Sunday, September 6, 2009

Crime Scene Special Kupas Angkara Jenayah

TIDAK dinafikan kebelakangan ini, kes-kes jenayah semakin hebat menghantui masyarakat. Malah, peningkatannya semakin ternyata semakin membimbangkan dan seharusnya masyarakat perlu ditanam dengan kesedaran yang lebih tinggi untuk membantu membendung fenomena ini daripada terus melarat dan menjadi barah yang tiada penawarnya.

Atas kesedaran itu, saluran 8TV mengajak kamu untuk merasai sendiri pengalaman merungkai misteri yang dikatakan mustahil untuk diselesaikan? Crime Scene Special sudah tentu dapat memuaskan perasaan kamu yang meminati genre dokumentari ini.

Pernah memenangi Anugerah Skrin 2007 bagi kategori Dokumentari Terbaik, ia adalah rancangan dokumentari pertama 8TV yang telah dihos dan dihasilkan oleh Desmond Teycene. Disiarkan setiap hari Sabtu, pada jam 6 petang, Crime Scene Special menawarkan perlakonan kembali kisah benar penjenayahan serta pandangan mendalam kes jenayah berprofil tinggi dan kisah yang akan menambat perhatian yang penuh dengan perasaan kesedihan, kebencian dan kejutan yang tentu akan memberi lebih kefahaman tentang jenayah dan cara untuk mengelaknya.

Setiap kes yang dikemukakan di dalam rancangan ini adalah berkenaan dengan laporan sebenar dan kes jenayah yang diperolehi dari fail polis. Antara jenis-jenis penjenayahan yang disiasat ialah rompakan, penculikan, perogolan dan kes pembunuhan.


Perkara yang unik tentang dokumentari ini ialah ia ditumpukan kepada 13 kes khusus daripada fail penjenayahan. Tujuan utama dokumentari ini ialah untuk mewujudkan kesedaran antara orang awam tentang pencegahan jenayah dengan menunjukkan rakaman sebenar, gambar-gambar dan lakonan kembali penjenayahan sebenar.

Perkara menarik tentang siri ini selain daripada yang telah disebut ialah keberkesanan dan kerjasama polis dalam kaedan pensiasatan yang digunakan untuk menangkap penjenayah yang dibawa ke pengadilan.

“Kami sentiasa dikelilingi dengan pelbagai berita tentang penjenayahan pada masa kini dan pada pendapat saya, kita harus berhati-hati dan berpengetahuan atas cara megelak daripada penjenayahan berlaku kepada kita. Kami harap siri dokumentari ini akan terus member pengetahuan kepada penonton kami,” kata Pengurus Besar 8TV, Ms Lam Swee Kim.

Satu lagi perkara unik tentang siri ini ialah cara kes-kes ini disampaikan berteraskan masa dan sebab kejadian jenayah itu berlaku.

Selain mengkaji kes penjenayahan, hos rancangan ini juga akan menjalankan temubual bersama pegawai-pegawai polis, mangsa jenayah, rakan dan keluarga mangsa jenayah serta orang awam.
Satu segmen yang mengandungi tip-tip elak berlakunya jenayah akan ditunjukkan semasa rancangan ini disiarkan. Segmen ini memberi tumpuan kepada mengajar orang awam cara untuk mengelak kejadian dan cara untuk mengatasi situasi jika ianya berlaku kepada mereka.

Bagi mereka yang meminati pensiasatan jenayah dan mempunyai perasaan ingin tahu tentang segala yang berkenaan dengan penjenayahan, jangan lupa menonton Crime Scene Special di 8TV setiap hari Sabtu pada pukul 6 petang.

No comments:

Post a Comment