Monday, June 1, 2009

Jangan Pandang Belakang Congkak

Tarikh Tayangan: 4 Jun 2009
Pengarah: Ahmad Idham
Pelakon: Shaheizy Sam, Cat Farish, Mazlan Ahmad, Lisa Surihani
Genre:Komedi Seram

SEKALI imbas daripada tajuk filem ini mungkin mengingatkan kamu kisah seram Jangan Pandang Belakang dan Congkak yang menaikkan bulu roma. Tetapi, jangan tertipu kerana Jangan Pandang Belakang Congkak ini sememangnya berbeza daripada kedua-dua filem tersebut kerana ia merupakan sebuah filem berkonsep komedi seram dengan sedikit unsur-unsur percintaan. Keistimewaan filem ini jelas dapat dilihat menerusi genre yang cuba digabungkan iaitu elemen seram dengan komedi. Ini merupakan percubaan pertama bagi filem bercorak begini tetapi tidak mustahil formula ini mampu menarik minat para penonton. Ditambah pula dengan sejarah filem Jangan Pandang Belakang dan Congkak yang mencapai kutipan box office maka dengan itu dirasakan dengan menggabungkan kedua-dua tajuk menjadi satu - Jangan Pandang Belakang Congkak ini akan menarik lagi minat penonton untuk ke pawagam.





No comments:

Post a Comment