Sunday, July 26, 2009

Demi Lovato dan Trace Cyrus Berpisah

SOAL umur dan sering berjauhan menjadi alasan utama mengapa Demi Lovato dan Trace Cyrus berpisah, akui Cyrus sendiri kepada Majalah People.

“ Demi adalah antara teman baik saya dan kami kemudiannya menjadi semakin intim sejak beberapa bulan lalu. Tapi kesibukan masing-masing menyebabkan kami semakin renggang dan perpisahan ini tidak dapat dielakkan,” ujar penyanyi Metro Station ini yang juga abang kepada Miley Cyrus.

“ Saya sentiasa berada di hujung dunia, begitu juga dengannya dan nampaknya perhubungan ini tidak akan menjadi buat masa ini.

Di sebalik perpisahan itu, di antara Cyrus dan Lovato, tidak ada hati yang terluka.



“ kami berusaha sedaya upaya untuk tidak mengecewakan hati masing-masing. Lagi pun ia adalah jalan paling baik untuk kami.

“Acapkali, tidak kira ketika kami keluar bersama atau sekadar berbual di telefon, dia sememangnya dia hebat dan matang. Dia mampu menghiburkan sesiapa saja yang bergaul dengannya. Dia adalah seorang yang memang sesuai untuk saya.


“ tetapi jarak umurnya terlalu jauh dari saya, saya 20 dan dia 16 tahun. Apabila seseorang itu lebih muda berbanding kamu, tentu kamu akan tercari-cari perbezaan lain dari perhubungan tersebut. Mungkin apabila tiba masanya kami berdua lebih matang, kami akan mencari benda yang sama dan waktu itu hubungan ini akan lebih sukses.

Walaupun tanpa Lovato di dalam hidupnya, Cyrus masih meneruskan kehidupannya yang sibuk dengan jadual kariernya yang ketat.

No comments:

Post a Comment