Wednesday, June 24, 2009

A Cup Of Love Di 8 TV

ADAKAH kamu peminat setia drama bersiri? Jika benar, tentu kamu juga minat untuk mengetahui apa yang berlaku di belakang tabir siri drama? Saksikan “The Making of… A Cup of Love” pada hari Ahad, 28 Jun 2009, jam 7 malam, eksklusif di 8TV.

Dalam rancangan “The Making Of A Cup Of Love” kamu akan di bawa ke belakang tabir siri drama ini untuk berjumpa dengan para pelakon yang membintangi siri ini dan mengenali karakter-karakter siri drama Cina ini dengan lebih dekat.

A Cup Of Love ialah sebuah siri drama yang tentang sebuah kafe’ bernama ‘Cup of Love’ atau juga dekenali sebagai Ti Amero (Aku masih cintakan kau) dalam bahasa Perancis. Pemilik ‘Cup Of Love’, Gu Dai Ren membuat keputusan untuk mengambil beberapa pekerja yang berpotensi untuk memajukan perniagaan ‘Cup of Love’ yang tidak kurang mendapat sambutan sejak pembukaan cafĂ© itu.




Antara pekerja-pekarjanya termasuk seorang pengurus motivasi, Li Chang Jun yang cukup gemar berlawak, Dragon L dan Yito, anak muda yang datang daripada keluarga yang berada.
Pada suatu hari, Yito terserempak dengan kekasih zaman kanak-kanaknya, Kopi Ais, seorang gadis yang bijak dan manis di sebuah pusat beli-belah ketika sedang memberi kopi percuma kepada pengunjung. Yito sudah lama bermimpi untuk berbalik semula Kopi Ais tetapi perasaan ego telah menghalang Yito.

Satu kejutan berlaku kepada Yito apabila Kopi Ais diambil bekerja di kafe’ yang sama. Dengan perasaan gembira Yito menerima kehadirannya di Kafe itu. Bagaimanapun konflik mula tercetus apabila Kopi Ais lebih berminat untuk mendampingi Li Chang Jun.

Selain daripada itu, Dragon L, yang juga seorang ‘playboy’ nampaknya sering menarik ramai gadis untuk mengunjungi Kafe itu tetapi tidak pernah berjumpa dengan wanita yang berjaya menarik perhatiannya namun segalanya berubah apabila Yiki (adik kepada Yito) yang sungguh comel dan baik hati datang ke kafe’ tersebut.

Drama ini menjadi lebih menarik apabila seorang lagi pelayan menyertai kafe’ itu dan mencipta lebih banyak drama. Di Di, seorang pemain violin berbakat yang cukup berahsia tentang latar belakang keluarganya dipaksa oleh ibunya untuk berkerja di di kafe berkenaan. Oleh sebab latar belakang Di Di yang pelik, dia muncul sebagai hero dalam diam dalam beberapa kejadian sepanjang siri ini.

Sepanjang siri ini, pasukan ini berhadapan dengan banyak halangan tetapi tetap kekal bersatu sebagai satu pasukan oleh kerana perasaan cinta dan kepentingan terhadap kafe ‘Cup of Love’.


“Tiada sebarang kerja mudah dalam dunia ini melainkan kita melakukannya dengan bersunggu-sungguh dan tiada apa yang mustahil untuk dicapai. Bagi saya, itulah idea yang digambarkan dalam drama ini” kata Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim.
Untuk dapatkan maklumat lanjut dan gossip hangat tentang drama ini, jangan lupa untuk menonton The Making of… A Cup of Love” hanya di 8TV pada hari Ahad, 28 Jun 2009, jam 7 malam.

8TV juga boleh ditonton melalui saluran Astro 708 atau layari www.mobile.8tv.com.my dengan menggunakan telefon bimbit anda!

No comments:

Post a Comment