Sunday, June 21, 2009

Ovehaulin Kembali Dengan Lebih Aksi!

KAMU penggemar kereta? Jika begitu kamu tidak seharusnya melepaskan peluang menonton rancangan Overhaulin’ musim ke-3 yang kembali bersiaran di 8TV bermula 12 Jun 2009, jam 10 malam.

Menerusi rancangan televisyen kegemaran ramai ini, kereta-kereta lama akan menjalani proses pengubahsuaian oleh Chip Foose dan kumpulan A-Team untuk menghasilkan sebuah kereta lebih canggih dan menarik.

Rancangan yang dihasilkan oleh Bud Brutsman dan dihoskan oleh Chris Jacobs dan Adrienne “AJ” Janic ini turut membawakan tetamu-tetamu yang merupakan mereka yang cukup terkenal dalam bidang pengubahsuaian automobil seperti Ian Ziering, Jason Priestly, Robby Gordon dan Tyler Hatzikina.

Kesemua mereka akan mengubahsuai kereta lama kepada sebuah kereta yang canggih dan menarik menerusi satu transformasi yang dilakukan dengan teliti dalam masa satu minggu.

Overhaulin’ meneroka dengan lebih dalam proses pemasangan, pembinaan dan modifikasi sesebuah kenderaan. Rancangan ini bukan sahaja menarik dan menghiburkan malah turut menyelitkan tips-tips menarik untuk kamu semua!

“Peminat-peminat kereta seharusnya tidak ketinggalan menonton musim ke-3 rancangan Overhaulin’ ini. Kami yakin mereka akan terpegun dan kagum dengan kemampuan Chip Foose dan A-Team dalam pengubahsuaian kereta-kereta lama dan buruk kepada sebuah kereta baru yang lebih canggih dan menarik! mereka juga sedikit sebanyak dapat mempelajari teknik modifikasi serta alat keselamatan sesebuah kenderaan.” Kata Pengurus Besar 8TV, Ms. Lam Swee Kim.

Paling istimewa tentang program Overhaulin’ ini ialah pemerhatian dan ketelitian yang dilakukan dalam setiap proses pengubahsuaian sesebuah kereta. Mengambil masa selama tujuh hari sahaja, transformasi akan berlaku tanpa mengabaikan kualiti sesebuah kenderaan.

Untuk menyaksikan proses ubahsuai yang menyeronokkan dan mempelajari sesuatu yang baru dari Chip Foose dan kumpulan A-Team, jangan lupa menonton Overhaulin’ (Musim ke-3), di 8TV setiap Jumaat jam 10 malam bermula 12 Jun 2009. 8TV juga boleh ditonton melalui siaran 708 Astro.

Kini, kamu boleh menonton rancangan 8TV kegemaran dengan melayari www.mobile.8tv.com.my melalui telefon bimbit!

No comments:

Post a Comment