Thursday, July 30, 2009

Hitam Putih Lakaran Ekspresi Kehidupan

HEBAT! Ibarat jelmaan puteri era Viktoria di zaman moden. Sememangnya, koleksi inspirasi daripada sentuhan gaya zaman Viktoria, ia merupakan koleksi himpunan pereka fesyen dari kota London, Samantha Cole. Ternyata hanya dengan kreativiti dari palet hitam dan putih serta sedikit rona pale peach, koleksi ini berjaya diberi nafas segar seiring gabungan fabrik natural seperti cotton, silk organza, silk taffeta serta lace. Pendek kata, hasilnya wow! memang mengujakan!

























Wednesday, July 29, 2009

Diana Emir Mangsa Tentangan Keluarga?

PERTAMA kali bertemu di hati penulis berbisik, gadis manis bernama Diana Emir ini sememangnya punya pakej lengkap dan tidak keterlaluan rasanya jika dia kelak bakal berdepan dengan kesempatan serta peluang yang cerah andai bijak mengatur langkah di dunia seni.

Begitulah, terdorong dek rasa teruja serta minat mendalam dalam dunia lakonan menjitukan hasratnya untuk gagah melangkah menerokai dunia penuh pancaroba ini meskipun pada awalnya tanpa restu keluarga.


Namun, berbekal semangat kental bagaikan ingin berjuang di medan perang, Diana, si cilik berusia 23 tahun ini yang baru menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Sumber Manusia di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, 24 Julai lalu akhirnya berjaya membuktikan impiannya kini semakin nyata di dalam genggaman yang turut meleburkan segala tentangan keluarganya selama ini.


Tidak menyesal menceburi dunia seni

Ini juga memberi makna tersendiri buatnya yang semakin lega lantaran kembali memiliki ruang untuk menyusun semula jadual seninya yang terhad sebelum ini. Setahun sebagai anak seni, sebenarnya tidak banyak yang disenaraikan dalam profil lakonan pelakon muda ini.

Selain Impian, Diana antara barisan pelakon yang terlibat sebagai minah rempit dalam filem Rempit V3.Tidak banyak berlakon bukan kerana dia selektif dengan watak yang diberikan tetapi kerana perlu mendahulukan pelajaran sebagai jaminan masa depan.
"Saya minat dengan lakonan tetapi dalam masa yang sama saya perlu utamakan pelajaran sebagai jaminan di masa depan.

"Selagi ada tawaran, selagi itu pendapatan akan ada tetapi ia masih belum dapat menjanjikan apa-apa.

"Sebelum ini bukan saya tidak menerima apa-apa tawaran. Ada tawaran, tetapi kebanyakannya saya tolak kerana jadual belajar tidak mengizinkan. Kalau nak terima sekalipun hanyalah untuk penggambaran yang melibatkan satu atau dua hari sahaja.
DIANA...akui peluang di dalam bidang lakonan semakin cerah untuknya

"Sekarang, masa untuk berlakon lebih banyak. Cuma dari segi kerjaya, saya tidak pasti lagi sama ada nak sambung belajar, bekerja ataupun meneruskan kerjaya sebagai pelakon," katanya.
Sebagai 'orang baru' di pentas lakonan, Diana mengakui dunia glamor banyak mengajarnya erti kesabaran.
Bukan sahaja menjadi perhatian masyarakat malah, privasi yang pernah dikecapinya suatu masa dahulu terpaksa dikorbankan demi mengejar cita-citanya.

"Walaupun suka berlakon tetapi satu yang saya tak tahan ialah kontroversi. Biarpun bukan melibatkan kontroversi yang besar tetapi apa sahaja yang dilakukan pasti akan menjadi perhatian umum.

"Dari situ, kekurangan yang jelas ialah privasi itu sudah tiada," kata Diana lagi.

Sunday, July 26, 2009

Demi Lovato dan Trace Cyrus Berpisah

SOAL umur dan sering berjauhan menjadi alasan utama mengapa Demi Lovato dan Trace Cyrus berpisah, akui Cyrus sendiri kepada Majalah People.

“ Demi adalah antara teman baik saya dan kami kemudiannya menjadi semakin intim sejak beberapa bulan lalu. Tapi kesibukan masing-masing menyebabkan kami semakin renggang dan perpisahan ini tidak dapat dielakkan,” ujar penyanyi Metro Station ini yang juga abang kepada Miley Cyrus.

“ Saya sentiasa berada di hujung dunia, begitu juga dengannya dan nampaknya perhubungan ini tidak akan menjadi buat masa ini.

Di sebalik perpisahan itu, di antara Cyrus dan Lovato, tidak ada hati yang terluka.



“ kami berusaha sedaya upaya untuk tidak mengecewakan hati masing-masing. Lagi pun ia adalah jalan paling baik untuk kami.

“Acapkali, tidak kira ketika kami keluar bersama atau sekadar berbual di telefon, dia sememangnya dia hebat dan matang. Dia mampu menghiburkan sesiapa saja yang bergaul dengannya. Dia adalah seorang yang memang sesuai untuk saya.


“ tetapi jarak umurnya terlalu jauh dari saya, saya 20 dan dia 16 tahun. Apabila seseorang itu lebih muda berbanding kamu, tentu kamu akan tercari-cari perbezaan lain dari perhubungan tersebut. Mungkin apabila tiba masanya kami berdua lebih matang, kami akan mencari benda yang sama dan waktu itu hubungan ini akan lebih sukses.

Walaupun tanpa Lovato di dalam hidupnya, Cyrus masih meneruskan kehidupannya yang sibuk dengan jadual kariernya yang ketat.

Jom Sertai Kuiz Setem!

Tarikh Tayangan: 30 Julai 2009
Pengarah: Khabir Bhatiar
Pelakon: Afdlin Shauki, rashidi Ishak, Vanidah Imran, Que Hairdar, Bront Palarae, Isma Yusoof, Harun Salim bachik,sathia, Dato' Aziz Sattar dan ramai lagi.
Genre: Komedi


GABENOR Melaka (Lord Arthur Barring) pada 1847 mahukan sesuatu untuk diingati oleh generasi seterusnya. Beliau melantik seorang pembuat jam untuk mencipta sekeping setem. Tetapi setem tersebut ditertawakan oleh Gabenor India. Lord Arthur Barring marah lalu membuang setem tersebut, yang kemudiannya dikutip oleh cucunya….

Tahun 2008
Charles Barring IV mengadakan sidang akhbar di A Famosa. Beliau mempamerkan warisan keluarganya, Setem Barring. Setem Barring melalui perjalanan yang panjang dan kini kembali ke bumi Melaka, di mana ia dihasilkan. Ianya akan dipamerkan di Muzium Melaka.

Sid dan Joe menghadiri sidang akhbar dengan tujuan mencuri setem yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit. Sebenarnya, Pak Ramli yang memaksa Sid dan Joe mencuri setem itu untuk menampung kos pembelian tanah tapak rumah anak-anak yatim yang diuruskannya. Mahu tidak mahu, Sid dan Joe terpaksa melakukannya kerana budi Pak Ramli yang mendidik mereka di rumah anak yatim tersebut.

Namun, bukan hanya Sid dan Joe yang mahukan setem itu. Piranha Lim, seorang ketua kumpulan Ah Long juga berminat. Begitu juga dengan Mani yang baru sahaja dibebaskan dari penjara dengan bantuan rakan baiknya, Vellu iaitu seorang pekerja di Panther Security yang ditugaskan untuk membawa setem tersebut ke muzium Melaka.

Masing-masing merancang untuk mendapatkan setem tersebut. Malangnya sekali lagi setem tersebut singgah ke tangan orang lain yang tidak mengetahui apa-apa tentang setem tersebut. Alliya yang ternampak setem tersebut telah menampalnya pada surat permohonan untuk membiayai pembedahan mata adiknya, Iskander.

Siapakah yang berjaya memiliki setem tersebut? Apakah yang berlaku seterusnya? Nantikan kemunculan ‘SETEM’ pada 30hb Julai ini di pawagam seluruh Malaysia …..
Jom Sertai Kuiz Setem!



Thursday, July 23, 2009

Puteri Aurora Beradu Akibat Dendam Silam

BARU-baru ini telah diadakan majlis Ramah Mesra dengan pelakon-pelakon drama bersiri terbaru Puteri Aurora Beradu yang bakal mengisi slot Lagenda TV3. Jika sejak kecil, kita sering kali didengarkan dengan kisah lagenda Inggeris ' Sleeping Beauty' yang mengisahkan Puteri yang tertidur setelah terkena jarum sumpahan. Sumpahan tersebut akan berakhir apabila dia berjumpa dengan jejaka idamannya.

Tetapi, lain pula ceritanya dalam versi melayu. Semuanya bakal disaksikan menerusi siri baru Puteri Aurora Beradu yang bakal menemui penonton TV3 menerusi slot Lagenda. Siri ini menampilkan satu lagi versi moden yang diadaptasikan dari filem lagenda Inggeris dan dimodenkan bagi menepati citarasa penonton hari ini.

Drama terbitan Grand Brilliance ini merupakan hasil kreativiti Fairuz Loy serta penulis skrip Mufid Suhaimi. Malah, drama ini turut dijayakan oleh pelakon-pelakon sensasi seperti Iqram Dinzly, Memey Suhaimi, Eizlan Yusof, Rozita Che Wan, Norish Karman, Aida Aris, Wan Maimunah, Enot dan ramai lagi.

Hakimi, jejaka yang berjaya membangunkan Puteri Aurora dari lenanya yang panjang

Selain itu, masih mengekalkan tema dendam dan cinta, drama ini turut diolah dengan baik menjadikan plot ceritannya begitu mudah difahami di mana mengekalkan teknik imbas kembali.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Pn Nurul Aini Abu Bakar, lagenda Inggeris 'Sleeping Beauty' yang menjadi kisah dongeng dulu dan kini direalisasikan menerusi Puteri Aurora Beradu.



Versi kali ini tidak lari daripada kisah asal iaitu puteri yang cantik dan anak raja yang gagah. Kisah puteri menjadi mangsa dan hanya cinta sejati bakal membangkitkannya dari tidur.

Cuma, dalam versi tempatan, ia diterjemahkan menurut citarasa yang bersesuaian dengan masyarakat. Selain itu, moral menerusi siri ini mampu memberi pengajaran yang baik kepada penonton. Selain jalan cerita menarik, ia juga sesuai ditonton seisi keluarga.

Mengisahkan seorang gadis, Puteri Aurora yang hidup dalam persembunyian. Dia yang dikejarkan ke hospital akibat kemalangan kemudiannya koma. Kisah kembali membawa teknik imbas kembali tentang ibu bapanya mnerusi penceritaan tiga orang pengasuhnya iaitu Che Nora, Che Am dan Imah.

Ibunya, Aisyah dikatakan telah berkahwin dengan bapanya Imran, rakan kongsi kepada Sofea, yang turut digambarkan sebagai seorang kaki perempuan. Sofea telah menaruh perasaan terhadap Imran. Tetapi kemudiannya telah bersumpah untuk menghancurkan keluarga Imran apabila mendapat tahu Imran bakal berkahwin dengan Aisyah.

Kelahiran Puteri Aurora, Imran dan Aisyah beriktikad untuk menyembunyikan Puteri dari penganiayaan Sofea. Puteri Aurora kemudiannya membesar bersama tiga orang pengasuh yang memiliki kelebihan dan kekuatan tersendiri. Namun, Sofea kemudiannya mendapat tahu tentang Puteri Aurora dan dendamnya semakin membara lantaran berasa tertipu.



Sementara itu, Hakimi, seorang anak ahli perniagaan telah jatuh cinta terhadap Puteri Aurora biar pun mereka tidak pernah bertegur sapa. Namun untuk memiliki Puteri Aurora, bermakna Hakimi perlu berdepan dan menentang kezaliman Sofea terhadap kekasihnya. Berjayakah Hakimi? saksikan drama bersiri Puteri Aurora Beradu, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 4.30 petang di TV3 atau siaran ulangannya di TV9 jam 8.30 malam.

Ekstravaganza, Penuh Nilai Budaya Dalam Klip Muzik Estet

FILEM Estet antara filem yang dinanti-nantikan oleh pengkritik-pengkritik. Namun, keterujaan penantian itu bukan atas dasar ingin menggodam, namun kerinduan untuk menyaksikan filem-filem berkonsepkan ' Satu Malaysia' yang sememangnya sentiasa diterapkan oleh pengarah yang seorang ini.


Selepas perginya pengarah hebat Yasmin Ahmad, Mamat khalid adalah antara pengarah berkualiti yang tinggal, secara peribadinya, penulis juga sukakan garapan idea kreatif Mamat yang tidak pernah meminggirkan mesej sinis menerusi setiap filemnya. Terbaru, filem Estet juga sedang dalam proses penggambaran.





