BLOGGER BOY kini kembali di kaca televisyen untuk musim ke-2! Musim terbaru drama ini kembali dengan jalan cerita yang lebih menarik dan penuh dengan elemen kejutan.
BLOGGER BOY musim ke 2 akan menemui penonton semua bermula 12 November 2009 setiap Khamis jam 9.30 malam dengan 20 episod yang cukup sensasi. Siri ini bakal menyaksikan Qi (Budi), Julie Woon (Nina) dan Nas-T (Kid) bersatu kembali untuk menjayakan drama bersiri ini.
“Ini merupakan sebuah lagi drama bersiri yang cukup hebat dan tampil segar dengan konsep yang cukup menarik dan unik. BLOGGER BOY lengkap dengan elemen drama, komedi, cinta dan suspens akan ditayangkan secara eksklusif di 8TV. Khas buat peminat setia BLOGGER BOY, jangan ketinggalan untuk menonton siri kegemaran ramai ini!” komen Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.
“Drama bersiri ini lengkap dengan jalan cerita yang menarik yang akan membuat anda semua tidak sabar-sabar untuk menantikan kesudahan drama ini,” tambah Kim lagi.
Musim ke-2 BLOGGER BOY membuka tirai dengan kisah perhubungan Budi dan Nina. Budi ternyata cukup kecewa apabila Nina tiba-tiba menghilangkan diri dan meninggalkannya pada episod terakhir musim pertama drama ini.
Budi juga telah berhenti daripada menulis di dalam ‘blog komik’ beliau dan telah mengecewakan ramai pengikut blog itu. Kid pula berusaha sedaya upaya untuk membantu Budi melupakan kesedihan yang menimpa dirinya dan kembali ceria.
Kedua-dua jejaka ini dalam misi mencari penyewa untuk meringankan kewangan masing-masing dan akhirnya menyedari tidak mudah untuk mencari penyewa atau rakan serumah di Kuala Lumpur. Setiap kali mereka mendapat penyewa baru, setiap kali itulah masalah mula timbul.
Sementara itu, Maya (Cheryl Samad) gadis pilihan ibu Budi mula bertapak di hati beliau. Perhubungan mereka berdua mula rapat apabila mereka banyak meluangkan masa bersama-sama.
Budi kembali menulis di ‘komik-blog’ beliau dan mula mencurahkan isi hatinya di dalam blog peribadi beliau kerana tidak berani meluahkan perasaannya kepada Maya. Budi juga mempunyai seorang peminat wanita yang sentiasa mengikuti perkembangan blog beliau dan peminat misteri itu dalam diam-diam menaruh hati terhadap Budi.
Dua wanita yang pernah hadir dalam hidup Budi; Nina dan Zehan tiba-tiba muncul. Kedua-dua mereka kecewa dengan perhubungan masing-masing. Siapakah yang bakal memenangi hati budi? Bagaimana pula perhubungan Budi dengan Maya?
Jika anda ingin mengetahui siapakah yang bakal menjadi pilihan hati Budi, saksikan musim ke-2 BLOGGER BOY eksklusif di saluran hip 8TV. BLOGGER BOY akan menemui penonton semua bermula 12 November 2009, setiap Khamis jam 9.30 malam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment