Wednesday, November 19, 2008

Sitkom Fara 3 Lebih Menarik

SITKOM popular ”FARA” musim ketiga kembali menyingkap kisah seorang juruhebah radio, Fara yang dilakonkan oleh Fara Fauzana. Sitkom hasil arahan Aziz M. Osman dan diterbitkan oleh Ace Motion Sdn. Bhd. ini mempunyai 13 episod dan bakal menemui penonton setia TV3 setiap Selasa jam 10.00malam mulai 11 November 2008 ...Sambung...

Tuesday, November 18, 2008

Talian Hayat Dedah Isu Masyarakat

ntv7 mempersembahkan sebuah rancangan hal ehwal semasa terbaru setiap Rabu, jam 9.00 malam hingga 9.30 malam mulai 7 Januari ini! Diberi jolokan Talian Hayat, rancangan berbentuk majalah ini turut menandakan kembalinya personaliti yang diraikan, digeruni dan paling berpengalaman, Wan Kamarudin di Saluran Ceria Anda, selepas kemunculan terakhirnya bersama rancangan signatur ntv7, Edisi Siasat 2005 ...Sambung...

Sunday, November 16, 2008

Sahut Cabaran Gatsby Styling Dance Malaysia

KAMU seorang pelajar dan gemar menari? Bagaimana pula agaknya jika kamu diminta untuk mencipta gerak tari sendiri? Mudah saja? Tetapi bagaimana jika penulis katakan gerak tari itu bukan calang-calang biasa, tetapi perlu memastikan gayamu hendak merapikan rambut yang berstail tercacak, kerinting atau berserabut, dan paling penting juga pergerakan tari itu harus seiring dengan muzik yang dipilih dan hanya perlu dipersembahkan selama satu minit sahaja di pentas Gatsby Styling Dance Malaysia

Thursday, November 13, 2008

Misteri Kyle XY Kembali...

MASIH ingatkah kamu lagi dengan seorang remaja tidak berpusat yang ditemui merayau-rayau tanpa pakaian? Kyle XY, itulah nama remaja berkenaan yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Walaupun dia seolah-olah baru dilahirkan, tidak tahu bercakap dan seolah-olah baru melihat dunia buat kali pertama namun tinggal bersama keluarga Trager telah banyak membantunya dalam menyesuaikan diri dengan keadaaan di sekelilingnya.

Kini, siri ini muncul kembali dengan musim ke-2 yang lebih mendebarkan dan penuh dengan tanda tanya apabila ianya bakal membongkar misteri kewujudan Kyle. Drama sains fiksyen 13 episod ini telah menemui penonton TV3 setiap hari Ahad, jam 11.00 malam mulai 9 November 2008. Jika musim pertama siri ini merupakan pengenalan terhadap Kyle XY yang cuba menyesuaikan diri dengan dunia baru bersama keluarga Trager, musim baru ini menyaksikan pengenalan kepada watak baru, Jesse, seorang gadis yang mempunyai sejarah yang serupa dengan Kyle.


Dalam siri kali ini juga Kyle bakal berjumpa Adam Baylin serta penonton dibawa melihat keadaan keluarga Trager setelah Kyle membuat keputusan untuk meninggalkan keluarga itu. Setelah lama mencari rahsia tentang kehidupan lampaunya, Kyle akhirnya berdepan dengan seorang lelaki yang mempunyai jawapan kepada semua persoalan…Adam Baylin. Dengan pertolongan Adam, Kyle mula menyedari dari mana dia datang dan potensi dirinya. Namun, keadaan telah membawa dia kembali semula kepangkuan keluarga Trager yang telah ditinggalkan.

Kini, dibawah pengawasan ketat Tom Foss, Kyle terpaksa belajar bagaimana menguasai kelebihan yang terdapat pada dirinya dan pada masa yang sama, terpaksa berahsia daripada keluarga Trager yang mahukan dia menjalani kehidupan sebagai seorang remaja yang normal.
Keluarga Trager yang telah ditinggalkan Kyle sebelum ini telah mengalami beberapa perubahan. Selepas Kyle meninggalkan mereka, Nicole berputus asa dan berhenti kerja dan suaminya Stephen terpaksa mengambil alih tempatnya. Sementara itu, Lori tidak mengerti mengapa Declan cuba menjauhkan diri daripadanya, manakala adik lelakinya Josh pula tetap dengan telatahnya yang menjengkelkan.

Namun, keadaan merbahaya muncul apabila sebuah syarikat misteri, Madacorp menghantar seorang gadis, Jesse untuk memburu Kyle. Gadis itu bukan sahaja menjadi sebahagian dalam hidup Kyle, malah dalam diam dia masuk ke dalam keluarga Trager, sekaligus meletakkan semua orang dalam keluarga itu dalam bahaya. Masih mengekalkan pelakon-pelakon asal, siri yang berunsurkan kekeluargaan ini dibintangi oleh Matt Dallas (Kyle XY), Marguerite MacIntyre (Nicole Trager), Bruce Thomas (Stephen Trager), April Matson (Lori Trager) dan Jean-Luc Bilodeau (Josh Trager). Siri ini turut dibantu oleh Chris Olivero (Declan McDonough), Kirsten Prout (Amanda Bloom) dan Jaime Alexander (Jesse).

Dengan unsur-unsur komedi, drama keluarga dan misteri sains fiksyen siri ini amat sesuai ditonton oleh semua golongan masyarakat.
Jadi kepada kamu yang ingin mengikuti kisah perjalanan hidup Kyle XY pastikan kamu menonton musim baru siri ini yang telah mula disiarkan setiap Ahad, jam 11.00 malam bermula 9 November 2008 hanya di TV3. Selamat menonton!

Tuesday, November 11, 2008

Apa Kata PoketMu?

PISCES (19 feb – 20 Mac)
Hidup: Sepanjang dua bulan ini kamu perlu bekerja lebih keras untuk mendapat apa yang kamu idamkan selama ini. Opss...tapi hati-hati dengan mereka yang bermulut manis, mungkin lain dihatinya. Bulan ini adalah bulan paling sesuai untuk kamu tonjolkan bakat dan kredibiliti.
Poket: Kewangan kamu tidak berapa stabil. So...berpada-pada bila berbelanja.



ARIES ( 21Mac – 20Apr)
Hidup: Nasib warga Aries nampaknya agak baik dua bulan ini memandangkan tidak banyak perkara membebankan. Kalau ada pun, kamu berjaya settlekan dengan baik. Bagi kamu yang terlalu penat dan stress, inilah masa sesuai untuk habiskan cuti yang ada. Sesekali melarikan diri dari kesibukan tugas dan persekitaran boleh menceriakan kamu semula, tak percaya cubalah!
Poket: Nampaknya memang dua bulan ini luck untuk kamu, segalanya beres termasuk poket kamu pun, tapi janganlah membazir kepada benda yang tak perlu pula!


TAURUS (21 Apr – 20 Mei)
Hidup: Aduh!! Entah mengapa dua bulan ini kamu asyik dilanda masalah yang bertimpa. Mood kamu juga sentiasa pasang surut, sekejap ok sekejap tidak! Walau apa pun, ingatlah, usah terlalu mengikut perasaan bila membuat keputusan, lebih baik banyakkan berdiam diri dari berdebat dengan orang yang tidak memahami kamu.
Poket: Belajarlah menyayangi dan menghargai duit, usah membazir dan kalau teringin nak membeli sesuatu yang lebih dari budget, baik kumpul dulu, jadi tak perlu lagi kamu berhutang keliling pinggang.

GEMINI (21 Mei – 21 Jun)
Hidup: Nampaknya segala usaha kamu selama ini berbaloi juga bila ada perhatian dari bos. Tingkatkan usaha, janganlah terus perasan pula bila dipuji sikit. Jaga-jaga dengan orang yang mungkin berdengki dengan kedudukan kamu kelak!
Poket: Bila pangkat naik, sudah tentulah ‘uangnya’ juga bertambah. Sikap kamu yang kedekut itu adakalanya baik juga kala terdesak. Tapi janganlah keterlaluan sangat!

