Sertai Kuiz & Menangi Hadiah Premium Cloudy With A Chance Of Meatballs
Wednesday, September 30, 2009
Menangi Hadiah Premium Cloudy With A Chance Of Meatballs
Nikmati magisnya apabila dunia dipenuhi makanan! Segalanya bermula apabila seorang anak muda berjaya mencipta sebuah mesin yang mampu menghasilkan hujan makanan di pekan tempat tinggalnya. Ternyata, dia semakin popular dan akhirnya menemui cinta gadis pilihannya. Namun, kebahagiaan itu tidak kekal akibat keghairahannya yang membawa musibah dan langsung tidak pernah terjangkau di fikiran!
Sertai Kuiz & Menangi Hadiah Premium Cloudy With A Chance Of Meatballs
Sertai Kuiz & Menangi Hadiah Premium Cloudy With A Chance Of Meatballs
Menangi Hadiah Premium Whiteout!
Selepas dua tahun berada di Antartik Kutub Selatan membuat penyelidikan, Marshal Carrie Stetko (Kate Beckinsale) begitu teruja untuk kembali kepada keluarganya. Namun, telah berlaku sesuatu yang dahsyat dan misteri hingga membawa kepada kematian seorang demi seorang ahli kumpulannya tiga hari sebelum mereka berlepas pulang. Saksikan bagaimana usaha Carrie membongkar misteri tersebut sekaligus berjuang untuk terus hidup.
Sertai Kuiz Whiteout & Menangi Hadiah Premium!

Surrogates
Tarikh Tayangan: 8 Oktober 2009
Pengarah: Jonathan Mostow
Pelakon: Bruce Willis, James Francis Ginty, Radha Mitchell, Rosamund Pike
BRUCE Willis dan Radha Mitchell, agen FBI telah menyiasat tentang pembunuhan misteri pelajar kolej yang terlibat dengan seorang lelaki yang membantu mewujudkan satu fenomena individu membeli versi robot berteknologi tinggi mirip diri mereka.

Sunday, September 20, 2009
Al Baraqah Di TV9
TV9 Di Hatiku sentiasa mencari idea baru dan konsep menarik yang boleh diketengahkan untuk penonton. Dengan sentiasa menjadikan masyarakat sebagai inspirasi didalam merangka program-program di TV9, pastinya rancangan yang bakal dilancarkan ini akan mendapat tempat disisi penonton setia TV9.
Pada kali ini, TV9 bekerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi membawakan program Al-Barakah. Secara ringkasnya, Al-Barakah merupakan sebuah rancangan berkonsepkan dokumentari dimana para responden akan menceritakan keadaan sebenar kehidupan mereka dan bagaimana fungsi Zakat dapat membantu golongan yang memerlukan.
Menurut Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Yang Amat Dihormati Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib Mohd Isa, objektif penerbitan dokumentari ini ialah untuk menyampaikan maklumat secara berkesan kepada masyarakat mengenai aktiviti penyaluran wang zakat yang dilakukan LZS. Penonton juga didedah bagaimana penerima-penerima bantuan ini akhirnya berjaya membangunkan taraf hidup dan jatidiri keluarga melalui peranan zakat.

Selain itu, menurut beliau lagi, melalui cara ini (penerbitan dokumentari), masyarakat akan lebih yakin untuk menunaikan zakat di LZS kerana pengagihan bantuan zakat dilakukan dengan telus, berkesan dan menyeluruh.
Mengulas berkenaan rancangan tersebut, Ketua Pegawai Operasi TV9, Encik Bukhari Che Muda berkata “Rancangan Al-Barakah ini dilihat dapat memberikan penjelasan yang lebih terang lagi berkenaan Zakat. Pengertian zakat dan kesannya kepada masyarakat yang dipaparkan juga dilihat mampu memberikan kesedaran kepada para penonton khususnya dan rakyat Malaysia amnya tentang kepentingan ibadah zakat.”
Disamping dapat memberi kesedaran tentang kehidupan fakir miskin dan kepentingan menjalankan zakat, rancangan Al-Barakah ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang fungsi Lembaga Zakat Selangor didalam menangani masalah kemiskinan ini.

Program Al-Barakah ini bertujuan mencapai 3 matlamat:-
Masyarakat akan lebih memahami kepentingan berzakat dan kenapa zakat itu merupakan salah satu rukun dalam islam.

- Masyarakat akan lebih jelas ke mana wang zakat itu dibelanjakan dan betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh badan zakat seperti Lembaga Zakat Selangor dalam urusan mengumpul dan mengurus wang zakat.
- Masyarakat akan lebih sedar untuk mengeluarkan zakat seperti yang telah disyariatkan dan diwajibkan.
Didalam mencapai matlamat kerajaan Malaysia yang menyasarkan Sifar jumlah kemiskinan tegar dikalangan masyarakat Malaysia menjelang tahun 2010, Zakat dilihat sebagai cara terbaik bagi menangani masalah tersebut dan peranan Lembaga Zakat pada amnya perlulah dijelaskan agar pembayar-pembayar zakat dapat memahami fungsi dan tugas organisasi tersebut.
Rancangan ini akan ditayangkan setiap Isnin dan akan mula bersiaran pada 28 September 2009 jam 9.30 malam hanya di TV9 Saluran DiHatiku.

