MASIH ingatkah kamu lagi dengan seorang remaja tidak berpusat yang ditemui merayau-rayau tanpa pakaian? Kyle XY, itulah nama remaja berkenaan yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
Walaupun dia seolah-olah baru dilahirkan, tidak tahu bercakap dan seolah-olah baru melihat dunia buat kali pertama namun tinggal bersama keluarga Trager telah banyak membantunya dalam menyesuaikan diri dengan keadaaan di sekelilingnya.
Kini, siri ini muncul kembali dengan musim ke-2 yang lebih mendebarkan dan penuh dengan tanda tanya apabila ianya bakal membongkar misteri kewujudan Kyle. Drama sains fiksyen 13 episod ini telah menemui penonton TV3 setiap hari Ahad, jam 11.00 malam mulai 9 November 2008. Jika musim pertama siri ini merupakan pengenalan terhadap Kyle XY yang cuba menyesuaikan diri dengan dunia baru bersama keluarga Trager, musim baru ini menyaksikan pengenalan kepada watak baru, Jesse, seorang gadis yang mempunyai sejarah yang serupa dengan Kyle.
Dalam siri kali ini juga Kyle bakal berjumpa Adam Baylin serta penonton dibawa melihat keadaan keluarga Trager setelah Kyle membuat keputusan untuk meninggalkan keluarga itu. Setelah lama mencari rahsia tentang kehidupan lampaunya, Kyle akhirnya berdepan dengan seorang lelaki yang mempunyai jawapan kepada semua persoalan…Adam Baylin. Dengan pertolongan Adam, Kyle mula menyedari dari mana dia datang dan potensi dirinya. Namun, keadaan telah membawa dia kembali semula kepangkuan keluarga Trager yang telah ditinggalkan.
Kini, dibawah pengawasan ketat Tom Foss, Kyle terpaksa belajar bagaimana menguasai kelebihan yang terdapat pada dirinya dan pada masa yang sama, terpaksa berahsia daripada keluarga Trager yang mahukan dia menjalani kehidupan sebagai seorang remaja yang normal. Keluarga Trager yang telah ditinggalkan Kyle sebelum ini telah mengalami beberapa perubahan. Selepas Kyle meninggalkan mereka, Nicole berputus asa dan berhenti kerja dan suaminya Stephen terpaksa mengambil alih tempatnya. Sementara itu, Lori tidak mengerti mengapa Declan cuba menjauhkan diri daripadanya, manakala adik lelakinya Josh pula tetap dengan telatahnya yang menjengkelkan.
Namun, keadaan merbahaya muncul apabila sebuah syarikat misteri, Madacorp menghantar seorang gadis, Jesse untuk memburu Kyle. Gadis itu bukan sahaja menjadi sebahagian dalam hidup Kyle, malah dalam diam dia masuk ke dalam keluarga Trager, sekaligus meletakkan semua orang dalam keluarga itu dalam bahaya. Masih mengekalkan pelakon-pelakon asal, siri yang berunsurkan kekeluargaan ini dibintangi oleh Matt Dallas (Kyle XY), Marguerite MacIntyre (Nicole Trager), Bruce Thomas (Stephen Trager), April Matson (Lori Trager) dan Jean-Luc Bilodeau (Josh Trager). Siri ini turut dibantu oleh Chris Olivero (Declan McDonough), Kirsten Prout (Amanda Bloom) dan Jaime Alexander (Jesse).
Dengan unsur-unsur komedi, drama keluarga dan misteri sains fiksyen siri ini amat sesuai ditonton oleh semua golongan masyarakat. Jadi kepada kamu yang ingin mengikuti kisah perjalanan hidup Kyle XY pastikan kamu menonton musim baru siri ini yang telah mula disiarkan setiap Ahad, jam 11.00 malam bermula 9 November 2008 hanya di TV3. Selamat menonton!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment