SUDAH jelak hidup menjeruk perasaan. Terpaksa menelan tuduhan dan hinaan, kini ternyata kesabaran serta pengorbanan Memey Suhaiza Suhaimi, 21, semakin memutikkan hasil. Malah, keyakinan serta kesungguhan menatang impian agar hari-harinya kian bersinar terang bukan lagi khayalan.
Apa tidaknya, daripada bergelar seorang pelakon tambahan, dia maju setapak lagi dan mula mendapat kepercayaan memegang watak utama. Buktinya, tahun ini sahaja, sudah tiga peranan utama yang telah diberikan kepadanya iaitu Roda-Roda Kotaraya, Cinta Balqis dan terbaru Puteri Aurora Beradu.
Popular Lewat Kontroversi
Menafikan populariti yang diraih hari ini lewat kontroversi hangatnya dengan Norman Hakim, sebaliknya Memey menegaskan ia adalah berkat usaha gigih serta kerja kerasnya mendalami ilmu dunia lakonan mungkin antara faktor mengapa syarikat produksi tidak lagi was-was untuk mempertaruhkan kepercayaan mereka kepadanya.
Menafikan populariti yang diraih hari ini lewat kontroversi hangatnya dengan Norman Hakim, sebaliknya Memey menegaskan ia adalah berkat usaha gigih serta kerja kerasnya mendalami ilmu dunia lakonan mungkin antara faktor mengapa syarikat produksi tidak lagi was-was untuk mempertaruhkan kepercayaan mereka kepadanya.
MEMEY...Redha atas ujian yang diberikan kepadanya...
“ Saya amat bersyukur. Ini semua adalah rahmat Ilahi. Memang tidak dapat dinafikan ada gusar yang bermain di benak, takut orang sudah enggan dan tidak boleh menerima saya lagi.
“Tetapi Alhamdulilah ternyata pintu itu dikuak seluas-luasnya oleh Tuhan sehingga saya mendapat kekuatan untuk berdepan dengan kemungkinan dan ujian.
Kahwin Bukan Penyelesaian
MEMEY enggan lagi menafikan semakin rapat dengan Norman
Sehingga kini kes Memey dan Norman Hakim masih dibicarakan di mahkamah. Terbaru kes mereka akan disebut semula pada 31 Julai ini. Dalam pada kalut turun naik mahkamah itu, Memey turut mengakui sesak dengan pelbagai komen serta persoalan yang menyuruh dia berkahwin sahaja dengan Norman demi meleraikan semua kekusutan. Namun, berbeza bagi Memey, dia tidak nampak berkahwin bisa menamatkan semuanya.
“ Bagi saya, kahwin bukan caranya untuk menyelesaikan masalah. walau berkahwin sekali pun, kes tetap disebut. Perbicaraan tetap diteruskan. Saya tidak mahu terburu-buru membuat keputusan. Ada bagusnya waktu yang ada ini, kami gunakan untuk lebih mengenali diri masing-masing.
Saya tidak menafikan, sejak kes itu sebenarnya lebih merapatkan kami. Memang sebelum ini kami menafikan bila ada dakwaan sebegini, bimbang bisa memburukkan keadaan, tetapi nyata kami silap membuat perhitungan.
“Lagi dinafi, lagi banyak yang timbul. Kami sorok pun, ada yang akan nampak.Tapi saya mahu proses ini berlaku secara perlahan dan tak mahu ia berlaku drastik, bila masa sudah sampai baru buat keputusan.
Bersama Iqram Dinzly... pasangan kekasihnya menerusi drama Puteri Aurora Beradu
“ Apatah lagi, fokus utama saya kini adalah pada karier, lagipun, dengan peluang yang nampak semakin cerah saya tak nak semua ini mengganggu. Cuma sekarang ini, soal perkahwinan memang kami tidak bincangkan secara serius, saya takkan nafikan kerana itu kenyataan.
“Selain tidak mahu menimbulkan lagi kekecohan, ia juga membabitkan sensitiviti banyak pihak, kami tidak mahu lagi melukakan perasaan mana-mana pihak pun. Jadi, biarlah kes ini selesai dahulu. Lagi pun, masing-masing pun sibuk dengan kerja. Biarlah waktu yang menentukan...” ujar aktres muda manja ini lagi.
Watak Puteri Aurora Beradu
Menyentuh wataknya sebagai Puteri Aurora di dalam drama bersiri Puteri Aurora Beradu menerusi slot Lagenda di TV3, Memey mengakui agak sukar melakonkan watak tersebut memandangkan dia terpaksa bermain dengan bahasa wajah kerana sepanjang episod drama tersebut, Puteri Aurora hanya koma di perbaringan akibat diracun.
Menyentuh wataknya sebagai Puteri Aurora di dalam drama bersiri Puteri Aurora Beradu menerusi slot Lagenda di TV3, Memey mengakui agak sukar melakonkan watak tersebut memandangkan dia terpaksa bermain dengan bahasa wajah kerana sepanjang episod drama tersebut, Puteri Aurora hanya koma di perbaringan akibat diracun.
“ Saya sudah mencuba untuk melakukan yang terbaik dan terpulanglah kepada penonton untuk menilainya. Memang kali ini agak mencabar kerana terpaksa melakonkan watak koma. Sebab pergerakannya terhad, jadi, saya kena bijak bermain dengan memek muka,” terang gadis manis ini lagi.
No comments:
Post a Comment