CANCER ( 22 Jun – 22 Jul)
Hidup: Bahagianya hidup jika apa yang diimpikan begitu mudah kamu dapat. Terdapat sedikit perubahan di tempat kerja, kesihatan si bujang Cancer tidak berapa memuaskan. Cepat-cepatlah berjumpa doktor sebelum melarat!
Poket: Seperti biasa, mungkin sikap kamu yang suka budget awal memudahkan pengurusan kewangan kamu.

LEO ( 23 Jul – 23 Ogos)
Hidup: Cerianya hidup kamu sejak kebelakangan ini. Tidak banyak masalah yang menganggu. Mungkin kerana jiwa yang sudah terisi atau pun....? Cabaran yang datang pun kamu nampak mudah untuk tanganinya...
Poket: Ok. Tak banyak masalah. Tapi jangan biasakan diri berhutang keliling pinggang, nanti parah nak membayarnya!

VIRGO ( 24 Ogos – 23 Sept)
Hidup: Perdebatan kamu dengan si Taurus, mungkin akan menimbulkan pelbagai spekulasi. Sikap seseorang yang meragui kebolehan kamu tidak perlu difikir secara serius. Tapi ingatlah, percaya diri sendiri adalah punca kejayaan. Kamu akan berjaya.
Poket: Sempit sikit. Tapi kalau kamu bersedia dari awal, tentu ia tidaklah memberi masalah besar. Apa pun, berjimat-cermatlah.

LIBRA ( 24 Sept – 21Okt)
Hidup: Biasa. Tapi kritikan besar dalam meeting/kelas baru-baru ini memang tidak dapat dinafi agak memalukan. Tapi ingat, jangan bertindak terburu-buru. Siasat dulu kesahihannya dan barulah bertindak dengan wajar. Kemungkinan populariti kamu akan meningkat.
Poket: Kena saman! Ahh..nampaknya, bulan ini kamu kena berhabisan bayar saman tertunggak. Apa nak buat terima sajalah...

SCORPIO (22 Okt – 21 Nov)
Hidup: Demi mendapat hasil yang lebih baik, jangan berasa ragu untuk mengubah apa yang sedia ada. Lagi pun jika ia untuk kebaikan, tiada salahnya. Masalah komunikasi yang timbul pasti dapat kamu settle dengan cara bijak.
Poket: Jangan terlalu percayakan kawan yang lidahnya bercabang. Asyik meminjam duit, bayarnya entah bila. Kamu sendiri yang susah nanti bila kekeringan.

SAGGITARIUS (22 Nov – 21 Dis)
Hidup: Apa saja masalah yang datang, kamu lebih senang menyimpannya sendiri atau menyelesaikannya sebelum orang lain menyedarinya. Suasana ditempat kerja/belajar kurang memuaskan. Ada yang menganggap prestasi kamu sudah jauh menurun. Sekitar 16 hb ini kamu bakal menempuhi satu ujian yang mencabar.
Poket: Biasa. Tidak banyak perubahan. Sikap kamu yang agak cermat itu mungkin adalah penyelamat keadaan!

CAPRICORN (22 Dis – 19 jan)
Hidup: Usah gemar memendam masalah. Nanti ia akan memakan diri kamu sendiri. Cari teman yang boleh dipercayai dan luahkan segalanya. Keberanian kamu untuk tampil ke depan membuatkan ramai yang respect pada kebolehan kamu. Hmmm...tunggulah reaksi mereka nanti!
Poket: Pokai sikitlah...kamu terlebih budget bulan ini. Itulah pentingnya perancangan awal.

AQUARIUS ( 20 Jan – 18 Feb)
Hidup: Kebelakangan ini kamu terpaksa berurusan dengan orang yang keras kepala. Jadi sikap toleransi kamu amat berguna ketika ini. Ingatlah, setiap masalah ada jalan penyelesaian. Paling penting adalah menjadikan penyelesaian itu satu keputusan yang terbaik untuk semua orang.
Poket: Biasa.Tidak banyak masalah yang perlu kamu hadapi.