Wednesday, November 18, 2009

Musim Terbaru (musim 4) - Criminal Minds

PERHATIAN buat peminat-peminat drama bersiri penyiasatan! Musim ke-4 drama penyiasatan jenayah popular US Criminal Minds bakal kembali menjengah ruang televisyen anda bermula 23 November 2009 ini dengan menjanjikan lebih banyak tumpuan kepada episod-episod pembunuhan yang lebih misteri dan sukar dirungkai. Peminat-peminat drama ini boleh menikmati aksi-aksi hebat pelakon-pelakon handalan drama siri ini pada setiap hari Isnin jam 10.30malam, hanya di stesen hip 8TV.

Criminal Minds merupakan sebuah drama Amerika yang berkonsepkan jenayah dan dihasilkan oleh The Mark Gordon Company bersekutu dengan ABC Studios dan Rangkaian Televisyen CBS Paramount.

Criminal Minds musim ke-4 ini sekali lagi berkisar di sekeliling sekumpulan elit FBI - Unit Analisis Kelakuan atau lebih dikenali sebagai unit BAU yang mempunyai kepakaran menganalisis pemikiran penjenayah-penjenayah yang paling kejam di negara mereka dengan memfokuskan akan tindakkan yang akan dilakukan oleh penjenayah tersebut sebelum mereka bertindak sekali lagi.

Keprihatinan dan kesabaran pihak BAU memerangi jenayah ini dapat dilihat di dalam salah satu episod yang bakal ditayangkan yang mana sebuah kereta SUV yang membawa anggota unit BAU di bandar New York telah dibom oleh pihak pengganas. Ketidak jangkaan perilaku penjenayah yang telah mengebom pasukan unit BAU ini membuatkan Pusat Ibu Pejabat BAU menghantar kumpulan pakarnya menyiasat akan kejadian tersebut. Siasatan terhadap gerak laku pengganas dilakukan dengan sangat terperinci dan penonton ikut sama dapat merasa debaran adegan yang mungkin akan di lakukan sekali lagi oleh pihak pengganas.

Selain itu, Criminal Minds musim ke-4 juga membongkar kes tipu muslihat pembunuhan bersiri penjenayah yang cuba menyembunyikan agenda pembunuhan mereka. Pembunuh cuba membuat beberapa tindakan untuk menggaburi mata pihak polis seperti kematian itu berlaku akibat kemalangan kereta atau sebagainya. Ada diantara mangsa pembunuhan juga dikatakan telah dirasuk oleh kuasa jahat dan pembunuh yang licik ini memberi alasan bahawa beliau telah diberi mandat oleh pihak paderi.Kristian untuk membanteras kuasa jahat itu.
Namun, kepakaran unit BAU dapat mengatasai segala helah yang diberi malah dapat membaca gerak hati penjenayah sebelum lebih banyak lagi kes bunuh berlaku.

Penonton juga akan dibawa menghayati dengan lebih mendalam terhadap watak-watak karektor utama drama bersiri ini. Watak Reid membawa anda menyelami keadaan dejavu yang dialami oleh beliau yang mana kes-kes yang disiasat telah mengembalikan ingatan beliau kepada beberapa kes silam yang pernah beliau tangani. Bagaimanakah Reid menangani emosi beliau?

“Criminal Minds pernah menjadi sebuah drama siri popular urban di 8TV dan kami gembira untuk menyiarkan musim terbarunya.. Kali ini unit pasukan BAU di cabar dengan lebih banyak jenayah-jenayah yang sukar untuk ditelusi. Penonton 8TV pasti akan terhibur dan rasa ingin tahu lebih meluap-luap dengan dengan plot-plot dan jalan cerita yang lebih menarik di musim baru ini.” Kata Cik Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

“Criminal Minds yang lalu telah mendapat sambutan yang hangat dari penonton-penonton 8TV dan saya rasa musim ke-4 ini pasti akan terus menghiburkan penonton-penonton kami,” tambahnya.

Criminal Minds dibintangi oleh Paget Brewster, Matthew Gray Gubler, AJ Cook, Thomas Gibson, Joe Mantegna, Shemar Moore dan Kirsten Vangsness.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi, jangan lupa untuk menonton 8TV dan menyaksikan Criminal Minds (musim ke-4) setiap Isnin, mulai 23 November 2009 jam 10.30malam.
Anda juga boleh menonton 8TV menerusi Astro di saluran 708.

Anda juga boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari
mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!

No comments:

Post a Comment