Menurut laporan Us Weekly, perhubungan bintang Hannah Montana yang berusia 16 tahun itu dan kekasihnya dikatakan mengalami masalah sejak Miley mula bekerjasama dengan Nick Jonas. Pasti kamu sudah dapat mencium bau punca perpisahan mereka bukan... apa lagi kalau bukan kerana cemburu!
" Sememangnya mereka terpaksa melalui waktu yang sukar untuk meleraikan kekusutan yang timbul sejak Miley berjauhan dengan Justin kerana bekerja. Miley dan Nick dikatakan sering bekerja berdua dan Justin tidak senang dengan keadaan tersebut…”
Miley juga dilihat secara terbuka keluar dengan Nick semula dan Justin juga dikatakan tidak mengambil kisah tentang perkara itu pada awalnya lantaran menganggap perhubungan mereka tidak lebih sebagai teman biasa sahaja. Mungkin Miley tidak curang pada Justin tetapi Nick sebaliknya mungkin punya niat untuk merampas Miley semula, " dedah teman Justin kepada E! News.
Malah, Miley turut menulis pengalamannya bersama Nick.
"i'm in a dark theater 'writing' a song with nick j who is rockin a faded egg plant [sic] shirt!" tulisnya...
Sementara itu, ketika ditemuramah majalah remaja Twist, Nick turut bercerita tentang lagu terbaru Jonas Brother 'Before The storm' di mana dia berduet dengan bekas kekasihnya itu.
Miley kini dilaporkan sedang membuat persiapan untuk terbang ke Georgia kerana terlibat dengan filem terbarunya ' The last Song'. Malah, sejak kebelakangan ini juga Miley dikatakan telah mengirim beberapa Tweets yang merujuk kepada perpisahan dengan lelaki kesayangannya.
"why does saying good-bye hurt so much?"I'm just to [sic] far from where you are, i wanna go home." tulisnya pada 7 Jun lalu dengan nada merintih!
"why does saying good-bye hurt so much?"I'm just to [sic] far from where you are, i wanna go home." tulisnya pada 7 Jun lalu dengan nada merintih!
No comments:
Post a Comment