Malah, baru-baru ini juga pihak media telah dijemput untuk menikmati dan melihat sendiri proses pembikinan klip video bertajuk 'Ayuh kawan'dan ‘Cahaya Kemenangan, bertempat di Sungai Buloh, Selangor.

Keunikan muzik video ‘Ayuh Kawan,’ ialah dinyanyikan oleh penyanyi rock popular tanahair iaitu, Awie. Manakala Farid Kamil, Jasmine Michael dan Shashi Tharan membintangi video muzik berkenaan.

Pengarah kreatif Mamat Khalid...

Gerak tari menarik juga pakaian berwarna-warni menjadi muzik video ‘Ayuh Kawan,’ satu ekstravaganza yang tidak dapat dilupakan. Penyatuan semangat kepelbagaian kaum di Malaysia, buat julung kalinya, video muzik ini dinyanyikan secara kombinasi di dalam bahasa Melayu dan Tamil, oleh Awie juga penyanyi Tamil popular, Siva.


Mendapat sentuhan pengarah terkenal, iaitu sutradara Mamat Khalid, serta tenaga kerja kreatif yang terbaik, ‘Ayuh Kawan,’ juga ‘Cahaya Kemenangan,’ pastinya menambat hati peminat-peminat. Dalam pada itu juga ‘Ayuh Kawan’ bakal ditayangkan di MTV Asia nanti. Filem ‘Estet’ dijangka akan ditayang kepada umum pada penghujung tahun ini. Nantikan ‘Estet’ di pawagam nanti.



Kehangatan filem ‘Estet’ arahan sutradara Mamat Khalid, semakin dirasai apabila baru-baru ini menjalani pengambaran muzik videonya iaitu ‘Ayuh Kawan’ dan ‘Cahaya Kemenangan,’ bertempat di Sungai Buloh, Selangor.

Cheer 2009 Cipta Kehebatan Pasukan Sorak

PERHATIAN kepada semua peminat pasukan sorak, bersedialah untuk bersorak, berhibur dan bergembira bersama pasukan sorak kegemaran kamu. Bermula 24 Julai 2009 jam 9.30 malam, 8TV membawakan Cheer 2009, sebuah program dokumentari yang pastinya dinanti-nantikan oleh semua peminat sukan ini!

Cheer 2009 akan membawa kamu mengikuti perjalanan sebuah pertandingan sorak yang dianjurkan oleh Cheerleading Association & Register of Malaysia (CHARM). Objektif sebenar pertandingan ini diadakan ialah untuk mempromosikan aktiviti pasukan sorak ini supaya lebih dikenali di Malaysia.

“Cheer 2009 semestinya sebuah program yang wajib ditonton dan dinanti-nantikan oleh semua peminat pasukan sorak! Kesungguhan setiap ahli pasukan sorak dan semangat berkumpulan yang ditunjukkan oleh mereka diharap dapat memberi pengajaran kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai sukan ini,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

“Pertandingan sebegini cukup memberikan inspirasi kepada kita semua apabila melihat kesungguhan dan kerja keras remaja-remaja yang terlibat dalam pasukan sorak ini dalam mengejar impian mereka. Kepada semua peminat pasukan sorak kamu pastinya tidak mahu terlepas untuk menonton rancangan ini!” tambah Kim.

Menerusi pertandingan ini pasukan sorak tempatan dan antarabangsa akan bertanding untuk kategori “Cheer Dance” dan “Group Stunt” dan mereka yang berjaya akan membawa pulang trofi, Ahli kelab Celebrity Fitness dan barangan dari Nike. Pemenang setiap kawasan pula akan membawa pulang hadiah bernilai RM1,000 untuk setiap ahli.

Tahun ini pihak CHARM telah meletakkan syarat-syarat baru untuk dipatuhi oleh setiap pasukan. Pasukan sorak ini akan diadili oleh juri-juri menerusi teknik dan rutin-rutin yang ditunjukkan oleh setiap pasukan.

Di dalam 4 episod mencabar Cheer 2009 ini akan membawakan anda melihat perjalanan cabaran 2 pasukan terkuat setiap tahun iaitu kumpulan Shirlift dari sekolah Sri Bintang Utara dan pasukan sorak dari sekolah Sri KDU. Lima lagi kumpulan sorak merupakan pasukan kurang menyerlah.

Selain dari itu, siri Cheer 2009 juga mempamerkan persiapan mental dan fizikal yang mereka lakukan untuk menghadapi perlawanan mencabar ini. Pelbagai ragam dan kisah lucu serta sedih dapat dilihat jika kamu mengikuti rancangan ini.

Di samping itu juga, penonton akan dapat menonton rakaman ke sekolah-sekolah asal pasukan sorak yang mengambil bahagian. Isu-isu dan asal usul sekolah yang bertanding turut dimuatkan selain dari sesi temubual dengan guru-guru dan keluarga setiap pasukan sorak.

Jangan ketinggalan untuk menonton Cheer 2009 untuk menyaksikan penampilan artis-artis popular seperti Melissa Campbell (pasukan sorak CHARM All-Star dan juga merupakan pelakon siri Ghost musim kedua) dan penyanyi muda berbakat Dafi yang akan memberikan tip-tip bagaimana untuk menjadi sebahagian dari pasukan sorak dan apa yang perlu dan tidak patut dibuat ketika pertandingan yang juga bertindak sebagai pengacara.

Penaja utama Silky Girl bersama penaja bersama Marigold berbesar hati menaja rancangan Cheer 2009.Kamu bukan sahaja bakal dihiburkan dengan persembahan dari CHARM All-Stars tetapi pertandingan ini juga diserikan dengan kehadiran Chee Wei, salah seorang finalis program So You Think You Can Dance (musim ke-2).

Saksikan keupayaan pasukan sorak berlatih dan mengimbangi badan mereka setiap hari.
selain menyelami semangat dan kesungguhan pasukan-pasukan sorak menerusi Cheer 2009 setiap Jumaat bermula 24 Julai 2009 jam 9.30 malam hanya di saluran hip 8TV!

Tuesday, July 21, 2009

Memey Mendung Hidupnya Kian berlalu

SUDAH jelak hidup menjeruk perasaan. Terpaksa menelan tuduhan dan hinaan, kini ternyata kesabaran serta pengorbanan Memey Suhaiza Suhaimi, 21, semakin memutikkan hasil. Malah, keyakinan serta kesungguhan menatang impian agar hari-harinya kian bersinar terang bukan lagi khayalan.


Apa tidaknya, daripada bergelar seorang pelakon tambahan, dia maju setapak lagi dan mula mendapat kepercayaan memegang watak utama. Buktinya, tahun ini sahaja, sudah tiga peranan utama yang telah diberikan kepadanya iaitu Roda-Roda Kotaraya, Cinta Balqis dan terbaru Puteri Aurora Beradu.


Popular Lewat Kontroversi
Menafikan populariti yang diraih hari ini lewat kontroversi hangatnya dengan Norman Hakim, sebaliknya Memey menegaskan ia adalah berkat usaha gigih serta kerja kerasnya mendalami ilmu dunia lakonan mungkin antara faktor mengapa syarikat produksi tidak lagi was-was untuk mempertaruhkan kepercayaan mereka kepadanya.


MEMEY...Redha atas ujian yang diberikan kepadanya...

“ Saya amat bersyukur. Ini semua adalah rahmat Ilahi. Memang tidak dapat dinafikan ada gusar yang bermain di benak, takut orang sudah enggan dan tidak boleh menerima saya lagi.

“Tetapi Alhamdulilah ternyata pintu itu dikuak seluas-luasnya oleh Tuhan sehingga saya mendapat kekuatan untuk berdepan dengan kemungkinan dan ujian.

Kahwin Bukan Penyelesaian
MEMEY enggan lagi menafikan semakin rapat dengan Norman

Sehingga kini kes Memey dan Norman Hakim masih dibicarakan di mahkamah. Terbaru kes mereka akan disebut semula pada 31 Julai ini. Dalam pada kalut turun naik mahkamah itu, Memey turut mengakui sesak dengan pelbagai komen serta persoalan yang menyuruh dia berkahwin sahaja dengan Norman demi meleraikan semua kekusutan. Namun, berbeza bagi Memey, dia tidak nampak berkahwin bisa menamatkan semuanya.

“ Bagi saya, kahwin bukan caranya untuk menyelesaikan masalah. walau berkahwin sekali pun, kes tetap disebut. Perbicaraan tetap diteruskan. Saya tidak mahu terburu-buru membuat keputusan. Ada bagusnya waktu yang ada ini, kami gunakan untuk lebih mengenali diri masing-masing.

Saya tidak menafikan, sejak kes itu sebenarnya lebih merapatkan kami. Memang sebelum ini kami menafikan bila ada dakwaan sebegini, bimbang bisa memburukkan keadaan, tetapi nyata kami silap membuat perhitungan.

“Lagi dinafi, lagi banyak yang timbul. Kami sorok pun, ada yang akan nampak.Tapi saya mahu proses ini berlaku secara perlahan dan tak mahu ia berlaku drastik, bila masa sudah sampai baru buat keputusan.

Bersama Iqram Dinzly... pasangan kekasihnya menerusi drama Puteri Aurora Beradu

“ Apatah lagi, fokus utama saya kini adalah pada karier, lagipun, dengan peluang yang nampak semakin cerah saya tak nak semua ini mengganggu. Cuma sekarang ini, soal perkahwinan memang kami tidak bincangkan secara serius, saya takkan nafikan kerana itu kenyataan.

“Selain tidak mahu menimbulkan lagi kekecohan, ia juga membabitkan sensitiviti banyak pihak, kami tidak mahu lagi melukakan perasaan mana-mana pihak pun. Jadi, biarlah kes ini selesai dahulu. Lagi pun, masing-masing pun sibuk dengan kerja. Biarlah waktu yang menentukan...” ujar aktres muda manja ini lagi.

Watak Puteri Aurora Beradu
Menyentuh wataknya sebagai Puteri Aurora di dalam drama bersiri Puteri Aurora Beradu menerusi slot Lagenda di TV3, Memey mengakui agak sukar melakonkan watak tersebut memandangkan dia terpaksa bermain dengan bahasa wajah kerana sepanjang episod drama tersebut, Puteri Aurora hanya koma di perbaringan akibat diracun.

“ Saya sudah mencuba untuk melakukan yang terbaik dan terpulanglah kepada penonton untuk menilainya. Memang kali ini agak mencabar kerana terpaksa melakonkan watak koma. Sebab pergerakannya terhad, jadi, saya kena bijak bermain dengan memek muka,” terang gadis manis ini lagi.

Kyle XY Musim 3 Lebih Hebat

DRAMA siri sains fiksyen Kyle XY mendapat sambutan yang amat menggalakkan pada musim yang lalu apabila berjaya mencatatkan kadar penontonan sebanyak 2 juta penonton. Kini dia muncul lagi dengan aksi yang lebih mendebarkan. Kali ini Kyle terpaksa berhadapan dengan cabaran yang paling besar dalam hidupnya – pengorbanan.

Musim ke-3 siri Kyle XY kembali menemui menonton setia TV3 setiap Rabu, jam 11.00malam mulai 22 Julai 2009. Siri 10 episod ini dibintangi oleh Matt Dallas, Marguerite MacIntyre, Bruce Thomas, April Matson, Jean-Luc Bilodeau, Chris Olivero, Kirsten Prout dan Jaimie Alexander.

Sebagai seorang yang membesar dengan status wira, mereka perlu tahu bahawa ada harga yang perlu dibayar atas kelebihan yang ada pada mereka. Tetapi Kyle (Dallas) tidak peduli akan peraturan ini. Sebelum ini dia hanya seorang budak lelaki yang tertanya-tanya siapakah dia dan apakah matlamat hidupnya, tetapi kini dalam keadaan tertekan bagaimana sekalipun, dia harus menghadapinya sebagai seorang lelaki. Dan untuk melakukannya, Kyle terpaksa korbankan perhubungan dengan mereka yang sangat-sangat disayanginya.


Apa yang menjadi penyebab kepada perubahan Kyle adalah sebuah organisasi rahsia, Latnok, yang diketuai oleh Cassidy (Hal Ozsan) seorang yang berkarisma. Latnok merasakan sudah tiba masanya untuk mereka memperkenalkan diri mereka kepada Kyle, mengajak Kyle bekerja bersama-sama mereka dan menjadi seorang lelaki yang sebagaimana telah ditakdirkan.
Tetapi apabila Latnok menggunakan penculikan, ugutan dan manipulasi untuk mendapatkan apa yang mereka mahu, percayakah Kyle pada kejujuran dan keikhlasan dalam niat mereka terhadapnya?


Dengan semua konsentrasi yang Latnok berikan kepada Kyle, apakah yang terjadi kepada Jessi (Alexander)? Sebagai produk dari eksperimen yang sama, adakah Jessi hanya satu gadaian yang yang dapat digunakan oleh Latnok untuk mendapatkan Kyle?
Atau adakah mereka melihat Jesse untuk satu sebab lain? Ataupun, Kyle dan Jessi mesti bekerjasama untuk membongkar motif sebenar Latnok. Apabila pelbagai masalah muncul dan misteri semakin mendalam, Kyle dan Jessi mendapati mereka semakin rapat.

Dengan unsur-unsur komedi, drama keluarga dan misteri sains fiksyen siri ini amat sesuai ditonton oleh semua golongan masyarakat.

Friday, July 17, 2009

Setem

Tarikh Tayangan: 30 Julai 2009
Pengarah: Khabir Bhatiar
Pelakon: Afdlin Shauki, rashidi Ishak, Vanidah Imran, Que Hairdar, Bront Palarae, Isma Yusoof, Harun Salim bachik,sathia, Dato' Aziz Sattar dan ramai lagi.
Genre: Komedi


GABENOR Melaka (Lord Arthur Barring) pada 1847 mahukan sesuatu untuk diingati oleh generasi seterusnya. Beliau melantik seorang pembuat jam untuk mencipta sekeping setem. Tetapi setem tersebut ditertawakan oleh Gabenor India. Lord Arthur Barring marah lalu membuang setem tersebut, yang kemudiannya dikutip oleh cucunya….

Tahun 2008
Charles Barring IV mengadakan sidang akhbar di A Famosa. Beliau mempamerkan warisan keluarganya, Setem Barring. Setem Barring melalui perjalanan yang panjang dan kini kembali ke bumi Melaka, di mana ia dihasilkan. Ianya akan dipamerkan di Muzium Melaka.


Sid dan Joe menghadiri sidang akhbar dengan tujuan mencuri setem yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit. Sebenarnya, Pak Ramli yang memaksa Sid dan Joe mencuri setem itu untuk menampung kos pembelian tanah tapak rumah anak-anak yatim yang diuruskannya. Mahu tidak mahu, Sid dan Joe terpaksa melakukannya kerana budi Pak Ramli yang mendidik mereka di rumah anak yatim tersebut.

Namun, bukan hanya Sid dan Joe yang mahukan setem itu. Piranha Lim, seorang ketua kumpulan Ah Long juga berminat. Begitu juga dengan Mani yang baru sahaja dibebaskan dari penjara dengan bantuan rakan baiknya, Vellu iaitu seorang pekerja di Panther Security yang ditugaskan untuk membawa setem tersebut ke muzium Melaka.

Masing-masing merancang untuk mendapatkan setem tersebut. Malangnya sekali lagi setem tersebut singgah ke tangan orang lain yang tidak mengetahui apa-apa tentang setem tersebut. Alliya yang ternampak setem tersebut telah menampalnya pada surat permohonan untuk membiayai pembedahan mata adiknya, Iskander.


Siapakah yang berjaya memiliki setem tersebut? Apakah yang berlaku seterusnya? Nantikan kemunculan ‘SETEM’ pada 30hb Julai ini di pawagam seluruh Malaysia …..








Gourmet Terbaru di 8TV

ISTIMEWA buat peminat drama bersiri Korea, 8TV dengan bangganya membawakan kepada anda Gourmet yang akan disiarkan menerusi slot Best of The East. Gourmet akan disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat bermula 16 Julai 2009 jam 8.30 malam hanya di 8TV!

Drama bersiri ini berkisarkan tentang sebuah tempat memasak di sebuah restoran terkenal di Korea. Sung Chan (Kim Rae Won) dan Bong Joo (Kwon Oh Joong) dibesarkan dan diajar tentang masakan oleh bapa Bong Joo yang juga pemilik restoran terbabit,

Bong Joo merupakan seorang jejaka kacak yang mempunyai impian yang besar dan bercinta-cita untuk mengambil-alih perniagaan milik bapanya. Namun harapan Bong Joo musnah apabila bapa beliau lebih menyukai dan menyenangi Sung Chan yang begitu ikhlas dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.


