Jangan kata lelaki tiada karenah. Ini kerana, selagi mereka itu bergelar manusia seperti perempuan lelaki juga ada ego mereka yang tersendiri. Malah, sebenarnya ego lelaki lebih tinggi dari perempuan.
ESSE telah berusaha untuk mendapatkan beberapa tips dan panduan untuk perempuan mengenali teman lelaki mereka. Jadi pada gadis-gadis di luar sana, terokai dan bandingkan yang mana satu agaknya kategori kekasih kamu. Pada lelaki-lelaki macho pula, apa kata kamu singkap semula sikap dan kelemahan kamu dan ambilnya sebagai panduan berharga. Semoga kamu akan menjadi Mr. Perfect untuk si dia...
CIRI-CIRI LELAKI TULEN
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan ciri-ciri seorang lelaki tulen. Of course jika kamu memfokuskan watak fizikal kamu yang sempurna. Tubuh tegap, berotot dan gagah. Memanglah kamu nampak macho.Tetapi bagaimana pula dengan mentaliti kamu?
Mentaliti sebenarnya memainkan peranan penting untuk mengekspresikan personaliti seseorang itu. Tidak kira sama ada lelaki atau perempuan, ia amat penting untuk mewakili sikap dan mentaliti seseorang itu. Jika tidak, bagaimana pula pernyataan seperti, ‘Ladies First’ boleh terhasil.
Tahukah kamu ciri-ciri lelaki tulen antaranya menyedari hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki gentleman. Misalnya, tidak berebut dengan wanita, kanak-kanak dan orang tua ketika ingin menaiki bas, atau memberi laluan dan tempat duduk kepada golongan yang dirasakan lebih lemah daripadanya seperti wanita, orang tua dan kanak-kanak ketika berada di dalam LRT. Itulah diantara contoh sikap seorang lelaki tulen.
Jika Kamu Kategori Lelaki Berharga
Sekiranya kamu tergolong di dalam kategori lelaki berharga, kamu adalah lelaki yang tidak mudah untuk berasa cemburu buta. Setiap kali menghadapi masalah dengan kekasihmu. Kamu akan cuba menyelesaikannya dengan tenang dan terbuka.
Kamu pasti akan cuba untuk berkompromi dengan baik dan sekiranya ia melibatkan masalah perasaan, sedaya-upaya kamu akan cuba untuk menyelidiki dahulu dan seboleh-bolehnya cuba untuk tidak bertindak keras dan mengasarinya. Ini kerana kamu sedar bahawa lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa diri kamu yang tidak berharga.
Jika Kamu Kategori Lelaki Teguh Jiwa
Ha...ini kategori paling best! Rasanya tengok pada tajuk pun kamu sudah boleh mengagaknya. Kategori lelaki yang dimaksudkan ini adalah mereka yang tidak mudah mengalirkan air mata dan menunjukkan kelemahannya secara terbuka.
Ini kerana mereka merasakan bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata hanyalah sinonim dengan wanita. Malah, mereka juga seboleh-bolehnya tidak akan menunjukkan walau setitis air mata kepada kekasihnya demi untuk mempertahankan maruah dan harga diri mereka itu.
Jika Kamu Kategori Lelaki Sederhana
Biasanya jika kamu tergolong di dalam kategori ini. Sikap kamu sentiasa sederhana dan kamu memang bencikan lelaki yang over acting dan tidak gemar meninggi diri. Walaupun kamu sudah berjaya, tapi kejayaan kamu itu tidak pula digahkan sampai satu dunia. Jika adapun, ia lebih kepada bentuk yang sederhana sahaja.
Selain itu, lelaki kategori ini juga lebih suka merendah diri dan seboleh-bolehnya takkan mengaku kebolehannya secara terbuka. Kamu yang dari kategori ini, lebih humble tetapi tidaklah pula sampai terlalu merendah diri hingga meragut keyakinan kamu untuk lebih berjaya.
Cantikkah kamu di mata si gadis? Fikirkan...
Jika Kamu Kategori Lelaki Cantik
Kategori ini biasanya lebih bergantung kepada penilaian wanita. Biasanya, lelaki dari kategori ini memiliki sifat semulajadi dan tingkah laku serta tindakannya lebih semulajadi dan bukan berpura-pura untuk kepentingan diri sendiri.
