Monday, April 13, 2009

Kisah Sendu Wanita Dalam Matahari

MEMPERSEMBAHKAN slot Akasia yang kini sudah pun mula disiarkan, ‘Matahari’ bagi menggantikan siri ‘Spa Q’. Siri 44 episod ini telah menemui penonton mulai 30 Mac 2009 setiap Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang. Jangan lupa saksikan drama lakonan mantap pelakon terkenal…

Drama ini diterbitkan oleh Pena Kreatif Sdn. Bhd. dan merupakan hasil kerja dari pengarah berpengalaman Mohd Feroz Abdul Kadir Saheb. Drama ini membariskan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Nisdawati, Fahrin Ahmad, Aida Aris, Fauzi Nawawi, Hamidah Wahab, Syukery Hashim, Arash Mohd, Iqram Dinzly, Jehan Miskin, Erry Putra, Ako Mustapha, Fizow Omar, Sabrina Ali dan Nor Khiriah.


‘Matahari’ merupakan kisah seorang wanita yang terus memburu cinta sejati angkara kecundang dalam cinta pertama. Kisah tragis Matahari, seorang wanita kampung naif yang terpaksa mengharungi pelbagai dugaan musibah hidup dan ini telah menukarkannya menjadi wanita penuh keterampilan. Dengan kekuatan dan kepandaian yang ada pada dirinya, pelbagai tipu muslihat dirancang bagi memenuhi keinginan diri. Apakah kesudahan kisah sendu Matahari ini? Saksikan ya!

No comments:

Post a Comment