Wednesday, April 15, 2009

Kamu Mudah Di Serang Penyakit?

Taurus ( 20 Apr – 19 Mei )
Pernahkah tatkala bangun pagi, kamu sering berasa sakit di bahagian kerongkong? Ketahui kelemahan si penaung Taurus adalah di bahagian leher, kerongkong dan bahu. Biar pun kebanyakan daripada mereka memiliki suara merdu tetapi lantaran kelemahan ini menyebabkan mereka sukar memenuhi impian tersebut.

Gemini ( 20 Mei – 20 Jun )
Apa penyakit yang mudah mengganggumu? Apa lagi jika bukan asma, anemia, gemuruh dan masalah pernafasan. Jika kamu memang mendapati simptom-simptom ini telah mula menyerang, segeralah bertindak mendapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor.

Cancer (21 Jun – 22 Jul)
Usah memaksa diri melakukan latihan regim yang rutin. Jangan sampai semua tenagamu hilang dek kerana keghairahan kamu bersenam. Bagi penaung Cancer, kamu mudah berdepan dengan masalah obesiti memandangkan tabiat semulajadi yang menggunakan makanan sebagai pengurang tekanan. Jangan lupa kamu mungkin juga mudah diserang penyakit berkaitan usus, hati, pundi kencing dan depresi.

Leo ( 23 Jul – 22 Ogos)
Nampak gayanya tahap tenagamu lebih baik daripada biasa. Bagi kamu yang terikat dengan jadual ketat, semangat untuk membersih dan mengemas rumah membuatkan kamu tidak ingin duduk diam. Tapi awas! Kamu perlu lebih memberi fokus kepada pengawalan jantung dan saraf tunjang, memandangkan si Leo sememangnya begitu sinonim dengan serangan jantung berlubang. Lebih memburukkan keadaan jika kamu kerap di hantui masalah rasa gemuruh dan gementar yang hanya akan lebih memberi impak negatif pada jantungmu itu!

Virgo ( 23 Ogos – 21 Sep)
Nampaknya tidak kesampaian juga kamu melakukan aktiviti yang sudah dirancang sejak seminggu lalu. Tapi jangan tension, lakukan aktiviti baru. Lagi pun masalah dalaman yang kamu hadapi banyak menyebabkan dirimu tidak selesa. Si Virgo, biasanya mudah diserang masalah pembuluh darah, organ peranakan, abdomen dan pundi kencing. Jadi berhati-hatilah!

Libra ( 22 Sept – 22 Okt)
Meditasi yang kamu amalkan selama ini mungkin banyak membantu mengatasi masalah kesihatan. Sememangnya bagi Libra, kamu mudah dihinggapi masalah berkaitan buah pinggang. Namun, asalkan kamu sentiasa peka dengan tahap kesihatanmu itu, kamu tentu takkan dihantui masalah penyakit yang serius!

Scorpio ( 23 Okt – 21 Nov)
Secara amnya, Scorpio mengawal bahagian nasal hidung ari-ari dan alat sulit. Lantaran itu, kamu mungkin tidak pelik jika sering diserang masalah berkaitan hidung seperti resdung atau menstruasi, pening kepala, demam yang kerap dan penyakit alat sulit! Lantaran itu, lebih baik kamu bersedia dari sekarang menjaga tubuhmu!

Sagittarius ( 22 Nov – 20 Dis)
Si Sagi biasanya dikaitkan dengan masalah kecederaan di bahagiaan kaki dan peha. Namun, secara amnya, penaung Sagittarius sebenarnya sihat dan sukar dijangkiti penyakit melarat. Namun, tabiat kamu meniru cara hidup kawan-kawan juga banyak memberi masalah kepada kualiti kesihatan kamu tanpa disedari sebenarnya!Jadi, apa yang ditunggu lagi? Lekas lakukan sesuatu yang bermakna ya!

Capricorn ( 21 Dis – 19 Jan )
Seperti si Sagi, warga Capricorn sebenarnya sukar untuk didekati masalah penyakit. Tetapi awas! Sekali kamu diserang, ia sukar dirawat. Kamu juga mudah diserang masalah stress dan tekanan yang boleh menyebabkan simptom penyakit jantung. Selain itu, jangan lupa untuk melakukan urutan dan refleksologi yang bisa membantu redakan tekanan di lutut kamu itu!

Aquarius ( 20 Jan – 17 Feb )
Hati-hati ya jika kamu kerap bersukan. Ini kerana si Aquarius amat sinonim dengan kekejangan kaki. Selain bersukan, masih banyak cara lain untuk kamu meredakan tekanan emosimu itu! Selain itu, dalam asyik menikmati makanan, kamu juga perlu berhati-hati dengan tubuhmu yang juga alahan pada makanan.

Pisces ( 18 Feb – 20 Mac )
Aduhh...kamu memang suka bersiar-siar. Namun, adakalanya, serangan sakit di tapak kakimu itu menyebabkan kegiatan itu selalu terencat. Jangan tidak tahu, Pisces selalu dikaitkan dengan benjol dan bengkak. Malah, begitu mudah alah pada dadah serta kecederaan tapak kaki. Jadi, kepada Pisces kamu perlu elakkan diri mereka menggunakan alkohol untuk redakan tekanan.

Aries ( 21 Mac – 19 Apr )
Cuba teka, apa masalah kesihatan yang sering melanda kamu? Sakit kepala? Rambut gugur? Warga Aries biasanya dikaitkan dengan masalah migrain, stress, masalah kulit kepala dan rambut gugur. Malah, kebanyakan daripada kamu yang berada di bawah Aries dilahirkan dengan tanda lahir di bahagian kepala atau muka.

No comments:

Post a Comment