Saturday, February 28, 2009

Siti Nurhaliza Di Majlis Perasmian 'The Pink Book'

SEMALAM, bertempat di gedung buku MPH Mid Valley, saya sempat menghadiri majlis pelancaran ' The Pink Book' hasil karangan bekas personaliti tv3 yang tidak asing lagi, Aziah Jasmin Azizul. Pelancaran buku terbaru terbitan Berita Publishing itu telah disempurnakan perasmiannya oleh Ybhg Dato' Siti Nurhaliza.

Menurut Aziah, tujuan The Pink Book diterbitkan adalah demi berkongsi ilmu yang ada padanya dan sekaligus dapat menyumbangkan sesuatu yang baik untuk masyarakat bagi membimbing mereka membentuk personaliti dan penampilan positif dalam kerjaya serta pembangunan diri.

Selain itu, beliau turut menganjurkan pelbagai program dan latihan menerusi kursus-kursus pembangunan diri berpendapat, pembentukan imej bukan sahaja penting bagi golongan atasan serta selebriti, malah penampilan dan sahsiah diri juga merupakan perkara paling utama untuk semua golongan.

Asyiknya Siti membelek 'The Pink Book'

Buku The Pink Book juga mengetengahkan panduan asas pembentukan serta penampilan imej terbaik untuk seseorang individu. Selain itu, turut dimuatkan adalah cara berpakaian, solekan, berjalan serta penampilan imej seseorang wanita agar tampil lebih berkeyakinan.


Diterbitkan dwi bahasa, buku ini dijual dengan harga RM45 ringgit senaskhah dan sudah mula berada di pasaran hari ini. Bagi setiap pembelian buku ini, RM1 akan didermakan kepada Rumah Anak-Anak Yatim Titian Kasih, Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Wednesday, February 25, 2009

Yang Terhangat Untukmu!

INGIN cantik? Esse ada senarai produk terhangat musim ini yang bisa membantumu tampil menawan. Apa kata luangkan sedikit wang sakumu demi cantikkan... Apalagi jom selongkar gerobok di salun!







FORMULA kolagen menonjolkan bentuk bibir dan lembapan yang tinggi melindungi bibirmu, Maybelline Watershine 3D Collagen, RM28.90

Menerusi teknik pewarnaan unik untuk setiap warna memastikan liputan segera dan sempurna, kepekatan pigmen warnanya dirumus khas untuk fungsi tahan lama di bibirmu, Clarins Joli Rouge, RM79

MEMBANTU kamu memelihara kulit wajah agar sentiasa sihat dan berseri, cuba Skinz UV White, Harga tiada

CALITKAN pada kelopak dan bawah mata untuk tampilan moden, Bobby Brown Long Wear Cream Shadow, RM85

Menyerlahkan penampilan matamu dengan Lancome 'Ombré Absolue' Radiant Smoothing Eye Shadow Duo

SAPU penyamar pada bibir yang tebal untuk menenggelamkan garisan asal, cuba Benefit Erase Paste, RM125



SIHATKAN tubuh dengan produk kecantikan organik. Cuba L’occitane Riz/Rice Ultra- Matte Face Fluid, RM120





INGINKAN pelembab tubuh di samping bisa melangsingkan? Cuba Clarins Body Shaping Supplement, RM215

Monday, February 23, 2009

Wanna Juara My Starz LG 2

JIKA tuah ayam nampak di kaki, ternyata tuah Noriezuana Syed Shafudin atau lebih mesra dengan panggilan Wanna adalah pada nasibnya. Biarpun terpaksa mendepani saingan sengit, namun ternyata akhirnya gelaran juara My Starz LG musim ke 2 berjaya berada di dalam genggaman gadis berusia dan mengetepikan tiga pencabar lain dalam konsert akhir yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi. Selain itu, dengan kemenangan yang diraih, Wanna berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000, TV LCD tajaan LG dan kontrak rakaman bersama Warner Music.

Sunday, February 22, 2009

Cerita Fesyen Di Karpet Ungu

TIDAK sah jika acara berprestij seperti Malam Anugerah Juara lagu Ke-22 tanpa kehadiran selebriti yang bergaya glamor. Ia umpama pentas fesyen yang akan menghangatkan lagi acara malam penuh gemilang.




Fazura
Seperti biasa, tampil ringkas namun tetap istimewa



Julia Ziegler
Ibarat baby doll

Fouziah Gous

Rona biru bermotif umpama melekap indah di tubuh langsingnya

Nora Danish
Bagaikan puteri

Intan Ladyana
Ringkas namun terserlah pesonanya



Yatt
Merah jambu yang memukau


Velvet
Dressnya bagai menjerit garang

Farhan
Hitam yang misteri

Liyana Jasmay
Tampil cute dengan solekan nipis

Friday, February 20, 2009

Fantasi Asia!

SESUNGGUHNYA selera Asia begitu berbeza! Fantasinya bukan sedikit terhadap aura kecantikan, malah ternyata melimpah ruah dengan kejelitaan sedia ada yang tambah menawan. Hmmm..Itulah fantasi Asia namanya!









Melakar watak pada bibir dan matamu dengan Benefit Powder Pop - RM129




Merawat kulitmu kembali lebih segar dan bebas dari masalah dengan Mentholatum Oxy Oil Control Mask – RM13.90






















































Biar bibirmu merasai kelembapannya dengan Dior Addict High Shine Lipstick - RM84






Ciptakan penampilan indah wajahmu dengan Bobbi Brown Pink Raspberry Face Palette - RM190














Menggaris bibir biar dengan rona sepadan, guna Benefit D’finer D’liner - RM89














Ia bukan sekadar pewarna bibir biasa malah memberi kesan memukau dengan Shiseido The Makeup Lip Gloss - RM70








Menyerlahkan penampilanmu dengan YSL Pallete Pop - RM188



















Mengembalikan kesegaran kulitmu semula dengan Shu Uemura Water Perfect Fluid Foundation - RM130















Membantu memancarkan sinar sebenar wajahmu dengan Benefit Erase Paste Group – RM125









Mata bak bintang timur dengan Estée Lauder Pure Color Eye Shadow - RM65






Rempit VS Impak Maksima The Series

PENGGEMAR drama aksi tentunya tidak sabar untuk mengikuti drama terbaru yang bakal mengisi slot ‘Aksi’ tidak lama lagi. Justeru, nantikan buah tangan terbaru dari pengarah terkenal Ahmad Idham mempersembahkan drama bersiri, ‘Rempit vs Impak Maksima The Series’ yang akan melayari siaran TV3, mulai 16 Februari, setiap hari Isnin jam 9.00 malam.

Drama penuh aksi yang menekankan elemen keremajaan dan dunia kota ini membariskan pelakon berbakat seperti Zeyna Ibrahim (Farhana), Iqram Dinzly (Ijal), Zed Zaidi (Danial), Puteri Fatin Nasuha (Tina), Nas T (Bidin), Dina Malaysian Idol, Siti Elizad, Shukery Hashim & Dian P.Ramlee.

“Drama Rempit vs Impak Maksima The Series yang diterbitkan sebanyak 13 episod ini menyajikan watak utama yang didukung oleh bintang baru iaitu Zeyna Ibrahim di mana dia akan memegang watak utama sebagai Farhana. Gadis lincah ini cuba untuk memartabatkan perlumbaan motosikal haram ke arah perlumbaan yang berprestij dalam masa yang sama dibebani oleh janji kepada keluarganya.

Drama ini memberi pengajaran kepada anak-anak muda masa kini yang mereka sentiasa ada pilihan untuk menjadi manusia yang berguna daripada terjebak dengan kegiatan lumba haram yang tidak membawa faedah kepada mereka dan keluarga.” Ujar pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Pn Nurul Aini Abu Bakar

Kisah ini bermula apabila Farhana yang merupakan anak tunggal kepada Datuk Razali dan Datin Aziah, ahli korporat yang mengendalikan perniagaan kejuruteraan permotoran.

Pembabitannya di dalam perniagaan keluarga ini secara tidak langsung menjadikan Farhana sendiri dekat dengan dunia permotoran dan sukan drift. Datuk Razali mendidik Farhana dan memberikan tunjuk ajar kepadanya untuk menerajui syarikat itu dan membawa perniagaan itu ke tahap yang lebih tinggi.

