Wednesday, December 24, 2008

Sihat, Cantik Dengan Buah

KAMU inginkan tubuh yang sihat dan cantik? Tidak perlu bersusah payah menabur wang ke salun. Malah, kamu juga tidak perlu mengubah amalan pemakan seharian kamu untuk menikmati kesihatan seimbang yang diidamkan. Apa yang perlu kamu lakukan hanyalah meningkatkan pengambilan buah-buahan selain sayur-sayuran yang tinggi kandungan seratnya.

Mengawal berat Badan Dengan Kiwi
Ia kurang popular di kalangan remaja. Rasanya yang sedikit masam dengan struktur isinya yang agak berbiji-biji mungkin alasan mengapa ia kurang diminati. Namun, khasiat nutrien yang terkandung di dalamnya melebihi indeks isipadu buah-buah yang lain. Kiwi mengandungi antioksida semulajadi yang dikenali sebagai phenolics yang mampu menghalang serangan jantung. Malah, kiwi juga tersenarai sebagai buah paling ideal untuk mengurangkan berat badan. Ini memandangkan, kandungan vitamin C yang tinggi iaitu hampir dua kali ganda ini mampu memperbaiki kadar kesihatan kardiovaskular. Jadi amalkan cuma beberapa hirisan setiap hari.


Diet Dengan Pisang
Khasiat yang terkandung di dalam sebiji pisang sama dengan khasiat yang diperolehi menerusi sepinggan nasi. Ia kaya dengan vitamin C dan kalium. Selain daripada baik untuk proses dietmu, pisang turut dipercayai amat baik untuk mereka yang menderita penyakit angin di dalam badan. Mereka yang pernah mengambil pisang secara teratur akan menyedari perubahan yang berlaku di dalam badan mereka.



Jambu Batu Mengurangkan kolesterol
Mengikut kajian yang telah dijalankan, jambu batu dipercayai mampu menurunkan kadar kolesterol sebanyak 18.8% dari dalam darah. Lantaran itu, kamu disarankan supaya mengambil jumlah yang mencukupi setiap hari bagi kesan yang positif. Anggaran jumlah yang dikatakan sesuai agar khasiatnya berupaya bertindak balas dengan berkesan adalah 400 gm sehari bersamaan dengan sebiji setengah dalam tempoh empat minggu. Manakala bagi kamu yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet yang seimbang, jambu batu adalah pilihan yang sangat tepat.

Strawberi menghalus Kulit

Ia dianggap sejenis buah cinta kerana bentuknya mirip hati dan warnanya yang merah. Namun, khasiatnya lebih bermakna dari itu. Strawberry dikatakan mampu mengurangkan kadar kolesterol, kandungan vitamin C yang tinggi amat baik untuk kesihatan mata dan pertumbuhan. Selain itu, dengan pengambilannya setiap hari secara tidak langsung dapat membantu memutihkan gigi kamu dan paling utama ia dapat mencantikkan struktur kulit dan menghasilkan kulit yang lebih lembut serta cerah.




Kurus Dengan Epal
Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan “phytonutrient” yang boleh melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tidak baik. Ia adalah satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung. Kanak-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau meminum jusnya, ia sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.

Pir Melawas Penghadaman
Buah Pir atau nama saintifiknya Pyrus Communis kaya dengan kandungan vitamin C dan copper yang berfungsi untuk membantu membekalkan sumber antioksidan secukupnya bagi membantu melindungi sel tubuh dan kesan radikal bebas selain menjadi benteng kepada sistem imunisasi badan kamu. Kandungan serat di dalam buah ini juga mampu mengurangkan kolesterol. Malah serat yang terkandung di dalamnya juga dapat menyerap kandungan garam berlebihan di dalam darah untuk tujuan dicernakan menerusi pelawasan.

Hilangkan Selesema Dengan Anggur
Sememangnya anggur memiliki kandungan dan tahap antioksida yang tinggi iaitu flavonoids. Ia berfungsi untuk menghapuskan virus-virus yang menyerang hidung. Selain itu, ia juga berfungsi untuk memberi perlindungan terhadap jangkitan yang disebabkan oleh virus.

