Sunday, July 12, 2009

Filem Hebat Menerusi ‘Popcorn N’ Wednesday’ Di 8TV

SALURAN Saluran hip 8TV sekali lagi membawakan kepada kamu filem-filem hebat dari Hollywood yang akan disiarkan setiap malam Rabu sepanjang Julai ini. Slot popular 8TV ‘Popcorn N’ Wednesday’ bakal menyajikan lima buah filem hebat khas untuk penonton setia kami!
“Hari Rabu kamu pastinya lebih terisi dengan sajian filem-filem hebat dari Hollywood!” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.




Perfume

Date: 1 July 2009
Time: 10.00pm – 12.00am
Starring: Ben Whishaw & Francesc Albiol


Jean-Baptiste Grenouille dilahirkan pada kurun ke-18 di Paris. Deria bau Jean amat hebat dan beliau mula mencipta bau-bauan harum untuk dijadikan minyak wangi. Jean menghadapi pelbagai cabaran dalam pekerjaan beliau dalam misi untuk mencari haruman yang bakal diminati ramai.

Still Small Voices
Date: 8 July 2009
Time:
10.00pm – 12.00am
Starring: Catherine Bell & Mark Humphrey



Michael Summers akhirnya kembali bekerja sebagai operator kecemasan 911 untuk melupakan keperitan yang dialaminya setelah mengalami keguguran. Summers mula dihantui oleh satu panggilan dari seorang budak perempuan yang dipercayai telah mati yang sentiasa muncul dalam mimpi-mimpi Summers. Summer cuba menyiasat dan mendapati tiada siapa yang mengetahui kematian budak perempuan tersebut dan Summers sedaya upaya cuba membongkar misteri di sebalik pembunuhan ngeri itu.

Xchange
Date: 15 July 2009
Time: 10.00pm – 12.00am
Starring: Stephen Baldwin & Pascale Bussieres

Xchange merupakan syarikat yang memiliki sebuah teknologi yang membolehkan seseorang merentasi masa melalui minda dengan hanya bertukar jasad dengan seseorang. Salah seorang ahli korporat yang digelar "Corpie" secara tidak sengaja telah bertukar jasad dengan seorang pengganas yang dikehendaki pihak berkuasa. “Corpie” terpaksa bertarung dengan masa untuk menghalang pengganas tersebut dan cuba untuk mendapatkan jasad beliau kembali.



Cellular
Date: 22 July 2009
Time: 10.00pm – 12.00am
Starring: Kim Basinger & Chris Evans



Ryan (Chris Evans) telah menerima satu panggilan telefon daripada seseorang yang tidak dikenalinya. Wanita misteri itu bernama Jessica Martin (Kim Basinger) yang merupakan seorang guru sains yang telah diculik oleh Greer (Jason Statham). Greer telah membawa Jessica ke sebuah rumah usang dan mengurungnya di situ. Greer turut memecahkan telefon dan kemudiannya meninggalkan Jessica seorang diri. Beberapa jam kemudian, Jessica berjaya memasang semula telefon yang dipecahkan Greer dan cuba membuat panggilan keluar dan Ryan merupakan orang yang menjawab panggilan Jessica. Pada awalnya, Ryan menyangkakan panggilan itu adalah satu jenaka namun Ryan mula berubah fikiran apabila Jessica memberitahu Greer juga mempunyai rancangan untuk membunuh suami Ryan dan anak lelakinya.

Deep Rescue
Date: 29 July 2009
Time: 10.00pm – 12.00am
Starring: Tamara Davies & Dale Midkiff



Sebuah kapal angkasa Discovery kembali ke bumi setelah mengalami masalah enjin. Komander yang bertugas; Kevin cuba mengelurkan oksigen sebanyak yang mungkin namun masih gagal untuk menyelamatkan kapal angkasa itu dari terhumban di sebuah laut. Ben, bekas komander Discovery berjaya mencari lokasi kapal angkasa yang terhumban itu dan cuba menyelamatkan mereka.

No comments:

Post a Comment