Monday, April 13, 2009

The Curious Case Of Benjamin Button

Tarikh Tayangan: 12 Februari 2009
Pengarah: David Fincher
Pelakon: Brad Pitt, Cate Blanchett, Taraji P. Henson, Julia Ormand, Jason Flemyng, Elias Koteas dan Tilda Swinton

PERNAHKAH kamu terfikir? Bagaimana jika kita diberi hak memutarkan kembali masa? Adakah kamu fikir kehidupan manusia akan benar-benar bahagia? Itulah hakikat yang cuba dikupas oleh F. Scott Fitzgerald menerusi filem TCCO Benjamin Button yang mengambil latar era 40 an ini. Filem ini mengisahkan kehidupan mengundur Benjamin Button, seorang lelaki yang ditakdirkan lahir ketika umurnya menjangkau 80 tahun dan membesar dan matang dengan fizikal yang semakin muda. Walaupun penuh tekanan Benjamin terpaksa menerima hakikat untuk melalui kehidupan bertentangan dengan kehidupan normal orang lain. Bagi saya, ia sebuah filem yang sangat unik dan kritis. Masa telah menemukan Benjamin dengan wanita dicintainya, Daisy di pertengahan titik usia mereka iaitu 40 tahun. Bezanya cuma kala itu Daisy seorang wanita tua dan dia dengan tubuh fizikal yang semakin remaja. Malah, kisah ini juga mengajar saya biarpun waktu bisa diputarkan semula, kita takkan mungkin dapat melewati perjalanan hidup yang sama dan misterinya masa ia amat berkuasa dan akan kekal selamanya.











No comments:

Post a Comment