Wednesday, December 24, 2008

Sihat, Cantik Dengan Buah

KAMU inginkan tubuh yang sihat dan cantik? Tidak perlu bersusah payah menabur wang ke salun. Malah, kamu juga tidak perlu mengubah amalan pemakan seharian kamu untuk menikmati kesihatan seimbang yang diidamkan. Apa yang perlu kamu lakukan hanyalah meningkatkan pengambilan buah-buahan selain sayur-sayuran yang tinggi kandungan seratnya.

Mengawal berat Badan Dengan Kiwi
Ia kurang popular di kalangan remaja. Rasanya yang sedikit masam dengan struktur isinya yang agak berbiji-biji mungkin alasan mengapa ia kurang diminati. Namun, khasiat nutrien yang terkandung di dalamnya melebihi indeks isipadu buah-buah yang lain. Kiwi mengandungi antioksida semulajadi yang dikenali sebagai phenolics yang mampu menghalang serangan jantung. Malah, kiwi juga tersenarai sebagai buah paling ideal untuk mengurangkan berat badan. Ini memandangkan, kandungan vitamin C yang tinggi iaitu hampir dua kali ganda ini mampu memperbaiki kadar kesihatan kardiovaskular. Jadi amalkan cuma beberapa hirisan setiap hari.


Diet Dengan Pisang
Khasiat yang terkandung di dalam sebiji pisang sama dengan khasiat yang diperolehi menerusi sepinggan nasi. Ia kaya dengan vitamin C dan kalium. Selain daripada baik untuk proses dietmu, pisang turut dipercayai amat baik untuk mereka yang menderita penyakit angin di dalam badan. Mereka yang pernah mengambil pisang secara teratur akan menyedari perubahan yang berlaku di dalam badan mereka.



Jambu Batu Mengurangkan kolesterol
Mengikut kajian yang telah dijalankan, jambu batu dipercayai mampu menurunkan kadar kolesterol sebanyak 18.8% dari dalam darah. Lantaran itu, kamu disarankan supaya mengambil jumlah yang mencukupi setiap hari bagi kesan yang positif. Anggaran jumlah yang dikatakan sesuai agar khasiatnya berupaya bertindak balas dengan berkesan adalah 400 gm sehari bersamaan dengan sebiji setengah dalam tempoh empat minggu. Manakala bagi kamu yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet yang seimbang, jambu batu adalah pilihan yang sangat tepat.

Strawberi menghalus Kulit

Ia dianggap sejenis buah cinta kerana bentuknya mirip hati dan warnanya yang merah. Namun, khasiatnya lebih bermakna dari itu. Strawberry dikatakan mampu mengurangkan kadar kolesterol, kandungan vitamin C yang tinggi amat baik untuk kesihatan mata dan pertumbuhan. Selain itu, dengan pengambilannya setiap hari secara tidak langsung dapat membantu memutihkan gigi kamu dan paling utama ia dapat mencantikkan struktur kulit dan menghasilkan kulit yang lebih lembut serta cerah.




Kurus Dengan Epal
Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan “phytonutrient” yang boleh melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tidak baik. Ia adalah satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung. Kanak-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau meminum jusnya, ia sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.

Pir Melawas Penghadaman
Buah Pir atau nama saintifiknya Pyrus Communis kaya dengan kandungan vitamin C dan copper yang berfungsi untuk membantu membekalkan sumber antioksidan secukupnya bagi membantu melindungi sel tubuh dan kesan radikal bebas selain menjadi benteng kepada sistem imunisasi badan kamu. Kandungan serat di dalam buah ini juga mampu mengurangkan kolesterol. Malah serat yang terkandung di dalamnya juga dapat menyerap kandungan garam berlebihan di dalam darah untuk tujuan dicernakan menerusi pelawasan.

Hilangkan Selesema Dengan Anggur
Sememangnya anggur memiliki kandungan dan tahap antioksida yang tinggi iaitu flavonoids. Ia berfungsi untuk menghapuskan virus-virus yang menyerang hidung. Selain itu, ia juga berfungsi untuk memberi perlindungan terhadap jangkitan yang disebabkan oleh virus.

Betik Memelihara Mata
Bagi kamu yang berkaca mata, betik adalah pilihan yang terbaik untuk memelihara mata. Ia kaya dengan serat dan vitamin A serta C selain kandungan karotena yang lebih hebat berbanding jambu batu. Selain itu, kandungan kalorinya yang cukup rendah juga paling membantu dalam proses pencernaan makanan untuk dihadam.

Tembikai Elak Masalah Kulit
Buah tembikai sudah diketahui memiliki pelbagai khasiat dan amat berguna dalam dunia perubatan. Ia amat kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, zink, magnesium dan lain-lain. Tembikai yang turut dikenali sebagai Citrullus Vulgaris ini amat mujarab dalam menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti paru-paru, sakit kepala, paru-paru dan sakit kepala. Selain itu, dengan pengambilan segelas jus tembikai mampu memberikan tenaga serta kekuatan di kalangan warga emas serta mampu memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi kamu yang baru sembuh dari penyakit atau pembedahan.

Mangga Penawar Hernia
Ia juga dikenali sebagai Mangifera Indica ini digunakan dengan meluas sebagai agen penghilang dahaga serta membantu mengatasi masalah penyahidratan dalam tubuh dan berkesan menyembuhkan hernia. Hernia adalah sejenis penyakit yang melibatkan kantung kemaluan membengkak, ulu hati pedih dan sakit setiap kali selepas makan. Sejenis buah bermusim dari spesis Anacardiaceae, ia juga memiliki khasiat B karotin, asid askorbik, vitamin C, asid folik, B2, B3 dan vitamin A di samping fosforus serta kalsium.

Avacado Elak Serangan Jantung
Turut dikenali sebagai Persea Americana, Avacado merupakan antara buah yang kaya dengan protein, vitamin A, vitamin C, niasin, soldium dan zat besi kalsium yang baik untuk tulang. Dianggarkan sebiji avacado mengandungi lebih kurang 300 kalori di mana 88 peratusnya adalah lemak. Ini bermakna kandungan ini amat berguna sebagai pelincir semulajadi yang membantu pergerakan sendi-sendi tulang terutama di bahagian pinggul, lutut serta pergelangan kaki dan tangan. Pengambilan buah ini setiap hari dikatakan mampu mengurangkan kadar peningkatan tahap kolesterol selain mengekalkan paras lipoprotein, iaitu sejenis kolesterol yang bagus untuk menghalang serangan jantung.

Lemon Menyerikan Kulit Wajah
Wajah kamu kusam dan nampak tidak bermaya? Apa kata kamu mencuba buah lemon yang dikatakan amat baik untuk menyegarkan semula drimu. Selain itu, hanya dengan percikannya sahaja sudah mampu menjadi terapi yang dapat memberi kelegaan kepada minda dan fizikal. Ini memandangkan, lemon mengandungi sumber vitamin C dan dan antioksida selain kaya dengan vitamin A, B1 serta asid nitrik yang mampu bertindak sebagai agen anti penuaan dan merangsang kepada pertumbuhan sel kulit mati.

No comments:

Post a Comment