Begitulah, terdorong dek rasa teruja serta minat mendalam dalam dunia lakonan menjitukan hasratnya untuk gagah melangkah menerokai dunia penuh pancaroba ini meskipun pada awalnya tanpa restu keluarga.
Namun, berbekal semangat kental bagaikan ingin berjuang di medan perang, Diana, si cilik berusia 23 tahun ini yang baru menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Sumber Manusia di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, 24 Julai lalu akhirnya berjaya membuktikan impiannya kini semakin nyata di dalam genggaman yang turut meleburkan segala tentangan keluarganya selama ini.
Tidak menyesal menceburi dunia seni
Ini juga memberi makna tersendiri buatnya yang semakin lega lantaran kembali memiliki ruang untuk menyusun semula jadual seninya yang terhad sebelum ini. Setahun sebagai anak seni, sebenarnya tidak banyak yang disenaraikan dalam profil lakonan pelakon muda ini.
Selain Impian, Diana antara barisan pelakon yang terlibat sebagai minah rempit dalam filem Rempit V3.Tidak banyak berlakon bukan kerana dia selektif dengan watak yang diberikan tetapi kerana perlu mendahulukan pelajaran sebagai jaminan masa depan.
"Saya minat dengan lakonan tetapi dalam masa yang sama saya perlu utamakan pelajaran sebagai jaminan di masa depan.
"Selagi ada tawaran, selagi itu pendapatan akan ada tetapi ia masih belum dapat menjanjikan apa-apa.
"Sebelum ini bukan saya tidak menerima apa-apa tawaran. Ada tawaran, tetapi kebanyakannya saya tolak kerana jadual belajar tidak mengizinkan. Kalau nak terima sekalipun hanyalah untuk penggambaran yang melibatkan satu atau dua hari sahaja.
DIANA...akui peluang di dalam bidang lakonan semakin cerah untuknya
"Sekarang, masa untuk berlakon lebih banyak. Cuma dari segi kerjaya, saya tidak pasti lagi sama ada nak sambung belajar, bekerja ataupun meneruskan kerjaya sebagai pelakon," katanya.
Sebagai 'orang baru' di pentas lakonan, Diana mengakui dunia glamor banyak mengajarnya erti kesabaran.
Sebagai 'orang baru' di pentas lakonan, Diana mengakui dunia glamor banyak mengajarnya erti kesabaran.
Bukan sahaja menjadi perhatian masyarakat malah, privasi yang pernah dikecapinya suatu masa dahulu terpaksa dikorbankan demi mengejar cita-citanya.
"Walaupun suka berlakon tetapi satu yang saya tak tahan ialah kontroversi. Biarpun bukan melibatkan kontroversi yang besar tetapi apa sahaja yang dilakukan pasti akan menjadi perhatian umum.
"Dari situ, kekurangan yang jelas ialah privasi itu sudah tiada," kata Diana lagi.
No comments:
Post a Comment