RUANG kediaman adalah cermin diri. Siapa yang tidak impikan gaya ruang kediaman yang kemas, teratur, lapang dan menyenangkan mata memandang? Namun, keluasan yang terhad adakalanya membantut semua usaha dan semangatmu untuk berkreatif. Jangan mengeluh lagi, ruang yang terhad bukanlah penghalang, Frenz ada caranya.
Tindakan pertama, kamu perlu tahu ilham memanfaat ruang sebenarnya bergantung kepada sejauhmana kebijaksanaan kamu bermain dengan susunan perabot, warna ruang, fabrik dan sebagainya.
Jangan Menyerabutkan…
Usah bermimpi kamu dapat hidup senang di ruang yang berselerak. Kemaskan dulu semua benda yang tidak digunakan.
Luaskan Permandangan...
Mudah saja, kamu cuma perlu menyusun semula semua perabot atau aksesori hiasan yang menghalang permandangan kamu. Secara tidak langsung kamu akan dapat melihat ruang kediaman kamu sekarang lebih terbuka dan paling penting lapang.
Tentukan Perabot
Biasanya orang akan membeli perabot selepas berpindah. Jadi, jika kamu baru berpindah dan masih tidak membeli perabot, kamu dinasihatkan supaya membeli perabot yang rendah dan kecil rekabentuknya. Ini kerana ia takkan menggunakan banyak ruang dan akan membantu menjadikan ruang rumah kamu kelihatan lebih lapang.
Mainan Warna
Warna kemasan siling, dinding, tingkap, pintu dan lantai sebenarnya banyak mempengaruhi rupa dalaman kediaman kamu. Warna cerah akan membuatkan ruang kecil kamu nampak lebih luas dan menenangkan. Manakala warna lembut pula akan menyegarkan kamu.Bagi efek yang lebih optimum kamu boleh memilih tona lembut seperti biru atau hijau.
Pemilihan Skim Warna Monochromatic
Pilih tona dari warna asas yang sama. Tidak kira sama ada pada dinding, langsir tingkap, lapik duduk dan sofa. Jika boleh, pilih langsir atau lapik duduk dari fabrik kosong dan terang. Pastikan penyatuan warnanya serasi dan suasana ruang kediamanmu akan kelihatan lebih lembut dan segar.
Koordinat Warna Dinding & Perabot
Warna dinding dan perabot yang mendatar dan kontras adakalanya akan membuatkan ruang nampak hambar. Pilih perabot yang lebih terang warnanya berbanding rona dinding.
Simbahan Cahaya
Tidak kira ruang pun akan kelihatan lebih luas jika diterangi cahaya. Tidak kira sama ada sumber cahaya itu datang dari lampu neon atau matahari. Biarkan tingkap terbuka dan rasakan kesegaran udara di dalam simbahan cahaya mentari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment