Tetapi sebenarnya, untuk mengubah penampilan ruang kesayangan kamu itu tidak bermakna harus membelanjakan sebahagian besar simpanan untuk menukar kabinet, lantai atau membesarkan ruang tetapi sebenarnya masih terdapat cara yang lebih mudah supaya perubahan yang kamu lakukan itu akan mengagumkan orang lain yang melihatnya.
Apa yang penting di sini adalah perancangan bijak. Bagi tujuan tersebut persoalan pertama yang harus difikir adalah dapur bagaimanakah yang diinginkan? Pada peringkat ini penting kerana apapun keputusan yang bakal dibuat akan mempengaruhi hasilnya nanti.
Tidak perlulah anda risau kerana hari ini terdapat banyak majalah hiasan dalaman di pasaran, kamu juga boleh melayari internet untuk mendapat idea lebih banyak. Kemudian, bandingkan dengan dapur anda sekarang. Kenal pasti sudut-sudut yang benar-benar memerlukan pengubahsuaian dan di mana pula yang boleh dikekalkan.
Selepas membuat keputusan, senaraikan barang-barang yang diperlukan. Ketika ini pastinya kamu sudah mengenalpasti barang-barang terpakai yang sedia ada dan masih diperlukan untuk dapur baru kelak. Sebelum membeli, pastikan kamu sudah merancang harga bagi setiap barangan baru yang diperlukan itu. Elakkan dari melebihi bajet yang ada.
Mengubah Kedudukan Perabot
Mudah dan ringkas, kamu boleh mengelakkan kejemuan dengan menukar kedudukan perabot di ruang dapur. Selain bertambah selesa, ia juga boleh membersihkan habuk atau sawang di sudut-sudut yang biasanya agak sukar dicapai dan dibersihkan.
Menukar Cat Dinding
Pertama, kamu boleh menukar warna kemasan dinding mengikut trend semasa. Trend terkini dunia hiasan dalaman tidak lagi menawarkan warna putih sebagai tema. Hari ini, semakin banyak kelahiran warna- warna yang lebih memberangsangkan. Misalnya warna lime (limau jeruk) atau kuning mentega. Kamu boleh menggunakan kaedah gabungan warna untuk mendapat hasil penampilan yang lebih menarik. Ingin lebih menarik tambahkan dengan corak kertas dinding.
Selain itu, kamu juga boleh menggunakan kaedah kedua iaitu mengecat pintu kabinet dengan warna yang lebih ceria dan terang. Tidak salah sekiranya selama ini warna kabinet kamu lebih pudar, kamu gantikan dengan warna yang lebih terang. Perubahan ini pasti dapat membangkitkan semula tenaga dan semangat yang mungkin sedang meluntur. Usah takut untuk menggunakan warna-warna garang seperti merah, oren atau hijau kerana secara emosinya ia mampu merangsang jiwa dan tenaga dalamanmu.
Mengganti Tirai Baru
Mungkin bagi kamu dengan hanya mengecat baru, sinar baru dapur kamu masih kurang memancar, jadi kamu memerlukan penukaran lain untuk menambah kesegaran. Jadi, apa kata jika kamu memasang tirai baru pula. Mungkin dengan menggantikan tirai baru akan mengembalikan keceriaan. Ini adalah antara kaedah paling jimat untuk dibuat.
Apa yang perlu kamu utamakan hanyalah pemilihan warna dan motif fabrik biar bersesuaian dengan warna dinding dan kabinet yang diketengahkan. Selain itu, kain perhiasan lain seperti pelapik dan alas peti ais, periuk nasi, pelapik pinggan dan sebagainya juga mampu menciptakan keceriaan dan keriangan menerusi warna dan coraknya. Ini secara tidak langsung akan menghasilkan pengedaran udara yang positif untuk diri.
Menggantungkan Karya

Malah, jika kamu memiliki kreativiti melukis, kamu juga boleh menyelitkan hasil tanganmu dengan menggantungkannya di sudut tertentu. Bukan saja mampu menambah kemesraan bahkan ia akan mewujudkan keceriaan dan motivasi dalam diri untuk terus berkarya.
Menambah Aksesori
Bagaimana pula untuk membangkitkan lagi kesegaran dan keaslian dapur kamu agar nampak lebih natural? Bagi mengatasi masalah itu, tidak sukar untuk dilakukan, kamu hanya perlu menambah aksesori serta hiasan. Misalnya letakkan tumbuhan hijau yang ditanam di dalam baling kaca dan ditambah dengan batu sungai di dalamnya. Kemudian, kamu juga boleh menambah perhiasan lain seperti baling berisi buah epal hijau atau oren. Pasti suasana akan terasa lebih hidup dan nyaman.
Hmm... mudah bukan. Tetapi apa yang pasti, sebelum kamu meneruskan hasrat untuk membuat pembaharuan tersebut, perkara utama yang perlu dibuat adalah membuat senarai seperti di bawah agar kamu dapat meneliti apa yang perlu ditambah dan dikurangkan mengikut peruntukan yang telah ditetapkan dan tidak akan berlaku pembaziran.
1. Mengkaji semula ruang simpanan barang
2. Menggantikan semula bahan permukaan kerja
3. Menggantikan pemegang kabinet dan pintu
4. Menggantikan hiasan dinding mengikut tema baru
5. Menukarkan semula lampu
6. Menukar semula kertas dinding

No comments:
Post a Comment