Anugerah Skrin Kembali
Penganjuran anugerah berprestij, Anugerah Skrin sememangnya di tunggu-tunggu penggiat seni tanah air. Anugerah yang bertujuan memberi pengiktirafan kepada karyawan-karyawan seni tanah air itu bukan sahaja memberi ruang kepada penggiat seni untuk memperkembangkan lagi bakat seni, malah menggalakkan mereka berusaha dengan lebih gigih untuk menghasilkan produk yang bermutu tinggi sekali gus memartabatkan hasil seni negara. Kini, pengiktirafan kepada karyawan seni diteruskan lagi dengan penganjuran Anugerah Skrin 2009 yang bakal diadakan pada bulan Disember nanti di PWTC.
Secara keseluruhan, Anugerah Skrin 2009 bakal mempertandingkan 22 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman. 10 kategori drama bakal dipertandingkan berbanding 9 pada tahun lepas, apabila Anugerah Videografi Terbaik diperkenalkan. Selain itu, rancangan Muzik Terbaik akan diserapkan kepada Hiburan Terbaik menjadikan jumlah Kategori Penerbitan Dalaman menjadi 5 berbanding 6 pada tahun lepas.
Manakala jumlah Kategori Filem yang dipertandingkan kekal 7 kategori. Calon-calon yang dipertandingkan pula terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan di kaca TV dan pawagam mulai 1 Julai 2008 hingga 30 Jun 2009 selain pencalonan drama yang berdasarkan catatan jumlah penonton yang berjaya diraih mengikut kajian AGB Nielsen Media Research mengikut ‘genre’ masing-masing.
Ketika ditemui, Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 berkata, “Kami membuat sedikit kelainan dari segi anugerah yang dipertandingkan pada tahun ini dengan memperkenalkan anugerah Videografi Terbaik dalam kategori drama.
Ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada penggiat-penggiat seni videografi di samping memberi galakan kepada mereka untuk menghasilkan mutu kerja yang lebih baik dalam sesuatu produksi. Ini penting kerana seni videografi juga memainkan peranan dalam penghasilan karya yang bermutu tinggi. Selain dari itu, anugerah Muzik terbaik akan digabungkan ke dalam anugerah Rancangan Hiburan Terbaik.”
“Seperti yang pernah kami tegaskan sebelum ini, Anugerah Skrin bukanlah pertandingan antara stesen televisyen, tetapi drama dan terbitan yang disiarkan melalui stesen-stesen ini yang dipertandingkan. Kami merasa bangga kerana pada tahun ini ASK 2009 turut mendapat kerjasama dan sokongan positif dari rakan-rakan stesen televisyen yang lain dan menerima banyak pencalonan yang menampilkan muka-muka baru dalam bidang ini.
Ia merupakan satu petanda positif dalam meningkatkan mutu seni tanah air yang mana dengan adanya anugerah seperti ini, ia dapat menggalakkan penggiat-penggiat seni untuk berusaha lebih gigih lagi agar hasil karya mereka dihargai dan mendapat pengiktirafan. Kami berharap dengan adanya Anugerah Skrin ini, akan menyemarakkan lagi usaha pengiat seni tanahair untuk menerbitkan produk-produk yang lebih bermutu di masa akan datang,” tambahnya.
Seperti tahun lepas, selain rangkaian televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad yang terdiri daripada TV3, NTV7, 8TV dan TV9, pihak penganjur juga turut menjemput stesen televisyen RTM dan ASTRO untuk sama-sama menyertai anugerah yang berprestij ini. Kesemua rangkaian televisyen ini layak untuk menghantar penyertaan bagi terbitan drama dan terbitan dalaman yang pernah disiarkan di stesen televisyen mereka untuk merebut anugerah bagi kategori yang dipertandingkan mengikut syarat yang telah ditetapkan.
Berbanding dengan tahun lepas, tahun ini menyaksikan peningkatan dari jumlah penyertaan bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Sebanyak 17 buah drama, 14 drama bersiri dan 5 drama komedi telah dicalonkan. Manakala untuk kategori filem pula 25 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan untuk Anugerah Skrin 2009 ini.
Antara filem yang layak bertanding di dalam Anugerah Skrin 2009 adalah seperti I’m Not Single, Susuk, Kami The Movie, Senario The Movie-Episod 1, Tipu Kanan Tipu Kiri, Budak Kelantan, Wayang, Selamat Pagi Cinta, Antoo Fighter, Los & Faun, Cicakman 2- Planet Hitam, Histeria, Brainscan, Maut, Sifu & Tongga, Geng (Animasi 3D), Rasukan Ablasa, Jin Hutan dan Sayang. Manakala telefilem yang layak bertanding seperti Jalan Pintas Ke Neraka, Terlerai Takbir Kasih, Al-Kiswah, Rahsia Gambar, Sebelum Sejadah Dibentang, Tak Serupa Tapi Sama, Serunding Cik Kiah dan Takbir Rindu. Semua pencalonan akan dinilai oleh panel juri profesional yang dipilih.
Bagi menyemarakkan lagi Anugerah Skrin 2009, TV3 bakal menayangkan semula sebahagian daripada telefilem yang tercalon ke Anugerah Skrin 2009. Ia akan disiarkan setiap Ahad, jam 9.00malam mulai 4 Oktober 2009 hingga 29 November 2009. Berikut adalah senarai telefilem yang bakal ditayangkan serta sinopsisnya.
TELEFILEM ANUGERAH SKRIN
Ahad, 04.10.09 - Jalan Pintas ke Neraka
Pelakon: Rita Rudaini, Eizlan Yusoff, Remy Ishak, Razali Buyong, Maimon Talib, Nurul Akma Afida, Asri Azizan
Perkahwinan Yana dan Fazli atas dasar cinta dan dikurniakan seorang anak, Dina. Sebagai arkitek Fazli banyak bertugas di luar dan kadangkala tidak pulang ke rumah. Yana kesunyian dan merayu pada Fazli membenarkannya bekerja semula. Dia pergi berjumpa Rahila kawan baiknya. Rahila mengajak Yana bekerja di SPAnya sebagai pengurus pemasaran. Anaknya diuruskan oleh pembantu rumahnya. Perkenalannya dengan Razlan seorang pelanggan SPA telah mengubah sikap dan citarasa Yana. Razlan merupakan seorang jutawan dan kacak. Razlan akan memastikan Yana melayannya jika dia berkunjung ke SPA. Razlan bijak mengambil hati Yana dengan membelikannya pelbagai hadiah yang mahal-mahal. Semuanya itu jarang didapati dari Fazli. Yana mula membandingkan suaminya dengan Razlan. Gaya hidup Yana mula berubah. Semasa bercuti Fazli dapat merasakan sikap sebenar Yana. Fazli menasihatinya tetapi Yana bijak berlakon dan tahu cara mengaburi mata suaminya dengan kelembutan dan gayanya yang lemah lembut. Fazli memujuk agar Yana berhenti kerja dan menumpukan perhatian terhadap rumahtangga mereka tetap Yana bijak menolak. Tanpa disangka suatu hari seorang rakan sekerja Fazli iaitu Umar kebetulan ternampak Yana berpelukan mesra dengan Razlan. Apakah yang bakal terjadi selanjutnya?
Ahad, 11.10.09 - Terlerai Takbir Kasih
Pelakon: Norkhiriah, Que Haidar, Lisdawati, Irma Hasmie, Wan Maimunah, Shahirah Huaini
Azhar dan Faezah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan 3 orang anak. Ketika Faezah sedang mengandungakna naknya yang kerida, Azhar memintany berhenti kerja dan untuk memberikan sepenuh perhatian terhadap rumah tangga memandangakn Azhar telah dinaikkan pangkat. Hidup mereka yang bahagia tiba-tiba goyah apabila Azhar bertemu dengan , Niza yang merupakan seorang janda beranak dua. Dia mula mersakan Faezah tidak menarik dan tanpa persetujuan Faezah, Azhar menikahi Niza. Tertampar dengan kecurangan suaminya, Faezah nekad untuk berdiri sendiri dengan mula menjalankan perniagaan jualan langsung. Suatu hari ketika Faezah memandu motosikal ke bank, dia telah diragut dan tercedera. Keadaan Faezah agak parah dan terlantar di hospital. Apakah yang terjadi seterusnya?
Ahad, 18.10.09 - Al Kiswah
Pelakon: Jalil Hamid, Norlia Ghani, Vanida Imran, Fahrin Ahmad, Ezany, Arash Mohd
Mengisahkan mengenai Pak Dali bersama isterinya Mak Nor dan tiga anak iaitu Musa, Mastura dan Jamal. Pak Dali mendidik anak-anaknya dengan tegas dan semua keputusan berada ditangannya. Musa san Mastura menjadi dendam dan marah kepada Pak Dali kerana tidak mempunyai peluang untuk menentukan jalan hidup masing-masing. Tambahan pula Mastura yang terpaksa menjadi GRO lantaran suami pilihan Pak Dali yang malas bekerja. Manakala Jamal, pandai mengampu Pak Dali sehinggakan perbuatan buruknya tidak dapat dilihat oleh Pak Dali. Bagaimanakah kesudahan hidup mereka?
Ahad, 01.11.09 - Rahsia Gambar
Pelakon: Rozita Che Wan, Zaefrul, Irma Hasmie, Emelda Rosmila, Fimi. Afiqah Malek
Juriah yang bekerja di sebuah syarikat pengiklanan telah berkahwin dengan duda anak 2 iaitu Syafikah dan Shafik. Juriah menganggap anak-anak tirinya seperti anak kandungnya. Juriah selalu pulang lewat malam. Juriah bercadang membawa Syafikah dan Syafik bercuti bersama kebetulan dia ada kerja luar. Emran juga ikut sama. Juriah ternampak bayang seorang wanita.. Semasa bercuti Juriah ada mengambil gambar keluarga. Semasa di pejabat Juriah dapati printer berjalan sendiri dan mencetak nama dan gambar seorang wanita. Emran rasa itu hanya mainan perasaan Juriah. Rozi berpendapat Juriah perlu pergi berehat. Selepas mencucinya dia dapati di belakang ada seorang wanita yang pernah ditemuinya.Dia mintak seorang pelukis supaya melukis gambar wanita misteri itu. Emran bawa Juriah bercuti bersama anak-anaknya di rumah mewahnya yang jauh dari orangramai. Semasa memandu Juriah ternampak seperti Emran melanggar sesorang. Setelah diperiksa Emran dapati tidak siapa yang dilanggarnya. Juriah sering mengalami kejadian-kejadian aneh. Semasa sedang memasak Juriah didapati pengsan di dapur. Emran bawa Juriah berjumpa doktor psikatrik. Juriah tidak mahu tinggal di rumah besar itu kerana rumah itu berhantu. Emran pula hairan kerana Juriah cuba cederakan dirinya. Juriah minta seorang pelukis untuk melukis gambar wanita yang ada dalam gambar keluarganya. Juriah beranikan diri mahu bersua dengan wanita misteri itu. Wanita itu tiba-tiba muncul dan kenalkan dirinya Dita Ibrahim. Dia mintak tolong pada Juriah. Rumah yang didudukinya ada banyak rahsia misteri. Menurut Dita puncanya Emran mengamuk kerana menuduhnya curang. Pada hal ketika itu Dita mengadakan majlis dan menjemput ramai kawan-kawannya datang ke rumah. Dita menafikan dia curang tetapi Emran telah membunuhnya.
Ahad, 08.11.09 - Sebelum Sejadah di Bentang
Pelakon: Que Haidar, Rozita Che Wan, Ayu Raudhah, Adik Haikal Johari, Iqram Dinzly
Aiman hidup bersama dengan ibunya setelah kematian ayahnya sejak dia berusia 5 tahun lagi. Ibunya membesarkan Aiman dengan penuh kasih sayang serta memberikannya didikan agama yang sempurna. Aiman menjaga solatnya kerana ibunya mahu Aiman menjadi seorang anak yang soleh. Ketika ibu Aiman harus menghadiri kursus di Langkawi Aiman ditinggalkan bersama Imran, adik bongsu ibunya yang dipanggil Pak Su. Menurut kakak Imran, Aiman mungkin dapat mengubah cara hidupnya yang kerap bersosial. Imran mempunyai kerjaya yang baik dan dia sering menghabiskan masanya berpoya-poya di kelab-kelab malam bersama dengan Fiq, teman sepejabatnya. Aiman sering ditinggalkan oleh Imran berseorangan di rumah. Aiman seorang anak yang baik dan dia tidak mahu mengganggu kehidupan Pak Su Imran. Ketika di pejabat, Imran menerima berita tentang kakaknya yang terlibat dalam kemalangan jalanraya di Langkawi. Belum sempat Imran mengambil Aiman di sekolah, dia menerima berita tentang kematian kakak sulungnya. Imran tidak sampai hati untuk memberitahu Aiman tentang berita buruk yang telah menimpa ibunya.Aiman menerima berita kematian ibunya dengan tenang walaupun hatinya telah hancur. Sementara itu, Imran cuba meminta bantuan dari ibu saudaranya di kampung untuk memelihara Aiman tapi keadaan wanita itu tidak mengizinkannya untuk memelihara Aiman. Siapakah yang akan menjaga Aiman?
Ahad, 15.11.09 - Tak Serupa Tapi Sama
Pelakon: Fizz Fairuz, Fasha Sanda, Ahmad Tarmimi Serega, Sheila Mambo, Abu Bakar Juah
Mengisahkan sebuah keluarga yang berbeza pendekatan mengenai amalan Islam, Belinda, 24 bekerja di sebuah stesyen TV di Kuala Lumpur. Dia merupakan seorang yang dinamis, berbudi bahasa namun pegangan agamanya longgar. Keluarga Belinda terdiri daripada bapanya, Tajuddin dan ibunya Jauriah. Mereka adalah tipikal keluarga Melayu yang baik pencapaian duniawinya namun keterbelakang dalam soal-soal agama. Nusri, 25 anak kepada kakak angkat Tajuddin. Nusri menumpang di rumah keluarga Belinda kerana baru mula bekerja di Kuala Lumpur. Apabila Nusri tinggal di rumah Belinda wujudlah perbezaan cara hidup yang ketara. Nusri sangat menjaga ritual-ritual Islam seperti sembahyang, sering berpuasa sunat dan sebagainya. Dia prejudis terhadap Belinda dan keluarganya yang dianggapnya sesat. Belinda telah dicabul oleh beberapa pemuda sewaktu pergi ‘clubbing’. Pada waktu itu Belinda memohon kepada Allah s.w.t untuk menyelamatkannya dan dia berjanji untuk sujud kepada Allah sekiranya dia selamat. Belinda selamat namun dia lupa pada janjinya dengan Allah. Satu hari, Belinda terlibat dalam penerbitan rancangan berteraskan cara hidup orang melayu tempatan. Dia pergi ke kampung Nusri untuk mendapatkan bahan bagi programnya. Sampai di rumah Nusri Belinda mula melihat pelbagai perkara yang tidak elok di dalam kehidupan Nusri dan keluarganya. Keluarga Nusri terdiri daripada bapanya Haji Nurjani, ibunya Mardiah dan adik lelakinya Nuruddin. Nurjani sangat keras dan sombong orangnya. Rumah Nusri juga kotor dan bilik airnya busuk. Haji Nurjani melayan isterinya dengan kasar. Belinda menegur cara Nurjani lalu berlaku pergaduhan besar dan Belinda lari balik ke Kuala Lumpur. Namun dalam perjalanan ke Kuala Lumpur keretanya ditahan anak-anak muda kampung dan mereka mahu dirogol. Nurruddin adik Nusri yang merancang semua ini. Apakah yang terjadi selanjutnya?
Ahad, 22.11.09 - Serunding Cik Kiah ( pencalonan dari TV9)
Pelakon: Kartina Aziz, Hasnol Rahmat, AR Badol, Catriona Ross
Kak Kiah selalu memberi jiran-jirannya merasa serunding buatannya. Kak Kiah memang terkenal dengan serunding. Dia sanggup berbelanja berlebihan untuk kelihatan lebih bergaya daripada orang lain. Semua ini untuk membantunya melariskan jualan serunding. Pada suatu hari Kak Kiah pergi ke rumah Salbiah dan ternampak Zaiton membuat serunding. Kak Kiah tidak berpuas hati oleh kerana seruding yang dibuat Zaiton lagi sedap daripada serundingnya. Kak Kiah merasa kedudukannya tergugat apabila banyak yang menempah serunding Zaiton. Apakah tindakan dia selanjutnya?
Ahad, 29.11.09 - Takbir Rindu (pencalonan dari TV9)
Pelakon: Jasmin Hamid, Fauzi Nawawi, Azhar Sulaiman
Setelah 3 tahun berada di dalam hospital mental, Zamri telah dibebaskan pada 1 Ramadan dan dia hanya mahu mencari anaknya, Adil yang kini tinggal bersama bekas isterinya, Kay. Kay telah memberitahu pihak polis dan hospital bahawa Zamri mempunyai tekanan mental oleh kerana takut Zamri akan bakal dapat hak penjagaan ke atas Adil. Akan tetapi Adil, yang membesar bersama Kay masih mahu mengenali siapa ayahnya yang sebenar. Zamri pergi ke rumah lama mereka akan tetapi kecewa apabila mendapat tahu yang Kay telah berpindah bersama suami barunya. Zamri terlibat di dalam kemalangan di mana pada masa yang sama dia terserempak dengan Adil dan sebelum menghembuskan nafas terakhir, dia sempat mengucapkan Selamat Hari Raya pada Adil.

