Sunday, May 31, 2009

Kamu Futuristik?

SIKAP setiap individu sememangnya berbeza. Biarpun rambut sama hitam,namun mentaliti dan halatuju tetap tidak sama. Sesetengah individu sering berangan-angan dan memasang strategi untuk hari-hari yang bakal dilalui. Sesetengahnya pula lebih gemar menyusuri hari tanpa ingin memeningkan kepala memikirkan masa depan. Bagaimana pula dengan kamu? Adakah kamu juga mempunyai strategi tersendiri atau sebaliknya?







Friday, May 29, 2009

Program Realiti Bijak Wang

KEMAHIRAN mengurus kewangan peribadi harus ada pada setiap pengguna. Pengguna yang bijak dan peka terhadap perbelanjaan seharian akan mendapat manafaatnya, apatah lagi semasa kegawatan ekonomi yang sedang kita alami sekarang.

Menyedari hakikat ini dan atas dasar tanggungjawab kepada penonton, TV3 mengorak langkah dengan menerbitkan program bual bicara, Bijak Wang yang membincangkan topik-topik berkaitan pengurusan kewangan peribadi. Ia sebagai platform untuk mendidik pengguna dan menambah ilmu pengetahuan mereka mengenai kewangan selain meningkatkan kesedaran kuasa pengguna.

Bijak Wang yang mendapat tajaan dari Maybank Berhad mula menemui penonton pada 23 Mei 2009, setiap Sabtu jam 7.00 malam. Program yang disiarkan secara langsung dari Studio B, Sri Pentas Bandar Utama diterbitkan oleh Primeworks Studios.

Program berinformatif ini dikendalikan oleh Nurin Mastura bersama personaliti yang berpengalaman di dalam bidang kewangan iaitu Azizi Ali, penulis buku ‘Millionaires are from a Different Planet’ yang juga merupakan seorang Perunding Kewangan bertauliah.

Antara topik-topik yang dibincangkan semasa siaran langsung Bijak Wang ke udarakan ialah mengenai wang simpanan, faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli rumah/kereta/hartanah, menguruskan perbelanjaan bulanan, pengurusan hutang dan pelaburan. Para penonton juga berkesempatan mendapatkan informasi dengan membuat panggilan ke studio

ketika siaran langsung disiarkan untuk mendapatkan tips dan nasihat pengurusan kewangan. Tetamu undangan bertauliah turut dijemput ke studio berdasarkan topik-topik perbincangan yang diutarakan setiap minggu.

Menurut penerbit Bijak Wang, Norlizah Yusoff, “Idea untuk menerbitkan program bual bicara berbentuk kewangan ini tercetus selaras dengan keadaan ekonomi negara yang tidak memberangsangkan.




Bijak Wang memberi tips dan informasi berguna kepada pengguna terutama mereka yang tidak mempunyai masa lapang untuk mendapatkan khidmat ini di bank-bank. Melalui Bijak Wang ia dapat menjawab pertanyaan pengguna menerusi panggilan telefon siaran langsung ke studio selain daripada penerangan yang diberikan oleh pengacara dan tetamu jemputan mengenai pelbagai topik yang dibicarakan setiap minggu. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai pengantara memudahkan lagi pengguna untuk mendapatkan pemahaman terutama sekali kepada penduduk luar bandar.”

Sidang produksi yang menjayakan Bijak Wang ialah Mazlin Nordin selaku Penerbit Eksekutif, Norlizah Yusoff, Penerbit, Nuraffenda Mohd Ibrahim, Penolong Penerbit/Wartawan dan Azli Aziz, Pembantu Penerbitan.

Thursday, May 28, 2009

Antara Cinta & Pengorbanan Dalam Nur Kasih

ADAKALANYA manusia akan tenggelam dek kerana hanyut di dalam gelombang cinta, nafsu, dan kenikmatan dunia tanpa memikirkan akibat yang bakal melanda. Bolehkah seseorang itu mencipta bahagia apabila dipaksa berkahwin dengan orang yang tidak dicintai?

Perlukah demi kesetiaannya kepada seorang ayah dan sayangnya kepada seorang adik, seseorang itu terpaksa korbankan cintanya? Apakah seseorang itu perlu hidup dalam kepura-puraan demi maruah sehingga terpaksa menggugurkan cita-citanya yang diimpikan selama ini? Demi keluarga, tiga jiwa menjadi mangsa…

Begitulah sedikit bingkisan yang bakal menjadi paparan dalam drama siri terbaru TV3 bertajuk Nur Kasih yang bakal menemui penonton mulai 29 Mei 2009, setiap Jumaat jam 9:00 malam. Drama bersiri 26 episod ini adalah terbitan Filmscape, hasil arahan sutradara Kabir Bhatia dan penulis skrip Mira Mustaffa.

