Thursday, July 23, 2009

Ekstravaganza, Penuh Nilai Budaya Dalam Klip Muzik Estet

FILEM Estet antara filem yang dinanti-nantikan oleh pengkritik-pengkritik. Namun, keterujaan penantian itu bukan atas dasar ingin menggodam, namun kerinduan untuk menyaksikan filem-filem berkonsepkan ' Satu Malaysia' yang sememangnya sentiasa diterapkan oleh pengarah yang seorang ini.


Selepas perginya pengarah hebat Yasmin Ahmad, Mamat khalid adalah antara pengarah berkualiti yang tinggal, secara peribadinya, penulis juga sukakan garapan idea kreatif Mamat yang tidak pernah meminggirkan mesej sinis menerusi setiap filemnya. Terbaru, filem Estet juga sedang dalam proses penggambaran.





Malah, baru-baru ini juga pihak media telah dijemput untuk menikmati dan melihat sendiri proses pembikinan klip video bertajuk 'Ayuh kawan'dan ‘Cahaya Kemenangan, bertempat di Sungai Buloh, Selangor.

Keunikan muzik video ‘Ayuh Kawan,’ ialah dinyanyikan oleh penyanyi rock popular tanahair iaitu, Awie. Manakala Farid Kamil, Jasmine Michael dan Shashi Tharan membintangi video muzik berkenaan.

Pengarah kreatif Mamat Khalid...

Gerak tari menarik juga pakaian berwarna-warni menjadi muzik video ‘Ayuh Kawan,’ satu ekstravaganza yang tidak dapat dilupakan. Penyatuan semangat kepelbagaian kaum di Malaysia, buat julung kalinya, video muzik ini dinyanyikan secara kombinasi di dalam bahasa Melayu dan Tamil, oleh Awie juga penyanyi Tamil popular, Siva.


Mendapat sentuhan pengarah terkenal, iaitu sutradara Mamat Khalid, serta tenaga kerja kreatif yang terbaik, ‘Ayuh Kawan,’ juga ‘Cahaya Kemenangan,’ pastinya menambat hati peminat-peminat. Dalam pada itu juga ‘Ayuh Kawan’ bakal ditayangkan di MTV Asia nanti. Filem ‘Estet’ dijangka akan ditayang kepada umum pada penghujung tahun ini. Nantikan ‘Estet’ di pawagam nanti.



Kehangatan filem ‘Estet’ arahan sutradara Mamat Khalid, semakin dirasai apabila baru-baru ini menjalani pengambaran muzik videonya iaitu ‘Ayuh Kawan’ dan ‘Cahaya Kemenangan,’ bertempat di Sungai Buloh, Selangor.

No comments:

Post a Comment