“I Wanna Be A Model kini kembali dengan musim terbaru! Peminat dan pengikut setia rancangan ini pastinya tidak sabar-sabar untuk menonton musim terbaru yang lebih menghiburkan,” ujar Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif 8TV.
Izham menambah, “Kita berjaya menemui beberapa model berbakat sewaktu sesi ujibakat dijalankan. Finalis Top 16 rata-ratanya memiliki wajah dan personaliti menarik. Saya percaya mereka berpotensi untuk pergi lebih jauh,”
Peserta-peserta musim ke 3 yang tidak kurang hebatnya...
I Wanna Be A Model dibuka kepada lelaki dan wanita berbangsa Cina berumur di antara 18 hingga 26 tahun yang tidak terikat dengan mana-mana agensi model.
Program realiti yang mendapat sambutan hangat ini akan terus menghiburkan anda untuk musim ke-3. Finalis Top 16 akan diberikan tugasan yang mencabar dan mereka perlu melaksanakan setiap tugasan itu dengan baik untuk terus kekal sehingga ke peringkat akhir.
Kamu turut berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan finalis I Wanna Be A Model yang akan mengadakan siri jelajah di lokasi-lokasi berikut:
25 Julai 2009, jam 1 petang bersama top 16 di Klang Parade.
9 Ogos 2009, jam 1 petang bersama top 12 di Sungei Wang Plaza
26 September 2009, bersama top 4 di KL Chinese Carnival
9 Ogos 2009, jam 1 petang bersama top 12 di Sungei Wang Plaza
26 September 2009, bersama top 4 di KL Chinese Carnival
I Wanna Be A Model akan disiarkan secara langsung secara eksklusif di saluran hip 8TV, setiap Ahad bermula 5 Julai 2009 jam 9.30pm malam. Bagi musim ke-3 ini, 8TV telah bekerjasama dengan barisan penaja yang hebat-hebat antaranya Sasa, 988 selaku radio rasmi dan Citta Bella selaku majalah rasmi. Sementara itu, personaliti popular 8TV Jeffrey Cheng dan Cheryl Lee telah diberi tanggungjawab sebagai pengacara untuk program ini.
Jurugambar / Pengarah Christopher Low, Addy Lee (CEO Monsoon Hair Group) dan Priscilla Yee (peragawati terkenal) kembali sebagai juri professional
No comments:
Post a Comment