SLOT Samarinda yang dipopularkan oleh TV3 menyajikan sebuah lagi drama terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd berjudul ‘Kala Hati’. Drama bersiri 25 episod ini menemui peminat setianya bermulai 30 Jun 2009, setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10.30 malam. Bagi mereka yang merindui Dynas, nantikan kemunculannya semula setelah mendirikan rumah tangga. Dynas memegang watak Rina bergandingan dengan Ady Putra yang memegang watak Faizal dan kedua-dua watak ini merupakan tunggak utama drama ini yang menjadikan drama ini sangat menarik.
Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama, Pn Nurul Aini Abu Bakar berkata, “Samarinda merupakan antara slot yang sentiasa mendapat rating yang tinggi sehingga mencecah lebih 2 juta.

Drama ini mengisahkan Faizal seorang pemuda yang kacak dan baru kembali setelah menamatkan pengajiannya di Amerika. Dia merupakan anak angkat kepada Datuk Sufian dan Datin Kalsom yang sudah tiga tahun tidak pulang ke Malaysia.
Kepulangan Faizal cukup menggembirakan Datuk Sufian tetapi tidak bagi Datin Kalsom. Begitu juga adiknya, Zizie yang tidak langsung menegurnya. Jadi Faizal hanya dilayan baik oleh Mak Som, orang gaji yang amat memahaminya. Lebih menyedihkan, Datin Kalsom masih mengungkit Faizal tetap bukan darah daging mereka.
Untuk mengeratkan perhubungan, Faizal ditunangkan dengan Rina, anak Datuk Megat. Faizal digesa berkahwin oleh Datin Kalsom supaya dia tidak akan membolot harta mereka memandangkan Datuk Megat juga seorang yang kaya, namun Faizal belum bersedia dan ingin menumpukan kepada perniagaan.
Apakah yang terjadi selanjutnya? Dapatkah Faizal dan Rina disatukan dan bagaimanakah cinta Faizal terhadap Nur jannah? Dimanakah pengakhiran kisah cinta ini? Untuk mengetahui kisah selanjutnya, pastikan kamu tidak ketinggalan untuk menyaksikan siri ‘Kala Hati’ ini, setiap Selasa hingga Khamis, jam 10.30malam di slot Samarinda, hanya di TV3!

Jika dulu program ini disiarkan secara langsung berfokuskan perbincangan sepenuhnya di set lokasi di Sri Pentas, konsep baru pula membawa pasangan pengacara ‘turun padang’ membuat liputan sambil melawat tempat-tempat yang dikenalpasti selari dengan topik yang dipaparkan.
Tidak lengkap konsep terbaru ‘Apa-Apa Aje’ tanpa segmen ‘Apa Yang Bagus’, mengupas persoalan mengenai dilema di antara kepentingan demi kecantikan atau mengekalkan kesihatan yang baik untuk tubuh badan.
SEMEMANGNYA kebanyakan pelakon drama dan filem tempatan banyak membawa watak yang diberikan dengan berkesan, tetapi bagaimana pula aksi mereka dalam program “variety” yang tidak mempunyai skrip, tetapi menduga kecekapan mereka dalam tugasan yang diberikan?
Warna-warni keceriaan berterusan dengan tema kostum yang berbeza setiap episod seperti Egypt, Fairytales, Flora, Superhero, Denim, 60’s, Gipsy, Red Indian.










.jpg)



















ACAP tahun sejak 2003, Dayang Nurfaizah tidak pernah melupakan peminat-peminat kala meraikan hari kelahirannya. Tahun ini, situasi yang sama akan berulang kembali apabila Dayang sekali lagi merancang untuk menyambut kehadiran hari lahirnya yang ke - 28 di Hard Rock Cafe, 19 Julai ini bermula jam 11 malam. 