Sung Chan dianggap sebagai satu ancaman besar oleh Bong Joo dan Min Woo dan mereka berdua telah sepakat untuk memasang strategi untuk menjatuhkan Sung Chan.

Di dalam sebuah pertandingan masakan, Min Woo dan Bong Joo bersepakat dan merancang untuk menjatuhkan Sung Chan. Sung Chan pula melarikan diri tanpa sebarang pesan apabila mendapat tahu dirinya telah dikhianati oleh Bong Joo dan Min Woo.

Sung Chan mula merantau dan akhirnya menjadi penjual makanan tradisional korea yang cukup lazat dan digemari ramai. Kehidupan beliau semakin baik dan beliau akhirnya bertemu dengan Jin Soo seorang wartawan yang banyak menyokong karier beliau. Jin Soo kemudiannya jatuh cinta kepada Sung Chan.

“Gourmet pastinya menjadi pilihan mereka yang gemarkan masakan yang lazat dan yang meminati drama romantik,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.


Antara pelakon-pelakon terkenal yang membintangi drama ini ialah Kim Rae Won, Nam Sang Mi, Kown Oh Joong, Choi Bul Am, Kim So Yeon dan Won Ki Joon.

Kepada semua peminat drama bersiri Korea, jangan ketinggalan untuk menonton Gourmet yang akan memulakan siaran pada 16 Julai 2009 jam 8.30 malam hanya di saluran 8TV.

Skrip 7707

Tarikh Tayangan:16 Julai 09
Pengarah: Prof Madya A. Razak Mohaideen
Pelakon: Fouziah Gous, Ainul Aishah, Norman Hakim, Que Haidar, Jehan Miskin, Ebby Abadi, Amy Nadia, Syarifah Sahirah, Norman Abdul Halim, M Rajoli, Ruminah Sidek, Maimunah Ahmad, kanchana Devi Segeran dan ramai lagi
Genre: Seram

SKRIP 7707 memaparkan 9 cerita seram tipikal yang kita pernah dengar selama ini. Antara cerita-cerita yang ditonjolkan adalah seperti lagenda hantu di asrama yang kehadirannya berpunca dari kematian seseorang di dalam asrama tersebut dan cerita hantu yang ‘menumpang’ di hospital lama.

Selain itu, kisah tentang kewujudan hantu yang popular di kalangan orang melayu iaitu hantu raya yang mempunyai kebolehan menyerupai manusia biasa juga dipertayangkan di dalam babak di mana seorang isteri yang sedang sarat mengandung memerlukan bidan. Konflik mula tercetus apabila bidan yang dipanggil suaminya sampai di rumahnya seorang diri.

Kepercayaan tentang roh yang tidak tenang kerana ada sesuatu yang tidak membenarkannya pergi dengan aman juga dipaparkan di dalam Skrip 7707, seorang lelaki telah meninggal dunia tetapi adik kecilnya masih boleh melihat kehadiran beliau. Apakah yang menggangu roh abangnya sehingga abangnya terperangkap di dunia walaupun telah meninggal?

Selain daripada jalan cerita yang menarik dan ‘familiar’ untuk para penonton, barisan pelakon yang sudah menempa nama di industri filem tanah air juga sudah pasti akan menarik minat penonton untuk pergi ke pawagam dan menyaksikan filem ini. Lebih kurang 40 pelakon ternama berlakon di dalam filem ini antaranya, Norman Halim(KRU), Fasha Sandha, Abby Abadi, Norman Hakim, Que Haidar, Jehan Miskin, Fouziah Gous dan ramai lagi.

Seperti kebanyakan filem yang bagus, pasti ada kontroversi didalamnya. Skrip 7707 mempunyai babak yang dipotong kerana terlalu ngeri untuk penonton. Babak ini dianggap kontroversi kerana dalam babak tersebut, Ayu(Fasha Sandha) yang sedang sakit dan mahu menggugurkan anak, menggunakan cara yang agak ekstrem untuk membuang kandungannya.

Kita tidak perlu lagi bersusah payah untuk membayangkan bagaimana rupa cerita-cerita seram yang kita dengar dari mulut orang sebelum ini kerana Skrip 7707 akan meyelongkar bagaimanakah segalanya berlaku, bermula dari punca kejadian-kejadian seram itu sehingga kesudahannya.