Wednesday, August 26, 2009

Album Kompilasi Patriotik 1 Malaysia

Artis: Various Artist
Album: 1 Malaysia
Edaran: Warner Music
Lagu: Satu (Tan sri Dato' SM Salim & Zainal Abidin), Mulanya Di Sini ( Freedom), Senja Di Kuala Lumpur ( Broery), Basikal Tua ( Dato' Sudirman) dan banyak lagi.

MERDEKA! Merdeka! Merdeka! Sempena perayaan Hari Kebangsaan ke-52 tahun ini, Warner Music Malaysia dengan kerjasama EMI Music mempersembahkan sebuah projek yang buat julung kalinya ditampilkan di dalam persada muzik tanahair.

1 MALAYSIA, sebuah album kompilasi khas yang menampilkan 37 buah lagu-lagu patriotik, tradisi serta nuansa budaya Malaysia yang unik serta menghiburkan. Album khas ini sesuai untuk semua golongan usia, bangsa mahupun darjat, kerana yang penting adalah kandungan lagu-lagu yang dipilih dapat menyemarakkan lagi semangat 1 Malaysia di kalangan rakyat Malaysia khususnya.

1 MALAYSIA menampilkan lagu-lagu yang terdiri dari pelbagai genre, antaranya termasuklah meniup semangat perjuangan (Satu, Lancang Kuning, Bahtera Merdeka, 31 Ogos); memupuk semangat cintakan tanahir dan perpaduan (Saya Anak Malaysia, Warisan, Sireh Pinang, Standing in the Eyes of the World); menyemai bibit motivasi (Mulanya Di Sini, Bahang dari Utara, Gemilang,); menghargai panorama Malaysia (Tasik Perdana, Malaysia Indah, Oo La La Tropika); menikmati khazanah warisan (Kain Songket, Kain Pelikat, Nasi Dagang); mempamerkan pelbagai suku bahasa dan budaya (Akar, Apo Nak Dikato, Ayam Den Lapeh); memberi penghargaan kepada tokoh dan negarawan (Legenda dan Bapak) serta banyak lagi.

Buat julung kalinya, lagu-lagu “Ayam Den Lapeh” dan “Bahtera Laju” (kedua-duanya dendangan Anita Sarawak) ditampilkan di dalam cakera padat. Lagu-lagu yang terkandung di dalam album ini dipilih berlatarkan pelbagai zaman, bagi menunjukkan perkembangan muzik tanahir, dan rasa cintakan tanahir sentiasa mekar dari semasa ke semasa tanpa hentinya.

1 MALAYSIA ditujukan khas buat pemimpin-pemimpin Negara dan teristimewanya seluruh rakyat Malaysia tidak kira di mana juga mereka berada. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Antara lagu-lagu yang terkandung di dalam album ini adalah, Satu (Tan sri Dato' SM Salim & Zainal Abidin), Mulanya Di Sini ( Freedom), Senja Di Kuala Lumpur ( Broery), Basikal Tua ( Dato' Sudirman) dan banyak lagi.

No comments:

Post a Comment