Jika kamu dari kategori ini, kamu seboleh-bolehnya akan cuba mengelak daripada menjadi hipokrit dan menjadi orang lain bila berhadapan dengan gadis idaman. Jaga-jaga, biasanya si gadis boleh membuat pengecaman daripada pujian serta ketawa lelaki jenis ini. Jadi, jika kamu memang sah tergolong dari kategori ini pastikan kamu terus kekalkan sikap kamu itu!
Jika Kamu Kategori Lelaki Berpendirian
Lelaki yang berpendirian biasanya tidak akan mudah termakan pujuk rayu yang boleh menjejaskan prinsip pegangannya. Kamu yang tergolong dari kategori ini tidak mudah untuk berjanji, tetapi jika berjanji kamu akan pastikan ia ditunai dengan sebaik-baiknya.
Kepada si gadis, kamu boleh mengecam lelaki jenis ini menerusi kata-katanya yang berisi dan berpegang pada prinsip. Jika kamu cuba menggoyangkan kepercayaan terhadap prinsipnya, pastinya dia akan cuba mengelaknya.
Jika Kamu Kategori Lelaki Metroseksual
Sesuai dengan istilah hari ini iaitu lelaki Metroseksual, khas untuk kamu yang begitu suka bergaya dan amat mementingkan kebersihan serta penampilan diri. Namun, tidaklah pula secara berlebihan. Kamu sentiasa up to date dan lebih menjurus untuk tampil bergaya dengan tubuh yang sempurna. Kamu begitu obses terhadap penampilan dan penjagaan kecantikan dan kesihatan tubuh kamu.
Tetapi dalam pada itu, kamu juga sentiasa tidak lepas dari mengikuti peredaran semasa tidak kira sama ada mengenai fesyen, politik dan sebagainya. Jadi, jika kamu lebih berminat membeli buku fesyen, membaca ruangan politik dan isu semasa atau berkunjung ke farmasi mencari produk penjagaan diri tentunya kamu adalah salah seorang daripada lelaki kategori ini.
Jika Kamu Kategori Lelaki Bijak dan Cerdik
Kategori lelaki ini mudah untuk ditemui. Boleh dikatakan ramai lelaki urban yang memenuhi kriteria ini tetapi belum tentu sesuai untuk dijadikan calon teman hidup. Lelaki kategori ini biasanya begitu cepat untuk memahami apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.
Malah, lelaki ini juga akan segera berusaha untuk memberikan kepada wanita idaman mereka apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu. Malah, selain itu mereka juga tidak gemar bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya. Seboleh-bolehnya mereka tidak akan menggembur-gemburkan kelebihan diri mereka memandangkan cara itu dianggap boleh mengurangkan macho dan kelelakian mereka.
Jika Kamu Kategori Lelaki Tabah dan Berwawasan
Kamu tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas. Walau sehebat mana dugaan dan masalah yang menghantui diri kamu, sedaya –upayanya kamu akan cuba berusaha agar ia tidak mempengaruhi emosi kamu.
Selain itu kamu juga tidak boleh melakukan sesuatu tanpa merancang. Dalam setiap projek atau tanggungjawab yang diberikan, kamu akan pastikan setiap satunya mempunyai objektif tersendiri. Malah kamu juga tabah dan cekal dalam mengejar cita-cita.
Setiap waktu yang berlalu kamu akan sentiasa gunakan untuk mengisi perkara atau aktiviti yang produktif. Dalam erti kata lain kamu tidak berapa gemar untuk hidup berfoya dan pastinya yang paling bagus adalah sentiasa taat kepada suruhan agama.
Jika Kamu Kategori Lelaki Ceria dan Mengasihani
Biasanya jika kamu dari kategori ini sifat-sifat kamu yang paling ketara adalah seperti tahu menghormati orang tua serta kekasihmu serta pandai mengambil hati. Biasanya, lelaki kategori kamu inilah yang mudah untuk memikat gadis. Walaupun mungkin kamu tidak menyatakan kasihnya pada gadis itu. Satu masa, si gadis juga berharap kamu ini akan meluahkan perasaanmu itu.
Selain itu, kelebihan kamu yang sentiasa ceria dan gemar berjenaka serta berkongsi cerita juga amat mudah untuk menarik minat gadis. Tidak selalu sugul dan mengikut emosi kala menghadapi masalah sehingga berkerut-kerut dahi yang boleh menjejaskan personalitimu.

No comments:
Post a Comment