Lantaran itu, kukuhkan ikatan cintamu. Biar kekeruhan yang pernah melanda hubungan kalian menjadi jernih semula. Biar segala kekusutan itu terlerai dan semoga kasih kamu berdua semakin utuh dan teguh.
Bagaimana memupuk cinta?
Mencipta Momen Indah
Apa yang sering kamu lakukan kala bertemu janji dengan si dia? Jika kamu sering menonton filem atau drama berkisar cinta, misalnya drama bersiri korea, bollywood atau hollywood sekali pun, tidak salah menggarapkan babak-babak kegemaranmu itu ke dalam hidupmu sendiri? Memang cerita itu cuma fantasi penulis skripnya, namun apa yang penting ia mampu memberi kamu ilham baru mencipta saat-saat indah bersama si dia untuk dikenang kemudian.
Sesekali Korbankan Minatmu
Tidak kira apa saja minat si dia, tunjukkan minatmu untuk melakukan bersama. Misalnya, menonton wayang filem kegemarannya, biar pun kala itu kamu lebih gemar menonton bola di rumah. Tetapi sesekali apa salahnya kamu korbankan sedikit masamu. Sedangkan selama ini dia sentiasa menurut segala kemahuanmu. Cinta perlu seimbang. Oleh itu, ekspresikan sokonganmu dan usah biarkan dia kecewa dengan sikapmu yang sering acuh tidak acuh terhadap perkara yang menjadi minatnya. Walaupun kamu sendiri adakalanya berasa bosan dengan apa yang dilakukannya.
" Kongsilah kasih sayangmu dengan sesiapa saja yang memerlukan!"
Rancang Aktiviti Bersama
Siapa yang tidak akan jemu, bila setiap kali bertemu, hanya aktiviti sama yang kalian lakukan. Sesekali itu, biarlah berubah angin...masih banyak perkara yang mampu mewujudkan keceriaan, misalnya, mengajak si dia menghirup udara segar di tepian pantai. Kamu boleh membantunya mengutip karangan laut atau sekadar menemaninya bermain ombak. Namun apa pun yang ingin dilakukan biarlah atas persetujuan bersama, barulah seronok dan sehati sejiwa.
Usah Belajar Membohongi...
Kamu sendiri memang sudah sedia memaklumi, kejujuran amat penting untuk memastikan kelancaran sesebuah hubungan. Saling berbohong tidak akan sentiasa melahirkan kedamaian dan menyelesaikan masalah. Malah tiba ketikanya, hati kamu pasti terluka akibat merahsiakan sesuatu yang biar pun remeh namun bisa menggegar dan meruntuhkan sebuah ikatan yang lama terjalin.
Usah Kerap Menguji

Ada sesetengah dari kamu yang sering kali menyimpan hasrat untuk menguji si dia. Kononnya untuk mencari jawapan sejauh mana si dia itu benar-benar meyintaimu. Lantaran ingin meneroka kehebatan dirimu, kamu dengan sengaja berpura-pura tidak mempercayai si dia dengan alasan inginkan kepastian yang nyata setebal mana cinta si dia terhadap kamu. Tahukah kamu akan impak yang bisa kamu depani dari si dia kelak? Jika berani menanggung risiko cubalah!
Usah Pula Membandingkan
Jangan membanding si dia dengan jejaka/gadis lain terutamanya bekas kekasih kamu. Ini akan membuatkan dirinya berasa tidak dihargai dan rendah nilainya di hadapan kamu. Apatah lagi andai si dia mudah di serang cemburu, pasti lebih hebat tamparan yang bakal kamu terima. Lantaran itu, jangan sesekali membandingkan dia dengan sesiapa saja walau ibumu sekali pun kerana setiap individu di dunia ini dilahirkan unik dan punya kelebihan tersendiri yang adakalanya tersembunyi tidak bisa kamu temukan andai tidak mengenalinya sedalam-dalam.
No comments:
Post a Comment