Thursday, July 23, 2009

Puteri Aurora Beradu Akibat Dendam Silam

BARU-baru ini telah diadakan majlis Ramah Mesra dengan pelakon-pelakon drama bersiri terbaru Puteri Aurora Beradu yang bakal mengisi slot Lagenda TV3. Jika sejak kecil, kita sering kali didengarkan dengan kisah lagenda Inggeris ' Sleeping Beauty' yang mengisahkan Puteri yang tertidur setelah terkena jarum sumpahan. Sumpahan tersebut akan berakhir apabila dia berjumpa dengan jejaka idamannya.

Tetapi, lain pula ceritanya dalam versi melayu. Semuanya bakal disaksikan menerusi siri baru Puteri Aurora Beradu yang bakal menemui penonton TV3 menerusi slot Lagenda. Siri ini menampilkan satu lagi versi moden yang diadaptasikan dari filem lagenda Inggeris dan dimodenkan bagi menepati citarasa penonton hari ini.

Drama terbitan Grand Brilliance ini merupakan hasil kreativiti Fairuz Loy serta penulis skrip Mufid Suhaimi. Malah, drama ini turut dijayakan oleh pelakon-pelakon sensasi seperti Iqram Dinzly, Memey Suhaimi, Eizlan Yusof, Rozita Che Wan, Norish Karman, Aida Aris, Wan Maimunah, Enot dan ramai lagi.

Hakimi, jejaka yang berjaya membangunkan Puteri Aurora dari lenanya yang panjang

Selain itu, masih mengekalkan tema dendam dan cinta, drama ini turut diolah dengan baik menjadikan plot ceritannya begitu mudah difahami di mana mengekalkan teknik imbas kembali.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Pn Nurul Aini Abu Bakar, lagenda Inggeris 'Sleeping Beauty' yang menjadi kisah dongeng dulu dan kini direalisasikan menerusi Puteri Aurora Beradu.



Versi kali ini tidak lari daripada kisah asal iaitu puteri yang cantik dan anak raja yang gagah. Kisah puteri menjadi mangsa dan hanya cinta sejati bakal membangkitkannya dari tidur.

Cuma, dalam versi tempatan, ia diterjemahkan menurut citarasa yang bersesuaian dengan masyarakat. Selain itu, moral menerusi siri ini mampu memberi pengajaran yang baik kepada penonton. Selain jalan cerita menarik, ia juga sesuai ditonton seisi keluarga.

Mengisahkan seorang gadis, Puteri Aurora yang hidup dalam persembunyian. Dia yang dikejarkan ke hospital akibat kemalangan kemudiannya koma. Kisah kembali membawa teknik imbas kembali tentang ibu bapanya mnerusi penceritaan tiga orang pengasuhnya iaitu Che Nora, Che Am dan Imah.

Ibunya, Aisyah dikatakan telah berkahwin dengan bapanya Imran, rakan kongsi kepada Sofea, yang turut digambarkan sebagai seorang kaki perempuan. Sofea telah menaruh perasaan terhadap Imran. Tetapi kemudiannya telah bersumpah untuk menghancurkan keluarga Imran apabila mendapat tahu Imran bakal berkahwin dengan Aisyah.

Kelahiran Puteri Aurora, Imran dan Aisyah beriktikad untuk menyembunyikan Puteri dari penganiayaan Sofea. Puteri Aurora kemudiannya membesar bersama tiga orang pengasuh yang memiliki kelebihan dan kekuatan tersendiri. Namun, Sofea kemudiannya mendapat tahu tentang Puteri Aurora dan dendamnya semakin membara lantaran berasa tertipu.



Sementara itu, Hakimi, seorang anak ahli perniagaan telah jatuh cinta terhadap Puteri Aurora biar pun mereka tidak pernah bertegur sapa. Namun untuk memiliki Puteri Aurora, bermakna Hakimi perlu berdepan dan menentang kezaliman Sofea terhadap kekasihnya. Berjayakah Hakimi? saksikan drama bersiri Puteri Aurora Beradu, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 4.30 petang di TV3 atau siaran ulangannya di TV9 jam 8.30 malam.

No comments:

Post a Comment