Saturday, July 11, 2009

Tribute To MJ With Jacyln Victor

SELAIN menjanjikan persembahan-persembahan hebat dari reggae-rapper Sean Kingston dan barisan artis – artis tempatan, satu segmen penghormatan khas untuk mendiang Raja Pop juga bakal berlangsung di Shout! Awards.

Pengumuman ini baru sahaja diumumkan oleh pihak produksi bahawa penyanyi bersuara emas, Jaclyn Victor bakal membuat persembahan di Shout! Awards dengan membawakan lagu-lagu hebat Raja Pop Dunia sebagai tanda perhormatan ke atas pemergian Michael Jackson. Persembahan lagu – lagu terhebat Michael Jackson akan disampaikan bersama susunan kumpulan koir beserta artis rap jemputan Reefa oleh pakar muzik Aubrey Suwito.

“Saya rasa sangat berbangga kerana dipilih untuk menjayakan dan mempersembahkan lagu-lagu beliau sebagai tanda penghormatan saya kepada penyanyi pujaan ramai, Michael Jackson,” ujar Jaclyn, yang jugfa dicalonkan untuk dua kategori di Shout! Awards iaitu Popstar Award dan Power Vocal Award.


Tambah Jaclyn, “Saya turut bersedih di atas berita kematian beliau dan pada masa yang sama juga teruja serta tidak sabar untuk memulakan latihan. Saya akan mempersembahkan yang terbaik untuk beliau dan juga lagu – lagunya. Semoga Tuhan merahmati kamu Michael Joseph Jackson!”

No comments:

Post a Comment