Betik Memelihara Mata
Bagi kamu yang berkaca mata, betik adalah pilihan yang terbaik untuk memelihara mata. Ia kaya dengan serat dan vitamin A serta C selain kandungan karotena yang lebih hebat berbanding jambu batu. Selain itu, kandungan kalorinya yang cukup rendah juga paling membantu dalam proses pencernaan makanan untuk dihadam.

Tembikai Elak Masalah Kulit
Buah tembikai sudah diketahui memiliki pelbagai khasiat dan amat berguna dalam dunia perubatan. Ia amat kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, zink, magnesium dan lain-lain. Tembikai yang turut dikenali sebagai Citrullus Vulgaris ini amat mujarab dalam menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti paru-paru, sakit kepala, paru-paru dan sakit kepala. Selain itu, dengan pengambilan segelas jus tembikai mampu memberikan tenaga serta kekuatan di kalangan warga emas serta mampu memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi kamu yang baru sembuh dari penyakit atau pembedahan.

Mangga Penawar Hernia
Ia juga dikenali sebagai Mangifera Indica ini digunakan dengan meluas sebagai agen penghilang dahaga serta membantu mengatasi masalah penyahidratan dalam tubuh dan berkesan menyembuhkan hernia. Hernia adalah sejenis penyakit yang melibatkan kantung kemaluan membengkak, ulu hati pedih dan sakit setiap kali selepas makan. Sejenis buah bermusim dari spesis Anacardiaceae, ia juga memiliki khasiat B karotin, asid askorbik, vitamin C, asid folik, B2, B3 dan vitamin A di samping fosforus serta kalsium.

Avacado Elak Serangan Jantung
Turut dikenali sebagai Persea Americana, Avacado merupakan antara buah yang kaya dengan protein, vitamin A, vitamin C, niasin, soldium dan zat besi kalsium yang baik untuk tulang. Dianggarkan sebiji avacado mengandungi lebih kurang 300 kalori di mana 88 peratusnya adalah lemak. Ini bermakna kandungan ini amat berguna sebagai pelincir semulajadi yang membantu pergerakan sendi-sendi tulang terutama di bahagian pinggul, lutut serta pergelangan kaki dan tangan. Pengambilan buah ini setiap hari dikatakan mampu mengurangkan kadar peningkatan tahap kolesterol selain mengekalkan paras lipoprotein, iaitu sejenis kolesterol yang bagus untuk menghalang serangan jantung.

Lemon Menyerikan Kulit Wajah
Wajah kamu kusam dan nampak tidak bermaya? Apa kata kamu mencuba buah lemon yang dikatakan amat baik untuk menyegarkan semula drimu. Selain itu, hanya dengan percikannya sahaja sudah mampu menjadi terapi yang dapat memberi kelegaan kepada minda dan fizikal. Ini memandangkan, lemon mengandungi sumber vitamin C dan dan antioksida selain kaya dengan vitamin A, B1 serta asid nitrik yang mampu bertindak sebagai agen anti penuaan dan merangsang kepada pertumbuhan sel kulit mati.

Tuesday, December 23, 2008

Ayuh Bina Semangat Positifmu!

TIADA insan di dunia ini yang mendambakan kegagalan di dalam hidup mereka. Tanyalah kepada sesiapa sahaja, pasti hanya nikmat kejayaan yang diharapkan. Bezanya cuma sejauh mana impian itu bisa direalisasikan seiring harapan dan tekad usaha yang dibuat demi memastikan keindahan kejayaan itu dapat dinikmati sepenuhnya Sambung

Artikel Menarik Lain:
Nikmat Memaafkan Diri Sendiri
Bagaimana Mencari Bahagia
Perlukah Sebuah Penyesalan
Menggali Kesempurnaan Diri...Bagaimana?
Nyahkan Rasa Kecewa! Bina Hidup Baru...
Bagaimana Memilih Tanpa Sesal

Thursday, December 18, 2008

2009! Hadir Bersama Cinta?

Tahun baru pastinya diraikan dengan azam dan semangat baru. Kalau boleh semuanya kena serba baru... Kalau perlu, pakwepun kena cari yang baru! Bagi Capri, paling bertuah untuk kamu ya! 2009 kononnya hadir bersama si dia...apa lagi! jom baca zodiakmu!





CAPRICORN (22 Dis-19 Jan)
HIDUP Energi dan impianmu sememangnya begitu besar. Hinggakan terlalu banyak solusi yang berjaya kamu lakukan sejak kebelakangan ini, biarpun tahun 2009 masih segar. Mungkin azam baru agaknya. Semangat kerjamu juga menyala-nyala sehingga ramai yang menyuarakan rasa kagum mereka.
CINTA Hati dan fikiranmu tidak pernah terlepas dari memikirkan tentang dia. Biar betapa sibukpun, kalian masih tetap ada ruang untuk bersama.

AQUARIUS (20Jan-18 Feb)
HIDUP Nampaknya seperti tahun lepas, kamu masih menghadapi masalah yang sama. Jangan sesekali melawan arus, biarkan saja kekusutan itu terlerai sendirinya mengikut putaran masa. CINTA Biarkan imaginasi dan fantasi romantis terus menghiasi kehidupan asmaramu ya!

PISCES (19 Feb-20 Mac)
HIDUP Kamu begitu bekerja keras. Malah, idea cemerlang kamu juga sangat diperlukan! Opss... tapi hati-hati ya pada mereka yang manbermulut manis tetapi hatinya bercabang-cabang!CINTA Semuanya mengalir bagaikan air yang tenang dan menyejukkan. Kehidupan personalmu begitu stabil dan telus. Teruskan usaha kalian ok!




ARIES (21 Mac- 20 April)
HIDUP Nasib warga Aries nampaknya agak baik tahun baru ini, namun usah terus membiarkan egomu bermaharajalela. Hampir setiap orang yang berada di sekelilingmu tidak selesa. Ingat, baik kamu nilai semula diri sebelum menyesal di kemudian hari.
CINTA Sukar meluahkan perasaanmu pada si dia? Kesempatan yang ada perlu direbut segera, bimbang nanti kamu tinggal menggigit jari nanti!

TAURUS (21 April- 20 Mei)
HIDUP
Aduh... entah mengapa sejak awal bulan kamu tidak henti-henti diburu masalah. Mood kamu juga bagaikan biskut chipsmore! Apa-apapun, sikap berhati-hati lebih bagus diamalkan agar tidak terus tersangkut di dalam kancah masalah lagi!
CINTA Hubungan kalian agak tegang. Al maklumlah, masalah bertimpa membuatkan emosimu turut bergelodak. Apa-apapun, berbincang lebih baik dari terus berperang mulut!

GEMINI (21 Mei-21 Jun)
HIDUP
Suasana kerjamu nampaknya statik sahaja kebelakangan ini. Kamu perlu berikhtiar agar dapat meyakinkan ketua dan teman-teman terhadap ideamu. Jangan terlalu percaya pada orang lain apabila ia berkaitan urusan kewangan.
CINTA Kebolehan kamu bergaul sememangnya sangat menentukan arah kehidupan cintamu. Rancang sesuatu yang kreatif untuk meleraikan salah faham si dia!

* Tahun baru semuanya kena barulah! *

CANCER (22 Jun-22 Julai)
HIDUP
Terlalu banyak peluang yang terpaksa dilepaskan. Usah salahkan diri sendiri. Mungkin ia satu ujian untuk menilai sejauh mana keupayaanmu. Teruskan berusaha, mana tahu ada peluang lebih hebat menunggumu di hadapan.
CINTA Hidup terasa baga di syurga. Biarpun jarang bertemu, kalian tetap mesra. Bagi kamu yang masih sendiri, ada pertemuan tidak terduga akan terjadi nanti! Waspada ya!

LEO (23 Julai-23 Ogos)
HIDUP
Usah was-was pada tindakan sendiri. Apa yang pasti kamu tahu risiko yang menantimu di depan. Teruskan rencanamu dan percayalah pada naluri hati. Tentu kamu akan lebih cemerlang nanti!
CINTA Perjalanan ikatan romantismu sangat indah kebelakangan ini. Kalian benar-benar bersatu hati dan sentiasa optimis terhadap ikatan yang dibina. Syabas... kalian memang pasangan serasi!

VIRGO (24 Ogos-23 Sept)
HIDUP
Usah terlalu berharap bantuan orang lain. Berdikarilah dan tunjukkan kreativiti serta keupayaan diri sendiri. Pasti kamu akan menikmati hasilnya dengan lebih puas.
CINTA Ada kejutan yang sangat indah nanti. Kamu yang masih single, keluarlah bersosial bersama teman-teman. Hidupmu takkan sendiri lagi!

LIBRA (24 Sept-21 Okt)
HIDUP
Kritikan ketuamu baru-baru ini ternyata membuatkan fikiranmu terbuka. Tetapi, sememangnya kamu sedar akan kewajaran teguran itu demi membina reputasi lebih baik di masa hadapan.
CINTA Usahamu untuk menciptakan suasana romantis seringkali menemui kegagalan. Terasa begitu sulit dan melelahkan! Biarkan hati dan fikiranmu dituntun rasa cinta yang bernyala , namun kamu masih gagal meluahkannya... Aduh!

SCORPIO (22 Okt-21 Nov)
HIDUP
Perdebatan kamu dengan si taurus mencetuskan kontroversi. Sikap seseorang yang meragui akan kebolehanmu tak perlu difikirkan sangat. Apa yang penting, kamu terus mempercayai akan kebolehan diri pasti kejayaan dalam genggamanmu jua.
CINTA Cinta semakin hampir denganmu nampaknya. Jangan dicari yang jauh, kerna si dia sebenarnya ada di depan mata!


SAGITARIUS (22 Nov-21 Dis)
HIDUP Kamu punya wawasan yang jelas. Namun, tuah nampaknya jarang bisa digarap olehmu. Apa saja masalah mendatang, kamu lebih gemar menyelesaikannya sendiri. Oh ya! Sekitar pertengahan bulan ini kamu akan diberi ujian mencabar!
CINTA Si dia berselingkuh! Lupakan...pasti ada yang lebih sesuai dan manis untukmu!

Kesengsaraan Hidup Gadis Dalam 'Jelita'

JELITA? Ini bukan rancangan kecantikan. Tapi satu lagi sinetron yang sedang hangat di kaca televisyen. Hmm... saya juga sempat menonton siri pertama. Memang boleh tahan walaupun plotnya lebih kurang sama juga seperti siri Indonesia lain. Walau bagaimana pun, memang takkan dapat dinafikan, drama-drama dari seberang yang terkenal menerusi slot Sinetron di panggung TV3 memang best! dan sekarang ini pula TV3 menyajikan satu lagi cereka yang menyayat hati berjudul Jelita ...Sambung...

Artikel Menarik Lain:
Impian Zara Dalam Gadis Merah Jambu!
Sitkom Fara 2 Lebih Menarik
21 Jump Street!
Hana Kimi Di 8 TV
Misteri Kyle XY Kembali

Musim Cinta Aquarius!

CINTA itu mengasyikkan... dan di bulan Februari ini moga perasaan itu semakin mekar berbunga dihatimu. Hmm, bagaimana pula dengan kamu yang bernaung di bawah zodiak Aquarius? Masih tidak terasakan bahangnya? Ayuh ikuti telahan zodiakmu!

AQUARIUS (20Jan-18 Feb)
HIDUP Nampaknya seperti tahun lepas, kamu masih menghadapi masalah yang sama. Jangan sesekali melawan arus, biarkan saja kekusutan itu terlerai sendirinya mengikut putaran masa.
CINTA Biarkan imaginasi dan fantasi romantis terus menghiasi kehidupan asmaramu ya!

PISCES (19 Feb-20 Mac)
HIDUP Kamu begitu bekerja keras. Malah, idea cemerlang kamu juga sangat diperlukan! Opss... tapi hati-hati ya pada mereka yang manbermulut manis tetapi hatinya bercabang-cabang! CINTA Semuanya mengalir bagaikan air yang tenang dan menyejukkan. Kehidupan personalmu begitu stabil dan telus. Teruskan usaha kalian ok!

ARIES (21 Mac- 20 April)
HIDUP Nasib warga Aries nampaknya agak baik tahun baru ini, namun usah terus membiarkan egomu bermaharajalela. Hampir setiap orang yang berada di sekelilingmu tidak selesa. Ingat, baik kamu nilai semula diri sebelum menyesal di kemudian hari.
CINTA Sukar meluahkan perasaanmu pada si dia? Kesempatan yang ada perlu direbut segera, bimbang nanti kamu tinggal menggigit jari nanti!

