Monday, November 23, 2009

Istimewa Aidiladha: Taubat Nasuha

HASIL perkahwinan Syamizi dan Laila mereka dikurniakan 3 cahayamata iaitu Aimin 11 tahun, Aiman 8 tahun dan Amirul 4 tahun. Laila kini sedang mengandung anak keempat dan usia kandungannya 4 bulan. Ketiga-tiga anak Syamizi begitu nakal pada pandangan Syamizi. Ini kerana Syamizi merupakan seorang ayah yang panas baran akibat tuntutan dan didikan hidup dari arwah ayahnya yang merupakan seorang tentera. Dari itu, cara dia menegur dan mendidik anak-anaknya sama seperti arwah ayahnya yang garang dan bengis serta berdisiplin. Pantang sahaja silap sedikit, anak mesti dirotan atau sepakan singgah di muka anak itu.

Laila sudah puas mengingatkan dan menasihatkan suaminya, namun tidak diendahkan oleh Syamizi, malah ada kalanya Laila turut menjadi sasaran baran Syamizi. Bagi anak-anak pula setiap kali kemunculan ayahnya di rumah membuatkan mereka sedikit gementar, namun ia tidak menghalang mereka bergurau senda dan bermain bersama. Keriuhan sebegini menjadi satu gangguan kepada Syamizi. Kesabaran Laila cukup tinggi memandangkan sebagai seorang isteri, dia sedar syurga itu di telapak kaki suami. Namun, segala-galanya berubah apabila satu tragedi menimpa keluarga itu. Apakah yang berlaku? Saksikannya Istimewa Aidiladha ini di TV3 pada 27 November, jam 10.05 malam dengan bintang handalan seperti Sheila Rusly, Fauzi Nawawi, Dato’ Jalaluddin Hassan, Sheila Mambo, Naim Daniel, Haikal Raihan, Aliff Ikqmal

1 comment:

  1. salam
    saya pernah baca cerpen tajuk "kalau tak suka pulangkan"
    sama cam citer taubat nasuha
    cuma ending ubah sikit je

    ReplyDelete