Farhana seorang yang pragmatis dan sentiasa berfikiran positif. Untuk menyuntik daya korporat dinamik dan penjenamaan
yang segar, Farhana seringkali menganjurkan pelbagai acara yang berkaitan dengan ‘drifting’ dan berupaya menjadikan motosikal sebagai salah satu jenis ‘extreme sport’ yang elit dan berwibawa.

Dalam pada masa yang sama, Farhana berjanji akan mengahwini lelaki pilihan keluarganya tetapi dengan syarat misinya untuk sukan ‘pemotoran motosikal’ setaraf sukan drift, dan sekaligus, melenyapkan imej negatif ‘Mat Rempit’. Pertemuannya dengan Ijai, mekanik motosikal seolah-olah membenarkan hasratnya itu tercapai.


Pelakon-pelakon drama Rempit vs Impak Maksima The Series

Kemahiran Ijai mengendalikan motosikal membuatkan Farhana bercadang untuk menjadikan Ijai sebagai ikon dalam bahan eksperimen projek terbarunya sebagai jaguh motosikal yang disegani dan menjadi kebanggan Negara. Farhana sedikitpun tidak menaruh hati kepada Ijai yang dianggap sebagai lelaki dingin.

Keyakinan Farhana di dalam misinya menjadi pudar apabila dia terus mengenali Ijai dan bergelumang kawan-kawannya yang hidup dalam dunia mereka sendiri. Dia semakin buntu apabila cabaran perniagaan semakin menyimpang tetapi percaturan perasaan mula mendominasi fikiran.


Dina muncul sebagai penampilan istimewa...

Tarikh persetujuannya untuk berkahwin pula semakin dekat namun hasratnya untuk menjadikan Ijai sebagai ikon semakin sukar dicapai. Apakah Farhana mampu mengubah Ijai dan mencapai matlamatnya?

Ataupun pendiriannya sendiri akan berubah selepas mempertaruhkan hati terhadap lelaki dingin itu? Saksikan kesudahan ’Rempit vs Impak Maksima’ di slot Aksi setiap Isnin, jam 9.00 malam di TV3!

Wednesday, February 18, 2009

Cinta Untuk Ain Terbaru Di Lestary

TENTUNYA kamu sudah menonton pengakhiran kisah Ku Milikmu bukan. Penulis juga sempat menontonnya baru-baru ini. Memang best dan tidak menghampakan langsung. Jadi, bagi kamu yang memang menantikan slot Lestary di saluran tv3, jangan lupa untuk mengikuti kisah baru yang tidak kurang menariknya. Kali ini kamu akan dapat melihat gabungan Que Haidar dan Nabila Huda bergandingan sebagai pasangan kekasih. Seperti watak Laila, yang dilakonkan dalam siri Laila majnun tidak lama dulu, watak Ain dalam kisah bersiri ini juga tidak kurang perihnya. Namun, ternyata Nabila Huda yang semakin mantap lakonannya sejak kebelakangan ini berjaya membawa wataknya dengan baik.

“Cinta Untuk Ain” mengisahkan kehidupan Ain (Nabila Huda) yang tidak seperti gadis remaja yang lain. Ibunya meninggal dunia semenjak dia berusia 16 tahun dan dia dibesarkan oleh ayah tirinya Kamal (Fauzi Nawawi). Walaupun Kamal seorang pemabuk dan kaki judi, dia tidak pernah mengambil kesempatan ke atas diri Ain. Namun, Ain sering kali dimarahinya menjadikan dia seorang yang rendah diri. Satu hari, Kamal kalah dalam perjudian dan tidak mempunyai wang untuk membayar hutang lalu dia menyerahkan Ain kepada Farid (Eizlan Yusof) yang kemudian merogolnya.

