Friday, July 10, 2009

Muda, Jelita, Bijak, Berjaya

KAMU punya impian mencapai sukses dalam kerjaya dan hidupmu? tentulah ya! Barangkali hanya mereka tidak berwawasan yang enggan berjaya dalam hidup mereka? Jika terasa semangatmu semakin dingin, jadikan idolamu sebagai pembakar semangat. Lihat saja bintang-bintang muda ini. Dalam usia kurang 30 tahun, mereka telah menemui matlamat hidup malah semakin gagah melangkah demi mencipta lebih kejayaan. Hebat bukan? Apalah yang ada pada usia...ia cuma angka semata!





Diana Danielle

Diana atau pemilik nama sebenar Diana Danielle Beeson ini baru berusia 18 tahun. Namun, gadis jelita berdarah kacukan Melayu-Amerika ini sudah berjaya meraih pelbagai kejayaan di dalam hidupnya. Walaupun sudah bergelar model, pengacara, pelakon dan terbaru mula berjinak-jinak di dalam bidang nyanyian, namun langsung tidak membantutkan minat anak kelahiran Houston, Texas, United States ini untuk terus menyambung pendidikannya.

Emma Watson

Emma Watson mungkin belum lagi mengumumkan keputusannya untuk menyambung pendidikan, tetapi dengan keputusan cemerlang yang telah berjaya diraih, tentunya dia takkan sesekali melepaskan peluang itu. Aktres hebat yang mula menonjol lakonannya sebagai Hermione menerusi filem Harry Potter pada usia 9 tahun ini ternyata semakin mendapat perhatian hangat dari label-label fesyen terkemuka untuk menggayakan rekaan mereka.


Liyana Jasmay

Gadis lincah berusia 21 tahun ini berasal dari Kuantan, Pahang. Liyana Jasmay yang mula berjinak-jinak di dalam dunia seni sejak tahun 1997 ini ternyata semakin popular menerusi filem serta siri drama yang berjaya menonjolkan bakat lakonan mantapnya. Selain berjaya meraih nama di bidang lakonan, pernah mendapat pencalonan Liyana juga begitu berani memperjudikan nasibnya menerusi dunia nyanyian apabila memperkenalkan single terbarunya Aku Tak Percaya Cinta. Pakej lengkap yan ada padanya juga turut mendapat perhatian pereka-pereka fesyen tanahair untuk menjadikan dia antara selebriti favourite bagi menggayakan rekaan mereka, selain turut terpilih sebagai duta produk kecantikan Maybelline. Terbaru, filemnya bergandingan dengan Adflin Shauki menerusi Papadom sedang hangat di sinema.


Hayden Panettiere

Hayden Leslie Panettiere atau Hayden Panettiere, bintang siri Heroes ini juga tidak kurang gahnya. Turut popular sebagai penyanyi pop di Amerika, dia mula berjinak-jinak di dalam dunia seni sejak berusia 7 tahun menerusi siri Disney Remember the Titans. Kini, kala usianya baru menjengah 20 tahun, namanya semakin menjulang tinggi.


Stacy

dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Stracie Angie Anam atau lebih popular dengan nama komersialnya, Stacy ini adalah antara selebriti remaja yang gigih dan kuat semangat juangnya. Peminat setia penyanyi Christina Aguilera ini terpaksa berhenti sekolah pada umur 17 tahun untuk bekerja bagi menampung kehidupan keluarganya yang miskin. Turut digelar 'Anita Sarawak Junior' dan 'Agnes Monica Malaysia' lantaran kehebatannya acapkali membuat persembahan, Stacy kini semakin menapak populariti di usianya yang baru menjangkau 19 tahun.


Demi Lovato

Pencipta lagu, Penyanyi dan aktres Amerika ini mula mendapat tempat di hati peminatnya kala membintangi filem Sonny With A Chance dan Camp Rock sebagai Mitchie Torres. Selepas itu, Demi Lovato atau nama sebenarnya Demetria Devonne "Demi" Lovato semakin mula mengharum di kalangan peminat-peminatnya di seluruh dunia. Album debutnya, Don't Forget turut dilancarkan pada tahun 2008. Hebatnya si gadis genit ini, di usianya yang baru menapak 17 tahun Ogos ini, album keduanya Here We Go Again juga dijangka akan dilancarkan menjelang Julai.

No comments:

Post a Comment