Monday, April 13, 2009

Wild Child

Tarikh Tayangan: 4 Disember 2008
Pengarah: Nick Moore
Bahasa: Inggeris
Pelakon: Emma Roberts, Natasha Richardson, Alex Pettyfer, Aidan Quinn, Shirley Henderson

MENGISAHKAN seorang remaja bernama Poppy lakonan Emma Roberts yang telah dibesarkan dengan kemewahan dan kemanjaan terlampau mengikut arus kehidupan di L.A. Poppy telah menyalahgunakan kemewahan yang ada. Ini menyebabkan Ayah Poppy telah menghantarnya ke sekolah berasarama penuh. Di sini dia diawasi oleh guru besar yang sangat tegas dan dia juga belajar hidup berdikari. Berada di sini menyebabkan Poppy menyedari dan menyesali dengan kelakuannya. Dapatkah Poppy mengubah cara hidupnya sebelum ini? Untuk mendapatkan jawapannya saksikan filem menarik ini di pawagam ok! Tapi sebelum itu, tengok dulu trailernya!


No comments:

Post a Comment