Farid kemudiannya menjual Ain di rumah pelacuran. Kejadian ini membuat Ain berada dalam keadaan trauma dan dia jatuh sakit. Dia juga lupa akan diri dan asal-usulnya. Ain melarikan diri daripada rumah pelacuran dan pengsan di depan rumah sepasang suami isteri yang baru sahaja kehilangan anak. Ain dijaga oleh sepasang suami isteri, Milah (Rozie Othman) dan Rahim (Rahim Jailani). Mereka memutuskan untuk menjaga Ain kerana Ain tidak ingat akan kisah silamnya. Ain membesar sebagai gadis cantik dan baik hati. Dia kini berjaya dalam kerjayanya dan berkenalan dengan seorang jejaka bernama Shahrul (Que Haidar) yang sangat mencintainya.


Apabila mereka bercadang untuk berkahwin, Ain menyatakan berita baik itu kepada Milah dan Rahim. Kedua-dua ibubapanya terpaksa memberitahu Ain apa yang telah berlaku 5 tahun dahulu. Ain kecewa dan melarikan diri kerana menyangka Shahrul tidak akan menerimanya kerana kisah silam itu. Tetapi Shahrul menyakinkannya yang dia tidak akan peduli kisah silamnya setelah mengetahui apa yang terjadi. Shahrul memperkenalkan Ain kepada kedua ibubapanya dan kakaknya.


"Nantikan kisah percintaan menyayat hati dua pelakon hebat ini"!
Ain mengenali Farid yang pernah merogolnya 5 tahun dahulu dan kini dia telah menjadi suami kakak Shahrul, Shamin (Marisa Yasmin). Dia kemudiannya berazam untuk membawa Farid ke muka pengadilan dengan bantuan Johari (Ako Mustapha). Apakah yang terjadi selanjutnya? Mampukah dia membawa orang yang telah memusnahkan hidupnya ke muka pengadilan?

Akan ditayangkan bermula 24 Februari 2009, Slot terbaru ini turut dibintangi pelakon-pelakon seperti Fizz Fairuz, Sharifah Amani, Fezrul Khan, Eira Syazira, Wan Sharmila, Ezany, Fasha Sandha, Ryzal, Iqram Dinzly, Intan Ladyana, Faradhiya, Azizan Nin dan ramai lagi sering kali meniti di bibir peminat-peminat setia slot ini.

Skrip drama ini telah ditulis oleh Akhbar Hashim dan diarahkan oleh pengarah berpengalaman Heykal Hanafiah yang banyak menghasilkan telemovie di TV3. Drama sebanyak 13 episod ini diterbitkan oleh Grand Brilliance Sdn. Bhd. dan menampilkan pelakon-pelakon hebat tanahair seperti Nabila Huda, Que Haidar, Eizlan Yusof, Fauzi Nawawi, Ako Mustafa, Sherry Ibrahim, Rahim Jailani dan Rozie Othman.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Pn Nurul Aini Abu Bakar berkata, ”Heykal merupakan seorang pengarah yang berpengalaman luas dan sangat kreatif dalam hasil kerjanya. Dia sangat sinonim dengan hasil kerja yang menyentuh perasaan seperti ”Dosa Semalam”, ”Terlerai Takbir Kasih” dan ”Sebelum Sejadah Dibentang” yang telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan ketika tayangannya di TV3.


Melihatkan hasil kerjanya yang mendapat sambutan, TV3 telah memberi kepercayaan kepada Heykal untuk menghasilkan drama bersiri pula dan ”Cinta Untuk Ain” merupakan siri pertama kerjasama Heykal dengan TV3. Kami percaya dengan kebolehannya dan berharap drama ini juga turut mendapat sambutan yang menggalakkan seperti hasil-hasil dramanya yang lain. Di samping itu gabungan Pelakon Pembantu Lelaki Drama Terbaik Anugerah Skrin 2008 iaitu Que Haidar dengan Nabila Huda akan membuatkan penonton terpaku dengan lakonan mereka yang berkesan.”

Setelah bersiaran hampir 5 tahun, Slot Lestary yang mula diperkenalkan pada tahun 2004 masih berjaya mengekalkan prestasinya dengan meraih jumlah penonton melebihi 3 juta orang setiap minggu. Ke udara setiap Selasa, jam 9.00 malam slot ini pernah menyiarkan siri drama yang berjaya memikat hati penonton seperti Natasha, Dua Hati, Natasha II, Jelatang, Sindarela dan Ku Milikmu.

Hinakah Saya Kerja Kilang?

SEMEMANGNYA, telah lama penulis menerima emel kiriman Amy (bukan nama sebenar), dan pernah diterbitkan tidak lama dulu. Tetapi, sengaja penulis muatkan di dalam ruangan ini untuk menjadi renungan kita semua. Terutama di kala musim kegawatan ini. Walau apapun, terima kasih kepadanya yang sudi berkongsi dukanya.

SAYA perlukan pandangan dari kamu semua. Jawapan untuk satu persoalan yang sejak dulu bermukim di benak, satu jawapan yang hingga sekarang buat saya tidak bisa tidur malam. Satu jawapan yang mungkin bakal merubah haluan hidup saya selepas ini...

Sejak kecil saya sudah lali menjadi bahan kutukan adik beradik. Sudahlah rupa tiada, ditambah pula dengan otak udang ( gelaran adik beradik), saya sering menjadi bahan lawak mereka. Tapi kini tidak cukup dijadikan bahan jenaka, saya sudah mula menjadi bahan umpat keji lantaran tidak layak memasuki mana-mana IPT atau IPTS.


Lahir sebagai anak ke tiga dari empat orang adik beradik. Memang saya agak rendah diri berbanding yang lain. Sejak dua tahun lalu, saya hanya bergelar pekerja kilang sedangkan abang sulung saya, Nizam kini sudah bergelar akauntan, Kak Salmi pula kini bakal bergelar cikgu sekolah menengah menjelang tahun hadapan. Manakala, adik lelaki bongsu saya pula kini sedang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang kejuruteraan mekanikal.

Memang saya sedar, emak dan abah sedih kerana semua anak-anaknya yang lain berjaya menggenggam segulung ijazah. Sedangkan saya hanya mampu memberi mereka malu yang mungkin terlalu berbekas barangkali! Yalah! Mereka sendiri mengaku terpaksa mengambil cuti tiga hari apabila mendapat tahu kegagalan saya di dalam peperiksaan, alasannya malu kalau-kalau ditanya teman sepejabat.

Saya sudah kalis dengan semua sumpah keramat mereka umpamanya bodoh, bangang, tolol dan bermacam lagi hanya kerana kekurangan saya yang satu itu. Bila marah, tentulah semua perkara negatif tentang saya dilagukan semula. Memang sakit telinga hingga adakalanya terlintas di fikiran untuk lari membawa diri.
Memang waktu emak dan abah marah, saya hanya mampu berdiam diri dan adakalanya hanya linangan air mata yang mengiringi kekecewaan hati. Tetapi sebenarnya di dalam saya menjerit tidak puas hati! Adakah bergelar pekerja kilang itu hina?

Saya sudah terlalu memaklumi impian emak yang mahu saya bergelar doktor, jurutera atau pegawai bank. Malah, bukan saya tidak pernah berusaha untuk menggapai impian itu. Malah, seperti anak-anak lain, saya juga menyimpan impian untuk menjadi anak kebanggaan orang tua. Tetapi, saya akur kerana saya sudah melakukan terbaik dan saya telah lama redha dengan nasib saya ini.

Saya percaya, untuk berjaya di dalam kehidupan, tidak bermakna perlu bergantung sepenuhnya kepada taraf pendidikan. Hari ini, untuk berjaya macam-macam cara boleh dilakukan, asalkan rajin dan tidak mudah patah semangat, segala-galanya tidak mustahil.

Saya katakan begitu kerana sebenarnya saya begitu teruja untuk menjadi seorang jurusolek profesional. Malah satu impian hati saya adalah untuk mengikuti kursus solekan secara bertauliah. Tetapi tidak dibenarkan orang tua saya dengan alasan kerja itu haram.

Apabila emak dan abah mula menyentuh soal halal haram, memang saya sudah tidak mampu untuk mempersoalkan lagi, biar pun sebenarnya jauh di sudut hati saya membantah alasan mereka itu.

Terlalu banyak perkara yang membuatkan tidak bersetuju terhadap perkara-perkara yang mereka lebelkan sebagai haram. Tetapi tidak berani hendak berhujah panjang lantaran tidak cukup ilmu di dada.