Antara barisan pelakon yang membintangi drama ini termasuklah Dato’ Jalaluddin Hassan (Ustaz Hassan), Fizz Fairuz (Aidil), Remy Ishak (Adam), Tiz Zakiah (Nur Amina), Liza Othman (Hajjah Khadijah), Sharifah Sofea (Katrina), dan Ummi Nazeera (Siti Sarah).

Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Puan Nurul Aini Abu Bakar, “Drama Nur Kasih merupakan sebuah drama yang menyerapkan penggunaan sinematografi daripada teknik yang digunakan untuk pembikinan sesebuah filem.




Selain daripada teknik pengambaran, jalan ceritanya juga menarik dan sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Drama ini telah menjalani penggambaran di luar negara seperti Sydney dan Jeddah selain daripada penggambaran penuh di Kuala Lumpur dan Kuala Selangor.

Selain mempunyai unsur-unsur pengorbanan dan ikatan kekeluargaan yang penuh tragis, ia juga diselitkan dengan unsur-unsur pengajaran dan teladan. Sesuai dengan tayangan waktu perdana pada hari Jumaat, penonton tidak akan melepaskan peluang untuk menghabiskan masa hujung minggu bersama keluarga dengan menonton drama ini.”

Nur Kasih mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai karaktor yang sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur kepada segala perintah ibu bapanya, penyabar dan cukup menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah.

Adam pula hidup dalam suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni bina dan bercita-cita besar untuk membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam seorang yang berdikari dan tegas dalam setiap keputusan yang diambil dalam hidupnya.

Ternyata anak-anak Ustaz Hassan dan Hajjah Khadijah ini sama-sama berjaya dalam pelajaran tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh oleh ibu bapa sendiri. Ustaz Hassan berkawan baik dengan imam kampung, Ustaz Abu Bakar, yang mempunyai dua orang anak perempuan, Nur Amina dan Siti Sarah.
Nur seorang pelajar terbaik di kampungnya dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Malangnya keluarga Nur tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan tetapi dia tetap berusaha untuk memohon pinjaman dan biasiswa tetapi malang tetap menimpa apabila dia menerima kunjungan peminangan Ustaz Hassan.

Ustaz Hassan bertanya kepada Aidil siapakah wanita pilihannya untuk dijadikan isteri. Aidil tanpa berfikir panjang terus menyatakan minatnya terhadap Nur Amina. Tetapi keputusan yang diambil Ustaz Hassan semasa hari peminangan mengejutkan keluarganya kerana dia memutuskan Adam untuk memperisterikan Nur Amina, bukan Aidil.

Walaupun kecewa, Aidil tetap bersabar dan memahami niat baik ayahnya yang cuba untuk menolong Adam. Aidil yang sangat mengambil berat tentang adiknya sentiasa memberi nasihat untuk tidak melawan kehendak ibu dan ayahnya yang semakin tenat serta tidak mensia-siakan isteri dan perempuan seperti Nur Amina.

Masa berlalu… Dengan berbekalkan perasaan sedih kerana kehilangan seorang ayah dan gadis yang dicintai, Aidil tetap meneruskan kehidupannya sebagai seorang peguam di mahkamah negeri. Adam pula berhijrah kembali ke Australia untuk meneruskan pengajian dan berjumpa dengan kekasih hati, Katrina.

Nur ditinggalkan dan hidup dalam penipuan terhadap ibu bapanya yang mempercayai dia mengikut suami berhijrah ke Australia walhal kini hidup sendirian di Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak menjadikan penghalang baginya untuk memegang segulung ijazah dalam jurusan seni bina di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur.

Oleh kerana terlalu gah dengan kehidupan di negara orang, arwah ayah dipersoalkan, ibu di kampung dilupakan, isteri sendiri diabaikan.
Pelbagai masalah yang dilakukan oleh Adam tanpa menyedari akibatnya yang akan memakan diri sendiri. Adam tetap mengamalkan tabiat buruknya yang cukup untuk memesongkan diri dari agama.

Dan kerana nafsu, dia berkahwin dengan Katrina tanpa memberitahu hal sebenar tentang isteri yang telah dibiarkan. Segalanya berubah apabila kemalangan tragik berlaku yang melibatkan Adam dan Katrina. Apakah kesudahan drama ini?

Kepada penonton di rumah yang ingin mengenali dan mendalami cara hidup karakter-karakter Nur Kasih dengan lebih mendalam, mereka boleh melayari lama web Nur Kasih di
www.tv3.com.my/nurkasih. Jangan lupa untuk menyaksikan Nur Kasih bermula Jumaat, jam 9 malam hanya di TV3…

Tuesday, May 26, 2009

Rahsia Wajah Keemasanmu!

PSST.. ingin tahu rahsia selebriti sering tampil di khalayak dengan wajah anggun keemasan? Hmm...Esse sudah berjaya menyelongkarnya dan sudah tentu kamu juga tidak sabar-sabar untuk berkongsi info paling mahal ini. Jom...teruskan bacaanmu ok!















PERCAYA tidak hanya dengan sedikit sentuhan Guerlain 'Terracotta Sun' Illuminating Powder
di wajah, sudah memadai untuk membiaskan auramu! Rm224








GUNA Bobbi Brown Shimmer Brick for Body untuk menyerlahkan keserian penampilanmu dari hujung rambut hingga hujung kaki.. Rm145




CETUSAN perasaan seksi adalah pabila wajahmu sentiasa bercahaya. Apatah lagi saat sapuan Benefit Coralista singgah di wajahmu...ohhh, Rm129













PASTINYA kemewahan gayamu teserlah dengan rumusan sempurna Shu Uemura Compact Powder In dark Bronze, RM110













SEMEMANGNYA Bobbi Brown Illuminating Bronzing Powder adalah antara mekap perlu kamu miliki. Tentu saja magisnya itu bisa membuatkan wajahmu memancar segar! RM115

Edisi 111: Inspirasi Dandanan 2009

SCHWARZKOPF Professional Essential Looks menampilkan gaya rambut terbaru untuk Musim Bunga/Panas 2009, diilhamkan oleh sepasukan pendandan profesional yang mempamerkan kehebatan masing-masing pada Minggu Fesyen London, Paris, Milan dan New York, baru-baru ini.

Koleksi gaya dinamakan Edisi 111: Koleksi Bahagian 1 turut mendapat sentuhan istimewa sempena sambutan ulang tahun ke-111 Schwarzkopf Professional. Dianggap sebagai pencapaian terbaik setakat ini, jenama tersebut berjaya menghasilkan koleksi unik yang mampu mencorakkan trend semasa dan memberi inspirasi kepada pemilik salon serta para pelanggan musim ini.

Pengarah Kreatif Schwarzkopf Professional Essential Looks, Steve Hogan berkata, tahun ini pasukannya diketuai Duta Global Schwarzkopf Profesional, Massimo di Stefano dan Tom Kroboth yang merupakan ikon industri dandanan rambut antarabangsa.

"Gaya rambut musim ini mempunyai pengaruh besar dalam menentukan arah fesyen, suatu bahagian yang amat penting di samping koleksi pakaian seseorang.
"Terlalu banyak persamaan dalam fesyen dan rambut dengan penampilan ringkas dan sensual diterjemahkan sepenuhnya dalam dunia fesyen dan gaya yang boleh diaplikasikan," katanya.

Edisi 111 Essential Looks: Koleksi Bahagian 1 terbahagi kepada empat gaya iaitu Glamazon, Sunday Best, 80s Best dan Rounded Form. Setiap satu mengikut elemen trend terkini yang dibawakan oleh para pereka fesyen terkenal pada musim ini, iaitu;
Glamazon - Sentuhan gaya 70-an dengan rambut panjang dan beralun tetapi tidak terurus seperti mengikut kehangatan rentak disko. Rambut berkilau tetapi lembut disaluti warna kemerahan bak matahari. Ia diilhamkan daripada fesyen gaun bercorak haiwan liar dan tropika oleh Gucci dan Roberto Cavalli; koleksi khaki, warna-warna tanah dan corak tribal Louis Vuitton dan gaun panjang ala Studio 54 dan sut safari Bianca Jagger.




Sunday Best - Gabungan luar biasa fesyen feminin dengan gaya eksperimental terutama pada rambut dengan bow, reben dan net bersama warna-warna terang. Gaya yakin dengan elemen janggal, ayu tetapi ranggi dengan gaya rambut tinggi 'up-dos', jaring dan reben. Diilhamkan daripada sut ala Chanel daripada Luella dengan ropol, fabrik tweed, warna dan corak petak; dres comel ranggi Moschino dengan ropol besar dan reben sementara Marc Jacobs menggabungkan elemen metalik, kain berpetak dan tweed.



80s Dance - Diilhamkan daripada filem Flashdance dan Fame serta sentuhan era Madonna, diterjemahkan dalam bentuk fesyen oleh Jean Paul Gaultier, Alexander Wang dan Stella McCartney pada musim ini. Gaya aktif kewanitaan dengan padanan warna-warna neon pada fabrik lycra.














Rounded Form - Berbeza daripada gaya futuristik sebelum ini, musim bunga/panas 2009 melihat evolusi dari segi trend geometrik, bentuk dan warna lebih menyerlah. Gaya ringkas moden dengan sentuhan lembut menyerlahkan lagi kewanitaan. Ia diilhamkan daripada gaun melekap tubuh oleh Balenciaga dan alunan gaun indah Lanvin; balutan gaun ala Greek dalam lipatan lapisan demi lapisan fabrik mewah Anne Valérie Hash dan dres, blaus dan skirt kembang menghasilkan bentuk geometrik.
Untuk panduan gaya baru, hubungi Schwarzkopf Professional di talian 03-2246 1119 untuk maklumat lanjut atau layari laman web www.schwarzkopf-professional.com.

