“Cinta Untuk Ain” mengisahkan kehidupan Ain (Nabila Huda) yang tidak seperti gadis remaja yang lain. Ibunya meninggal dunia semenjak dia berusia 16 tahun dan dia dibesarkan oleh ayah tirinya Kamal (Fauzi Nawawi). Walaupun Kamal seorang pemabuk dan kaki judi, dia tidak pernah mengambil kesempatan ke atas diri Ain. Namun, Ain sering kali dimarahinya menjadikan dia seorang yang rendah diri. Satu hari, Kamal kalah dalam perjudian dan tidak mempunyai wang untuk membayar hutang lalu dia menyerahkan Ain kepada Farid (Eizlan Yusof) yang kemudian merogolnya.
Farid kemudiannya menjual Ain di rumah pelacuran. Kejadian ini membuat Ain berada dalam keadaan trauma dan dia jatuh sakit. Dia juga lupa akan diri dan asal-usulnya. Ain melarikan diri daripada rumah pelacuran dan pengsan di depan rumah sepasang suami isteri yang baru sahaja kehilangan anak. Ain dijaga oleh sepasang suami isteri, Milah (Rozie Othman) dan Rahim (Rahim Jailani). Mereka memutuskan untuk menjaga Ain kerana Ain tidak ingat akan kisah silamnya. Ain membesar sebagai gadis cantik dan baik hati. Dia kini berjaya dalam kerjayanya dan berkenalan dengan seorang jejaka bernama Shahrul (Que Haidar) yang sangat mencintainya.

Apabila mereka bercadang untuk berkahwin, Ain menyatakan berita baik itu kepada Milah dan Rahim. Kedua-dua ibubapanya terpaksa memberitahu Ain apa yang telah berlaku 5 tahun dahulu. Ain kecewa dan melarikan diri kerana menyangka Shahrul tidak akan menerimanya kerana kisah silam itu. Tetapi Shahrul menyakinkannya yang dia tidak akan peduli kisah silamnya setelah mengetahui apa yang terjadi. Shahrul memperkenalkan Ain kepada kedua ibubapanya dan kakaknya.
"Nantikan kisah percintaan menyayat hati dua pelakon hebat ini"!
Ain mengenali Farid yang pernah merogolnya 5 tahun dahulu dan kini dia telah menjadi suami kakak Shahrul, Shamin (Marisa Yasmin). Dia kemudiannya berazam untuk membawa Farid ke muka pengadilan dengan bantuan Johari (Ako Mustapha). Apakah yang terjadi selanjutnya? Mampukah dia membawa orang yang telah memusnahkan hidupnya ke muka pengadilan?
Akan ditayangkan bermula 24 Februari 2009, Slot terbaru ini turut dibintangi pelakon-pelakon seperti Fizz Fairuz, Sharifah Amani, Fezrul Khan, Eira Syazira, Wan Sharmila, Ezany, Fasha Sandha, Ryzal, Iqram Dinzly, Intan Ladyana, Faradhiya, Azizan Nin dan ramai lagi sering kali meniti di bibir peminat-peminat setia slot ini.
Skrip drama ini telah ditulis oleh Akhbar Hashim dan diarahkan oleh pengarah berpengalaman Heykal Hanafiah yang banyak menghasilkan telemovie di TV3. Drama sebanyak 13 episod ini diterbitkan oleh Grand Brilliance Sdn. Bhd. dan menampilkan pelakon-pelakon hebat tanahair seperti Nabila Huda, Que Haidar, Eizlan Yusof, Fauzi Nawawi, Ako Mustafa, Sherry Ibrahim, Rahim Jailani dan Rozie Othman.
Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Pn Nurul Aini Abu Bakar berkata, ”Heykal merupakan seorang pengarah yang berpengalaman luas dan sangat kreatif dalam hasil kerjanya. Dia sangat sinonim dengan hasil kerja yang menyentuh perasaan seperti ”Dosa Semalam”, ”Terlerai Takbir Kasih” dan ”Sebelum Sejadah Dibentang” yang telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan ketika tayangannya di TV3.

Melihatkan hasil kerjanya yang mendapat sambutan, TV3 telah memberi kepercayaan kepada Heykal untuk menghasilkan drama bersiri pula dan ”Cinta Untuk Ain” merupakan siri pertama kerjasama Heykal dengan TV3. Kami percaya dengan kebolehannya dan berharap drama ini juga turut mendapat sambutan yang menggalakkan seperti hasil-hasil dramanya yang lain. Di samping itu gabungan Pelakon Pembantu Lelaki Drama Terbaik Anugerah Skrin 2008 iaitu Que Haidar dengan Nabila Huda akan membuatkan penonton terpaku dengan lakonan mereka yang berkesan.”
Setelah bersiaran hampir 5 tahun, Slot Lestary yang mula diperkenalkan pada tahun 2004 masih berjaya mengekalkan prestasinya dengan meraih jumlah penonton melebihi 3 juta orang setiap minggu. Ke udara setiap Selasa, jam 9.00 malam slot ini pernah menyiarkan siri drama yang berjaya memikat hati penonton seperti Natasha, Dua Hati, Natasha II, Jelatang, Sindarela dan Ku Milikmu.
No comments:
Post a Comment