KAMU peminat kereta? Jika begitu tentu kamu tidak sabar menunggu rancangan baru yang bakal ke udara tidak lama lagi. Phat Rides, sebuah program baru yang mempunyai elemen campuran ‘Top Gear’, ‘Pimp my Ride’ dan ‘Overhaulin’ yang sarat dengan info ini akan disiarkan secara eksklusif di 8TV dan dibuat khas untuk peminat-peminat kereta di Malaysia.
Phat Rides akan mula disiarkan setiap Rabu bermula 10 Jun 2009 jam 9.30 malam hanya di saluran hip 8TV!Phat Rides terbahagi kepada lima bahagian iaitu ‘Car–Toons’, ‘Phat Chat’, ‘Phat Rider’, ‘Dream Drive’ dan ‘Phat Facts’. ‘Car–Toons’ merupakan sebuah lakonan pendek tentang dunia otomotif yang disampaikan dengan cara yang cukup menghiburkan.
Phat Chat pula memuatkan temubual dengan selebriti-selebriti terkenal dalam dunia otomotif tentang isu-isu terkini yang berlaku dalam industri otomotif. Antara selebriti-selebri yang ditemubual ialah Tg. Djan (Raja ‘Drift’ Malaysa), Alex & Philipa Yoong, Gunaseelan Rajoo & Karamjit Singh (Pelumba Kereta Malaysia) dan ramai lagi!
Bagi segmen ‘Phat Rider’ pula kamu dapat menyaksikan proses pengubahsuaian sebuah kereta Ford Escort pada setiap minggu. ‘Dream Drive’ pula memberikan peluang kepada penonton untuk membawa kereta idaman masing-masing. Jika anda ingin mendapatkan tips-tips menarik tentang kereta, kamu perlu menonton segmen ‘Phat Facts’ untuk berkongsi tips-tips berguna.
“Rancangan ini dibuat khas untuk penonton-penonton yang gemarkan kereta dan peminat otomotif di Malaysia,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.
Bagi peminat fanatik kereta, kamu boleh menyaksikan gambar-gambar di belakang tabir dan mendapatkan pelbagai tips-tips menarik di www.8tv.com.my.
Phat Rides merupakan sebuah rancangan yang cukup menghiburkan dan inovatif. Pastikan kamu tidak ketinggalan untuk menyaksikan Phat Rides setiap Rabu bermula 10 Jun 2009 hanya di saluran hip 8TV!
Kamu juga boleh menyaksikan siaran 8TV di saluran 708 Astro atau melayari www.mobile.8tv.com.my melalui telefon bimbit!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment