Wednesday, June 3, 2009

Siri Sensasi Jonas Brothers Di Disney Channel

MUZIK dan komedi adalah elemen terpenting dalam dunia hiburan kanak-kanak dan remaja yang akan digabungkan menerusi JONAS, siri terbaru, dibintangi penyanyi rakaman platinum Hollywood Records Kevin, Joe dan Nick Jonas (“Camp Rock”), Chelsea Staub (“Minutemen”), Nicole Anderson (“Hannah Montana”), John Ducey (“Will and Grace”) dan Rebecca Creskoff (“Mad Men”).

JONAS merupakan rentetan kisah kehidupan adik beradik Lucas, selebriti rock and roll dalam mengharungi kehidupan seharian mereka yang serba mengejutkan. Mereka juga akan mendendangkan lagu-lagu original Jonas Brothers yang digubah khas untuk program tersebut.

Tayangan perdana JONAS akan disiarkan pada AHAD, 9 OGOS (5.30 petang) menerusi saluran Disney (ASTRO Channel 615). Selepas itu, rancangan ini akan disiarkan pada pukul 5.30 petang setiap hari Sabtu dan Ahad.

Dalam episod tayangan perdana JONAS yang bertajuk “Wrong Song,” Nick Lucas telah menggubah sebuah lagu cinta untuk seorang gadis yang baru ditemuinya – Penny, rakan sekolahnya yang ingin menjadi penyanyi – walaupun Kevin dan Joe telah memberi amaran bahawa beliau bertindak terlalu melulu dalam perhubungan baru ini.


Apabila adik-beradik itu menghadiri persembahan pertama Penny, beliau pula menyampaikan lagu cinta yang istimewa itu kepada jejaka lain. Sementara itu, Stella yang ingin menjadi pereka fesyen pula cuba mereka pakaian yang tahan lasak serta nyah-koyak untuk dipakai kawan-kawannya semasa di atas pentas.

Persekitaran siri ini bertapak di kediaman keluarga Lucas di New Jersey (sebuah stesen bomba lama di Jonas Street yang diubahsuai dan dilengkapi barangan berteknologi tinggi serta menjadi inspirasi untuk nama kumpulan rock itu), di mana ketiga adik-beradik itu tinggal bersama ibubapa mereka, Tom dan Sandy, dan adik lelaki Frankie.

Bila mereka tidak membuat persembahan, mereka bersekolah di Horace Mantis Academy bersama rakan sebaya dan pengemar fesyen Stella Malone. Stella membantu mengingatkan adik-beradik itu supaya tidak lupa diri, pada masa yang sama memastikan mereka sentiasa kelihatan kemas dan teratur setiap hari dengan pakaian serta baju sekolah rekaannya. Kawan baiknya, Macy Misa yang merupakan bintang atlet sekolah adalah peminat #1 kumpulan JONAS. Lagu tema utama ialah ‘Live to Party’, yang digubah dan dirakam oleh Jonas Brothers.

Kumpulan Jonas Brothers juga membintangi rancangan “Camp Rock” Disney Channel, tayangan #1 siaran hiburan kabel pada tahun 2008, dengan jumlah 10.1 juta penonton di Amerika Syarikat.

Penerbit Eksekutif JONAS adalah Roger S.H. Schulman (Disney Channel's “Phil of the Future,” “Shrek”) dan Michael Curtis (“Phil of the Future,” “Friends”). Siri ini adalah produksi syarikat It's A Laugh. JONAS berada di bawah kategori menonton dengan jagaan ibubapa.

Disney Channel adalah rangkaian televisyen 24-jam berasaskan kanak-kanak yang menyelami alam kanak-kanak dan kaum keluarga melalui rancangan siri original dan movie.

No comments:

Post a Comment