Friday, May 22, 2009

Sinar Baru Rambutmu

KAMU pasti biasa mendengar frasa ‘rambut itu mahkota wanita’. Memang betullah apa yang dikatakan itu. Lihat saja di salun-salun rambut, pasti kaum hawa yang mendominasi.

Sememangnya, kebanyakan gadis kini begitu menitikberatkan perihal penampilan rambut hingga ada yang sanggup membelanjakan wang yang banyak demi melakukan rawatan dan mewarna rambut mereka.

Bercerita soal mewarna rambut pula, biarpun dikatakan warna hitam berkilat adalah paling sesuai bagi wanita di Asia, namun tidak salah andai mahkotamu itu disuntik dengan sedikit sentuhan warna.

Ia akan merubah wajah kamu menjadi lebih berseri. Ini memandangkan, mewarnai rambut sebenarnya akan menambah tekstur volume dan pantulan sinaran pada rambutmu yang asal.

Namun sebelum itu, kamu perlu mengetahui beberapa panduan penting sebelum bersedia untuk merubah warna rambutmu itu. Bagaimana, kamu berminat? Teruskan pembacaanmu ini kerana esse akan mendedahkan rahsianya.

Idea Mewarna Rambut
Sari warna kekal dan separa kekal
Terdapat beberapa tahap di dalam dunia mewarna rambut yang bergantung kepada bagaimana ia bolem memberi impak kepada warna rambutmu. Bergantung kepada kualiti kecerahan atau keterangan yang reflek. Ia juga adalah alasan untuk keluar dan membeli wadrobe baru. Memandangkan kamu akan akan menemui apa yang sesuai dengan warna rambutmu itu.

Sekiranya kamu berhasrat untuk untuk membuat perubahan drastik pada warna rambutmu itu, tindakan yang paling baik adalah mengunjungi pakar berbanding melakukan sendiri di rumah.

Ragu-ragu untuk mewarna rambut?
Sering kali terjadi, kamu berasa ragu-ragu untuk mewarna rambutmu lantaran gusar ronanya tidak seperti yang ditayangkan di kotak. Ini memandangkan refleksi cahaya yang terbias pada pigmen warna rambut kamu itulah yang akan menentukan warna sebenar rambut kamu itu.

Jadi, apa kata jika kamu minta mereka melakukan ujian dahulu kepada rambutmu . Tidak perlu warnakan keseluruhan, memadai jika kamu mengujinya di bahagian tertentu sahaja, ia akan mudah dan cepat mengering. Melalui cara itu, kamu akan pasti warna yang bakal terhasil. Tetapi ingat, usah sesekali lupa untuk memastikan dahulu mereka mempunyai produk yang boleh mencuci warna tersebut dengan segera. Selain itu, jangan memandang remeh kepada petua orang lain yang berpengalaman mewarna rambut dan tidak kurang pentingnya cuba highlight sedikit, pasti kamu akan merasai kesannya.

Kenali Jenis Pewarna Rambutmu
Mudah. Jimat dan pastinya ia adalah kaedah paling ringkas untuk merubah penampilan dirimu dalam masa yang singkat. Lantaran itu, mewarna rambut bukan sahaja popular di kalangan wanita sahaja, malah ia juga menjadi pilihan remaja-remaja hari ini.

Bagi kamu yang memang benar-benar teruja untuk mewarna rambut. Pastikan kamu memahami terlebih dahulu asas merona rambutmu itu, biar efeknya akan memberi kepuasan padamu.

Asasnya, terdapat dua jenis utama pewarna rambut iaitu;

Permenant Color – Ia menghasilkan pigmen warna kekal pada akar rambutmu. Ini bermakna tidak akan ada lagi biasan warna semulajadi rambut. Biarpun warnanya tidak akan kekal lama, namun tekstur kimianya akan tetap berubah secara total.

Semi-Permanent Color – Ia membantu rambutmu yang mulai keputihan bertukar gelap. Namun, usai proses mewarna rambutmu tidak lagi akan menerima warna lain terutamanya rona yang lebih cerah. Kebanyakan rambut yang mewarna dengan pewarna jenis ini turut dikenali sebagai Quasi-color, mengandungi ethanolamine dan peroxide yang mampu membuka liang kutikel. Oleh itu, rambutmu itu akan kekal lebih kurang 20 kali cucian dan akan kekal lembut dengan penggunaan syampu yang bersesuaian.

Bagaimana Menjaga Rambut Beronamu?
Setiap kali kakimu melangkah keluar dari rumah, pastikan kamu sentiasa menitikberatkan ciri-ciri perlindungan dari dibakar oleh panahan matahari. Gunalah apa saja untuk melindungi rambutmu itu. Sama ada payung, topi atau tudung bagi mengelakkan rambutmu bertukar kekeringan. Jika tidak, pasti rambutmu itu tidak akan kekal dan akan cepat pudar.