Saya teringin untuk melihat orang tua saya membuka mata, hati dan cuba menyelami jiwa saya ini. Saya ingin mereka memahami dan usah terlalu enteng melebelkan sesuatu pekerjaan itu sebagai haram. Bagi saya, tidak salah menjadi jurusolek kerana ia satu pekerjaan yang baik juga. Hanya untuk peringkat permulaan, saya tidak ada wang untuk membiayai kursus.

Emak dan abah sanggup berhabisan puluhan ribu ringgit untuk membiayai pengajian abang, kakak dan adik saya belajar tetapi mereka sudah mengakui tidak akan sesekali berhabisan wang mereka semata-mata untuk kursus solekan profesional yang sangat saya idam-idamkan. Jadi, apa pandangan kamu?

Tuesday, February 17, 2009

Rossa, Mawi Di Kemuncak My Starz LG

DEBARAN program realiti hiburan My Starz LG kini tiba ke kemuncaknya. Setelah Azri diumumkan terkeluar mal am tadi, kini terjawablah sudah 4 finalis yang bakal berentap di pertandingan akhir pentas My Starz LG. Wana, Hairi, Nashrin dan Cassie tentunya gembira setelah diistiharkan layak ke peringkat akhir setelah berhempas pulas mengharungi pelbagai cabaran semenjak awal pembabitan mereka. Namun, pahit getir yang dilalui bakal berbaloi setelah memp am erkah kehebatan masing-masing pada hujung minggu ini. Siapakah antara mereka bakal dinobatkan sebagai Juara My Starz LG musim ke-2?

Acara gilang-gemilang peringkat akhir My Starz LG ini juga turut dimeriahkan oleh artis-artis tempatan seperti J am al Abdillah, Sarah Raisuddin, Misha Omar dan Fiq yang bakal berduet dengan peserta. Selain dari itu, penonton juga turut dihiburkan oleh artis-artis terkenal tanah air dan dari negara seberang, Faizal Tahir, Mawi dan Rossa.


Tarikh : 22 Februari 2008 (Ahad)
Masa : Siaran langsung bermula j am 9.00mlm

Tempat : Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur

Teater Muzikal Ibu Zain Kembali!


'Ibu Zain emas tempawan
Langkahnya mendahului masa
Ibu manusia bonda pahlawan
Kasihnya tumpah pada semua
Ibu zain wanita perkasa
Dewasa semasa remaja
Remaja dikala berusia
Membisik ketuanan milik kita...'


Masih ingat pada perjuangan dan semangat Ibu Zain dari segi politik, pendidikan & persuratan? Adakah aksi cikgu-cikgu itu main bermain di mata dan minda? Masih terdengar alunan lagu-lagu Ibu Zain & liriknya yang menyentuh jiwa & raga? Adakah kamu masih terbayangkan adegan hari pertama persekolahan anak-anak Kampung Pasuh Jaya Waras? Zaman penjajahan yang zalim masih menghantui?

Perjuangan & keringat serta air mata seri kandi inilah membawa kebahagiaan kepada kita hari ini...Dia pernah difitnah. Dia pernah ditembak. Dia pernah kehilangan suami,tapi dia tetap gagah demi bangsa, agama & negara. Dialah Ibu Merdeka. Saksikanlah Teater Muzikal Biografi Ibu Zain Anjuran Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) dan AMAN Malaysia dengan kerjasama CTRA Production, MaTic, ASWARA & Istana Budaya.

TAJUK: TEATER MUZIKAL IBU ZAIN
TEMPAT: Malaysia Tourism Centre (MaTiC), Jalan Ampang, KL.
Tarikh: 13-22 MAC 2009.
Masa: 8.30 malam/3.00 petang
Hubungi: 03-6186 6592

Thursday, February 12, 2009

Apabila Keputihan Menyerang

BERALIH hari, bermakna usiakan bertambah setakuk lagi. Tetapi usia bukan sekadar angka, ia umpama lambang sebuah kematangan dan kedewasaan yang tidak ternilai. Maka apa pula harga sebuah kematangan? Wahai gadis, siapkan dirimu untuk menerima ujian. Peningkatan usia bermakna akan bertambahlah risiko penyakit yang mengintai. Apa lagi andai bulanmu sudah menyapa. Pasti selepas itu keputihan pula akan menyusul.



