Anggap saja dapur sebagai salah satu ruangan peribadimu. Mengubah penampilan tidak bermakna kamu perlu membelanjakan sebahagian besar simpanan untuk menukar kabinet, lantai atau membesarkan ruang tetapi sebenarnya masih terdapat cara yang lebih mudah supaya perubahan yang dilakukan itu akan mengagumkan orang lain yang melihatnya.
Pertama, kamu boleh menukar warna kemasan dinding mengikut trend semasa. Trend terkini di dalam dunia hiasan dalaman tidak lagi menawarkan warna putih sebagai tema. Hari ini, semakin banyak kelahiran warna- warna yang lebih memberangsangkan. Misalnya warna lime (limau jeruk) atau kuning mentega. Kamu boleh menggunakan kaedah gabungan warna untuk mendapat hasil penampilan yang lebih menarik. Ingin lebih menarik tambahkan dengan corak kertas dinding.
Selain itu, kamu juga boleh menggunakan kaedah kedua iaitu mengecat pintu kabinet dengan warna yang lebih ceria dan terang. Tidak salah sekiranya selama ini warna kabinet kamu lebih pudar, kamu gantikan dengan warna lebih terang. Perubahan ini pasti dapat membangkitkan semula tenaga dan semangat untuk membahagiakan keluarga dengan resepi masakan anda. Usah takut untuk menggunakan warna-warna garang seperti merah, oren atau hijau kerana secara emosinya ia mampu merangsang jiwa dan tenaga dalaman kamu.
Bagaimana untuk mengecat? Proses mengecat tidak sukar bagi kamu yang memiliki kabinet yang boleh ditanggalkan penutupnya. Apa yang perlu dilakukan hanyalah menanggalkan engsel pintu dan pemegangnya dengan menggunakan pemutar skru. Tetapi ketika melakukan tugas ini kamu perlu lebih berhati-hati untuk mengelakkan ia menjadi bengkok dan akan menyukarkan proses pemasangan semula.
Bagi sesetengah jenis bahan binaan kabinet yang agak sukar untuk di cat menggunakan berus anda boleh menukar kaedah dengan membeli cat semburan. Tetapi kerja ini perlu dibuat di luar rumah kerana ia akan meninggalkan kesan dan mengotorkan ruang jika di buat di dapur.
Mungkin bagi anda dengan hanya mengecat baru, sinar baru dapur kamu masih kurang memancar, jadi kamu memerlukan penukaran yang lain untuk menambah kesegaran. Jadi, apa kata jika kamu memasang tirai baru pula. Mungkin dengan menggantikan tirai baru akan mengembalikan keceriaan. Ini adalah antara kaedah paling jimat untuk dibuat.
Apa yang perlu kamu utamakan hanyalah pemilihan warna dan motif fabrik biar bersesuaian dengan warna dinding dan kabinet yang diketengahkan. Selain itu, kain perhiasan lain seperti pelapik dan alas peti ais, periuk nasi, pelapik pinggan dan sebagainya juga mampu menciptakan keceriaan menerusi warna dan coraknya
Percayalah...kamu boleh mengubah wajah dapur hanya dengan warna
Bagaimana pula untuk membangkitkan lagi kesegaran dan keaslian dapur kamu agar nampak lebih natural? Bagi mengatasi masalah itu, tidak sukar untuk dilakukan, kamu hanya perlu menambah aksesori serta hiasan. Misalnya letakkan tumbuhan hijau yang ditanam di dalam baling kaca dan ditambah dengan batu sungai di dalamnya. Kemudian, kamu juga boleh menambah perhiasan lain seperti baling berisi buah epal hijau atau oren. Pasti suasana akan terasa lebih hidup dan nyaman.
Tetapi apa yang pasti, sebelum kamu meneruskan hasrat untuk membuat pembaharuan tersebut, perkara utama yang perlu dibuat adalah membuat senarai seperti di bawah agar kamu dapat meneliti apa yang perlu ditambah dan dikurangkan mengikut peruntukan yang telah ditetapkan dan tidak akan berlaku pembaziran.
1. Mengkaji semula ruang simpanan barang
2. Menggantikan semula bahan permukaan kerja
3. Menggantikan pemegang kabinet dan pintu
4. Menggantikan hiasan dinding mengikut tema baru
5. Menukarkan semula lampu
6. Menukar semula kertas dinding
Tetapi apa yang pasti, sebelum kamu meneruskan hasrat untuk membuat pembaharuan tersebut, perkara utama yang perlu dibuat adalah membuat senarai seperti di bawah agar kamu dapat meneliti apa yang perlu ditambah dan dikurangkan mengikut peruntukan yang telah ditetapkan dan tidak akan berlaku pembaziran.
1. Mengkaji semula ruang simpanan barang
2. Menggantikan semula bahan permukaan kerja
3. Menggantikan pemegang kabinet dan pintu
4. Menggantikan hiasan dinding mengikut tema baru
5. Menukarkan semula lampu
6. Menukar semula kertas dinding
No comments:
Post a Comment