Jika orang tua-tua dahulu, mereka sering menggunakan minyak kelapa untuk melumur rambut mereka. Hari ini, tradisi itu masih diteruskan, namun hanya caranya sahaja yang berbeza kerana orang sekarang lebih gemar menggunakan pelembab. Biarpun berbeza, namun fungsinya tetap sama. Ini amat penting untuk memberi jaminan perlindungan sinar uv kepada rambutmu.

Jangan sesekali meninggalkan syampu serta perapi untuk rambut berwarna, ia amat penting untuk memberi kesihatan yang baik kepada rambutmu itu.

Menyikat rambutmu kala basah juga tidak baik untuk kesihatan rambut. Ini memandangkan, ia akan membuatkan rambutmu menjadi rapuh dan mudah pecah serta gugur.

Sebelum menyikat rambut, pastikan kamu menguraikan dahulu kekusutan menggunakan hujung jari. Memang berkesan.

Inspirasi Celana Seed Di Musim Bunga Panas 2009

BERCELANA sememangnya selesa. Tidak kira di mana saja arah tujuanmu, celana sesuai digayakan asal saja kamu bijak menyesuaikannya. Esse bawakan ilham celana yang dibawakan Seed untuk himpunan musim Bunga/ Panas 2009...







Celana tirus dari fabrik lembut memancarkan femininmu


Celana bermuda untuk penampilan santaimu


Celana gipsi moden pelengkap gayamu


Celana cropped langkahmu lebih selesa



Skinny denim kamu lebih seksi


Cropped jeans gayamu nyata ringkas

Kisah Mencuit Hati Keluarga Chef Jo

INGIN berhibur menyaksikan drama di samping mempelajari resepi masakan? TV3 ada jawapannya! Slot Senda Pagi memberikan pendekatan dan sesuatu yang baru kepada penonton dengan memperkenalkan drama bersiri 13 episod “Chef Jo” yang buat pertama kalinya menggabungkan drama komedi dan rancangan memasak di TV3.

Chef Jo akan menemui penonton mulai 7 Mei 2009, setiap hari Khamis jam 11.00 pagi. Barisan pelakon yang mewarnai drama bersiri ini ialah Jaafar Onn (Chef Jo), Bell Ngasri (Azman), Anne Ngasri (Azlynn), Aizad Jazmin, Nor Khiriah, Enot, Anita Baharom, Rozie Othman dan ramai lagi.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Puan Nurul Aini Abu Bakar, “Slot Senda Pagi diwujudkan khusus untuk suri rumah tangga untuk menceriakan pagi mereka sebelum melakukan tugasan dapur.

Justeru, TV3 membuat kelainan di mana penonton bukan sahaja dapat menyaksikan drama malah turut mempelajari resepi baru yang diperkenalkan oleh Chef Jo di mana resepi ini dimasak dengan penuh drama dan mencuit hati.

Drama ini disuntik dengan unsur-unsur komedi memperkuatkan lagi jalan cerita penuh dramatis ini.”

Drama bersiri ini mengetengahkan watak Johari Sapeon atau lebih dikenali dengan gelaran Chef Jo (Jaafar Onn). Dia terkenal sebagai seorang yang pandai memasak dan masakannya memang sedap. Akan tetapi Chef Jo lebih selesa dengan perwatakan yang sederhana, maka dia bukanlah seorang chef yang mengejar glamor.

Hasil perkahwinannya dengan bekas isterinya Zuraidah (Rozie Othman) ataupun lebih dikenali sebagai Chef Zu telah dikurniakan dengan dua cahaya mata iaitu Azman dan Azlynn. Walaupun jadual kerja Chef Jo amat padat, dia tidak pernah melalaikan tugasnya untuk mendidik anak-anaknya terutama dari segi pelajaran.
Azman ( Bell Ngasri) sudah bertunang dengan Serena (Anita Baharom). Manakala Azlynn (Anne Ngasri) telah berkahwin dengan Farish (Aizad Jasmin) dan mempunyai seorang anak.

Kini, Chef Jo kerap diundang untuk memasak di merata tempat seperti pusat membeli belah, kenduri kahwin dan sebagainya. Dia sering mendapat pujian kerana masakannya yang sedap. Walaupun Chef Jo pernah ditawarkan untuk muncul di kaca televisyen tetapi dia takut untuk berdepan dengan kamera.

Jadi, dia lebih senang bekerja sendiri dan membantu orang lain memasak. Bekas isterinya, Chef Zu sering menjadi pesaingnya, tetapi Chef Jo lebih digemari kerana dia pandai bercakap dan rendah diri. Chef Jo sering kali tampil dengan resipi-resipi baru, manakala Chef Zu kerap mencuri resipi tersebut dari bekas suaminya itu.

Drama bersiri ini diterbitkan oleh Grand Brilliance Sdn Bhd, Primeworks Studio dan dibantu oleh pengarah yang tidak asing lagi iaitu Fairuz Loy. Setiap minggu, drama ini akan memaparkan sebuah cerita, resipi yang menarik, karenah dan masalah yang dihadapi oleh Chef Jo seperti masalahnya dengan anak-anak dan bekas isterinya.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Chef Jo di slot Senda Pagi, setiap hari Khamis jam 11.00pagi mulai 7 Mei 2009 di TV3. Anda pasti terhibur dengan kisah keluarga yang penuh aroma dan resipi-resipi lucu yang mencuitkan hati!

Kisah Gadis Dalam La Dolce Amira

TERBARU menerusi slot Lestary, drama 13 episod ini membariskan pelakon-pelakon seperti Faezah Elai, Iqram Dinzly, Siti Elizad, Zaefrul Nordin dan ramai lagi yang mula menemui penonton pada 26 Mei lalu, setiap Selasa, pukul 9 malam di TV3.

La Dolce Amira menceritakan tentang sekumpulan remaja yang masing-masing mempunyai masalah keluarga lantas mencipta dunia mereka sendiri dengan mengharungi kehidupan yang materialistik dan sentiasa mengejar kemewahan.

Watak Amira yang dilakonkan oleh Faeza merupakan seorang yang berjiwa muda dan mempunyai ramai kawan. Hidupnya dipenuhi dengan gelak tawa dan usik-mengusik walaupun kadangkala asyik bergaduh.

Tetapi disebalik keceriaan itu, Amira berdepan dengan masalah rumahtangga ibu bapanya, Puan Yasmin dan Encik Azhan.



Pelbagai cubaan sudah dilakukan oleh Amira tetapi sering tidak menjadi. Amira tiada tempat untuk mengadu. Abangnya, Ariff, bersikap endah tak endah dengan masalah ibu bapa mereka manakala adiknya, Arissa, masih mentah untuk memahami situasi sebenar.

Mengenai pemilihan Faezah memegang watak utama dalam drama tulisan Datuk Paduka Shuhaimi Baba itu, Aida berkata Faeza lebih versatil dan mempunyai potensi untuk melakonkan watak ini berbanding Fouziah Gous dan Scha.

Menurut Aida, dua pelakon itu turut dipanggil untuk ujibakat lakonan dalam drama itu.
Namun Faezah lebih layak dan sesuai untuk membawakan karektor Amira.

"Drama ini juga membayangkan tentang hidup kita dan anak muda yang hidup di Kuala Lumpur dengan latar kehidupan yang berlainan.

"Drama ini mengajar kita untuk menghargai orang lain kerana apabila orang itu tiada barulah kita akan terasa kehilangannya," kata Aida mengenai drama yang turut mempopularkan lagu 'Dan Sebenarnya' nyanyian Yuna sebagai lagu tema drama ini.

Pada asalnya, tajuk drama bersiri La Dolce Amira diberi nama Si Lenggang Amira. Namun, tanpa semena-mena, tajuknya ditukar disebabkan tidak menarik.

"Kami memberikan tiga tajuk kepada pihak TV3 iaitu antaranya adalah Si Lenggang Amira tetapi akhirnya tajuk La Dolce Amira terpilih.

"Tajuk drama yang mengetengahkan budaya luar dan budaya remaja masa kini itu dikatakan lebih menarik daripada Si Lenggang Amira.

"Lagipun tajuk itu dipilih mengikut tajuk buku yang ditulis Amira iaitu seorang yang bercita-cita hendak menjadi penulis.

"Secara tak sengaja, dia berjumpa dengan pensyarahnya untuk mendapatkan motivasi dan semangat sebelum menulis.

"Maksud 'La Dolce' adalah 'si manis' dan dalam buku itu Amira menulis tentang rakan-rakannya," kata pengarah dramanya, Aida Fitri Buyong.


Faezah Elai

Ikram Dinzly

Joanna Basey
Zaefrul Nordin

Zati & Si Mawas Kisah Beauty and The Beast Melayu

KEINDAHAN luaran atau dalaman, yang mana agaknya menjadi pilihanmu? Itulah persoalan yang cuba dikupas menerusi siri “Zati & Si Mawas” yang disiarkan melalui slot Lagenda yang bakal menemui penonton. Siri yang menggantikan “Merah Puteh” ini diadaptasi dari kisah animasi dongeng versi Inggeris, “Beauty and The Beast” yang pernah menggegarkan industri perfileman antarabangsa sedikit masa dahulu.


Ia berkisarkan mengenai penilaian dari segi rupa paras atau luaran dan sumpahan ke atas seorang putera. Tetapi pernahkah kamu mendengar kisah sebegitu berlaku kepada pelajar kolej di zaman moden ini? Itulah kelainan yang bakal ditonton oleh penonton TV3.

Bersiaran sebanyak 20 episod siri “Zati & Si Mawas” ini telah pun menemui penonton TV3 setiap Isnin hingga Khamis pada jam 4.30 petang . Siri ini merupakan hasil buah tangan dan kreativiti pengarah terkenal dan berpengalaman Ahmad Idham yang sebelum ini terkenal dengan drama berunsur aksi dan seram.


Kali ini, pengarah muda itu beralih arah kepada siri dongeng yang bertemakan cinta remaja, kekeluargaan dan fantasi. Diterbitkan oleh Excellent Pictures Sdn Bhd, siri “Zati & Si Mawas” ini dibintangi oleh barisan pelakon baru yang berbakat iaitu Lyana Jasmay, Kamal Adli, Sharifah Shahora, Zarina AF, Ika AF, Cat Farish, Dian P.Ramlee, Ruminah Sidek, Enot, Hairee Othman, Den Wahab dan Farisha Ayu.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Pn Nurul Aini Abu Bakar berkata, “Siri “Zati & si Mawas” merupakan versi moden yang diadaptasi dari filem animasi Walt Disney dan dimodenkan bagi menepati citarasa penonton masa kini. Kami sekali lagi bekerjasama dengan Ahmad Idham kerana percaya dengan kesungguhan dan hasil kerja yang ditunjukkan oleh pengarah tersebut.

Drama arahannya sebelum ini, ‘Impak Maksima The Series’ ‘Ezora’ dan ‘Puaka Niang Rapik’ yang pernah disiarkan di TV3 telah mendapat sambutan yang amat membanggakan dan kali ini kami cuba untuk memberikan sesuatu yang baru melalui pengarah itu untuk disajikan kepada penonton kami.
Walaupun berunsurkan dari kisah dongeng, kami cuba menyuntik elemen-eleman yang segar dan pastinya bukan sahaja menghiburkan, malah ia memberi teladan dan pengajaran kepada semua lapisan masyarakat terutamanya generasi muda masa kini,”katanya.

Siri ini mengisahkan seorang gadis biasa bernama Zati (Lyana Jasmay) melalui kehidupan kolej yang juga seringkali dibuli oleh kakak-kakaknya, Rina (ika AF) dan Joey (Zarina). Selain itu, Zati ternyata tidak disukai oleh makciknya Aunty Anita (Sharifah Shahora) kerana dituduh menyebabkan kematian adiknya kerana melahirkan Zati.
Namun, kehidupan Zati mula berubah selepas dia berkenalan dengan seorang jejaka bernama Iskandar (Kamal Adli) di kolej. Persahabatan mereka dicemburui oleh kakak-kakaknya dan Zizi, kawan mereka yang turut bersubahat memperalatkan Iskandar untuk mengenakan Zati.

Di sinilah bermulanya transformasi Iskandar sebagai manusia yang berubah fizikalnya menjadi manusia mawas. Akan tetapi, Iskandar diselamatkan oleh pembantu peribadinya yang bernama Bagio (Cat Farish). Iskandar terpaksa ‘memulihkan’ dirinya dan dikurungkan di rumah. Iskandar dinasihatkan oleh bondanya untuk mencari cinta sejati bagi menamatkan sumpahannya itu.

Selain itu, terdapat konflik antara bapa Zati, Ehsan (Hairee Othman) dengan pakciknya, Uncle Ikbal (Den Wahab) gara-gara kerana kecemburuan tunangnya Cik Fara (Farisha Ayu). Mereka memutuskan percintaan lalu Ikbal bersatu dengan Anita yang juga menaruh perasaan terhadap Ehsan.

Suatu hari, mawas telah menyelamatkan Ehsan dari serangan orang jahat lalu telah memaksa Ehsan membuat perjanjian untuk mengahwinikan Zati dengan dirinya. Apakah cerita selanjutnya? Siapakah Iskandar sebenarnya dan apakah yang telah terjadi kepadanya sehingga dia berubah wajah?

Adakah Zati akan berkorban demi bapanya dan menerima seorang mawas sebagai suami? Mampukah Si Mawas mencari cinta sejati? Jangan lupa menyaksikan “Zati & Si Mawas” setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 4.30 petang di TV3 dan 8.30malam di TV9.

Minggu Fesyen Mid Valley Megamall 2009

KEHADIRAN musim bunga/panas menyaksikan 33 jenama terkemuka memperagakan koleksi terbaru mereka sempena Minggu Fesyen Megamall Mid Valley 2009. Kali ini, tema lebih menjurus kepada usaha menghijaukan bumi dengan menyatukan unsur-unsur yang lebih glitzy dan gemilang khas untuk fashionista yang mengutamakan personaliti dan gaya.

Adaptasi Mood Musim Bunga/Panas Seed 2009

ILHAM berfesyen selalunya berkembang dan adaptasi citarasa klasik bisa menzahirkan aliran tersendiri. Apabila koleksi gaya ranggi 70 dan 80 an digabungkan ke dalam aliran pop kontemporari pastinya menghasilkan keunikan tersendiri. Seed sempena meraikan kehadiran musim Bunga/ Panas 2009 lalu membawakan kemanisan trend fesyen yang lebih elegan, chic nostalgia dan nautikal mood yang mengujakan.




Feminin Chic

Sporty

Anggun mempersona

Macho


Anggun glamor

Smart kasual

Janji Yang Dikhianati Dalam Embun Mutiara

SUDAH menjadi lumrah kehidupan manusia untuk sering memberikan pelbagai janji namun bukan mudah untuk mengotakan janji yang termetri. Berdepan dengan mereka yang sering memungkiri janji sering berakhir dengan perselingkuhan yang menjadi kepincangan dalam kehidupan seharian.


Begitulah ringkasan yang dapat digambarkan dengan drama bersiri terbaru berkonsepkan kekeluargaan, percintaan dan sifat kemanusian yang menjadi landasan hidup berjudul Embun Mutiara. Drama bersiri ini akan menemui penonton setiap hari Jumaat dan Sabtu, jam 9.00 malam bermula pada 10 April 2009.

Embun Mutiara yang akan bersiaran selama 13 episod merupakan hasil arahan sutradara Heykal Hanafiah dan diterbitkan oleh Metrowealth Sdn Bhd, manakala penghasilan skrip oleh Nor Shuhaidatul Ain Zakaria serta panel skrip MIG. Bintang yang menjadi tunjang kepada kekuatan Embun Mutiara dibarisi oleh Eira Syazira (Embun), Mas Muhaini (Mutiara), Awal Shaari (Roni), Norman Hakim (Hadi), Anne Abdullah (Athirah), Aida Aris (Sara), Noniswara (Laila), Kuza (Yana), Sharifah Shahora (Nadia) dan Noorzam Zam (Jebat).

Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Puan Nurul Aini Abu Bakar, “TV3 akur dengan permintaan penonton setianya untuk menerbitkan lebih banyak drama-drama bermutu untuk menjadi santapan hiburan penonton setiap malam. Tayangan Embun Mutiara selama satu jam ketika siaran waktu perdana, dijangka mendapat sambutan yang menggalakkan kerana trend masakini menunjukkan penonton gemar menonton drama-drama melayu yang bukan sahaja menghiburkan malah menyelitkan unsur-unsur pengajaran.”

“Embun Mutiara membawa mesej mengenai kepentingan mempunyai keluarga yang prihatin dan kasih sayang yang dipupuk dari awal agar melahirkan generasi yang bertanggungjawab. Ia juga memaparkan kisah percintaan yang sering teruji dan kemurnian cinta yang lahir dari hati yang iklhas bukannya kerana kebendaan. Selain itu ia menerapkan sifat-sifat kemanusiaan seperti berpegang kepada janji dan sifat sayang menyayangi di antara satu sama.”

Epilog perjalanan kisah Embun Mutiaran memaparkan tentang adik beradik bernama Embun dan Mutiara yang dilahirkan pada tahun yang sama dan sering dikenali sebagai kembar tidak seiras. Namun ternyata sikap mereka langsung berbeza kerana personaliti Embun suka mengarah, mengejar glamour dan bercita-cita untuk menjadi model terkenal. Manakala Mutiara bersikap mesra, rendah diri, bijak dan sederhana. Mereka tinggal di banglo mewah bersama ibu mereka, Athiera, pakcik saudara, Hadi dan pembantu rumah yang sudah lama berkhidmat, Mek Nab.

Athiera merupakan ibu tunggal yang masih cantik dan pandai mendidik anak-anaknya. Dia memantau setiap pergerakan anaknya serta tidak suka anaknya terjerumus di dalam bidang hiburan. Tambahan pula dia sendiri duduk di bawah telunjuk abangnya, Hadi yang merupakan usahawan yang bermata duitan dan sentiasa mengutamakan wang dan kemewahan dalam semua aspek termasuk memilih calon adik iparnya mahupun menantu yang bakal mengahwini anak saudaranya. Namun, Athiera mempunyai rahsia besar yang masih tersimpan kemas dari pengetahuan sesiapa.

Embun berkenalan dengan jurugambar iaitu Roni secara kebetulan ketika dia tercicirkan gambarnya sewaktu menghadiri sesi ujibakat. Roni merupakan jurugambar bebas dan dia benar-benar terpesona dengan kejelitaan Embun. Embun yang pada mulanya berhasrat untuk mempergunakan Roni mulai jatuh cinta dan akhirnya mereka merancang untuk berkahwin.


Namun, Embun memungkiri janjinya dengan kejadian yang mengaibkan apabila Embun dua kali berturut-turut lari dari pertunangan dan perkahwinan demi menghadiri ujibakat menjadi model. Mutiara menjadi galang ganti dengan terpaksa berpura-pura mengantikan Embun sebagai pengantin sehingga Roni sendiri akhirnya terpikat dengan keluhuran Mutiara dan mengahwininya. Mutiara mula tersepit! Apakah kesudahan kisah cinta tiga segi ini dan apakah rahsia yang Athiera simpan?

Untuk mengetahui lebih lanjut, saksikan Embun Mutiara setiap hari Jumaat dan Sabtu, jam 9.00 malam bermula pada 10 April 2009 di TV3!