KATEGORI-KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN
KATEGORI DRAMA
Drama Terbaik
Pelakon Lelaki Terbaik Drama
Pelakon Wanita Terbaik Drama
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
Pengarah Terbaik Drama
Lakon TV Terbaik
Drama Rantaian Terbaik
Drama Komedi Terbaik
Videografi Terbaik
KATEGORI FILEM
Filem Terbaik
Pelakon Lelaki Terbaik Filem
Pelakon Wanita Terbaik Filem
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem
Pengarah Terbaik Filem
Lakon Layar Terbaik Filem
KATEGORI PENERBITAN DALAMAN
Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik
Rancangan Bual Bicara Terbaik
Rancangan Hiburan Terbaik
Rancangan Realiti Terbaik
Laporan Khas/Berita Terbaik
ANUGERAH KHAS JURI

Hangover
Tarikh Tayangan: 24 September 2009
Pengarah; Todd Phillips
Pelakon: Bradley Cooper, Ed Helms, Heather Graham, Justin Bartha, Zach Galifianakis

Genre: Komedi
BILA salah seorang daripada sahabat baik mereka hilang, tiga pengantin lelaki yang dilakonkan oleh Bradley Cooper, Ed Helms dan Zach Galifianakis telah berusaha mencari bukti dan puncanya bermula 40 jam sebelum kehilangan di Caesars Place bachelor, lokasi kehilangan tersebut.
A Perfect Gateway
Tarikh Tayangan: 24 September 2009
Pengarah: David Twohy
Pelakon: Chris Hemsworth, Milla Jovovich, Timothy Olyphant, Steve Zahn, Marley Shelton, Kiele Sanchez.
Genre: Aksi
SEPASANG kekasih (Zahn & Jovovich, Olyphant & Sanchez) sedang bercuti di Hawai apabila mereka bertembung dengan sekumpulan orang gila yang sentiasa memburu dan membunuh pelancong di pulau tersebut.

Tuesday, September 15, 2009
Funny People
Tarikh Tayangan: 24 September 2009
Pelakon: Adam Sandler, Seth Rogen, Leslie Mann, Eric Bana, Jonah Hill
Genre: Komedi
BILA seorang pelawak lapuk George Simmons belajar dari kesihatannya yang tidak menentu. Dia berusaha mengubah hidup dengan menjalinkan persahabatan sejati yang seterusnya membuatkan dia mengambil seorang pelakon baru untuk dilatih.
500 Days Of Summer
Tayangan: 1 Oktober 2009
Pengarah: Marc Webb
Pelakon: Joseph Gordon-Levitt, Zooey Deschanel
Filem ini mengisahkan sebuah hubungan antara seorang wanita, Summer (Zooey Deschanel), yang tidak pernah percayakan cinta dan seorang lelaki lelaki, Tom (Joseph Gordon-Levitt) yang jatuh cinta kepadanya. Apabila Tom ditinggalkan oleh teman wanitanya Summer, dia mengimbas kembali 500 hari mereka 'bersama' dan cuba memikirkan apa yang menyebabkan hubungan tersebut tidak menjadi.

Sorority Row
Tarikh Tayangan: 1 Oktober 2009
Pengarah: Stewart Hendler
Pelakon: Audrina Patridge, Briana Evigan, Jamie Chung, Leah Pipes, Rumer Willis
LIMA bersaudara, Cassidy (Briana Evigan), Jessica (Leah Pipes), Ellie (Rumer Willis), Claire (Jamie Chung) dan Megan (Audrina Patridge) telah bersumpah untuk menunaikan satu amanah dan menyimpannya sebagai rahsia tidak kira apa pun yang terjadi. Namun apabila satu tragedi menimpa Megan yang telah dibunuh dengan kejam, gadis- gadis bersaudara itu kemudian sepakat untuk menyembunyikan mayat saudara mereka demi untuk menutup rahsia. Setahun kemudian, mereka telah menerima kiriman tanpa nama berupa sebuah video yang diambil bekerja malam pembunuhan Megan. Sejak itu, hidup mereka sentiasa dalam ketakutan kerana diekori dan mereka juga cuba menyiasat pembunuh sebenar Megan.

