Jom bersantai menyaksikan telatah lucu dan ceria artis kegemaran ramai di dalam program ‘variety show’ Camni-lah! Ewah-Ewah diterbitkan oleh Primeworks Studios. Untuk musim baru ini, format permainan diperkemaskan dan memperkenalkan gandingan pengacara yang baru!
Semestinya penonton tidak mahu melepaskan peluang mendengar celoteh Raja Azura dan Wahid yang mengendalikan program selama satu jam ini. Mereka yang sudah berpengalaman mengendalikan rancangan hiburan, sudah pasti tidak kekok untuk bekerjasama mewarnai kemeriahan Camni-lah! Ewah-Ewah.

Warna-warni keceriaan berterusan dengan tema kostum yang berbeza setiap episod seperti Egypt, Fairytales, Flora, Superhero, Denim, 60’s, Gipsy, Red Indian.
Masih mengekalkan waktu siaran setiap hari Isnin-Rabu, jam 11.00 pagi, namun kini, anda turut berpeluang menontonnya pada hari Ahad jam 6 petang mulai 22 Jun 2009 di TV3. Setiap episod, 3 kumpulan akan bertanding dan pemenang setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu akan bertanding di Camni-lah! Ewah-Ewah tayangan istimewa pada hari Ahad.
Para peserta diuji dengan pelbagai cabaran seperti permainan fizikal, kuiz menguji minda dan diselangi dengan persembahan nyanyian daripada artis terkenal tanah air serta gimik-gimik persembahan.

Antara permainan yang dipertandingkan ialah Selipar Tuju, Kerusi Buta, Tiru Macam Saya, Aksi Layar Hijau, Guni Pong, Penyepit Gergasi, Kepit Bola, Pecah Belon dan pemainan-permainan lain gabungan bersama Coca Cola. Manakala artis-artis yang bekerjasama memeriahkan Camni-lah! Ewah-Ewah ialah Azharina, Ery Putra, Hazami, Dafi, Aizat, Misha Omar, Kamal Adli, Acong, Iqram Dinzly, Nadia Mustafa dan ramai lagi.
Menurut Pengurus Besar Pengurusan Jenama TV3, Nurul Aini Abu Bakar, “Camnilah! Ewah-Ewah musim baru lebih menarik lagi dengan penyertaan lebih ramai artis tanah air yang popular dan juga yang sedang menghiasi drama-drama di TV3.

Program ini menghiburkan penonton yang berada di rumah pada waktu pagi dengan telatah pengacara dan peserta yang bersungguh-sungguh dalam kerja berpasukan bagi memenangi tugasan diberikan.
Walaupun tayangannya bukan di waktu siaran perdana, pencapaian kadar peratusan purata penonton di tahap yang membanggakan iaitu sebanyak 36% setiap episod. Walaupun kini ia telah memasuki musim ketiga, ia masih memenuhi kehendak penonton pagi kerana tanpa program ini pasti pagi anda kurang ceria!”
No comments:
Post a Comment