Wednesday, April 15, 2009

Teksturnya...Wow Memikat!

RAMBANG mata kala menjenguk butik-butik kecantikan sekitar kota. Hari ini, ternyata pengguna punya banyak pilihan untuk memilih. Bukan saja relevan dari segi fungsinya, malah kamu juga bisa memilih berdasarkan teksturnya yang wow! begitu memikat!













SEHANGAT mentari! Ceriakan wajahmu dengan Lancome Sunny Manorama Powder, RM150





INDAHKAN riasan wajahmu dengan Dior Impression Cuir, tekstur kulit buaya untuk tiga rona mewah pembayang mata menawan, RM169

MENYINARI penampilanmu dengan Shu Uemura Luring Powder, pasti si dia tertawan, RM110



TONA kulitmu kusam? Pasti tidak lagi dengan Estee Lauder Chocolate Decadence Creme Caramel Shimmer Powder, RM120



PASTI menyerlahkan keindahan matamu dengan Lancome Star Bronzer, RM180

CIPTAKAN kesempurnaan wajahmu dengan Guerlain Meteorites Illuminating Pressed Powder, Rm200


ILHAM magis untuk menyerikan wajahmu dengan sentuhan YSL Pallete Pop, RM188



SOLEKAN mata tambah unik dengan M·A·C 'Mineralize' Eye Shadow Duo, RM70

ILHAMKAN ekspresi menggodamu dengan Clinique Fresh Bloom Allover Colour, tiada harga

Sensasi Segar!

KESIBUKAN menjalani tugas dan kehidupan harian sememangnya amat memenatkan. Sesekali di hari minggu, apa kata luangkan waktu berhargamu untuk membelai dan memanjakan diri. Tidak perlu berhabisan ratusan ringgit, cukup sekadar lakukan sendiri di rumah!



Loccitane Foaming Rice Cleanser, RM77


Kiehl's Creme de Corps, RM100
Laura Mercier 'Chocolate Truffle' Honey Bath, RM149



Origins Paradise Found Balinese Body Glow, RM110



Origins The Way of the Bath Matcha Tea Scrub, RM180




Shu Uemura Cleansing Beauty Oil Premium AI, RM109




The Body Shop Poppy Seed Oil Reviving Mask, RM48




Dior Rinse-Off Cleansing Foam




Ultra Comforting Cleansing Milk, RM73




Clinique Facial Soap With Dish

Color Secret!

MISTIK warna sukar untuk diterjemahkan. Ia bukan saja mampu menerbitkan ceria di hati, malah bisa merubah wajahmu sekelip mata. Ayuh bongkarkan rahsia warna hingga memutikkan bahagia dalam hidupmu!


SEGARKAN tubuhmu dengan haruman ekstrak cherry, dibawakan oleh Annick Goutal 'Petite Chérie Shower Oil (Limited Edition), RM139



MENYERLAHKAN seksi bibirmu dengan biasan kristal. Estée Lauder Pure Color Crystal Gloss pastinya!, RM65



MERUBAH kelopak matamu dengan magis sentuhan kekal lama. Cuba Revlon ColorStay Mineral Eye Shadow, RM49



HANYA satu calitan Clarins 'Double Fix' Mascara Waterproofing Seal Lashes & Eyebrows, matamu pastinya lebih menawan, RM85



GLAMOR itu sudah semestinya dengan sentuhan indah Bobby Brown Blush, RM80



BERMAIN dengan warna dan serlahkan bibir mulusmu dengan transformasi posietint, terbaru daripada Benefit, RM139



MEMBERI efek sensasi pada matamu dengan Lancôme 'Color Design' Sensational Effects Eye Shadow, RM65



RASAI aura magis Benefit Lemon Aid, pasti wajahmu bisa ceria sentiasa, RM89

Kamu Mudah Di Serang Penyakit?

Taurus ( 20 Apr – 19 Mei )
Pernahkah tatkala bangun pagi, kamu sering berasa sakit di bahagian kerongkong? Ketahui kelemahan si penaung Taurus adalah di bahagian leher, kerongkong dan bahu. Biar pun kebanyakan daripada mereka memiliki suara merdu tetapi lantaran kelemahan ini menyebabkan mereka sukar memenuhi impian tersebut.

Gemini ( 20 Mei – 20 Jun )
Apa penyakit yang mudah mengganggumu? Apa lagi jika bukan asma, anemia, gemuruh dan masalah pernafasan. Jika kamu memang mendapati simptom-simptom ini telah mula menyerang, segeralah bertindak mendapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor.

Cancer (21 Jun – 22 Jul)
Usah memaksa diri melakukan latihan regim yang rutin. Jangan sampai semua tenagamu hilang dek kerana keghairahan kamu bersenam. Bagi penaung Cancer, kamu mudah berdepan dengan masalah obesiti memandangkan tabiat semulajadi yang menggunakan makanan sebagai pengurang tekanan. Jangan lupa kamu mungkin juga mudah diserang penyakit berkaitan usus, hati, pundi kencing dan depresi.

Leo ( 23 Jul – 22 Ogos)
Nampak gayanya tahap tenagamu lebih baik daripada biasa. Bagi kamu yang terikat dengan jadual ketat, semangat untuk membersih dan mengemas rumah membuatkan kamu tidak ingin duduk diam. Tapi awas! Kamu perlu lebih memberi fokus kepada pengawalan jantung dan saraf tunjang, memandangkan si Leo sememangnya begitu sinonim dengan serangan jantung berlubang. Lebih memburukkan keadaan jika kamu kerap di hantui masalah rasa gemuruh dan gementar yang hanya akan lebih memberi impak negatif pada jantungmu itu!

Virgo ( 23 Ogos – 21 Sep)
Nampaknya tidak kesampaian juga kamu melakukan aktiviti yang sudah dirancang sejak seminggu lalu. Tapi jangan tension, lakukan aktiviti baru. Lagi pun masalah dalaman yang kamu hadapi banyak menyebabkan dirimu tidak selesa. Si Virgo, biasanya mudah diserang masalah pembuluh darah, organ peranakan, abdomen dan pundi kencing. Jadi berhati-hatilah!

Libra ( 22 Sept – 22 Okt)
Meditasi yang kamu amalkan selama ini mungkin banyak membantu mengatasi masalah kesihatan. Sememangnya bagi Libra, kamu mudah dihinggapi masalah berkaitan buah pinggang. Namun, asalkan kamu sentiasa peka dengan tahap kesihatanmu itu, kamu tentu takkan dihantui masalah penyakit yang serius!

Scorpio ( 23 Okt – 21 Nov)
Secara amnya, Scorpio mengawal bahagian nasal hidung ari-ari dan alat sulit. Lantaran itu, kamu mungkin tidak pelik jika sering diserang masalah berkaitan hidung seperti resdung atau menstruasi, pening kepala, demam yang kerap dan penyakit alat sulit! Lantaran itu, lebih baik kamu bersedia dari sekarang menjaga tubuhmu!

Sagittarius ( 22 Nov – 20 Dis)
Si Sagi biasanya dikaitkan dengan masalah kecederaan di bahagiaan kaki dan peha. Namun, secara amnya, penaung Sagittarius sebenarnya sihat dan sukar dijangkiti penyakit melarat. Namun, tabiat kamu meniru cara hidup kawan-kawan juga banyak memberi masalah kepada kualiti kesihatan kamu tanpa disedari sebenarnya!Jadi, apa yang ditunggu lagi? Lekas lakukan sesuatu yang bermakna ya!

Capricorn ( 21 Dis – 19 Jan )
Seperti si Sagi, warga Capricorn sebenarnya sukar untuk didekati masalah penyakit. Tetapi awas! Sekali kamu diserang, ia sukar dirawat. Kamu juga mudah diserang masalah stress dan tekanan yang boleh menyebabkan simptom penyakit jantung. Selain itu, jangan lupa untuk melakukan urutan dan refleksologi yang bisa membantu redakan tekanan di lutut kamu itu!

Aquarius ( 20 Jan – 17 Feb )
Hati-hati ya jika kamu kerap bersukan. Ini kerana si Aquarius amat sinonim dengan kekejangan kaki. Selain bersukan, masih banyak cara lain untuk kamu meredakan tekanan emosimu itu! Selain itu, dalam asyik menikmati makanan, kamu juga perlu berhati-hati dengan tubuhmu yang juga alahan pada makanan.

Pisces ( 18 Feb – 20 Mac )
Aduhh...kamu memang suka bersiar-siar. Namun, adakalanya, serangan sakit di tapak kakimu itu menyebabkan kegiatan itu selalu terencat. Jangan tidak tahu, Pisces selalu dikaitkan dengan benjol dan bengkak. Malah, begitu mudah alah pada dadah serta kecederaan tapak kaki. Jadi, kepada Pisces kamu perlu elakkan diri mereka menggunakan alkohol untuk redakan tekanan.

Aries ( 21 Mac – 19 Apr )
Cuba teka, apa masalah kesihatan yang sering melanda kamu? Sakit kepala? Rambut gugur? Warga Aries biasanya dikaitkan dengan masalah migrain, stress, masalah kulit kepala dan rambut gugur. Malah, kebanyakan daripada kamu yang berada di bawah Aries dilahirkan dengan tanda lahir di bahagian kepala atau muka.

Ikatan Bagaimana Padan Denganmu?

ADAKALANYA cinta itu tidak bermakna bisa menyatukan jiwa pasangan yang bercinta. Biarpun kamu berdua sudah bersumpah sehidup semati namun tidak bermakna kalian akan sentiasa seiringan.









Kenapa Lelaki Mudah Tertarik Padamu?

KONONNYA kamu gadis kegemaran si jejaka. Baru saja putus cinta semalam, hari ini kamu sudah mula berkepit dengan si tampan yang baru. Kamu memang playgirl? Eh.. tidak juga..Hmm..kalau begitu apa sebenarnya keistimewaan yang ada padamu hingga si jejaka begitu mudah benar mendekati....jawab kuiz ini baru tahu!




Apa Karektor Kamu?

SEPERTI yang kita semua tahu, setiap insan dilahirkan berbeza antara satu sama lain. Perbezaan ini biasanya merujuk bukan saja dari segi rupa fizikal tetapi juga mentaliti dan personaliti yang ditampilkan.











Inikah Cinta Atau....?

KALA berkasih, segalanya indah. Ke mana saja pasti si dia akan sentiasa berkepit denganmu. Kalian ibarat belangkas. Pasti waktu itu bahagia sentiasa mewarnai hidupmu







Kamu Gadis Daring?

ACAPKALI berselisih bahu dengan si jejaka, tidak sah jika mereka tidak menoleh dua tiga kali kepadamu. Entah mengapa ya, kamu seringkali saja menjadi perhatian tidak kira ke mana saja kamu pergi. Hmmm...kalau sekali dua mungkin bangga terselit di jiwa, namun jika terlalu kerap hingga mengganggu privasimu. Itu sudah kes berat! Jom, kenal pasti apakah punca kamu sering menjadi perhatian? Adakah kerana kamu daring? Biar kamu saja tentukan...


Tuesday, April 14, 2009

Jeritan Alam Dalam Earthly Debacles

LUAHAN perasaan sesungguhnya bisa diterjemahkan dalam banyak cara. Malah, adakalanya inspirasi idea yang terbina itu lebih menyerlah, tersendiri dan indah dari apa yang mampu terjangkau di minda. Dan seperti pereka fesyen lain yang bijak bersuara menerusi rekaan mereka, itulah yang berjaya diadaptasikan Nik Erwan Nik Roseli, seorang pereka muda lewat rekaan busananya yang ternyata begitu segar berseni. Malah, ilham jeritan alam yang cuba digalinya menerusi koleksi Earthly Debacles jelas memukau! Syabas ye dik! Info lanjut kamu boleh layari http://nikerwanroseli.blogspot.com/












Sensasi Gadis Jalanan

GAYA jalanan kini bagaikan satu trend paling hangat yang menjadi ikutan remaja. Biarpun nampak selekeh, paling penting ia selesa dan ringkas! ingin cuba, esse ada beberapa gaya yang mungkin bisa menjadi inspirasimu!







Selekeh? Tapi jelitakan...


Sensasi memikat


Manis feminin...


Hangat menawan...


Berani memukau



Seksi menggoda