakukan sekali lagi oleh pihak pengganas.

Selain itu, Criminal Minds musim ke-4 juga membongkar kes tipu muslihat pembunuhan bersiri penjenayah yang cuba menyembunyikan agenda pembunuhan mereka. Pembunuh cuba membuat beberapa tindakan untuk menggaburi mata pihak polis seperti kematian itu berlaku akibat kemalangan kereta atau sebagainya. Ada diantara mangsa pembunuhan juga dikatakan telah dirasuk oleh kuasa jahat dan pembunuh yang licik ini memberi alasan bahawa beliau telah diberi mandat oleh pihak paderi.Kristian untuk membanteras kuasa jahat itu.
Namun, kepakaran unit BAU dapat mengatasai segala helah yang diberi malah dapat membaca gerak hati penjenayah sebelum lebih banyak lagi kes bunuh berlaku.

Penonton juga akan dibawa menghayati dengan lebih mendalam terhadap watak-watak karektor utama drama bersiri ini. Watak Reid membawa anda menyelami keadaan dejavu yang dialami oleh beliau yang mana kes-kes yang disiasat telah mengembalikan ingatan beliau kepada beberapa kes silam yang pernah beliau tangani. Bagaimanakah Reid menangani emosi beliau?

“Criminal Minds pernah menjadi sebuah drama siri popular urban di 8TV dan kami gembira untuk menyiarkan musim terbarunya.. Kali ini unit pasukan BAU di cabar dengan lebih banyak jenayah-jenayah yang sukar untuk ditelusi. Penonton 8TV pasti akan terhibur dan rasa ingin tahu lebih meluap-luap dengan dengan plot-plot dan jalan cerita yang lebih menarik di musim baru ini.” Kata Cik Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

“Criminal Minds yang lalu telah mendapat sambutan yang hangat dari penonton-penonton 8TV dan saya rasa musim ke-4 ini pasti akan terus menghiburkan penonton-penonton kami,” tambahnya.

Criminal Minds dibintangi oleh Paget Brewster, Matthew Gray Gubler, AJ Cook, Thomas Gibson, Joe Mantegna, Shemar Moore dan Kirsten Vangsness.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi, jangan lupa untuk menonton 8TV dan menyaksikan Criminal Minds (musim ke-4) setiap Isnin, mulai 23 November 2009 jam 10.30malam.
Anda juga boleh menonton 8TV menerusi Astro di saluran 708.

Anda juga boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari
mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!

Tuesday, November 17, 2009

Igauan Mistik Dalam Jangan Tegur...lagi

DRAMA 13 episod ini dibintangi oleh Rabecca Nur Islam (Natasya), Eizlan Yusuf (Kamal), Puteri Mardiana (Baizura), Aida Aris (Dr Maria), Norliana Samsudin (Tina) dan Danny X Factor (Halim). Dibawah pengarahan Ismail Bob Hasim dan diterbitkan oleh Metrowealth International Group Sdn Bhd (MIG), Jangan Tegur ... lagi adalah karya yang diadaptasikan dari filem popularnya, Jangan Tegur yang telah pun ditayangkan pada awal tahun ini.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama, Nurul Aini Abu Bakar, “Filem Jangan Tegur mempunyai kekuatan dan keunikan tersendiri sehingga berjaya menarik perhatian penontonnya dengan kutipan tiket sebanyak RM4.6 juta di Malaysia dan Singapura. Melihatkan impak filem ini yang berkesan, TV3 yakin drama bersiri Jangan Tegur ... lagi arahan Ismail Bob Hashim pasti menjanjikan sesuatu yang lebih menarik dan lebih seram. Selain dari jalan cerita, barisan pelakon dan keberkesanan skrip, lokasi penggambaran juga memainkan peranan yang penting untuk melahirkan suasana debar dan seram kepada penonton di mana sebuah hospital lama di Sungai Buloh dijadikan lokasi utamanya selain di Hulu Langat, Selangor.”

Jangan Tegur ... lagi mengisahkan tentang Natasya dan Kamal merupakan sepasang suami isteri yang hidup serba moden dan kebaratan yang baru pulang dari berbulan madu. Apabila Natasya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang menyebabkan dia jatuh koma. Selama tempoh koma itu, dia telah bermimpi tentang seorang wanita aneh yang bernama Baizura. Kehidupannya mula berubah apabila mendapati dia mampu melihat makhluk-makhluk ghaib di sekitarnya. Natasya amat pasti bahawa kejadian-kejadian misteri ini ada kiatan dengan Baizura. Kamal berusaha membawanya pergi berubat walaupun tidak mempercayai benda-benda khurafat ini.

Masalah baru pula berlaku apabila suaminya, Kamal, menunjukkan tanda-tanda bahawa beliau juga didatangi hantu dan makhluk ghaib. Dengan bantuan keluarga, bermacam-macam cara Natasya cuba memulihkan Kamal, tetapi keadaan Kamal tidak berubah. Kamal sendiri tidak percaya dirinya disihir, malah, menghabiskan masa dengan Dr. Maria untuk mencari punca saintifik permasalahannya. Hubungan rumah tangga Kamal dan Natasya semakin bermasalah selepas itu, malah, mereka hampir bercerai.
Apabila mengetahui perbuatan Nastasya yang melibatkan ilmu mistik, ibu dan bapa mentuanya marah terhadapnya dan Kamal pula enggan menerima Natasya lagi dan menuduhnya lupa diri. Mereka sekeluarga terus menghalau Natasya daripada bertemu Kamal. Natasya benar-benar hendak berputus asa, dan memulakan hidup baru secara sendirian. Namun, roh Baizura enggan melepaskannya, dan terus mengganggu hidupnya. Selepas mengharungi pelbagai pengalaman bersama, apakah kesudahan drama menarik ini dan sampai bilakah roh Baizura akan terus menghantui Natasya? Sama-sama kita saksikan kesudahan drama seram ini! menerusi slot Seram berjudul Jangan Tegur... lagi yang akan bersiaran mulai 19 November 2009, setiap hari Khamis, jam 9.30 malam, di TV3.

Sunday, November 15, 2009

Sertai Kuiz & Menangi Hadiah Premium NINJA ASSASSIN

Raizo (Rain) adalah seorang pembunuh upahan paling berbahaya di dunia yang dilatih sejak kecil oleh Ozunu Clan, sebuah kongsi gelap yang kewujudannya dianggap sebuah mitos. Kemudian Raizo serta ejen Europol Mika Coretti (Naomie Harris) terbabit di dalam kancah pembunuhan dan komplot politik dan menjadikan keduanya sebagai sasaran pembunuh. Raizo menyelamatkan Mika daripada percubaan bunuh Takeshi (Rick Yune) dan menyedari bahawa Clan tidak akan berhenti selagi mereka kedua-dua tidak dihapuskan. Segala-galanya terletak di tangan Raizo dan Mika untuk mempercayai di antara satu sama lain jika mereka ingin terus hidup dan akhirnya menjatuhkan Ozunu Clan.



Wednesday, November 11, 2009

BLOGGER BOY musim ke-2 di 8TV! Jom kita intai rahsia si-Budak KL…

BLOGGER BOY kini kembali di kaca televisyen untuk musim ke-2! Musim terbaru drama ini kembali dengan jalan cerita yang lebih menarik dan penuh dengan elemen kejutan.

BLOGGER BOY musim ke 2 akan menemui penonton semua bermula 12 November 2009 setiap Khamis jam 9.30 malam dengan 20 episod yang cukup sensasi. Siri ini bakal menyaksikan Qi (Budi), Julie Woon (Nina) dan Nas-T (Kid) bersatu kembali untuk menjayakan drama bersiri ini.

“Ini merupakan sebuah lagi drama bersiri yang cukup hebat dan tampil segar dengan konsep yang cukup menarik dan unik. BLOGGER BOY lengkap dengan elemen drama, komedi, cinta dan suspens akan ditayangkan secara eksklusif di 8TV. Khas buat peminat setia BLOGGER BOY, jangan ketinggalan untuk menonton siri kegemaran ramai ini!” komen Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

“Drama bersiri ini lengkap dengan jalan cerita yang menarik yang akan membuat anda semua tidak sabar-sabar untuk menantikan kesudahan drama ini,” tambah Kim lagi.

Musim ke-2 BLOGGER BOY membuka tirai dengan kisah perhubungan Budi dan Nina. Budi ternyata cukup kecewa apabila Nina tiba-tiba menghilangkan diri dan meninggalkannya pada episod terakhir musim pertama drama ini.

Budi juga telah berhenti daripada menulis di dalam ‘blog komik’ beliau dan telah mengecewakan ramai pengikut blog itu. Kid pula berusaha sedaya upaya untuk membantu Budi melupakan kesedihan yang menimpa dirinya dan kembali ceria.

Kedua-dua jejaka ini dalam misi mencari penyewa untuk meringankan kewangan masing-masing dan akhirnya menyedari tidak mudah untuk mencari penyewa atau rakan serumah di Kuala Lumpur. Setiap kali mereka mendapat penyewa baru, setiap kali itulah masalah mula timbul.

Sementara itu, Maya (Cheryl Samad) gadis pilihan ibu Budi mula bertapak di hati beliau. Perhubungan mereka berdua mula rapat apabila mereka banyak meluangkan masa bersama-sama.

Budi kembali menulis di ‘komik-blog’ beliau dan mula mencurahkan isi hatinya di dalam blog peribadi beliau kerana tidak berani meluahkan perasaannya kepada Maya. Budi juga mempunyai seorang peminat wanita yang sentiasa mengikuti perkembangan blog beliau dan peminat misteri itu dalam diam-diam menaruh hati terhadap Budi.

Dua wanita yang pernah hadir dalam hidup Budi; Nina dan Zehan tiba-tiba muncul. Kedua-dua mereka kecewa dengan perhubungan masing-masing. Siapakah yang bakal memenangi hati budi? Bagaimana pula perhubungan Budi dengan Maya?

Jika anda ingin mengetahui siapakah yang bakal menjadi pilihan hati Budi, saksikan musim ke-2 BLOGGER BOY eksklusif di saluran hip 8TV. BLOGGER BOY akan menemui penonton semua bermula 12 November 2009, setiap Khamis jam 9.30 malam.

Tuesday, November 10, 2009

Drama hebat dari Taiwan kini menemui penonton di Malaysia!

Roseata-Love merupakan sebuah drama bersiri yang berjaya mendapat sambutan hangat di Taiwan. Kini drama ini akan akan menemui penonton-penonton di Malaysia menerusi saluran hip 8TV. Peminat-peminat drama bersiri Mandarin, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton drama penuh romantis ini setiap Sabtu dan Ahad jam 4.00 petang bermula 31 Oktober 2009.

Drama bersiri 23 episod ini menampilkan penyanyi dan pelakon popular Taiwan Rachel Liang (Wang Xiao Zi) memegang watak utama di samping pelakon dan model yang digilai ramai wanita Tender Huang (Ning Zi Da).

Cerita ini membawa anda menyelami perjalan hidup Xiao Zi yang baru kematian teman lelaki. Perjalanan hidupnya penuh dengan liku namun beliau tetap fokus dan sentiasa positif demi mengejar cita-citanya untuk menjadi penyanyi terkenal.

“Roseata-Love menerima ulasan yang cukup baik di Taiwan dan cukup menggembirakan kesemua krew dan pelakon-pelakon yang terlibat dalam drama bersiri ini. Kami dedikasikan kisah cinta yang cukup romantik ini untuk peminat drama bersiri Mandarin,” komen Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

“Drama bersiri ini merupakan sebuah drama bersiri yang cukup popular di Taiwan dibintangi oleh bintang-bintang muda yang sedang mencipta nama. Kami sentiasa menyediakan drama-drama yang berkualiti untuk peminat program berbahasa Mandarin. Semoga anda semua berpuas hati dan terhibur” tambah Kim lagi.

Cerita bermula dengan kisah Lin Nuo yang merupakan penyanyi di sebuah pub. Walaupun tidak pernah menerima apa-apa penghargaan, peminat nombor satu beliau Xiao Zi tetap berada di belakang beliau untuk memberikan sokongan. Xiao Zi sering membuat bunga ros kertas khas untuk Lin Nuo.

Namun malang tidak berbau, Lin Nuo menemui ajal dalam sebuah kemalangan dan Xiao Zi yang kehilangan kekasih hati mengambil keputusan untuk mengambil alih tempat Lin Nuo demi meneruskan cita-cita kekasih hatinya. Xiao Zi memoting rambut dan cuba menjadi Lin Nuo dengan menyanyi di pentas yang sama.

Ning Zi Da merupakan seorang sahabat yang baik dan berharap Xiao Zi kembali menjadi diri sendiri dan kembali ceria. Beliau sentiasa berada di sisi Xiao Zi untuk membantu beliau meneruskan cita-cita kekasih hati beliau

Xiao Zi berjaya menyentuh hati orang ramai dengan muzik dan nyanyiannya dan beliau juga mempunyai peminat misteri yang sering menghantar bunga ros ungu. Namun Xiao Zi tidak mengetahui bahawa Ning Zi Da merupakan peminat misteri itu.

Adakah Xiao Zi berjaya mencari peminat misteri beliau? Berjayakah Xiao Zi melupakan Lin Nuo dan mula menjalani hidup sebagai diri sendiri? Apakah kesudahan hubungan Ning Zi Dad dan Xiao Zi?

Untuk mengetahui kesudahan kisah cinta romantik ini, jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama ‘Roseata-Love’ yang akan mula disiarkan di 8TV setiap Sabtu dan Ahad jam 4.00 petang.

Thursday, November 5, 2009

Senarai Pemenang Filem Whiteout

Selepas dua tahun berada di Antartik Kutub Selatan membuat penyelidikan, Marshal Carrie Stetko (Kate Beckinsale) begitu teruja untuk kembali kepada keluarganya. Namun, telah berlaku sesuatu yang dahsyat dan misteri hingga membawa kepada kematian seorang demi seorang ahli kumpulannya tiga hari sebelum mereka berlepas pulang. Saksikan bagaimana usaha Carrie membongkar misteri tersebut sekaligus berjuang untuk terus hidup.



TAHNIAH!

3 x WHITEOUT Women White Tank Top
Zulaikha Ishak, Bandar Tasik Puteri
Nor Farah Arif, Bandar Tun Razak
Amalina Said, Subang Jaya

2 x WHITEOUT Thermometer & Compass Keyring
Shaeq Daniel Shaeq Mukrish, Ampang
Abu Zafril Abu Bakar, Petaling Jaya

2 x WHITEOUT Carabiner Keyring
Sahlan Hassan, Sekinchan
Emilia Zailani, Kajang

2 x WHITEOUT Clear Frosted Water Bottle
Krystal Natalie Culas, Damansara Damai
Raizan Haniff, Bangsar