TAURUS (21 April- 20 Mei)
HIDUP Aduh... entah mengapa sejak awal bulan kamu tidak henti-henti diburu masalah. Mood kamu juga bagaikan biskut chipsmore! Apa-apapun, sikap berhati-hati lebih bagus diamalkan agar tidak terus tersangkut di dalam kancah masalah lagi!
CINTA Hubungan kalian agak tegang. Al maklumlah, masalah bertimpa membuatkan emosimu turut bergelodak. Apa-apapun, berbincang lebih baik dari terus berperang mulut!

GEMINI (21 Mei-21 Jun)
HIDUP Suasana kerjamu nampaknya statik sahaja kebelakangan ini. Kamu perlu berikhtiar agar dapat meyakinkan ketua dan teman-teman terhadap ideamu. Jangan terlalu percaya pada orang lain apabila ia berkaitan urusan kewangan
CINTA Kebolehan kamu bergaul sememangnya sangat menentukan arah kehidupan cintamu. Rancang sesuatu yang kreatif untuk meleraikan salah faham si dia!

CANCER (22 Jun-22 Julai)
HIDUP Terlalu banyak peluang yang terpaksa dilepaskan. Usah salahkan diri sendiri. Mungkin ia satu ujian untuk menilai sejauh mana keupayaanmu. Teruskan berusaha, mana tahu ada peluang lebih hebat menunggumu di hadapan.
CINTA Hidup terasa bagai di syurga. Biarpun jarang bertemu, kalian tetap mesra. Bagi kamu yang masih sendiri, ada pertemuan tidak terduga akan terjadi nanti! Waspada ya!

LEO (23 Julai-23 Ogos)
HIDUP Usah was-was pada tindakan sendiri. Apa yang pasti kamu tahu risiko yang menantimu di depan. Teruskan rencanamu dan percayalah pada naluri hati. Tentu kamu akan lebih cemerlang nanti!
CINTA Perjalanan ikatan romantismu sangat indah kebelakangan ini. Kalian benar-benar bersatu hati dan sentiasa optimis terhadap ikatan yang dibina. Syabas... kalian memang pasangan serasi!

VIRGO (24 Ogos-23 Sept)
HIDUP Usah terlalu berharap bantuan orang lain. Berdikarilah dan tunjukkan kreativiti serta keupayaan diri sendiri. Pasti kamu akan menikmati hasilnya dengan lebih puas.
CINTA Ada kejutan yang sangat indah nanti. Kamu yang masih single, keluarlah bersosial bersama teman-teman. Hidupmu takkan sendiri lagi!

LIBRA (24 Sept-21 Okt)
HIDUP Kritikan ketuamu baru-baru ini ternyata membuatkan fikiranmu terbuka. Tetapi, sememangnya kamu sedar akan kewajaran teguran itu demi membina reputasi lebih baik di masa hadapan.
CINTA Usahamu untuk menciptakan suasana romantis seringkali menemui kegagalan. Terasa begitu sulit dan melelahkan! Biarkan hati dan fikiranmu dituntun rasa cinta yang bernyala , namun kamu masih gagal meluahkannya... Aduh!

SCORPIO (22 Okt-21 Nov)
HIDUP Perdebatan kamu dengan si taurus mencetuskan kontroversi. Sikap seseorang yang meragui akan kebolehanmu tak perlu difikirkan sangat. Apa yang penting, kamu terus mempercayai akan kebolehan diri pasti kejayaan dalam genggamanmu jua.
CINTA Cinta semakin hampir denganmu nampaknya. Jangan dicari yang jauh, kerna si dia sebenarnya ada di depan mata!

SAGITARIUS (22 Nov-21 Dis)
HIDUP
Kamu punya wawasan yang jelas. Namun, tuah nampaknya jarang bisa digarap olehmu. Apa saja masalah mendatang, kamu lebih gemar menyelesaikannya sendiri. Oh ya! Sekitar pertengahan bulan ini kamu akan diberi ujian mencabar!
CINTA Si dia berselingkuh! Lupakan...pasti ada yang lebih sesuai dan manis untukmu!

CAPRICORN (22 Dis-19 Jan)
HIDUP Energi dan impianmu sememangnya begitu besar. Hinggakan terlalu banyak solusi yang berjaya kamu lakukan sejak kebelakangan ini, biarpun tahun 2009 masih segar. Mungkin azam baru agaknya. Semangat kerjamu juga menyala-nyala sehingga ramai yang menyuarakan rasa kagum mereka.
CINTA Hati dan fikiranmu tidak pernah terlepas dari memikirkan tentang dia. Biar betapa sibukpun, kalian masih tetap ada ruang untuk bersama.

Saturday, December 6, 2008

Hubungi Kami

Esse Network
C-2-6, Cemara
Bandar Sri Permaisuri
56100 Cheras
Kuala Lumpur, Malaysia

Thursday, December 4, 2008

Samantha Who!

ADAKALANYA bagi mendapatkan penamat sesebuah kisah itu, kamu perlu bermula dari titik awal… Bagaimana sekiranya kamu diberi peluang untuk bermula kembali dari awal? Untuk Samantha Newly (Christina Applegate), hidupnya bertukar dari sebuah fantasi ke realiti susulan dari sebuah kemalangan langgar lari yang menyebabkannya koma selama lapan hari. Selepas tejaga, Samantha mendapati dirinya dikelilingi oleh keluarga dan sahabatnya. Siapa Samantha sebenarnya? ...Sambung...

Drama Menarik Lain:
Sitkom Fara 2 Lebih Menarik
21 Jump Street!
Hana Kimi Di 8 TV
Misteri Kyle XY Kembali

Tuesday, December 2, 2008

Histeria

Tayangan: 18 Disember 2008
Pengarah; James Lee
Lakon layar; James Lee
Skrip; Amri Rohayat
Pengarah Fotografi; Mohd Helmi
Pengarah Seni; Nazrul Ashraff Mahzan
Penata Rias; Nasirah Ramlan
Penerbit Penyelaras; Abdullah Affandi Abu Bakar
Penerbit Eksekutif Kanan; Gayatri Su-lin Pillai
Terbitan; Tayangan Unggul Sdn Bhd
HISTERIA adalah sebuah kisah seram yang berlaku di salah sebuah sekolah terpencil. Enam orang pelajar nakal iaitu Alissa, Tini, Marina, Murni, Junita dan Kerek yang menamakan kumpulan mereka sebagai ‘The Pink Ladies’, berpura-pura terkena histeria hingga terpaksa dipanggil bomoh untuk memulihkan mereka. Namun tindakan mereka itu mengundang masalah lain, apabila mereka berenam dikenakan denda membersihkan kawasan sekolah selama seminggu ketika cuti semester.

Kehadiran Zeta untuk memastikan mereka menyelesaikan denda secara tiba-tiba dalam kumpulan tersebut juga menjadi tandatanya. Kejadian demi kejadian yang misteri dan menakutkan dialami oleh mereka semua. Ianya bermula selepas Junita mengambil “sesuatu” yang bukan miliknya. Keadaan bertambah celaru dan mengerikan apabila seorang demi seorang dibunuh secara kejam.

Apakah yang sebenarnya berlaku? Apakah si tukang kebun juga terbabit? Jangan lupa temu janji kamu di layar perak filem ‘Histeria’ pada 18 Disember 2008 .….

Watak
Liyana Jasmay sebagai MURNI
Murni adalah pelajar sekolah yang berperwatakan lemah lembut, pendiam dan lurus menyebabkan beliau sering dibuli teman rapatnya. Beliau begitu menyayangi teman-temannya terutama sekali Alissa. Beliau mudah tersentuh apabila Alissa membulinya berbanding teman-teman lain.

Scha sebagai ALISSA
Alissa yang mempunyai seorang teman lelaki bernama Rizz, gemar menghabiskan masa hujung minggu bersama. Alissa adalah seorang murid yang agak lasak dan kasar yang mengetuai kumpulan ‘The Pink Ladies’.

Reanna sebagai ZETA

Zeta seorang gadis remaja yang baru ditukarkan ke Sekolah Menengah Tun Teja telah diuji bagi menganggotai kumpulan ‘The Pink Ladies’. Zeta juga seorang berani dan cekal hati menghadapi cabaran.

Talya sebagai TINI
Walaupun berada dalam satu kumpulan, ‘The Pink Ladies’, Tini yang sering tidak sependapat dengan Kerek menuduh Kerek merampas teman lelakinya..

Norisnainy sebagai KEREK
Kerek adalah seorang remaja perempuan yang berperwatakan kasar, lasak dan berani ala ‘tomboi’.

Yuhana sebagai JUNITA
Junita yang tidak pernah setia dengan teman lelakinya, yang bergelar ‘lentok’ telah menjalin hubungan mesra dengan Cikgu Helmi.