Monday, September 14, 2009
Filem & Drama terbaik Di TV3 TV9 Aidil Fitri Ini!
HAMPIR sebulan berpuasa, sudah pasti ramai yang sedang menyusun pelbagai agenda bersama sanak saudara dan sahabat handai untuk pulang berhari raya di kampung di samping sibuk menyediakan persiapan untuk menyambut kedatangan Syawal. TV3 & TV9 tidak terkecuali dengan kesibukan ini dengan mengatur pelbagai acara istimewa dan program Aidilfitri yang menarik sempena menyambut kemeriahan lebaran untuk diraikan bersama penonton.
Bertemakan ‘Inspirasi Lebaran TV3 & Riang Ria Raya TV9’, stesen televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad ini tidak pernah menghampakan penonton setiap kali menjelangnya musim perayaan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, “Tagline Inspirasi Lebaran TV3 dipilih bersempena dengan ulang tahun TV3 yang ke-25 di mana kami menggunakan tagline ‘Inspirasi Hidupku’ sepanjang sambutan Jubli Perak ini. Penonton memberikan inspirasi kepada TV3 untuk program-program Aidilfitri yang disusun dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan bagi menyambut kedatangan lebaran seperti pemberian duit raya kepada anak yatim, pengagihan sampul raya kepada orang ramai dan pemberian sumbangan dan baju raya kepada golongan sasar yang memerlukan.
“Setiap tahun kedatangan Syawal memang dinanti-nantikan, jadi sudah menjadi amalan TV3 untuk sentiasa merencanakan pelbagai agenda untuk diraikan bersama bagi memastikan sambutan Aidilfitri menjadi lebih meriah dan bermakna.
Sepanjang Ramadan, TV3 menganjurkan “Majlis Berbuka Puasa” bersama anak-anak yatim dan fakir miskin di beberapa negeri seperti Perak, Perlis, Negeri Sembilan, Sarawak dan Johor dengan menghulurkan sumbangan duit raya kepada mereka. Istimewa lagi tahun ini, krew kami melawat penduduk di Acheh dengan menghulurkan sumbangan duit raya dari Tabung TV3 dan juga baju raya kepada anak yatim dan fikir miskin di sana.
“Pastikan TV3 menjadi pilihan sepanjang Syawal kerana kami menyediakan program-program muzikal, hiburan, dokumentari dan drama istimewa menarik seperti Akustika Raya, Mentor Raya 3, Kasih Siti, Raya di Tanah Tinggi, Raya Terapung, Rumah Kecil Tiang Seribu, Landasan Raya dan lain-lain lagi. TV3 turut menayangkan filem-filem unggul, Movie Blockbuster seperti Jangan Tegur, Duyung, Sifu & Tongga, Evolusi KL Drift dan banyak lagi. ”
Kemeriahan sambutan Aidilfitri turut dirasai terutama kepada pemandu-pemandu yang ingin pulang menyambut Hari Raya di kampung. Untuk tahun kedua, team My TV3 berkerjasama dengan Caltex akan berada di perhentian tol sekitar Lembah Klang selama empat hari berturut-turut untuk mengagihkan 20,000 goodie bag yang mengandungi ‘Angpau Raya’, kurma serta barangan Caltex kepada pengguna lebuhraya yang melalui tol tersebut.
Antara perhentian tol yang terlibat termasuklah Plaza Tol Jalan Duta (12 Sept) dan Plaza Tol Sungei Besi (13 Sept), Plaza Tol Damansara (14 Sept) dan Plaza Tol Gombak (15 Sept). Pastikan pengguna lebuhraya tidakl ketinggalan mendapatkan barangan istimewa ini dengan melalui plaza tol terpilih ketika waktu pengedaran iaitu dari jam 2.00 petang hingga 6.00 petang. Selain dari krew MyTV3 yang bertugas, seramai 20 ahli MyTV3 akan turut serta membantu mengagihkan barangan tersebut.
Sementara itu, TV9 juga tidak ketinggalan untuk menghiburkan penonton setianya sepanjang bulan Syawal ini. Bulan Syawal bulan kemeriahan ini perlu disambut oleh semua golongan masyarakat tidak mengira pangkat dan darjat bersesuaian dengan tagline Riang Ria Raya TV9.
Menurut Ketua Pegawai Operasi TV9 Encik Bukhari Che Muda, “Kedatangan bulan Syawal ini perlulah disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan kerana meraikan kemenangan kita berperang dengan nafsu kita di bulan Ramadhan. Namun begitu, di dalam menyambut Syawal dengan penuh keriangan, kita juga seharusnya tidak lupa kepada mereka yang kurang bernasib baik yang tidak dapat menyambut Syawal pada kali ini semeriah kita.”
“Ini dapat dilihat menerusi program-program terbitan kami sepanjang bulan Syawal ini seperti program Ketupat Rendang Kopi O yang akan meraikan ibu-ibu tunggal sekitar Kuala Lumpur dan memberi duit raya kepada anak-anak yatim dan banyak lagi program-program yang telah disusun.
Selain daripada itu juga, TV9 dengan kerjasama LG telah menyediakan 15 buah bas bagi 15 lokasi untuk kemudahan orang ramai terutamanya penonton setia TV9 untuk balik ke kampung mereka seperti Sungai Petani, Alor Setar, Georgetown, Butterworth, Kangar, Ipoh, Taiping, Johor Bahru, Batu Pahat, Muar, Bandar Hilir, Seremban, Kuantan, Kota Bharu dan Kuala Terengganu.”
Sambil bergembira di samping orang tersayang dan menikmati juadah raya, jangan ketinggalan untuk menghiburkan dengan sajian-sajian menarik khusus untuk penonton-penonton setia TV3 & TV9 sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri. Para penonton bakal disajikan dengan pelbagai aneka ragam masyarakat menerusi filem, telemovie dan program-program hiburan dan jenaka. Program-program yang bakal dipertontonkan ini memberikan inspirasi kepada penonton dengan mesej positif yang disampaikan dan sesuai untuk hiburan seisi keluarga.
Berikut ialah program-program istimewa di TV3 & TV9 sempena Aidilfitri sepanjang bulan Syawal ini:-
TV3: RAYA MOVIES
Filem: Nana Tanjung 2 – Raya Pertama, 20 September, 3.00 petang
Pelakon: Saiful Apek, Fasha Sandha, Waheeda, Jehan Miskin, Azean Irdawaty, Saffi Jaafar
Nana Tanjung 2 menyingkap tentang kesinambungan kisah Nana Tanjung, yang mengisahkan tentang kehidupan anak-anak Nana Kassim yang berubah apabila pelbagai cerita timbul mengenai hubungan anak perempuannya dengan bakal suami. Nana yang mendengar tohmahan jiran memutuskan untuk mengenakan syarat kepada bakal menantunya dan tidak membenarkan bakal menantunya bertemu dengan anak-anak gadisnya sehingga majlis akad nikah dilangsungkan. Syarat tersebut menyebabkan Akhbar Khan dan Zul mencari pelbagai pendekatan dan helah untuk mendampingi anak-anak Nana Tanjung, sehinggalah timbul masalah dan konflik lain dalam hidup ahli keluarga Nana Tanjung. Menerusi syarat dan konflik baru yang bakal timbul dalam Nana Tanjung 2 ini akan menyaksikan banyak sub plot yang disajikan dalam bentuk komedi.

Filem: Duyung – Raya Pertama, 20 September, 9.00mlm
Pelakon: Maya Karin, Saiful Apek,. Yasmin Hani, Awie, Yassin Yahya

Duyung merupakan filem komedi fantasi romantik menceritakan tentang Jimmy yang merupakan pencinta alam sekitar. Dia tinggal di perkampungan nelayan menghabiskan masa seharian mengutip sampah untuk memelihara kebersihan perkampungan tersebut. Dia percaya kisah lagenda dahulukala yang diceritakan oleh ibunya, bahawa jika persekitaran bersih, duyung akan muncul. Adakah kepercayaan tersebut benar? Dapatkah dia bertemu dengan duyung seperti yang diimpikannya itu?
Filem: Cicakman 1 - Raya Kedua, 21 September, 3.00 petang
Pelakon: Saiful Apek, Fasha Sandha , Aznil Hj Nawawi, Yusry KRu, AC Mizal, Yasmin Hani

Hairi (Saiful Apek) tinggal di Metrofulus dan bekerja di makmal. Satu hari dia terminum kopi yang mengandungi virus. Selepas itu, dia mula berkelakuan aneh, seperti melekat di dinding, berbunyi seperti cicak dan mula menggemari serangga. Pelik dengan perkara aneh yang membelenggunya dia meminta rakan serumahnya, Danny untuk menyelidik apakah yang sebenarnya berlaku. Sementara itu, penduduk Metrofulus berterusan dijangkiti virus baru dan hanya boleh diubati oleh profesor Klon di makmalnya. Hairi kini mula semakin membiasakan diri dengan kuasa luar biasa yang dimilikinya. Hairi dan Danny menjalankan penyiasatan di atas wabak virus yang melanda Metrofolus di mana mereka mengesyaki profesor Klon merupakan dalang virus ini tersebar.
Filem: Cicakman 2– Raya Kedua, 21 September, 9.00mlm

Pelakon: Saiful Apek, Sharifah Amani , Fasha Sandha , Aznil Nawawi
Bandar Metrofulus sekali lagi dilanda musibah dan kelam kabut apabila krisis pencemaran air yang teruk berlaku diakibatkan oleh rancangan ‘Planet Hitam’ yang dipelopori oleh Profesor Klon. Profesor Klon mengupah Rama untuk menghapuskan semua musuhnya terutama Cicakman. Sementara itu Ginger Ghosts 1 dan 2 kembali untuk membalas dendam di atas kematian Tania dan ingin mendedahkan identiti sebenar Cicakman. Cicakman terus berusaha untuk mempertahankan kedamaian dalam bandaraya tersebut dan memerangi kejahatan.
Filem: Dunia Baru The Movie – Raya Ketiga, 22 September, 3.00 petang
Pelakon: Elyana, Pierre Andre, Iqram Dinzly, Anne Ngasri, Anita Bahrom, Baizura Kahar, Almy Nadia

Filem ini bermula apabila Opie (Elyana) mendapat kejutan melalui surat yang ditulis oleh Anizah (Anita Baharom) menyatakan hasratnya untuk ke Thailand dan kahwin lari dengan Fazley (Mohd Hafiz). Menurut kandungan surat itu, Anizah begitu nekad hingga sanggup melepaskan tawaran melanjutkan pelajaran di UK. Perkara ini mengusarkan teman-teman rapatnya iaitu Opie, Madihah (Ann Ngasri), Suzanna (Almy Nadia), Adif (Pierre Andre) dan Tajol (Wan Elyas). Mereka berpakat untuk mengejar Anizah dan mengubah fikirannya. Pengembaraan pencarian Anizah merupakan suatu perjalanan yang semakin lama semakin kecoh dan berperistiwa, membuat penonton teruja khasnya pengikut setia siri Dunia Baru - kisah geng kolej paling popular di Malaysia.
Evolusi KL Drift - Raya Ketiga, 22 September, 9.00mlm
Pelakon: Fasha Sandha , Shamsul Yusoff, Diana Daniel , Farid Kamil, Aaron Aziz

Zack dan Sham merupakan kawan rapat yang berkongsi minat dan hobi yang sama, perlumbaan drift. Kebiasaannya perlumbaan drift dimonopoli oleh lelaki namun ia tidak menghalang Fasha, teman wanita Zack memecah tradisi ini dengan menjadikan drift sebagai hobinya. Zack mula mengongkong pergerakan Fasha memandangkan dia pernah mengalami krisis identiti dan pengaruhi kurang sihat dari rakan-rakannya. Manakala Joe dan Karl merasa tergugat apabila mereka tidak berjaya mempengaruhi budak-budak baru untuk menyertai perlumbaan drift. Apakah kesudahan filem menarik ini?
Filem: Qabil Khushry Qabil Igam – Raya Keempat, 23 September, 3.00 petang
Pelakon: Hans Issac, Rusdi Ramli, Erra Fazira, Ziana Zain, Khatijah Tan
Sebuah kisah cinta yang berkisah tentang dua orang adik-beradik bernama Qabil Khushry dan Qabil Igam, anak kepada Ismail dan Tijah. Qabil Khushry amat sayang akan adiknya semenjak dari adiknya di dalam kandungan ibunya. Ketika dewasa, Rani jatuh hati kepada Khushry manakala adiknya, Karisma memuja Igam walaupun pada awalnya Karisma tidak dapat menerima kenakalan Igam. Bagaimanapun, kerana satu kesilapan, mereka sekeluarga bagaikan tersepit, lalu satu keputusan terpaksa dibuat yang membabitkan satu pergorbanan yang besar.

Filem: Sifu & Tongga - Raya Keempat, 23 September, 9.00mlm
Pelakon: Nabil, Saiful Apek, Fouziah Gous, Erra Fazira

Filem ini mengisahkan tentang dua wartawan, Tammy dan Azad mencari generasi Watson yang masih hidup di bumi. Azad kemudiannya berjaya menculik Mila dan membawanya pulang ke
bandar. Ketua kumpulan Watson sangat kecewa dan marah dengan penculikan tersebut. Sifu dan teman baiknya, Tongga berjanji pada ketua tersebut untuk pergi menyelamatkan Mila dan membawanya kembali. Sifu yang mempunyai kebolehan luar biasa mampu berkomunikasi dengan dunia ghaib banyak memberi petunjuk kepada mereka untuk mencari jalan ke kota Kuala Lumpur.

Filem: Waris Jari Hantu – Raya Kelima, 24 September, 3.00 petang
Pelakon: Maya Karin, Rusdi Ramli, Azean Irdawaty, Nanu Baharuddin, Liza Othman, Kavita Sindhu, Zahim Albakri, Riezman Khuzaimie, Rashid Salleh, Zaidi Omar, Jit Murad

Tina dan Ari berkawan baik, dan bersaudara dengan Tok Wan Rimau, penjaga harimau saka keluarga Tina, yang sedang mencari waris perempuan untuk menurunkan ilmu sakanya. Tok Wan dan harimau saka melindungi keluarganya dan Pekan Mendekar dari bahaya. Ari sering diejek oleh penduduk kampung dengan gelaran ‘Mat Kepit’, atau ‘Mat Patah’. Walaupun begitu, Tina setia berada di sisi Ari, malah menyimpan perasaan cinta yang mendalam terhadap Ari, dan berharap akan berkahwin dengannya satu hari nanti. Ari memendam rasa luka yang mendalam disebabkan ejekan-ejekan itu, lantas menyembunyikan dirinya untuk melupakan realiti yang pahit melalui persahabatannya dengan Tina. Walaupun dihalang keras oleh keluarga, ternyata Tina pilihan Tok Wan untuk menjadi pewaris saka.
Filem: Jangan Tegur – Raya Kelima, 24 September, 9.00mlm
Pelakon: Julia Ziegler, Nadia Mustafa, Ellie Suriati, Pierre Andre, Almy Nadia

Natasya (Julia Ziegler) telah terlibat dengan kemalangan jalan raya dan koma selama beberapa minggu. Sewaktu di dalam koma, Natasya telah bermimpi tentang seorang gadis bernama Baizura (Nadia Mustafa) yang disyaki telah hilang 2 tahun secara misteri tanpa khabar berita. Tersedar dari koma, Natasya mula mengalami perkara yang sama seperti yang telah dialami oleh Baizura. Daya penglihatannya tidak membataskan dia melihat makhluk-makhluk halus itu. Ini menambahkan kerunsingan suami Natasya iaitu Kamal. Kamal (Pierre Andre) pula adalah seorang yang tidak mempercayai benda-benda khurafat ini sehinggalah dia melihatnya sendiri. Melalui mimpi-mimpi yang dialami, Natasya mula menyiasat apakah yang telah berlaku kepada Baizura. Siasatan yang dilakukan telah menyebabkan dia sering diganggu oleh makhluk-makhluk yang menganggu Baizura seperti dalam mimpinya. Apakah yang berlaku kepada Baizura? Mengapakah Natasya dibayangi dengan kemunculan Baizura? Apakah kaitan mereka berdua?
Otai – Raya Keenam, 25 September, 3.00 petang
Pelakon: Saiful Apek, Yassin, Nasha Aziz, Saleh Yaakob, Azean Irdawaty, Maimon Talib, Ainul Aishah

Kisah dimulakan apabila Aiman (Saiful Apek) yang sudah mempunyai seorang isteri Azura (Nasha Aziz) yang telah berkahwin selama tiga tahun dan tidak dikurniakan anak. Aiman dan Azura telah mendapat tekanan dari ayah Aiman, Tan Sri Mansur (Saleh Yaakob) iaitu, jika Aiman dan isterinya tidak mendapat zuriat dalam tempoh setahun, seluruh harta bendanya akan diwariskan kepada rumah anak yatim. Setelah menjalani pemeriksaan Azura disahkan mengalami masalah peranakan yang tidak memungkinkan dia mengandung. Maka Azura terpaksa merelakan Aiman berkahwin lagi seorang tetapi mestilah memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Azura dan ibunya (Azean Irdawaty). Aiman berpakat dengan Sammy supaya mencari Mawar (Faeza) bekas kekasihnya untuk menjadi calon isteri lalu diubah penampilan Mawar supaya menjadi kurang cantik yang akhirnya telah dipersetujui oleh Azura. Berjayakah Aiman memperisterikan Mawar? Dapatkah Aiman mewarisi harta Tan Sri Mansur? Semuanya akan terjawap pada Hari Raya Ke dua di TV3.
Filem: Sepi - Raya Kesepuluh, 29 September, 10.00mlm
Pelakon : Afdlin Shauki , Nasha Aziz , Vanidah Imran, Riezman Khuzaimi, Tony Eusoff , Baizura , Pierre Andre

Filem romantik ini mengisahkan tentang tiga individu yang belajar mengenai cinta, kehilangan dan kesepian. Adam, merupakan chef yang berjaya sering menyediakan juadah yang istimewa di majlis-majlis perkahwinan namun dirinya masih lagi belum berteman. Manakala Sufi pula terpaksa menghadapi hari-hari yang sukar lantaran dihantui tentang memori silam bersama isterinya yang telah meninggal dunia. Sementara itu, Ariel yang merupakan anak seni akhirnya mendapati bahawa pementasan teater merupakan pentas di mana masa depannya terbongkar. 3 orang asing ini secara tidak langsung saling berkaitan kerana terjebak dengan peristiwa dramatik yang akhirnya merubah kehidupan mereka selamanya…
Filem: Akhirat - Raya Kesebelas, 30 September, 10.00mlm
Pelakon: Vanida Imran, Tony Eusoff, Nabila Huda

Akhirat merupakan filem menarik yang menceritakan tentang Mira (Vanidah Imran) yang berusaha meneruskan kehidupan dengan mengetepikan hakikat bahawa dia dijangkiti HIV positif. Dia nekad untuk merahsiakan penyakitnya dari pengetahuan suaminya, Amran (Tony Eusoff) malah dia cuba untuk menjodohkan Amran dengan sepupunya yang liar dan bermasalah, Noni (Nabila Huda). Sejauh mana dia boleh menyimpan rahsia ini dan bilakah keluarganya akan menyedari bahawa Mira kini sedang menuju ke ambang kematian?
Filem: Gondoruwo – Raya Kedua belas, 1 Oktober, 10.00malam
Pelakon: Diana Daniel, Remy Ishak, Norish Karman, Rozita Che Wan, Normah Damanhuri

Zarina ialah seorang anak yatim yang tinggal bersama neneknya di sebuah kampung di Johor. Dia membesar dalam masyarakat Jawa Melayu. Sejak kecil lagi, penduduk kampung memulaukan neneknya dan Zarina tidak mengetahui apakah sebabnya. Hubungan Zarina dengan neneknya, Mbah Wangi menjadi renggang setelah dia berpindah ke bandar dan jarang pulang. Jika Zarina pulang ke kampung, neneknya selalu memintanya untuk mewarisi ‘sesuatu’. Selepas kematian neneknya, ‘benda’ tersebut masih tidak diturunkan kepada Zarina. Apabila Zarina pulang ke bandar, dia mula menghadapi pelbagai masalah dan hampir putus asa sehinggalah Eto muncul. Gondoruwo yang dibela oleh neneknya telah hadir dalam kehidupan Zarina tanpa disedarinya. Banyak perkara buruk terjadi dengan kehadiran Gondurowo. Apakah Zarina dapat menyelamatkan dirinya daripada Gondurowo?
TV3: TELEMOVIE RAYA
Drama: Salam Terakhir- Menjelang Raya, 9.30malam
Pelakon : Rosyam Nor, Zarynn Min, Adi Putra, Azman Nor & Anna Dahlia.

Telemovie Salam Terakhir pasti mengundang airmata yang menggandingkan pelakon terkenal tempatan. Filem ini mengisahkan tentang Nazman yang menghidapai penyakit yang tidak boleh disembuhkan lagi. Di saat menghadapi kesakitan ini dia terpaksa berhadapan dengan adik-beradiknya yang tamakkan harta arwah ayah mereka dan kesengsaraan cinta tiga segi yang dihadapi antara dia, tunangnya dan adik angkatnya. Namun, Nazman menghadapi penderitaan ini keseorangan kerana mereka semua tidak tahu bahawa dia cuma ada masa selama sebulan sahaja untuk terus hidup. Apakah kesudahan drama ini?
Drama: Kuih Goyang Seha, Raya Ketujuh, 26 September, 10.00malam
Pelakon: Rozita Che Wan, Eizlan Yusoff, Nabil, Irma Hasmie.

Drama kekeluargaan ini mengisahkan tentang Seha yang nekad mahu meraikan sambutan Hari Raya di kampung keluarganya selepas tujuh tahun meraikan lebaran di kampung suaminya. Suaminya yang bertegas mahu meneruskan tradisi pulang ke kampung halamannya membuatkan Seha bertekad untuk berbuat sesuatu! Saksikan bagaimana dia menggunakan taktik untuk mengubah pendirian suaminya dengan meminta bantuan rakan sekerjanya untuk melaksanakan rancangannya itu. Adakah hasratnya akan tertunai pada perayaan kali ini?
Drama: Tragedi Malam Raya, 3 Oktober 2009. 10.00malam
Pelakon: Beego, Eyzendy, Amanda Misbun, Ben Kenobi, Kamarul Hj Yusuf, Azhar Che Ree

Faizal pastinya tidak akan melupakan tragedi malam raya ini! Faizal terpaksa bekerja sehingga lewat malam menjelang lebaran. Dia berhadapan dengan situasi yang tidak dijangka apabila dia menumpangkan gadis misteri, Salmah untuk pulang ke Melaka. Salmah, ketika malam raya itu melarikan diri dari rumah kerana tidak mahu dikahwinkan dengan tunangnya. Malanynya, ketika dalam perjalanan kereta Faizal mengalami kerosakan di ladang getah yang secara kebetulan merupakan kampung halaman Salmah. Faizal yang tersepit dengan keadaan tersebut terpaksa membantu Salmah menyelamatkan diri dari tunangnya yang amarah..
Sunday, September 6, 2009
Crime Scene Special Kupas Angkara Jenayah
TIDAK dinafikan kebelakangan ini, kes-kes jenayah semakin hebat menghantui masyarakat. Malah, peningkatannya semakin ternyata semakin membimbangkan dan seharusnya masyarakat perlu ditanam dengan kesedaran yang lebih tinggi untuk membantu membendung fenomena ini daripada terus melarat dan menjadi barah yang tiada penawarnya.
Atas kesedaran itu, saluran 8TV mengajak kamu untuk merasai sendiri pengalaman merungkai misteri yang dikatakan mustahil untuk diselesaikan? Crime Scene Special sudah tentu dapat memuaskan perasaan kamu yang meminati genre dokumentari ini.
Pernah memenangi Anugerah Skrin 2007 bagi kategori Dokumentari Terbaik, ia adalah rancangan dokumentari pertama 8TV yang telah dihos dan dihasilkan oleh Desmond Teycene. Disiarkan setiap hari Sabtu, pada jam 6 petang, Crime Scene Special menawarkan perlakonan kembali kisah benar penjenayahan serta pandangan mendalam kes jenayah berprofil tinggi dan kisah yang akan menambat perhatian yang penuh dengan perasaan kesedihan, kebencian dan kejutan yang tentu akan memberi lebih kefahaman tentang jenayah dan cara untuk mengelaknya.
Setiap kes yang dikemukakan di dalam rancangan ini adalah berkenaan dengan laporan sebenar dan kes jenayah yang diperolehi dari fail polis. Antara jenis-jenis penjenayahan yang disiasat ialah rompakan, penculikan, perogolan dan kes pembunuhan.
Perkara yang unik tentang dokumentari ini ialah ia ditumpukan kepada 13 kes khusus daripada fail penjenayahan. Tujuan utama dokumentari ini ialah untuk mewujudkan kesedaran antara orang awam tentang pencegahan jenayah dengan menunjukkan rakaman sebenar, gambar-gambar dan lakonan kembali penjenayahan sebenar.
Perkara menarik tentang siri ini selain daripada yang telah disebut ialah keberkesanan dan kerjasama polis dalam kaedan pensiasatan yang digunakan untuk menangkap penjenayah yang dibawa ke pengadilan.
“Kami sentiasa dikelilingi dengan pelbagai berita tentang penjenayahan pada masa kini dan pada pendapat saya, kita harus berhati-hati dan berpengetahuan atas cara megelak daripada penjenayahan berlaku kepada kita. Kami harap siri dokumentari ini akan terus member pengetahuan kepada penonton kami,” kata Pengurus Besar 8TV, Ms Lam Swee Kim.
Satu lagi perkara unik tentang siri ini ialah cara kes-kes ini disampaikan berteraskan masa dan sebab kejadian jenayah itu berlaku.
Selain mengkaji kes penjenayahan, hos rancangan ini juga akan menjalankan temubual bersama pegawai-pegawai polis, mangsa jenayah, rakan dan keluarga mangsa jenayah serta orang awam.
Satu segmen yang mengandungi tip-tip elak berlakunya jenayah akan ditunjukkan semasa rancangan ini disiarkan. Segmen ini memberi tumpuan kepada mengajar orang awam cara untuk mengelak kejadian dan cara untuk mengatasi situasi jika ianya berlaku kepada mereka.

Bagi mereka yang meminati pensiasatan jenayah dan mempunyai perasaan ingin tahu tentang segala yang berkenaan dengan penjenayahan, jangan lupa menonton Crime Scene Special di 8TV setiap hari Sabtu pada pukul 6 petang.
Saturday, September 5, 2009
The ugly Truth
Tarikh Tayangan: 10 September 2009
Pengarah: Robert Luketic
Pelakon: Bonnie Somerville, Bree Turner, Gerard Butler, Katherine Heigl
Genre: Romantik Komedi
HEIGL, seorang penerbit rancangan pagi yang romantik dan mencabar terpaksa berdepan dengan kerenah Butler, seorang wartawan cauvinistik dan pelbagai siri ujian semata-mata untuk membuktikan kebenaran teori perhubungan yang di pegangnya sekaligus membantu dia mencari cinta sejati. Walaupun membawa kepada klimaks yang tidak dijangka!

Rumah Kecil Tiang Seribu
SUASANA kemeriahan dan kesibukan persediaan menjelang sambutan Syawal semakin terasa. Sudah menjadi tradisi, tahun ini TV3 turut tidak ketinggalan untuk menyajikan program-program Raya menarik, sajian khas untuk para penonton setianya. Selain dari filem, muzikal, komedi drama, TV3 turut memaparkan dokumentari-dokumentari sempena Hari Raya.
SRB Darul Mulkan jadi medan perjuangan anak-anak Hj Mulkan yang sabar dalam menjalankan tanggungjawab terhadap agama

Soroti pengalaman Ahmad Fetri di dalam rancangan khas Syawal ini pada 24 September, raya ke-5, jam 1.00 petang di TV3. Berikut adalah coretan/nukilan Ahmad Fetri tentang pengalaman beliau sepanjang proses penggambaran ”Rumah Kecil Tiang Seribu”:
Rumah Kecil Tiang Seribu
Rumah Besar Tiang Sebatang
Peribahasa Melayu sememangnya indah dan kaya makna tersirat. Pandangan orang dahulu kala terhadap alam dan dunia keliling menghantar makna yang besar kepada mereka. Dari tafsiran itu, tercipta kiasan dan perlambangan yang ada kaitan dengan nota hidup manusia..
Ketika saya membuat tugasan di Darfur, Sudan dua tahun lalu, saya bersama-sama dengan seorang sukarelawan perubatan yang juga penceramah bebas- Dr Jamnul Azhar Mulkan. Beliau yang begitu fasih berbahasa Arab, membacakan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Darfur.
Ketinggian ilmu dalam bidang agama dan komitmen beliau yang cemerlang dalam bidang kesukarelawanan melayakkan beliau dianugerahkan Tokoh Perubatan Ibnu Sina oleh Universiti Malaya baru-baru ini.
Ketika berbual-bual dengan beliau, terpacullah kisah adik-beradiknya yang seramai 13 orang. Kesemua mereka mempunyai pangkal nama yang sama- JAMNUL. Jamnul dalam bahasa Arab bermaksud ‘permata’. Seorang anak perempuan, Jamnul Azizah, meninggal ketika kecil.
Permata bukan sebarang permata. 9 orang anak kepada Hj Mulkan Mohamad dan Hjh Jamiah Alias ini sudah menamatkan pengajian di Universiti Al Azhar Mesir dan Universiti Mu’tah Jordan dan 3 yang lain masih menuntut di Universiti Al Azhar. Seorang anak perempuan, Jamnul Azizah, meninggal ketika kecil.
Dr Jamnul Azhar adalah anak sulung. Adik-beradiknya yang lain ialah Jamnul Azlin, Jamnul Azmin, Jamnul Aziah, Jamnul Azman, Jamnul Azazi, Jamnul Azizul Rahim, Jamnul Azua, Jamnul Azamimah, Jamnul Abdul Rahman, Jamnul Azlan dan Jamnul Azam. Jamnul Azmin meninggal dunia 7 tahun lalu dalam kemalangan jalan raya. Pemergiannya mengiringi Jamnul Aziah dan ayahandanya, Hj Mulkan yang meninggal pada tahun 1999.
Hj Mulkan seorang pesara guru. Sama seperti isterinya, Hjh Jamiah. Cinta mereka terhadap ilmu dan agama sangat tinggi. Seluruh harta Hj Mulkan telah digunakan untuk menampung pengajian anak-anaknya yang belajar agama di luar negara.
Tidak cukup dengan itu, arwah juga telah menubuhkan Sekolah Rendah Bestari Darul Mulkan, Kuala Sepetang untuk mengajar sendiri anak-anak dan cucu-cucunya tentang ilmu agama. Bermula dengan didikan untuk anak sendiri, penduduk sekitar mula tertarik dengan konsep yang dibawakan Hj Mulkan. Beliau ingin melahirkan anak bangsa yang kukuh pegangan agama berteraskan Al Quran. Sekurang-kurangnya mereka menyumbang sesutau kepada masyarakat saat ancaman hedonisme makin menghimpit dengan cabaran yang pelbagai.
Sekolah ini yang ditubuhkan pada 1987 begitu daif. Segala-galanya dibelanjakan menggunakan wang gajinya sendiri. Banyak juga harta terpaksa dijual untuk merealisasikan impian murni ini. Ia tidak langsung bermotifkan keuntungan. Jauh sekali menyisih diri dari pendidikan arus perdana. Biarlah pelbagai cercaan dan tanggapan orang, niat kerana Allah melebihi segalanya. Doanya hanya satu- mengharapkan Allah meredhai hasrat untuk membentuk insan bertaqwa yang seimbang dunia akhirat. Inilah ‘jihad’ yang diperjuangkan menggunaknan medan ilmu.
Berpuluh tahun berlalu, SRB Darul Mulkan berhasil melahirkan pelajar cemerlang pelbagai bidang. Anak-anak Hj Mulkan yang telah tamat pengajian di Universiti Al Azhar dan Universiti Mu’tah Jordan akan transit di sini sebagai guru agama. Maka, tawaran gaji mewah bekerja dengan kerajaan dan syarikat lain ditolak ketepi demi memenuhi ‘wasiat’ ayah tercinta yang mahukan mereka berjuang dan berbakti di SRB Darul Mulkan.
Dr Jamnul Azhar yang memiliki tiga rangkaian klinik, menggunakan sumber kewangan dari kliniknya itu untuk membayar gaji adik-adiknya dan pekerja yang lain di situ. Gaji mereka kecil dan kebanyakannya berkhidmat dengan sukarela termasuklah petugas kantin. Mereka ‘melabur’ untuk akhirat yang abadi.
Saya sendiri teruja dengan ‘JAMNUL’ ini. Semuanya berlidah fasih berbicara bahasa Arab, berhujah dengan hadis, memberi ceramah agama di merata tempat dan mengimamkan solat. Peribadi mereka juga mulia dan saling sayang dalam satu keluarga besar. Hjh Jamiah kini tenang bersama anak dan menantu serta cucu seramai 38 orang.
Terbukti, mereka yang berjuang di jalan Allah, akan dibantuNya. Usaha keras puluhan tahun dahulu mula menampakkan hasil. SRB Darul Mulkan yang serba sederhana tetapi tetap bernyawa dan bergelora untuk melahirkan insan mukmin yang teguh dibawah naungan Al Quran dan As Sunnah.
Saksikan lebih lanjut kisahnya di TV3 nanti…. Moga kita mendapat inspirasi dan ibrah untuk mendidik jiwa dan rohani. InsyaAllah....
“Rumah Kecil Tiang Seribu” merupakan salah satu dari dokumentari istimewa yang bakal disiarkan pada hari raya ke-5, sesuai untuk santapan rohani dan jiwa terutama sekali di bulan Syawal.
”Rumah Kecil Tiang Seribu” menampilkan pengacara bual bicara Malaysia Hari Ini (MHI), Ahmad Fetri Yahya yang bertindak sebagai penerbit rancangan dan juga pengantara program ini. Program selama 30-minit ini akan membawa penonton mengikuti kisah yang dipaparkan melalui perspektif beliau sendiri yang telah berkunjung dan meluangkan masa bersama-sama sukarelawan perubatan yang juga penceramah bebas, Dr. Jamnul Azhar Mulkan untuk mencungkil keunikkan di sebalik kisah keluarga beliau dan keistimewaan Sekolah Rendah Bestari Darul Mulkan.
”Rumah Kecil Tiang Seribu” menampilkan pengacara bual bicara Malaysia Hari Ini (MHI), Ahmad Fetri Yahya yang bertindak sebagai penerbit rancangan dan juga pengantara program ini. Program selama 30-minit ini akan membawa penonton mengikuti kisah yang dipaparkan melalui perspektif beliau sendiri yang telah berkunjung dan meluangkan masa bersama-sama sukarelawan perubatan yang juga penceramah bebas, Dr. Jamnul Azhar Mulkan untuk mencungkil keunikkan di sebalik kisah keluarga beliau dan keistimewaan Sekolah Rendah Bestari Darul Mulkan.
SRB Darul Mulkan jadi medan perjuangan anak-anak Hj Mulkan yang sabar dalam menjalankan tanggungjawab terhadap agama
Di sekolah yang sederhana tetapi kaya dengan semangat membakar
Soroti pengalaman Ahmad Fetri di dalam rancangan khas Syawal ini pada 24 September, raya ke-5, jam 1.00 petang di TV3. Berikut adalah coretan/nukilan Ahmad Fetri tentang pengalaman beliau sepanjang proses penggambaran ”Rumah Kecil Tiang Seribu”:
Rumah Kecil Tiang Seribu
Rumah Besar Tiang Sebatang
Peribahasa Melayu sememangnya indah dan kaya makna tersirat. Pandangan orang dahulu kala terhadap alam dan dunia keliling menghantar makna yang besar kepada mereka. Dari tafsiran itu, tercipta kiasan dan perlambangan yang ada kaitan dengan nota hidup manusia..
Ketika saya membuat tugasan di Darfur, Sudan dua tahun lalu, saya bersama-sama dengan seorang sukarelawan perubatan yang juga penceramah bebas- Dr Jamnul Azhar Mulkan. Beliau yang begitu fasih berbahasa Arab, membacakan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Darfur.
Ketinggian ilmu dalam bidang agama dan komitmen beliau yang cemerlang dalam bidang kesukarelawanan melayakkan beliau dianugerahkan Tokoh Perubatan Ibnu Sina oleh Universiti Malaya baru-baru ini.
Ketika berbual-bual dengan beliau, terpacullah kisah adik-beradiknya yang seramai 13 orang. Kesemua mereka mempunyai pangkal nama yang sama- JAMNUL. Jamnul dalam bahasa Arab bermaksud ‘permata’. Seorang anak perempuan, Jamnul Azizah, meninggal ketika kecil.
Permata bukan sebarang permata. 9 orang anak kepada Hj Mulkan Mohamad dan Hjh Jamiah Alias ini sudah menamatkan pengajian di Universiti Al Azhar Mesir dan Universiti Mu’tah Jordan dan 3 yang lain masih menuntut di Universiti Al Azhar. Seorang anak perempuan, Jamnul Azizah, meninggal ketika kecil.
Dr Jamnul Azhar adalah anak sulung. Adik-beradiknya yang lain ialah Jamnul Azlin, Jamnul Azmin, Jamnul Aziah, Jamnul Azman, Jamnul Azazi, Jamnul Azizul Rahim, Jamnul Azua, Jamnul Azamimah, Jamnul Abdul Rahman, Jamnul Azlan dan Jamnul Azam. Jamnul Azmin meninggal dunia 7 tahun lalu dalam kemalangan jalan raya. Pemergiannya mengiringi Jamnul Aziah dan ayahandanya, Hj Mulkan yang meninggal pada tahun 1999.
Hj Mulkan seorang pesara guru. Sama seperti isterinya, Hjh Jamiah. Cinta mereka terhadap ilmu dan agama sangat tinggi. Seluruh harta Hj Mulkan telah digunakan untuk menampung pengajian anak-anaknya yang belajar agama di luar negara.
Inilah anak-anak Hj Mulkan- pewaris perjuangan bapa di medan ilmu
Tidak cukup dengan itu, arwah juga telah menubuhkan Sekolah Rendah Bestari Darul Mulkan, Kuala Sepetang untuk mengajar sendiri anak-anak dan cucu-cucunya tentang ilmu agama. Bermula dengan didikan untuk anak sendiri, penduduk sekitar mula tertarik dengan konsep yang dibawakan Hj Mulkan. Beliau ingin melahirkan anak bangsa yang kukuh pegangan agama berteraskan Al Quran. Sekurang-kurangnya mereka menyumbang sesutau kepada masyarakat saat ancaman hedonisme makin menghimpit dengan cabaran yang pelbagai.
Sekolah ini yang ditubuhkan pada 1987 begitu daif. Segala-galanya dibelanjakan menggunakan wang gajinya sendiri. Banyak juga harta terpaksa dijual untuk merealisasikan impian murni ini. Ia tidak langsung bermotifkan keuntungan. Jauh sekali menyisih diri dari pendidikan arus perdana. Biarlah pelbagai cercaan dan tanggapan orang, niat kerana Allah melebihi segalanya. Doanya hanya satu- mengharapkan Allah meredhai hasrat untuk membentuk insan bertaqwa yang seimbang dunia akhirat. Inilah ‘jihad’ yang diperjuangkan menggunaknan medan ilmu.
Berpuluh tahun berlalu, SRB Darul Mulkan berhasil melahirkan pelajar cemerlang pelbagai bidang. Anak-anak Hj Mulkan yang telah tamat pengajian di Universiti Al Azhar dan Universiti Mu’tah Jordan akan transit di sini sebagai guru agama. Maka, tawaran gaji mewah bekerja dengan kerajaan dan syarikat lain ditolak ketepi demi memenuhi ‘wasiat’ ayah tercinta yang mahukan mereka berjuang dan berbakti di SRB Darul Mulkan.
Dr Jamnul Azhar yang memiliki tiga rangkaian klinik, menggunakan sumber kewangan dari kliniknya itu untuk membayar gaji adik-adiknya dan pekerja yang lain di situ. Gaji mereka kecil dan kebanyakannya berkhidmat dengan sukarela termasuklah petugas kantin. Mereka ‘melabur’ untuk akhirat yang abadi.
Saya sendiri teruja dengan ‘JAMNUL’ ini. Semuanya berlidah fasih berbicara bahasa Arab, berhujah dengan hadis, memberi ceramah agama di merata tempat dan mengimamkan solat. Peribadi mereka juga mulia dan saling sayang dalam satu keluarga besar. Hjh Jamiah kini tenang bersama anak dan menantu serta cucu seramai 38 orang.
Terbukti, mereka yang berjuang di jalan Allah, akan dibantuNya. Usaha keras puluhan tahun dahulu mula menampakkan hasil. SRB Darul Mulkan yang serba sederhana tetapi tetap bernyawa dan bergelora untuk melahirkan insan mukmin yang teguh dibawah naungan Al Quran dan As Sunnah.
Saksikan lebih lanjut kisahnya di TV3 nanti…. Moga kita mendapat inspirasi dan ibrah untuk mendidik jiwa dan rohani. InsyaAllah....
Kepada yang ingin menyumbang untuk SRB Darul Mulkan:
No akaun Maybank: 558051003659
Ustaz Jamnul Azizul: 019 5672088
No akaun Maybank: 558051003659
Ustaz Jamnul Azizul: 019 5672088
Aksi hebat Dalam Gamer
Tarikh Tayangan: 10 September 2009
Pengarah: Mark Neveldine, Brian Taylor
Pengarah: Mark Neveldine, Brian Taylor
Pelakon: Gerard Butler, Michael C. Hall, Kyra Sedgwick, Logan Lerman, Amber Valletta.
Genre: AksiGAMER sebuah filem aksi yang dibintangi oleh Gerald Butler (Kable) sebagai seorang juara sebuah permainan internet secara online iaitu Slayers. Teknologi mind-control turut menguasai masyarakat di mana teknologi ini memberi peluang kepada manusia untuk mengawal manusia lain dalam skala jisim. Dalam usaha mengelakkan jejaknya dari di kawal, cabaran terakhir Kable adalah mendapat semula identitinya dan pelancaran satu serangan terhadap sistem itu telah menyeret dia ke penjara.
Senarai Pemenang Orphan
ORPHAN bermula apabila satu pasangan suami isteri telah mengambil seorang anak angkat perempuan yang comel selepas kehilangan anak kandung mereka. Namun, tanpa pengetahuan kedua pasangan ini, di sebalik kemanisan sifat kanak-kanak perempuan itu, sebenarnya tersembunyi satu kuasa jahat yang amat dahsyat.
Senarai Pemenang Orphan
3 x ORPHAN Adult Men Black Tee + 5 Double Pas Wayang
Syafiq Shamsuddin, Taman Kosas
Yusairi Izham Ibrahim, Petaling Jaya
Muhamamad Adli Abu Zarin, Bukit Jelutong
1 x ORPHAN Adult Women Tank Top + 5 Double Pas Wayang
Raja Maisara Ayu Raja Othman,
2 x ORPHAN Black Cap worth RM125 + 5 Double Pas Wayang
Didi Azimi Anuar, Sungai Choh
Fitri Jamil, Bandar Sri Permaisuri
5 komplementari Double Pas Wayang
Juriza Abdul Wahid, Bandar Kinrara
Raziq Abdul Razak, Pandah Indah

Senarai Pemenang Setem
KISAH bermula daripada sekeping setem lama yang menjadi rebutan lantaran nilainya yang tinggi. Namun siapakah yang berjaya memiliki setem tersebut? Tentu saja jawapan itu sudah terjawab akhirnya. Begitu juga dengan penyertaan kuiz Setem yang telah berakhir. di bawah, adalah senarai nama-nama pemenang yang bertuah:
T-Shirt + Freeze Magnetic
Roshidi Abdul Karim, Salak Tinggi
Nazura Amir, Tapah
Alina Zaireen Ismail, Shah Alam
Muaz Abdul Latif, Serdang
Nurul Syuhada Baharom, Kajang
Faris Hussain, Puchong
Khairunisa Haji Izuddin, Klang
Bakhtiar Abdullah, Bandar Sunway
Raihana Hanum Ishak, Ampang
Zulhairi Alias, Gombak
Nazura Amir, Tapah
Alina Zaireen Ismail, Shah Alam
Muaz Abdul Latif, Serdang
Nurul Syuhada Baharom, Kajang
Faris Hussain, Puchong
Khairunisa Haji Izuddin, Klang
Bakhtiar Abdullah, Bandar Sunway
Raihana Hanum Ishak, Ampang
Zulhairi Alias, Gombak
Senarai Nama Pemenang I Love You Beth Cooper
I Love You Beth Cooper mengisahkan seorang pelajar bijak tetapi lurus bendul telah meluahkan perasaan cintanya terhadap Beth Cooper, gadis jelita paling hangat dan popular di kolej kala berucap di hadapan khalayak ramai. Pelbagai kejutan berlaku di dalam hidupnya selepas itu. Paling mengejutkan, Beth telah muncul di depan pintu rumahnya pada satu malam dan menawarkan malam paling menarik untuknya. Saksikan kesudahan filem ini di pawagam berdekatan kamu ya!
Sertai Kuiz I Love You Beth Cooper
T-shirt + 2 pas wayang
Ahmad Hafiz Zakaria, Taman Miharja
Nurul Nadira Dahlan, Selayang
Khairani Hasran Ibrahim, Sri Damansara
Izzura Ismail, Wangsa Maju
Rozairin Hashim, Putrajaya
Ahmad Hafiz Zakaria, Taman Miharja
Nurul Nadira Dahlan, Selayang
Khairani Hasran Ibrahim, Sri Damansara
Izzura Ismail, Wangsa Maju
Rozairin Hashim, Putrajaya
Senarai Nama Pemenang Aliens In The Attic
Alien In The Attic merupakan hasil garapan penulis Madagascar dan pemenang anugerah Academy Wallace and Gromit: Curse Were Rabbits.Filem komedi ini mengisahkan tentang enam orang adik beradik yang sedang bercuti telah berusaha mematahkan serangan makhluk asing yang ingin memusnahkan dunia tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.
Senarai Pemenang Kuiz Aliens In The Attic
T-shirt + Pencil Topper
Ruzana Dahari, Seri Kembangan
Arfian Suradi, Bandar Tun Dr Ismail
Spring Toy + Scene and Sticker Set
Rohaya Priman, Wangsa Maju
Al Muhd Amin Zahari, Desa Petaling
Pas Wayang x 2
Mahanim Saad, Cheras Baru
Anis Idayu Idris, Hulu Klang
Shamsul Kamal Khairuddin, Kampung Pandan
Siti Sundari Paiman, Banting
Abdul Rahman Ishak, Sungai Long

Subscribe to:
Posts (Atom)