2 x WHITEOUT Double Movie Passes
Nurul Alia Shamsuddin, Rawang
Siti Nasuha Jamil, Balakong
Alif Farhan Firdaus, Gombak
Johan Junaidi, Cheras Perdana
Amira Razali, Kerinchi
Yuniza Abdul Wahab, Petaling Jaya
Rizal Bakhtiar, Setapak
Zulhasnan Zakaria, Sungai Buloh
Sham Amir Ahmad, Puchong Perdana
Zalifah Hamid, Pandan Indah
Ahmad Hussien, Sri Damansara
Melur Hidayah Mohamad, USJ
Seri Hashim, Bandar Tasik Selatan
Yaziz Mohd Naim, Selayang
Dalila Zulkifli, Bukit Jalil
Fitri Jamil, Sri Petaling
Fazdlan Yusof, Hulu Kelang
Ahmad Faisal Azit, Bangsar
Nik Nor Maizatul Akma Nik Kamal, Bandar Baru Ampang
Shafie Abdul Razak, Sungai Buloh

Wednesday, November 4, 2009

Senarai Pemenang Filem Cloudy With A Chance Of Meatballs

Nikmati magisnya apabila dunia dipenuhi makanan! Segalanya bermula apabila seorang anak muda berjaya mencipta sebuah mesin yang mampu menghasilkan hujan makanan di pekan tempat tinggalnya. Ternyata, dia semakin popular dan akhirnya menemui cinta gadis pilihannya. Namun, kebahagiaan itu tidak kekal akibat keghairahannya yang membawa musibah dan langsung tidak pernah terjangkau di fikiran!



Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!!!

3 x Edisi Terhad Cloudy With A Chance Of Meatballs Adult T-Shirt
Azawati Sharafudin, Nilai
Hamzaid Omar, Ulu Bernam
Shaman Mokhtar, Serdang Jaya

3 x Edisi Terhad Cloudy With A Chance Of Meatballs Baby T
Melina Naim Azizan, Putrajaya
Zaim Ariffin Zainal Abidin, Puncak Alam
Shahrul Ahmad, Hulu Langat

3 x Edisi Terhad Cloudy With A Chance Of Meatballs Tote Bag
Nurul Haikal Hafizudin, Taman Kosas
Azril Helmi, Bandar Sunway
Izzura binti Ismail, Taman Melati

3 x Edisi Terhad Cloudy With A Chance Of Meatballs Lenticular Note Book
Suhaila Arifin, Shah Alam
Nadia Ahmad, Rawang
Nor Balkis Abdul Rahim, Bangi


3 x Edisi Terhad Cloudy With A Chance Of Meatballs Lunch Bag
Zahanim Shaari, Maluri
Fuad Gaffar, Selayang
Anis Izat, Klang









Pencarian Kumpulan Terhebat Malaysia Bermula!

Twisties Bingit kembali dan kali ini akan bersiaran di kaca TV anda! Twisties Bingit , merupakan sebuah program realiti hasil terbitan bersama Twisties dan 8TV. Program ini diterbitkan untuk mencari pemuzik-pemuzik hebat untuk disatukan di dalam sebuah band dan bakal memulakan siaran setiap Jumaat, jam 9.30 malam bermula 11 Disember 2009.

Musim pertama Twisties Bingit yang diadakan tahun lepas berjaya mendapat sambutan hangat sekaligus memberi platform dan peluang yang luas untuk pemuzik-pemuzik ‘underground’ menunjukkan bakat masing-masing.

Usaha 8TV yang sentiasa mencari bakat-bakat muda yang kreatif sejak lima tahun yang lepas memang tidak boleh disangkal. Program ini sememangnya menjadi sebuah program yang paling diminati oleh pemuzik-pemuzik bebas untuk menunjukkan bakat-bakat mereka.

Twisties Bingit merupakan sebuah program realiti untuk mencari pemuzik yang berkaliber – pemain gitar, bass, dram dan vokalis untuk menjadi sebuah kumpulan muzik yang hebat di Malaysia. Industri muzik Malaysia semakin berkembang dengan kehadiran pemuzik-pemuzik bebas yang cukup kreatif dan berani memancing pendengar dengan muzik yang lebih segar,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

Kim menambah “Saya percaya banyak lagi band dan pemuzik di luar sana yang cukup berbakat dan kami cukup teruja untuk melancarkan Twisties Bingit sebagai platform untuk mereka menunjukkan kehebatan dan bakat masing-masing.”

“Sesi ujibakat yang dijalankan di beberapa lokasi terpilih akan memastikan pemilihan berpihak kepada mereka yang benar-benar berbakat. Kami bukan sahaja mencari pemenang untuk pertandingan ini tetapi mencari kumpulan yang bakal menyinar dan memberi saingan kepada band-band tempatan yang sedia ada untuk bertapak dalam industri muzik Malaysia,” ujar Kim lagi.
Tahun lepas, kumpulan Modread telah diumumkan sebagai juara untuk Twisties Bingit. Modread juga mula menjadi tumpuan peminat muzik Malaysia dan media-media tempatan.
Di atas sambutan yang cukup hebat dari orang ramai, musim kedua Twisties Bingit akan disiarkan di kaca TV sebagai sebuah program realiti TV buat julung-julung kalinya. Penggemar muzik kini boleh berehat di ruang tamu anda sambil menonton program realiti ini yang akan disiarkan pada bulan Disember nanti!

Pengarah Pemasaran Kraft Malaysia, Jason Chin berkata, “ Kejayaan yang dicapai melalui program Twisties Bingit tahun lepas amat menggagumkan. Tindak balas positif yang kami terima dari para pengguna telah memberi kami inisatif untuk meneruskan Twisties Bingit 2009 ini. Sebagai hadiah kepada mereka, kami ingin memberi para pengguna pengalaman yang lebih menarik dan menyeronokkan tahun ini.

“Selain dapat menikmati keseronokkan menonton program Twisties Bingit di kaca TV, para pengguna juga berpeluang untuk turun padang bersama-sama memeriahkan `gig-gig’ yang akan berlangsung di beberapa bandar besar di seluruh Malaysia. Alamilah ’gig’ Twisties Bingit bersama rakan-rakan anda dan nikmati muzik hebat di sana. Ini akan menjadikan pengalaman menonton program Twisties Bingit lebih bermakna,” tambah Chin.

Pencarian band terhangat telah bermula. Sesi ujibakat pencarian pemuzik-pemuzik hebat ini telah bermula di Penang dan Johor Bahru dan diikuti di beberapa lokasi lain iaitu Kuching, Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur. Sambutan yang diterima cukup menggalakkan dan tahun ini penyertaan dari orang ramai meningkat sebanyak dua kali ganda berbanding tahun lepas!
Sesi ujibakat dibuka kepada pemuzik-pemuzik berumur dari 18 hingga 28 tahun.

Seramai 532 pemuzik bebas telah muncul untuk menyertai ujibakat yang telah diadakan pada tahun ini. Kuala Lumpur telah mencatatkan kehadiran ujibakat tertinggi dengan penyertaan seramai 214 pemuzik bebas.

Para juri telah memilih 43 orang peserta yang berpotensi daripada beratus-ratus pemuzik yang menyertai ujibakat. 5 orang peserta daripada Kota Kinabalu iaitu dua pemain dram, seorang vokalis, pemain gitar dan pemain bass telah dipilih ke peringkat seterusnya.

Ujibakat di Kuching juga berjaya mendapatkan 5 orang pemuzik iaitu 2 pemain dram dan 3 orang vokalis. Di Pulau Pinang pula 3 orang pemain gitar dan seorang pemain bass berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Sementara itu, ujibakat di Kuala Lumpur yang paling ramai penyertaannya berjaya mendapatkan 6 orang pemain bass, 6 orang vokalis, 5 orang pemain gitar dan 5 orang pemain dram. Manakala di Johor Bahru pula 2 orang vokalis, pemain gitar, pemain bass dan seorang pemain dram berjaya dicungkil bakatnya.

Keunikan dan sifat tersendiri pemuzik-pemuzik yang terpilih disesi ujibakat adalah kriteria terpenting yang perlu ada dan dilihat oleh juri-juri professional. Kesemua mereka perlu menjalani beberapa siri ujibakat dan akan dinilai melalui persembahan di pentas, teknik dan skil, kebijaksanaan mereka dalam seni muzik dan pemilihan lagu juga memainkan peranan yang penting sebelum terpilih dan melangkah ke peringkat ujian seterusnya.

Setiap peserta akan diberikan satu tugasan setiap minggu dan akan membuat persembahan dalam `gig’ di beberapa lokasi terpilih sebelum menghadiri proses penyingkiran. Proses penyingkiran akan ditentukan oleh pihak juri pada setiap minggu. Walau bagaimanapun impian beberapa peserta untuk menunjukkan skil mereka di atas pentas sebenar mungkin tidak kesampaian apabila kejutan dibuat di episod pertama yang mana hanya 36 peserta bertuah sahaja layak untuk menubuhkan 9 kumpulan terhebat untuk meneruskan perjuangan ke persembahan `gig’.

Persembahan `gig yang pertama akan berlangsung pada 7 Nov 2009 (Sabtu) bertempat di Laundry Bar, The Curve. Peminat-peminat di alu-alukan datang untuk menyaksikan persembahan `gig’ ini secara langsung setiap hari Sabtu yang mana peminat-peminat sendiri dapat menilai persembahan band-band pujaan mereka. Pentas `gig’ inilah yang akan menjadi saksi kebolehan peserta-peserta untuk mengawal pentas dan berinteraksi dengan peminat mereka.

Persembahan siri `gig’ ini bermula dari jam 12.30 tengahari hingga 6.00petang. Selain itu, hadiah-hadiah bernilai RM30,000 boleh dimenangi oleh peminat-peminat di siri `gig’ ini. Dengan hanya membawa 2 pek Twisties (70g) atau Chipster (60g) ke sana, peminat-peminat berpeluang memenangi hadiah berupa iPod Touch, Nintendo Wii, Nokia 5730 Xpress Music atau hadiah wang tunai!

Kumpulan band indie popular PESAWAT yang dianggotai oleh Jipie (penyanyi), Nizam Camel (gitar), Mann (bass) dan Kudux (dram) yang akan muncul membuat persembahan di setiap `gig’ juga bakal menarik perhatian. Antara lagu yang akan di persembahkan oleh PESAWAT adalah lagu tema berjudul `Bingit’ yang diterbitkan khas untuk program Twisties Bingit ini.

Persembahan `gig’ mingguan akan berlangsung seperti yang tersenarai dibawah:

7th Nov 2009 (Sabtu) - 12.30pm – 6.00pm
Laundry Bar, The Curve (KL)

14th Nov 2009 (Sabtu) - 12.30pm – 6.00pm
New World Park, Penang

21st Nov 2009 (Sabtu) - 12.30pm – 6.00pm
CT Sport Café, City Plaza, Johor Bahru

28th Nov 2009 (Sabtu) - 12.30pm – 6.00pm
The Spring Shopping Mall (Car Park Area), Kuching, Sarawak

5th Dec 2009 (Sabtu) -12.30pm – 6.00pm
One Utama – Central Park Avenue Entrance (KL)

12th Dec 2009 (Sabtu) - 12.30pm – 6.00pm
One Utama – Central Park Avenue Entrance (KL)

Hadiah berjumlah RM100,000 ditawarkan kepada pemenang-pemenang di Twisties Bingit. Hanya sebuah kumpulan akan dinobatkan sebagai Juara Twisties Bingit yang bakal membawa pulang hadiah bernilai RM80,000 termasuk kontrak rakaman bersama dengan syarikat rakaman Monkey Bone. Naib juara pula akan membawa pulang hadiah bernilai RM10,000 sementara tempat ketiga pula akan menerima hadiah bernilai RM6,000. Tempat ke-4 dan ke-5 pula masing-masing akan membawa pulang RM2, 000 sebagai hadiah saguhati.

Twisties Bingit ditaja sepenuhnya oleh Twisties. Juri-juri yang bakal menilai persembahan peserta nyata bukan calang-calang orang kerana kesemua mereka merupakan nama-nama besar dalam industri muzik Malaysia. Edrie Hashim (pemain gitar, komposer dan penerbit) merupakan salah seorang juri untuk program ini selain dari Edris Adrian (Pengurus Label, Monkey Bone). Beberapa juri jemputan juga akan turut dijemput untuk memeriahkan program ini.

Personaliti TV dan bekas pemain dram kumpulan indie terkenal OAG iaitu Qi Razali (popular dengan program “Destinasi Bajet” dan “Field Trip to USA”) telah diberi tanggungjawab sebagai pengacara untuk program Twisties Bingit ini. Program ini akan disiarkan setiap Jumaat jam 9.30 malam bermula 11 Disember 2009 hanya di saluran hip 8TV.

Wednesday, October 14, 2009

Sertai Kuiz & Menangi Hadiah Premium 2012

Pada tahun 2009, sepasukan saintis membuat ramalan bahawa dunia akan kiamat pada 2012. Satu pelan telah dirangka oleh pemimpin dunia untuk menyelamatkan sebanyak mungkin nyawa, malangnya tidak semua dapat diselamatkan. Apabila Jackson Curtis bersama dua anaknya yang dalam perjalanan untuk satu percutian keluarga di Yellowstone, secara tidak sengaja telah bertembung dengan rahsia malapetaka dashyat yang disembunyikan oleh kerajaan. Segala-galanya kini terletak dalam tangan Jackson untuk menyelamatkan dirinya dan keluarga apabila menyaksikan kemusnahan bumi.



Sertai Kuiz & Menangi Hadiah Premium 2012

Senarai Pemenang Filem The Ugly Truth

HEIGL, seorang penerbit rancangan pagi yang romantik dan mencabar terpaksa berdepan dengan kerenah Butler, seorang wartawan cauvinistik dan pelbagai siri ujian semata-mata untuk membuktikan kebenaran teori perhubungan yang di pegangnya sekaligus membantu dia mencari cinta sejati. Walaupun membawa kepada klimaks yang tidak dijangka!






Senarai Pemenang The Ugly Truth

3 T-shirt lelaki Edisi Terhad The Ugly Truth
Asri Najmuddin, Klang
Sharul Azim Abu Bakar, Segambut,
Ahmad Bakhtiar Ahmad Bohari, Subang Perdana


3 T-shirt wanita Edisi Terhad The Ugly Truth
Noryuniza Mohd Yusri
Norhani Ibrahim, Ulu Yam
Faezah Ahmad, Kajang


3 Boxer Shorts Edisi Terhad The Ugly Truth
Muzamil Arshad, Ipoh
Khir Abdul Majid, Lembah Beringin
Epi Redza Burhanuddin, Sri Petaling


3 Hug Pillow Edisi Terhad The Ugly Truth
Alima Zayana Zainal Abidin, Shah Alam
Ida Syafinaz Ramli, Selayang
Faridah Syamsuddin, Shah Alam


3 Heart Shape Box of Mints Edisi Terhad The Ugly Truth
Fuad Hamidon, Petaling Jaya
Wan Nadira Wan Zainuddin, Ampang
Nur Damia Dahalan, Bangsar

Michael Jackson This Is It

Tarikh Tayangan: 29 Okt 2009
Pengarah: Kenny Ortega
Pelakon: Michael Jackson


Michael Jackson This Is It pastinya mengubat kerinduan kepada jutaan peminat-peminat bintang yang membawakan fenomena luar biasa di seluruh dunia. Penonton dapat menelusuri perjalanan seni beliau dari awal sehingga saat akhir hayatnya.