Thursday, July 16, 2009

Setem Hebat! Penuh Mesej Bersahaja

SELEPAS mengarah dua filem bercorak romantik, buat julung kalinya pengarah terkenal Kabir Bhatia muncul dengan sebuah filem komedi aksi berjudul ‘Setem’. Setem adalah satu wadah yang terbaik dan agak murah bagi merakam peristiwa, mempunyai sejarah yang panjang dan berwarna-warni, seindah reka bentuk yang pelbagai. Tidak hairanlah, semakin tua usia sekeping setem, nilainya juga bertambah tinggi.

Bermula dengan tajuk yang begitu ringkas dan lazimnya jarang dipraktis dalam senario industri perfileman tempatan, ‘Setem’ bermula dengan gerak imbas kembali melalui prolog sejarah ‘Setem’ pertama ciptaan Lord Arthur Barring.

Kali ini, naskhah karya Khabir bermula dengan Setem yang ditertawakan oleh Gabenor India kerana terdapat kesilapan, membuatkan Lord Arthur Barring marah lalu membuang Setem tersebut.

Kelainan karya sentuhan Kabir jelas terserlah apabila memulakan pengenalan cerita melalui ilustrasi komik yang cukup menarik. Kabir yang sukakan keunikan masyarakat Malaysia telah menghasilkan sebuah filem dengan latar pelbagai kaum dan bangsa yang mengejar ‘Setem’ bernilai jutaan ringgit.
Penerbit Eksekutif Tayangan Unggul Sdn. Bhd. Gayatri Su-Lin Pillai (kiri) dan Pengarah filem Setem, Kabir Bhatia.

Kronologi cerita seterusnya digarap dengan menampilkan segelintir masyarakat yang terbabit dengan isu gangsterism, penipu dan pembelit yang impikan kemewahan hidup melalui jalan mudah.

Karektor ini digambarkan melalui Geng Anak Yatim, Geng Piranha, Geng Tosai, Geng Bakso dan Geng Teraniaya. ‘Setem’ adalah skrip pertama hasil tulisan Kabir Bhatia sendiri.

Selain menggunakan 500 pelakon tambahan, filem ini turut membariskan 23 pelakon hebat termasuk Afdlin Shauki, Rashidi Ishak, Sathia, Indi Nadarajah, Que Haidar, Bront Palarae, Vanidah Imran, Diana Danielle dan Chelsia Ng.


HEBAT....Pelakon-pelakon yang menghidupkan filem SETEM

Pelancaran laman web Setem turut diadakan...

Filem yang berdurasi 110 minit ini adalah filem pertama terbitan Tayangan Unggul yang menjalani penggambaran dengan menggunakan format HD (High Definition). Filem yang di tunggu tunggu peminat layar perak ini bakal ditayangkan di 51 buah pawagam seluruh Malaysia mulai 30 Julai 2009.

No comments:

Post a Comment