Memahami hakikat tersebut, Dafi menganggap kesihatan dan penampilan diri begitu penting demi mengekalkan keyakinan diri untuk terus bertahan di medan seni. Terima atau tidak, ia merupakan langkah penting bagi memastikan dia mampu bertahan lama.
Mengakui tidak mengambil pil diet, Dafi yang semakin susut daripada berat badan asal sebelum ini yang mencecah 82 kg kepada 71 kg hanya mengelak daripada menyentuh nasi. Nampaknya, cara itu berkesan bila dia semakin mula dapat melihat hasilnya.
" Sudah hampir setahun Dafi tidak mengambil nasi sebagai rutin, cuma makan roti dan makan lauk-pauk sahaja. Kalau teringin sangat, barulah ambil sikit nasi itu pun Dafi hadkan sebulan sekali saja.
" Dafi nak kurus bukan untuk suka-suka, tetapi Dafi lebih pentingkan kesihatan serta penampilan diri. Sebagai selebriti, Dafi harus lakukan demi memastikan Dafi sentiasa nampak segar, berketrampilan dan yakin dengan diri sendiri.
" Ini adalah antara usaha Dafi untuk terus kekal dalam industri. Dafi begitu cintakan kerjaya sekarang dan Dafi tidak mahu ia dirosakkan dengan imej baru jika tidak menjaganya sedari sekarang.
Ujarnya lagi, dia agak bertuah kerana kesibukannya dengan jadual kerja yang sentiasa padat turut menyumbang kepada penurunan berat yang pantas.
" Dafi akan terus cuba turunkan lagi berat badan hingga mencecah berat ideal antara 64 atau 65 kg," terang anak muda yang langsung tidak pernah patah semangat untuk terus mengharungi hidup sebagai anak seni.
Dafi kini sentiasa sibuk dengan rangka promosi albumnya, Seumur Hidup yang dilancar pada 14 Disember lalu. Kata Dafi, lagu-lagu yang terkandung dalam album tersebut kebanyakannya ciptaan KRU Publishing dan hanya dua buah lagu sahaja ciptaan komposer Indonesia.
Dafi antara idola remaja berbakat besar
Album yang memuatkan 10 buah lagu ini setidak-tidaknya menjadi bukti Dafi komited untuk terus menjadi anak seni.
Menjadi anak muda ini, segala-galanya sudah dirasai. Pernah menjadi pengacara, menjadi pelakon dan boleh dikatakan mahu menceburi semua cabang seni yang ada. Sejak itu dia semakin ligat dengan pelbagai aktiviti termasuk mencuba bakat dalam bidang lakonan biarpun ramai yang beranggapan dia tidak menyerlah dalam bidang tersebut.

Walau apapun, sikapnya yang sentiasa teruja untuk mencuba seharusnya dipuji.
Bermula dengan peranan kecil menerusi filem Apa Kata Hati sebagai cameo sahaja. Dafi mencuba lagi menerusi filem Sayang You Can Dance arahan Bjarne Wong.
Bermula dengan peranan kecil menerusi filem Apa Kata Hati sebagai cameo sahaja. Dafi mencuba lagi menerusi filem Sayang You Can Dance arahan Bjarne Wong.
Bakat yang dimiliki oleh Dafi tidak hanya terhenti setakat itu sahaja, malah dia kini menjadi rebutan untuk berlakon iklan. Selain boleh melihat wajah Dafi menerusi iklan Walls dan Brands, terbaru, dia muncul menerusi promo Coke bersama Shila OIAM.
No comments:
Post a Comment