Tuesday, April 14, 2009

10 Signal Hatimu Di Panah Asmara

ESSE berkongsi tips bagaimana perasaan sebenar bila kamu mula dilambung badai cinta si dia. Sebelum api asmara itu lebih membakar dan merebak sehingga mengganggu tidurmu, lebih baik pastikan dahulu sejauh mana perasaanmu itu dan apa lagi, segeralah bertindak sewajarnya ya!

Sukar Lelapkan Mata
Entah mengapa, sejak bertemu dengan si dia, kamu seperti tidak tentu arah jadinya. Bayangkan, biasanya kamu jarang mengalami masalah untuk tidur. Tetapi sejak akhir-akhir ini ingatanmu kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur di malam hari. Memanglah sesekali tidak mengapa, tetapi sehingga mengganggu konsentrasimu untuk bekerja di siang hari kerana tidak cukup tidur, mana boleh tahan!

Berdebar Dan Gelisah
Aduh! Memang bermasalah. Setiap kali bertembung dengan si dia, kamu tiba-tiba jadi gelabah dan perasaan itu sememangnya tidak mampu di sorok-sorok lagi. Jika bekerja di tempat berbeza mungkin tidaklah terlalu terasa seksanya, tetapi jika bekerja di bawah bumbung yang sama. Pasti parahnya lebih terasa. Apa tidaknya kalau setiap kali dia hilang dari penglihatan kamu akan tercari-cari bayangnya!

Semakin Kritis
Kamu tiba-tiba sahaja berminat untuk mengambil tahu latar belakang dan perkembangan si dia. Jika tidak mendengar suaranya, sudah cukup mendengar namanya akan membuatkan kamu tersenyum lebar. Setiap kali mendengar orang lain bercerita tentangnya, secara automatik kamu akan memberi sepenuh perhatian dan semakin kritis untuk bertanya tentang si dia daripada mereka.

Dihinggapi Cemburu
Kamu tiba-tiba sahaja diserang rasa cemburu setiap kali melihat si dia berbual dan melayan perempuan lain dengan mesra, biar pun kamu tahu mereka itu adalah teman-temannya. Kala itu, bagi kamu biarlah dia berbual dan melayan kamu seorang sahaja. Sikap kamu itu adakalanya ketara kelihatan sehingga di sedari teman-temanmu sendiri.

"Cinta cinta juga, tapi jangan sampai semuanya tergadai!"
Penampilan Berubah
Penampilan kamu tidak lagi ringkas dan sederhana seperti sebelum ini. Meskipun kamu seorang lelaki, kamu tidak teragak-agak untuk mengunjungi salon kecantikan dan melakukan potongan rambut yang bergaya dan melakukan rawatan muka. Pakaian kamu juga semakin berubah corak menjurus fesyen terkini. Wajah berhias dengan mekap yang mempesonakan. Pendek kata, dari hujung rambut ke hujung kaki kamu berubah menjadi begitu cantik menawan dan segak bergaya.

Menagih Perhatian
Kamu tiba-tiba sahaja mengharapkan si dia memberikan perhatian kepadamu. Kalau diikutkan hati, Walau pun adakalanya kamu tidak mahu menyusahkan si dia. Tetapi, sekurang-kurangnya sedikit perhatian yang diberikannya sudah cukup menggembirakan hati.

Personaliti Berbeza
Tiba-tiba sahaja kamu tidak ubah bagaikan pelakon terbaik semata-mata untuk memenuhi ciri-ciri peribadi yang menjadi idaman si dia. Di hadapannya, kamu berubah menjadi seorang yang romantik dan lemah lembut biar pun hakikat realitinya kamu adalah sebaliknya. Namun, demi si dia, kamu dengan mudah sanggup berubah menjadi orang lain.

Sering Merindu
Bila tidak melakukan sesuatu, fikiranmu akan mudah terbang dan jauh melayang. Fikiran kamu mudah melayang dan pancainderamu juga akan tertutup untuk menyedari hal-hal yang berlaku di sekeliling. Di mata kamu hanya akan terbayang- wajah si dia sahaja. Malah, sukar sangat untuk kamu mengawal perasaan. Setiap saat mengingati si dia, bagaikan terdengar suaranya sayup-sayup di telinga.

Berubah Citarasa
Kehadiran si dia berjaya mengubah citarasa kamu tentang pelbagai perkara. Sejak kebelakangan ini, kamu lebih berminat lagu berirama sentimental bertemakan percintaan. Sedangkan sebelum ini kamu sebenarnya lebih gemar mendengar irama rock, heavy metal dan hip hop.

Inginkan Persamaan
Sejak mengenali si dia, kamu berusaha menurut citarasa si dia demi untuk mempamerkan perasaanmu kepadanya. Kamu akan mula menggemari filem dan lagu Hindustan, masakan barat dan meniru setiap tingkah lakunya. Malah, kamu juga mahu wujud persamaan dengan si dia.

No comments:

Post a Comment