Saturday, July 11, 2009

Gegaran Shout Award Di 8TV

SUDAH bersedia untuk menyaksikan gegaran anugerah hip Shout! Awards yang hanya tinggal seminggu lagi? Biarpun sudah banyak acara anugerah di Malaysia, namun ternyata Shout! Awards, anugerah baru ini tetap mendapat tumpuan.

Malam itu juga, penonton bakal dihidangkan dengan persembahan hebat daripada Pop Shuvit, One Buck Short, Jin Hackman, Reza Salleh, Komplot, Caprice, Estranged, Shila, Bunkface, Mia Palencia, Pesawat, Paolo Delfino, Nikki, Joe Flizzow, Rahim Maarof dan ramai lagi!

Selain penghibur, acara anugerah ini turut diserikan selebriti-selebriti popular sebagai penyampai antaranya ialah Juliana Evans, Deborah Henry, Paul Moss, Fazura, Alif Satar, Yasmin Ahmad, Smek, Chong Sisters, Diana Rosdi, Jojo Struys, Nabil (Raja Lawak 2), Syafinaz Selamat, Jien, Marion, Afdlin Shauki, One Nation Emcee, Love Me Butch, Dato’ Sri Tony Fernandez dan Sarah Lian.



Pengacara terkenal yang sinonim dengan 8TV, Marion Caunter serta Soo Kui Jien akan bergandingan bersama personaliti baru yang sedang meningkat naik iaitu Sarah, telah diberi tanggungjawab untuk mengacarakan anugerah yang julung-julung kali diadakan ini.

Namun, paling menarik minat adalah kemunculan penyanyi terkenal antarabangsa Sean Kingston yang akan diterbangkan khas untuk membuat persembahan di Shout! Awards. Inilah peluang anda untuk menyaksikan sendiri persembahan bertenaga dan menghiburkan dari Sean Kingston!

“Kami cukup gembira dan berbesar hati untuk mengumumkan kehadiran Sean Kingston di Shout! Awards nanti. Bukan sekadar membuat penampilan istimewa, Sean Kingston juga bakal beraksi di pentas Shout! Awards nanti,” ujar Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif 8TV.

“Kehadiran artis popular antarabangsa ini pastinya menjadikan anugerah ini sebagai anugerah yang paling hangat diperkatakan!. Selain Sean Kingston, Shout! Awards turut membariskan artis-artis tempatan popular yang turut serta membuat persembahan,” tambah Izham lagi.


Untuk mengundi artis kegemaran kamu bagi setiap kategori, kamu boleh mengundi secara online dengan melayari laman web utama
www.shoutawards.com.my, atau mengundi menerusi SMS dengan menaip SHOUT dan hantar ke 33399.

Pemenang bagi setiap kategori akan ditentukan oleh undian daripada rakyat Malaysia menerusi undian secara ‘online’ dan SMS. 50% akan dikira daripada undian secara ‘online’ manakala 50% yang berikutnya akan dikira melalui undian SMS. Seterusnya undian akan dikumpul dan diaudit oleh pihak berkecuali. Undian telah dibuka sejak 8 Jun 2009 dan akan ditutup pada 16 Julai 2009.

No comments:

Post a Comment