Wednesday, November 18, 2009

Gig ke-3 di Johor Bahru

SIAPAKAH yang akan kekal ke Top 6 nanti? Pastikan anda menjadi saksi utama pusingan penyingkiran di Johor Bahru Sabtu ini, 21 November 2009 bermula jam 12.30 tengahari.

Gig kedua Twisties Bingit yang berlangsung di New World Park, Pulau Pinang minggu lepas telah menyaksikan kumpulan Rockie Ocean tersingkir. Setelah 2 minggu berturut-turut berada di dua tangga terbawah, perjuangan Rockie Ocean akhirnya tersungkur di bumi Pulau Pinang. Purata kritikkan yang diterima dari pihak juri mengatakan Rockie Ocean tidak menyerlah dan persembahan juga amat mengecewakan. Imej yang diketengahkan oleh Rockie Ocean juga tdiak sesuai apatah lagi tema minggu kedua adalah mengenai imej dan mereka telah diberi wang saku RM500 untuk menukar imej lama kepada imej baru namun tiada perubahan ketara yang dilihat.

Orang ramai telah mula berkumpul sejak jam 1.00 tengahari lagi untuk memberi sokongan kepada band-band kesayangan mereka beraksi secara LIVE!


Lapan band berentap di New World Park, Pulau Pinang untuk mencari band terhebat Malaysia. Band-band yang bertanding ialah The Musicians, DIGITAL, Rockie Ocean, Avidity, No Misery, Rocket Planet, MESS Symphony dan Floor 88.


Rata-rata persembahan minggu kedua mereka ternyata berjaya memukau ratusan peminat yang hadir. Seperti diminggu pertama, sekali lagi kumpulan Rocket Planet dan Digital memukau hati juri dengan persembahan mantap mereka. Rocket Planet berjaya membawa pembaharuan kepada imej mereka.


”Kamu Rocket Planet memang gempak. Dengan imej baru dan persembahan yang baik hari ini, menjadikan kamu seperti kumpulan yang telah lama bertapak dalam industri hiburan. Kamu memang `the best’ lah...jumpa kamu di peringkat akhir” komen Edrie Hashim selaku juri tetap Twisties Bingit.


Pemain drum kumpulan The Musicians juga diiktiraf oleh pihak juri sebagai pemain drum terbaik petang itu. Kumpulan Avidity yang membawa imej rock kapak melalui lagu `Kasihnya Laila’ dari kumpulan Jinbara juga berjaya menarik hati juri.


”Saya suka dengan persembahan kamu. Walaupun kamu berbeza dengan yang lain dengan menampilkan imej dan lagu rock kapak, tapi kamu berjaya!”, komen Jay-Jay yang turut memeriahkan Twisties Bingit sebagai juri jemputan.


Pada penghujung program setiap program, sebuah kumpulan yang mendapat markah paling rendah dari juri akan diundi keluar. Untuk mengetahui siapakah kumpulan yang bakal tersingkir minggu hadapan, jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke City Spot Cafe, City Plaza Johor Bahru munggu depan untuk Gig ke-3 Twisties Bingit .


Selain itu, Gig kedua Twisties Bingit turut dihangatkan dengan kehadiran band popular Pesawat yang tampil membuat persembahan. Kumpulan Pesawat menghiburkan peminat dengan menyanyikan lagu-lagu popular dari album mereka.


Hadiah berjumlah RM100,000 ditawarkan kepada pemenang-pemenang di Twisties Bingit . Hanya sebuah kumpulan akan dinobatkan sebagai Juara Twisties Bingit yang bakal membawa pulang hadiah bernilai RM80,000 termasuk kontrak rakaman bersama dengan syarikat rakaman Monkey Bone. Naib juara pula akan membawa pulang hadiah bernilai RM10,000 sementara tempat ketiga pula akan menerima hadiah bernilai RM6,000. Tempat ke-4 dan ke-5 pula masing-masing akan membawa pulang RM2, 000 sebagai hadiah saguhati.


Twisties Bingit ditaja sepenuhnya oleh Twisties. Juri-juri yang bakal menilai persembahan peserta nyata bukan calang-calang orang kerana kesemua mereka merupakan nama-nama besar dalam industri muzik Malaysia. Edrie Hashim (pemain gitar, komposer dan penerbit) merupakan salah seorang juri untuk program ini selain dari Edris Adrian (Pengurus Label, Monkey Bone). Beberapa juri jemputan juga akan turut dijemput untuk memeriahkan program ini. Pada minngu ke-3, Hattan sekali lagi dipilih untuk memanaskan kerusi juri jemputan.


Personaliti TV dan bekas pemain dram kumpulan indie terkenal OAG iaitu Qi Razali (popular dengan program “Destinasi Bajet” dan “Field Trip to USA”) telah diberi tanggungjawab sebagai pengacara untuk program Twisties Bingit ini. Program ini akan disiarkan setiap Jumaat jam 9.30 malam bermula 11 Disember 2009 hanya di saluran hip 8TV. Untuk mendapatkan info-info terkini anda boleh melayari laman sesawang http://www.hotfm.com.my/ atau http://www.twisties.com.my/


Anda juga boleh menonton siaran 8TV menerusi saluran 708 di Astro. Anda kini dapat menonon program kegemaran anda melalui telefon bimbit dengan melayari ke mobile.8tv.com.my. Selamat menonton!

No comments:

Post a Comment