Thursday, July 23, 2009

Cheer 2009 Cipta Kehebatan Pasukan Sorak

PERHATIAN kepada semua peminat pasukan sorak, bersedialah untuk bersorak, berhibur dan bergembira bersama pasukan sorak kegemaran kamu. Bermula 24 Julai 2009 jam 9.30 malam, 8TV membawakan Cheer 2009, sebuah program dokumentari yang pastinya dinanti-nantikan oleh semua peminat sukan ini!

Cheer 2009 akan membawa kamu mengikuti perjalanan sebuah pertandingan sorak yang dianjurkan oleh Cheerleading Association & Register of Malaysia (CHARM). Objektif sebenar pertandingan ini diadakan ialah untuk mempromosikan aktiviti pasukan sorak ini supaya lebih dikenali di Malaysia.

“Cheer 2009 semestinya sebuah program yang wajib ditonton dan dinanti-nantikan oleh semua peminat pasukan sorak! Kesungguhan setiap ahli pasukan sorak dan semangat berkumpulan yang ditunjukkan oleh mereka diharap dapat memberi pengajaran kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai sukan ini,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

“Pertandingan sebegini cukup memberikan inspirasi kepada kita semua apabila melihat kesungguhan dan kerja keras remaja-remaja yang terlibat dalam pasukan sorak ini dalam mengejar impian mereka. Kepada semua peminat pasukan sorak kamu pastinya tidak mahu terlepas untuk menonton rancangan ini!” tambah Kim.

Menerusi pertandingan ini pasukan sorak tempatan dan antarabangsa akan bertanding untuk kategori “Cheer Dance” dan “Group Stunt” dan mereka yang berjaya akan membawa pulang trofi, Ahli kelab Celebrity Fitness dan barangan dari Nike. Pemenang setiap kawasan pula akan membawa pulang hadiah bernilai RM1,000 untuk setiap ahli.

Tahun ini pihak CHARM telah meletakkan syarat-syarat baru untuk dipatuhi oleh setiap pasukan. Pasukan sorak ini akan diadili oleh juri-juri menerusi teknik dan rutin-rutin yang ditunjukkan oleh setiap pasukan.

Di dalam 4 episod mencabar Cheer 2009 ini akan membawakan anda melihat perjalanan cabaran 2 pasukan terkuat setiap tahun iaitu kumpulan Shirlift dari sekolah Sri Bintang Utara dan pasukan sorak dari sekolah Sri KDU. Lima lagi kumpulan sorak merupakan pasukan kurang menyerlah.

Selain dari itu, siri Cheer 2009 juga mempamerkan persiapan mental dan fizikal yang mereka lakukan untuk menghadapi perlawanan mencabar ini. Pelbagai ragam dan kisah lucu serta sedih dapat dilihat jika kamu mengikuti rancangan ini.

Di samping itu juga, penonton akan dapat menonton rakaman ke sekolah-sekolah asal pasukan sorak yang mengambil bahagian. Isu-isu dan asal usul sekolah yang bertanding turut dimuatkan selain dari sesi temubual dengan guru-guru dan keluarga setiap pasukan sorak.

Jangan ketinggalan untuk menonton Cheer 2009 untuk menyaksikan penampilan artis-artis popular seperti Melissa Campbell (pasukan sorak CHARM All-Star dan juga merupakan pelakon siri Ghost musim kedua) dan penyanyi muda berbakat Dafi yang akan memberikan tip-tip bagaimana untuk menjadi sebahagian dari pasukan sorak dan apa yang perlu dan tidak patut dibuat ketika pertandingan yang juga bertindak sebagai pengacara.

Penaja utama Silky Girl bersama penaja bersama Marigold berbesar hati menaja rancangan Cheer 2009.Kamu bukan sahaja bakal dihiburkan dengan persembahan dari CHARM All-Stars tetapi pertandingan ini juga diserikan dengan kehadiran Chee Wei, salah seorang finalis program So You Think You Can Dance (musim ke-2).

Saksikan keupayaan pasukan sorak berlatih dan mengimbangi badan mereka setiap hari.
selain menyelami semangat dan kesungguhan pasukan-pasukan sorak menerusi Cheer 2009 setiap Jumaat bermula 24 Julai 2009 jam 9.30 malam hanya di saluran hip 8TV!

No comments:

Post a Comment