Apa Pula Keputihan?
Acap kali si gadis runsing apabila kerap diserang oleh cairan lendir yang merimaskan. Tanpa disedari, adakalanya cairan lendir yang juga dikenali sebagai keputihan itu bisa mengakibatkan jangkitan kuman (venereal disease) misalnya siplis atau gonorrhea. Pada kebiasaannya sifat dan rupa lendir atau keputihan itu adalah jernih, cair tanpa berbau dan tidak diiringi rasa gatal.
Malahan, bagi seorang gadis, kemungkinan lain yang perlu digeruni adalah kemungkinan diserang kanser ovari adalah tinggi selain mengancam kesuburan mereka saat hidup berumah tangga kelak.

Peranan Lendir
Namun, sebelum kamu berhasrat mengambil apa-apa tindakan, kamu perlu tahu pengeluaran lendir keputihan tidak semestinya menandakan penyakit. Adakalanya lendir yang terhasil menerusi pangkal rahim oleh sel-sel dan kilang-kilang khas, berperanan sebagai pelindung kepada sel-sel dan dinding saluran faraj. Tanpa lendir, sel-sel tersebut akan kering dan rosak. Bagi gadis, pengeluaran lendir yang berlebihan boleh berlaku di kalangan gadis-gadis yang sedang bercinta dan gadis-gadis yang tinggi syahwat. Sifat dan keadaan lendir di pangkal rahim berubah dengan pusingan haid lantaran dipengaruhi perubahan paras hormon.



"Usah pendam masalah kesihatan. Ibu adalah orang terbaik yang bisa kamu kongsi masalah intimmu itu"

Faktor Pengeluaran Lendir
Pengeluaran lendir sebenarnya di pengaruhi hormon estrogen dan progesteron di dalam darah wanita. Hormon tersebut menambah bilangan kilang-kilang lendir dan membesarkan saluran kilang tersebut. Kenaikan dalam paras hormon tersebut, menambahkan lagi pengeluaran lendir dari dinding faraj dan pangkal rahim. Keadaan ini sering kita temui apabila seorang wanita hamil. Ketika kehamilan kandungan hormon-hormon estrogen dan progesteron meningkat naik dan ini seringkali menyebabkan pengeluaran lendir yang berlebihan dari biasa.

Kesan Pengeluaran Lendir
Pengeluaran lendir yang berlebihan juga boleh berlaku kerana gangguan jiwa seperti keadaan yang menimbulkan kesedihan atau kegembiraan yang amat sangat. Begitu juga wanita-wanita yang bekerja kuat dan memerlukan tenaga fizikal yang banyak, pengeluaranlendir yang berlebihan juga boleh berlaku.

Keputihan Sebagai Tanda Penyakit
Pengeluaran lendir atau keputihan boleh menandakan sejenis penyakit pada faraj dan sistem peranakan. Di dalam keadaan sedemikian, pada kebiasaannya lendirnya bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah, seringkali berbau busuk serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj. Adakalanya warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. Ini adalah tanda yang perlu diawasi kerana ada kemungkinan besar ada sejenis jangkitan kuman berlaku.

Jenis-jenis jangkitan kuman
Beberapa jenis kuman boleh menjangkiti faraj, rahim dan saluran fallopian. Sesetengah daripada jangkitan kuman hanya terhad kepada faraj tanpa melibatkan rahim dan saluran fallopian. Keadaan ini tidak begitu membahayakan. Tetapi apabila jangkitan kuman merebak kepada saluran fallopian di antara perkara-perkara yang akan timbul dalam jangka-masa panjang ialah kemandulan, masalah haid, kesakitan dan lain-lain.

Kuman
Kuman bakteria jenis E-coli adalah kuman yang sering menjangkiti kemaluan dan perkakas peranakan. Kuman lain yang membahayakan ialah kuman gonorrhea atau siplis. Kuman yang digelar dengan nama ‘Trichomonas’ sering juga menjangkiti kemaluan dan menyebabkan pengeluaran lendir yang berwarna kehijauan dan disertai gatal-gatal dan bau busuk

Kulat
Kulat yang digelar dengan nama ‘Monilia’ atau ‘candida’ sering menjangkiti wanita yang sedang hamil atau mengidap kencing manis.

Virus
Virus seperti ‘herpes’ dan ‘chlamydia’ sering menjangkiti kemaluan dan perkakas peranakan.

Wednesday, February 11, 2009

Cabaran Hidup Seorang Doktor Dalam New Heart

ANDAI sebelum ini kamu berpeluang menyaksikan drama bercorak kedoktoran bersiri Inggeris, terbaru menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), penonton dihidangkan drama bercorak sama menerusi bahasa Korea yang sememangnya dinantikan penonton. Ia cuba lari daripada kebiasaannya yang mana drama Korea yang sinonim dengan drama plot percintaan menerusi 23 episod ini.

New Heart, drama bersiri Korea mengisi slot Mid Day Delight, setiap Isnin hingga Khamis, jam 12.30 tengah hari di TV2 ini mengajak kamu berkongsi kisah bagaimana dua orang doktor pelatih bertugas di bilik pembedahan jantung bertarung untuk menyelamatkan pesakit mereka. Lee Eun Sung, lulusan sebuah sekolah perubatan yang kurang popular di daerah itu. Dia cuba untuk mengaplikasikan ilmu perubatan yang dipelajarinya dengan sepenuh harapan untuk menjadi doktor yang terbaik di Hospital Universiti Gwanghui.

Manakala seorang lagi doktor pelatih, Nam Hye Suk pula mendapat pendidikan daripada sekolah perubatan terkenal. Dia yang sememangnya terkenal dengan sikap serius dan sangat berpegang teguh dengan pegangan agama tetapi mula berubah setelah mengenali Lee Eun Sung.

Konflik bermula dengan kemunculan Choi Kang Gook yang mengetuai Jabatan Toraks dan Pembedahan Kardioveskular. Sementelahan pula dia berpegang dengan kenyataan hanya doktor dapat menyelamatkan manusia yang lain. Dia seorang yang genius tetapi doktor pakar yang degil dan tidak langsung mengambil kisah polisi hospital tempatnya bertugas. Namun ketika itu hanya Lee Eun Sung dan Nam Hye Suk yang berminat mendaftar diri mahu bekerja di bawah pengawasannya.

Satu hari hospital itu menerima pesakit seorang aktor popular, Lee Dong Gwon yang akan dibedah kerana penyakit jantung yang dihidapinya. Tanpa diduga, Lee Dong Gwon adalah teman baik sejak zaman pra sekolah Nam Hye Suk. Namun kemesraan antara gadis itu dengan teman setugasnya, Lee Eun Sung menimbulkan perasaan cemburu di hati lelakinya itu.

Bagaimanakah cara pasangan doktor pelatih ini berdepan dengan ketua yang seringkali menimbulkan kekalutan kepada mereka? Pada masa sama adakah percintaan tiga segi Lee Dong Gwon dan Lee Eun Sung yang sama-sama jatuh hati terhadap Nam Hye Suk berkesudahan dengan situasi yang mampu diterima mereka?

New Heart dibintangi pelakon kacak dan ayu Korea iaitu Jo Jae Hyun, Ji Sung, Kim Min Jung dan Lee Ji Hoon.

Gaya Menawan ‘Men In Dark’

KLASIK, dramatik, dinamik... walau dalam gaya formal namun pancaran warnanya tetap hidup dan segar!Mungkin itulah paduan dan ekspresi yang dapat dilabelkan menerusi warna ini. Apa lagi jika bukan warna gelap, tetap sama biasannya walaupun diberi nafas dan karektor yang berbeza. Lihat saja penampilan selebriti kacak ini di mana kebanyakannya begitu bijak menghidupkan gaya lelaki masing-masing. Hasilnya, apa kata kamu saja yang menilainya!

Mawi

Jimmy Shanley...Macho

Zed Zaidi...Smart

Zamarul Hisham... Kemas

Anding...Bergaya