Saturday, February 28, 2009

Siti Nurhaliza Di Majlis Perasmian 'The Pink Book'

SEMALAM, bertempat di gedung buku MPH Mid Valley, saya sempat menghadiri majlis pelancaran ' The Pink Book' hasil karangan bekas personaliti tv3 yang tidak asing lagi, Aziah Jasmin Azizul. Pelancaran buku terbaru terbitan Berita Publishing itu telah disempurnakan perasmiannya oleh Ybhg Dato' Siti Nurhaliza.

Menurut Aziah, tujuan The Pink Book diterbitkan adalah demi berkongsi ilmu yang ada padanya dan sekaligus dapat menyumbangkan sesuatu yang baik untuk masyarakat bagi membimbing mereka membentuk personaliti dan penampilan positif dalam kerjaya serta pembangunan diri.

Selain itu, beliau turut menganjurkan pelbagai program dan latihan menerusi kursus-kursus pembangunan diri berpendapat, pembentukan imej bukan sahaja penting bagi golongan atasan serta selebriti, malah penampilan dan sahsiah diri juga merupakan perkara paling utama untuk semua golongan.

Asyiknya Siti membelek 'The Pink Book'

Buku The Pink Book juga mengetengahkan panduan asas pembentukan serta penampilan imej terbaik untuk seseorang individu. Selain itu, turut dimuatkan adalah cara berpakaian, solekan, berjalan serta penampilan imej seseorang wanita agar tampil lebih berkeyakinan.


Diterbitkan dwi bahasa, buku ini dijual dengan harga RM45 ringgit senaskhah dan sudah mula berada di pasaran hari ini. Bagi setiap pembelian buku ini, RM1 akan didermakan kepada Rumah Anak-Anak Yatim Titian Kasih, Titiwangsa, Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment